Monday, December 13, 2010

Wikileaks 2

Gara-gara pendedahan kabel diplomatik dan risikan oleh Wikileaks, hari ini negara menjadi kecoh besar apabila pemimpin-pemimpin politik kita dan media berlumba-lumba mengulasnya.

Anwar Ibrahim, tuan punya badan, menyalahkan polis Cawangan Khas dan menegaskan kabel diplomatik tersebut tidak mempunyai apa-apa bukti.

Dr Mahathir Mohamad pula percaya Anwar tidak mungkin dijerat untuk melakukannya tetapi percaya Lee Kwan Yew memang mengetahui kegiatan Anwar!

Ibrahim Ali, yang ingin membuktikan beliau telah benar-benar sihat dan segar, tidak hairan dengan pendedahan Wikileaks. Ia bukan lagi satu rahsia, katanya.

Peguam Anwar, Sankara Nair, pula ingin merujuk perkara ini -- khususnya media seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times -- kepada mahkamah atas alasan sub judice.

Menariknya, peguam ini memetik wawancara Malaysiakini dengan Anwar pada Julai 2008 yang melaporkan Anwar pernah berkata beliau memang sudah mendapat maklumat bahawa (bekas) ketua polis negara Musa Hassan sedang merancang sesuatu.

Bayangkan, ini satu pendedahan kabel oleh Wikileaks....

Sunday, December 12, 2010

Wikileaks

Pengasas laman Wikileaks, yang kini memuncak popularnya, Julian Assange pernah singgah di Malaysia tahun lalu untuk mengunjungi Anwar Ibrahim. Waktu itu, katanya, Anwar sedang berkempen di sebuah pilihan raya kecil.

Tidak lama selepas pertemuannya dengan pemimpin PKR itu, Assange ditahan oleh pasukan polis Cawangan Khas (SB), katanya lagi.

Assange dikenali umum kerana dua perkara: Pertama, mendedahkan maklumat sulit negara-negara besar dan kini, kedua, kerana dituduh mengadakan hubungan seks tanpa kondom!

Lihat video di sini dan salinan ucapannya di Oslo Freedom Forum pada April lalu.