Wednesday, May 10, 2006

Mesra

Jika anda rajin, sila klik di sini -- ia satu pautan (link) di laman web rasmi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) yang memakai slogan 'mesra rakyat'.

Pautan ini, jika kita lihat di muka depan laman web KHEDN, seharusnya membawa kita kepada beberapa perkhidmatan 'mesra rakyat' yang ditawarkan oleh kementerian ini.

Antaranya 'Kawalan Filem', satu bahagian di kementerian ini. Dan pautan yang gagal berfungsi itu seharusnya 'Senarai filem haram' sedangkan pautan-pautan lain OK saja.

Sejak beberapa hari lalu, saya cuba klik tetapi masih lagi down! Saya fikir webmaster tidur atau menterinya juga ..... (isi sendiri tempat kosong)!

Yang mereka sibuk-sibuk, selain mengharamkan itu dan ini, mencipta logo baru! Itu pun, logo tersebut dimuat masuk (upload) di laman web KHEDN sehingga membentuk "bujur telur", bukan bulat seperti asalnya.

Yang saya letakkan di blog ini [lihat, atas] pasti "lebih bulat" daripada di laman web KHEDN!

Aduh, bagaimana nak jadi hub (hab?) penyumberan luar (out-sourcing) 'ni yang halal, cemerlang, gemilang, terbilang dan hadhari?

(ii)

Semalam, pagi, saya menerima mesej SMS yang mengandungi dakwaan yang cukup serius.

Ia disampaikan oleh seseorang di Kuala Lumpur. Dan ia berkaitan dengan filem Lelaki Komunis Terakhir juga.

Khabarnya (ulang: khabarnya) seorang wartawan di Singapura memberitahunya (si pengirim SMS) bahawa Kementerian Luar negara ini cuba "mempengaruhi" kerajaan republik itu agar tidak membenarkan tayangan filem Lelaki Komunis Terakhir yang dijadualkan (atau telah ditayangkan?) sebagai showcase (bukan tayangan umum) di pawagam Cathay.

Bagaimana ini? Siapa 'nak jawab?

2 comments:

Anonymous said...

Lama dah tak tak tengok wayang...

Anonymous said...

Yang tu, fathi, gomen la kena jawab. Tapi amir ckp 11-17 may tyg kat Spore