Saturday, September 03, 2005

Tanpa selamat tinggal

Mungkinkah kita mencari dunia dengan belanja yang murah? Tanpa jauh berkembara, kita boleh mengenali dunia ini dengan lebih mudah dan bermakna?

Saya fikir 'ada'. Jawapannya, yang saya temui, Jakarta!

Sebuah kota Dunia Ketiga yang padatnya hampir separuh penduduk Malaysia, di negara keempat (atau, kelima?) yang berpenduduk paling padat di dunia. Dengan sejarah simpang-siur budaya dan pemikiran yang jauh kaya, rencam dan membingungkan.

Ya, berkelana di Jakarta selama sembilan bulan (lebih tepat, 11 bulan) membuka ufuk pengetahuan dunia yang luar biasa -- sesuai untuk anak muda atau mahasiswa yang mencari perkembangan intelektual dengan langkah singkat, murah tetapi kaya dan mendalam.

Mungkin saya [boleh dituduh] berlebihan atau fanatik atau romantis. Tetapi saya fikir tidak. Saya berpada-pada sahaja.

Jika anda masuk ke toko-toko buku Kinokuniya di KLCC atau MPH di Mid-Valley (atau Damansara), anda tidak perasan seluas mana dunia intelektual sejagat.

Tetapi jika anda masuk ke toko-toko buku Indonesia, anda akan berkenalan dengan sejumlah besar pengarang dunia, aliran pemikiran, debat idea dan ungkapan-ungkapan ilmiah yang membuka mata (akal).

Jakarta mungkin menjadi 'Paris dunia Melayu' seperti kota Eropah itu bermakna pada Zaman Pencerahan, seumpama Singapura menjadi pulau pertemuan aktivis dan pemikiran Asia Tenggara era perang pada pertengahan abad ke-20, tidak jauh Baghdad dan ilmunya pada era keemasan tamadun Islam.

Di Kuala Lumpur, ada dua toko buku yang membantu anda mengenali Indonesia -- Pustaka Antara di Kompleks Wilayah (Jalan Dang Wangi) dan Pustaka Indonesia di depan Masjid India (Jalan Tuanku Abdul Rahman).

Pustaka pertama memperkenalkan budaya, sastera dan pemikiran Indonesia, sementara pustaka kedua lebih sarat dengan wacana agama, khususnya aliran fundamentalisme agama.

Namun, Jakarta menawarkan lebih banyak pilihan -- mungkin lebih rencam dan meriah daripada buku-buku yang ditawarkan oleh Kinokuniya dan MPH di Kuala Lumpur.

Sudah lama saya jatuh hati pada Jakarta, sudah lama saya mengintainya dari seberang Selat Melaka tetapi kota ini (baca: buku dan pemikirannya, termasuk yang dipindah masuk) sering memeranjatkan saya.

Tidak perlu jauh-jauh, jika malas membaca buku berbahasa Inggeris (yang juga mahal), singgahlah ke mari, ke Jakarta -- sebuah kota yang .... [aduh sayang, ... saya kehilangan kata-kata untuk meluahkan isi hati ini].

Ya, tidak mungkin semua dunia ada di sini tetapi setidak-tidaknya separuh dunia berhimpun di sini -- dunia buku, tokoh-tokoh dan sejumlah diskusi ilmiah-aktivisme, kekacauan dan kepincangan sosial (kejahilan, penyakit dan kemelaratan hidup), rasuah, kebejatan politik dan elit (termasuk keganasan dan kejahatan pasukan tentera), bencana alam, harga diri manusia, dan ... dan ...

Wow, terima kasih Jakarta. Terima kasih teman-teman, terima kasih Komunitas Utan Kayu. Terima kasih mas, mbak, pak dan ibu!

Empat hari lagi saya ingin menghirup bau teh tarik, nasi dagang dan semerbak peluh cewek Jalan Telawi (foto bawah). Wow!

Perlukah ucap "selamat tinggal" untukmu, Jakarta?

Nota: Orang Melayu pernah berkata "tempat jatuh lagi dikenang, ini 'kan pula tempat membaca!"

Foto-foto ruang makan di Jalan Telawi (c) Sixthseal.com, cewek Indonesia diambil dari laman web majalah (c) Popular, sementara kulit depan jurnal (c) Inside Indonesia dan bajaj [paling atas] dari web Living in Indonesia (semuanya diterbitkan kembali tanpa keizinan. Jika ada bantahan, sila e-melkan kepada saya) Logo kecil (c) Nippon Foundation, penaja program zamalah API

18 comments:

Anonymous said...

This is a excellent blog. Keep it going. Here's a subject that interests many; family christian about info on family christian

Anonymous said...

Blog Faces Suit Over Reader Comments
Updated regularly with news on the hurricane's aftermath. * More Man-Made Mistakes Increase Storm Devastation Some scientists believe that storms such as Hurricane Katrina that are sometimes called an act of ...
Your blog looks cool! Hey, would you like to visit my website? It's about Mesothelioma Cancer. Let me know what you think.

Aqil Fithri said...

aduh fathi,

saya tumpang sedih sekali... mungkin saya dapat rasakan apa perasaan anda waktu ini.

p/s: patah balek (buku + blog) mmg best! make sure update sokmo...

fathi aris omar said...

Ya Aqil, jika tidak sibuk, bolehlah update. Jika capek, ngak ada masa, ngak bisa, mas! Sudah habis baca Patah Balek? Bila nak tulis review? Boleh dimuatkan di sini... faomar@yahoo.com

Anonymous said...

anda promosi gambar bogel tu bua apa?

Anonymous said...

Fathi,
sudah mau balik malaysia ya?

buku kau aku tertinggal di PD semasa buat amali tempoh hari.
kebetulan aku kemalangan - 11 jahitan di dahi - langsung terlupa buku kau. moga yang menemuinya beroleh manfaat dari buku kau.

terpaksa la aku beli semula..

fathi aris omar said...

Kepada Anon: Aduh, bagaimana boleh begitu? Takziah, saya turut bersimpati. 11 jahitan di dahi? Sangat serius itu. Hati-hati lain kali, ya? [Saya ada 1 jahitan di kening -- sewaktu jatuh main ragbi, hehehe]

Mujur, alhamdulillah, anda sudah sihat sekarang.

Saya sering takut pada kemalangan kerana sudah beberapa teman mengalaminya. Saya sendiri belum (kecuali dua @ tiga kali jatuh motosikal di estet dulu -- sama teman kuliah).

Terima kasih kerana membeli, saya harap ada manfaatnya untuk anda dan teman2. JANGAN LUPA, jika ada tidak bersetuju, e-melkan kepada saya faomar@yahoo.com [saya bercadang memasukkan komentar2 teman pembaca di sini]

Kepada Anon (2): Sekeping foto menyampaikan seribu makna. Foto mod el Indonesia itu dari majalah yang disebutkan. Po rnografi? Tidaklah...

Zul said...

Hi Fathi,

aku akan ke Jakarta khamis ni dan balik semula ke bolehland isnin depan. Seperti biasa, tujuan aku ke sini pastilah untuk menambahkan koleksi buku yang telah sedia ada. Bila ko akan balik ke sini? ada list buku-buku yang patut dibeli tak?

Anonymous said...

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Melalui pembacaan kita hanya ada idea, praktikal belum tentu lagi berjaya. Melalui pembacaan kita hanya dapat gambarkan, namun tak sama kalau kita mengalaminya sendiri.

Apapun pembacaan sebenarnya adalah untuk dipraktikan. Yang buruk jadikan sempadan.

Sekian daripada Mat Arau.
p/s Mat Arau ni bukan DPIM.

fathi aris omar said...

Mat Arau, tak apalah bukan DPIM. Semua pembaca teman-teman semuanya ;)

Zulhabri, aku balik Rabu 7 Sept, kau tiba2 je mahu ke mari. Aku akan kembali ke sini 20 Sept. Senarai buku? Lihat tajuk Arkib bulan Julai atau link ini http://patahbalek.blogspot.com/2005/07/ruang-awam-pasca-soeharto-satu.html

Anonymous said...

First Timer
This is my first attempt at blogging so we will see howit goes http://www.usagestatistic.com or register to post comments Affilate Poll What I want most from Linux Gazette: More blogs More hard-core, technical ...
Hey, you have a great blog here! I'm definitely going to bookmark you!

I have a Incredible Wealth Building System site/blog. It pretty much covers Incredible Wealth Building System related stuff.

Come and check it out if you get time :-)

Anonymous said...

Selamat kembali.

Pernah bertanya pada seorang sahabat yang mahu menghantar anaknya belajar di sebuah madrasah luar negara .. Mengapa belajar daripada yang gagal dan mundur? Belajarlah daripada yang berjaya atau lebih berjaya . Yang mundur tentunya mempunyai pemikiran yang mundur juga!

Nota: Maaf...cerita di atas tiada kaitan dengan kasus sdr… hehehe

fathi aris omar said...

Kepada Anon: Terima kasih.

Ya, benar kata anda... belajarlah di negara2 yang maju untuk jadi maju (walau kadang2 pelajar kita duduk sesama mereka sendiri), tidak bergaul dengan masyarakat setempat atau tidak pula memindahkan pengetahuan atau sikap hidup (yang positif, yang memajukan) daripada masyarakat maju.

Orang tua-tua kita berpesan: yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Jadi, kedua-dua situasi masyarakat (maju atau mundur) itu berguna kepada seseorang yang (mahu) belajar.

Kalau enggan belajar -- apa erti "belajar" di "negara maju", bukan?

Misalnya, bagaimana pula muncul orang pintar** atau cendekiawan** di negara mundur (sedangkan dia atau mereka tidak pernah belajar di negara maju)?

** tidak semua, ada juga yang belajar di negara maju; sementara ada pula yang belajar dari negara maju (walau tidak pernah menjejakkan kaki ke situ)

Anonymous said...

Very cool blog, check out my site, lots of info on breast cancer treatment

Anonymous said...

Wow, I really like this one. I have a website that talks mostly about business management training

business management training
News

You should check it out sometime.

Anonymous said...

Good design!
[url=http://wbmehwwa.com/igce/xnry.html]My homepage[/url] | [url=http://zfofgdsg.com/ezef/jrxc.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Thank you!
My homepage | Please visit

Anonymous said...

Great work!
http://wbmehwwa.com/igce/xnry.html | http://wfpwywre.com/weej/ocsl.html