Kemas kini Esok, Jumaat, keputusan lebih lengkap rating akan dikeluarkan, kata laporan Utusan Malaysia semalam. Tetapi seperti telah diramal, RTM memang tetap mempertikaikan rating yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research dua hari lepas.
Menariknya, RTM membuat tinjauan di Kg Baru, Kuala Lumpur: 28 daripada 30 buah kedai makan atau restoran di situ menonton rancangan 'Mawi ... Ina' dan hanya (ulang: hanya) dua kedai yang menonton persandingan Siti-K.
Agensi rating itu menyebut: 6.3 juta penonton memilih untuk menyaksi persandingan, sementara 4.7 juta lagi memilih untuk mengikuti kisah pasangan putus tunang.
Apakah akan ada perubahan statistik esok? Mari kita ikutinya sama-sama ....
[ii]
Bagi anda yang tidak meminati acara gilang-gemilang Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Khalid, sekurang-kurangnya ada 1 sebab kenapa anda harus memberikan perhatian pada majlis persandingan mereka malam tadi.
Sesiapa yang mengabaikannya, dan meremehkan acara ini, bukan sahaja boleh dianggap tidak up-to-date, tetapi juga tidak media**-and-political savvy (kecuali memiliki sebuah kereta dengan jenama ini!).
Begitu juga kepada anda yang tidak menganggap Mawi, apatah lagi tunangnya Ina, dua nama yang perlu diberikan perhatian (maklum, mereka tidak berpelajaran tinggi!), sekurang-kurangnya ada 1 sebab yang boleh memaksa mereka dua ini penting untuk digandingkan di stesen Astro dan RTM1 malam tadi, serentak dengan acara persandingan Siti-Datuk K.
Atau, jika semuanya itu tidak menarik minat anda, setidak-tidaknya kenyataan Menteri Penerangan boleh mendorong anda berfikir.
Saya tidak mahu mengulas lanjut. Tetapi setahu saya, mStar Online satu-satunya media terawal (ulang: terawal) yang berjaya menghidu "perang media" antara Astro-RTM1 dengan TV3.
Mungkin sahaja wartawan dan kami salah, tetapi analisa anda selanjutnya tergantunglah bagaimana anda menilai persoalan ini ...
[iii]
Oh ya! Ia belum selesai sehingga Astro, RTM1 dan TV3 mengisytiharkan kemenangan masing-masing melalui pemeringkatan (rating) penonton masing-masing.
Atau, jika perang berlanjutan, rating itu sendiri harus dipertikaikan! Hehehe...
** media di sini dengan maksud lebih khusus, show business, industri hiburan yang ada hubungan dengan media
Berita-berita lain yang relevan:
+ Siti atau Mawi?
+ Siti or Ina – viewers get to decide on Monday night
Tuesday, August 29, 2006
Friday, August 25, 2006
Goblog
[i]
Catatan saya akhirnya terbit dengan judul 'Perang blog kian panas', "perang" antara pasukan yang mengkritik Perdana Menteri dengan pasukan blog yang membela beliau.
Ia ditulis hasil wawancara bersemuka dengan A Kadir Jasin dan Rocky dalam tempoh beberapa minggu ini sebagai melengkap diskusi nasional tentang politik dan kredibiliti blog, media dalam talian yang dianggap -- di serata dunia -- sebagai kekuatan baru komunikasi.
(Nota: Sehingga teman saya menulis 'Berikan aku tujuh blogger', (pasti akan ku goncang dunia ini!)** dalam kata pengantarnya untuk buku Globlog: Koleksi tulisan blog orang kecil]
Siri ini yang terakhir daripada dua siri sebelumnya, 'Khairy Chronicles' berkubur (11 Ogos) Kerajaan tewas dalam 'perang siber'? (3 Ogos).
Jika ada siri-siri ulasan politik melalui wacana blog, saya bercadang mewawancara daripada perspektif penulis/pengendali blog-blog pro-Abdullah Ahmad Badawi pula.
Saya masih ingat, sewaktu mengendalikan majalah Detik, 1999, saya pernah mewawancara pengendali web Laman Reformasi atau Mahazalim.
Nampaknya, saya dan alam siber masih lagi erat.
** Dipinjam dan dialih daripada kata-kata Soekarno, yang kurang lebih begini, "Beri aku 1,000 orang, dan dengan mereka aku akan menggerakkan Gunung Semeru! Beri aku 10 pemuda yang membara cintanya kepada Tanah Air, dan aku akan mengguncang dunia."
[ii]
Goblog -- seingat saya, inilah produk keempat himpunan catatan daripada blog, sebelum ini sudah muncul Jiwa Kacau, Ayah Kita Bos dan Jongkang Jongket.
Ulasan saya tentang isu buku-buku blog ini, atau blook, di sini Dua lagi 'blook' Melayu diterbitkan (31 Mac)
Ada sesiapa yang pernah membaca/mengulas buku-buku ini?

Subscribe to:
Posts (Atom)