Terkejut besar, berbeza dengan tanggapan umum masyarakat, PAS hari ini mengeluarkan fatwa baru yang sekali gus mengkuduskan St Valentine, atau Valentine sang Wali, seorang pejuang keadilan dan sekali gus hak asasi berdepan dengan pemerintah yang sangat zalim.
Versi resmi PAS seperti berikut:
Sejarah Valentine
Berdasarkan catatan sejarah 'Hari Kekasih' dipercayai bermula dari kisah seorang pendeta Kristian bernama Valentine yang hidup di Rom pada abad ketiga.
Beliau hidup dalam kerajaan yang dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan sifat kejam. Claudius memiliki bala tentera yang besar, dia mengerahkan pemuda di bawah pemerintahannya menjadi tentera.
Namun hasrat Claudius tidak mendapat sambutan. Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih-kekasih mereka. Hal ini membuat Claudius sangat marah.
Claudius berfikir jika pemuda tidak berkahwin atau mempunyai pasangan, mereka mudah untuk dikerah menjadi pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan.
Para pasangan muda menganggap keputusan ini sangat tidak perikemanusiaan dan ini adalah idea yang tidak boleh diterima, maka St Valentine menolak untuk melaksanakannya.
Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu berkahwin dengan kekasihnya secara rahsia.
Perkahwinan itu diketahui Kaisar yang segera memberinya amaran, bagaimanapun perkahwinan itu tetap diteruskan dalam suasana di dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin, tanpa bunga, tanpa cincin pernikahan.
Namun malangnya pasangan Velentine ditangkap dan dihumban kedalam penjara sehingga beliau mati di situ.
Beliau bukan dihina, malah dikunjungi penyokongnya, orang ramai menghadiahkan bunga ketika beliau dipenjara.
Pada 14 Februari, beliau sempat menulis tentang dirinya di dalam diari dan memesan kepada semua gadis dengan ungkapan "Dengan Cinta dari Valentinemu."
Kini setiap tanggal 14 Febuari orang serata akan dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingat St. Valentine sebagai pejuang cinta.
Iktibar daripada fatwa PAS ini seperti berikut:
(a) Valentine seorang pemuda yang sedar diri dan menentang kebejatan sistem sosial dan politik di negaranya zaman itu, iaitu undang-undang zolim lagi tidak masuk (lebih kejam daripada ISA atau OSA), yakni larangan berkahwin.
(b) Sebagai tanda protesnya pada kebejatan undang-undang itu, Sang Wali ini pun melangsungkan cinta. Tidak ubah cerita pejuang-pejuang yang terjun ke dalam parit api (ashabul ukhdud) yang difirmankan dalam surah al-Buruj.
(c) Walaupun menghadapi tekanan hebat pemerintah, si pemuda itu tetap dengan idealismenya yang akhirnya membawa Sang Wali ke penjara. Kebenaran terserlah juga apabila para penyokong tidak meninggalkan pejuang kebenaran, sebaliknya terus bersama. Membuktikan bahawa kesetiaan pada idealisme perjuangan dan pendukungnya sangat penting dalam menegakkan agama Allah.
Kita sebagai pejalan-pejalan kaki di landasan yang benar, haruslah sedia mengikut jejak Sang Wali Valentine yang berani, tabah dan rela gugur berdepan dengan kezaliman kerajaan.
Wednesday, February 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
**HAPPY VALENTINE PA!**
..VALENFATHINE FIANCEE
selamat menyambut valentine fathi..!
tersengih2 aku baca entri kau ni..haha
Strategi pantas buat PAS; daripada memboikot atau melarang, yang sering dipandang negatif
tentang menyambut valentine's day ini:
http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=6432&Itemid=28
http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=6419&Itemid=28
ini pendirian PAS. Macam-macam mane pun, sambutan ini di luar batas syara'. Berikut pula dari PUM:
http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1150
http://www.e-ulama.org/Berita/Default.asp?mode=0&ID=171
Ke bagaimana?
Valentine seorang ulama. Dia percaya Tuhan. Sama juga dengan orang Umno dan Pas yang percaya Tuhan.
Masalah timbul bila ada pihak mahu memonopoli Tuhan. Walhal baik agama mana sekalipun menyembah Tuhan sama.
Bila mereka kata sembah Pencipta manusia, Pencipta yang maha segala-galanya, bersalahan dengan apa yang manusia boleh gambarkan, sudah tentu Pencipta itu Pencipta yang sama baik Pencipta umat muslim, Pencipta umat Kristiani malah semua Pencipta umat yang mendakwa mereka sembah Penciptanya.
Perihal Valentine seorang kristian maka tidak boleh sambut hari kekasih tidak berbangkit langsung. Kerana apa, kerana ulama bernama Valentine ini pun sembah Pencipta yang sama dengan pencipta kita sembah. Malah mungkin Valentine ini lebih khusuk, tawadduk menyerah diri pada Pencipta berbanding Harussani,Hadi,Nik Aziz, Hamid Othman, Abuya, Ghani (pum) dll pihak yang mendakwa paling tahu dan benar pasal agama.
Valentine membuat pengorbanan, nama-nama di atas berkorban apa?
Harussani seronok main sms,anda tahu hphone apa dia pakai?
Pisss, diam-diam aje yea, ngak usah dibilang orang! Dia tu pakai nokia communicator, patutlah gemar bergosip sms.
terkesan aku membaca komentar anonymous di atas ni...
fathi,
kau suka tgok movie tak? cuba tgok cerita BORAT..pastu try la ulas kat blog kau..hehe
fathi, aku suke tajuk ni..
selamat hari kekasih
utk pengetahuan ko, si najwan ni seorang yang sgt obses ngan filem BORAT.. aku pon tak tau kenapa.
Najwan terkesan, seronok juga. Jagi gue pos lagi dengan jiwa yang bebas.
Fathi,Najwan & teman-teman,selamat hari kekasih. Moga cumbu dsb lebih hangat dari tahun sudah-sudah. Tapi gue tidak merai hari kekasih. Gue tidak lagi seorang penganut berkasih dan bercinta.
Beberapa tahun dulu gue pernah tulis pasal cinta. Jika sudi baca, bacalah, gue sudah letakkan di bawah.
Kepalsuan cinta
Ungkapan klise berbunyi begini: cinta datang tanpa ku pinta. Ia hadir dari lubuk jiwa. Ungkapan tidak klise pula berbunyi: cinta buat kekasih hanya mainan – semuanya palsu belaka.
Buat pembela tradisi cinta, kisah Uda-Dara, Romeo-Juliet menjadi kemuncak panahan cinta. Perasaan cinta pada kekasih dibela habis-habisan. Mana mungkin, kata mereka cinta itu suatu permainan. Cinta adalah sesuatu yang suci dan sejati. Kesetiaan Uda-Dara, Romeo-Juliet disandar jadi bukti. Ini termasuk pengalaman peribadi.
Tetapi lain pula buat yang menolak kewujudan perasaan cinta. Cinta Uda-Dara, Romeo-Juliet, Zack-Nani, Kory-Amy pada mereka ialah kepalsuan. Ia bukan sesuatu yang existential, tetapi muncul dari gubahan. Mari kita lihat bagaimana gubahan ini bermula.
Titik mula individu manusia memahami hidup boleh berlaku di zaman kanak-kanak. Pada umur, misal kata 10 tahun kanak-kanak sudah pandai bermain kata, seperti: saya suka dia. Atau, dia suka saya.
Kata-kata seperti ini mereka faham. Suka itu maksudnya pada berlainan jantina. Mereka boleh faham kerana di sekeliling mereka perkara ini tidak asing. Mereka telah terdedah dengan misalnya, kakak mereka sedang bercinta dengan abang jiran sebelah. Bagaimana perasaan cinta kakaknya pada abang jiran sebelah dapat disaksikan. Apatah lagi jika mereka terlibat sama dalam percintaan ini, misalnya sebagai pembantu yang menyampai pesan.
Pada fasa ini, mereka juga terdedah dengan bahan bacaan yang membawa naratif cinta. Yang paling berkesan ialah melalui menonton drama dan filem di TV yang bertema cinta.
Umur meningkat dari setahun ke setahun. Dari perjalanan masa ini, mereka tidak sunyi malah konsisten terdedah dengan episod-episod cinta sama ada yang benar berlaku di depan mata atau melalui cerita dari sumber bacaan dan tontonan.
Kemudian perasaan dalam diri timbul. Mereka mula mencintai seseorang. Kelazatan alam rasa cinta mula beralun, membuai dan hanyut di dalamnya. Dan mereka menyangka seperti majoriti yang menyangka bahawa cinta itu tulen, bukan permainan. Jauh sekali kepalsuan.
Tetapi mereka lupa bahawa perasaan cinta itu terhasil dari pembentukan atau gubahan yang berlaku sejak dari awal usia, misalnya dengan mengambil contoh ketika berusia 10 tahun tadi. Dan pembentukan ini konsisten berlaku tanpa disedari selari dengan peningkatan usia mereka.
Tidakkah ini menjelaskan bahawa perasaan cinta bukannya sesuatu yang tulen, tetapi muncul hasil dari sekeliling yang membentuknya. Cuba semak diri anda sendiri - secara jujur mungkin diri anda dapat lihat pembentukan atau gubahan cinta yang selama ini tidak pernah disedari.
Manakala cinta pada keluarga, yang ini tulen kerana wujud pertalian darah yang mengikatnya. Cinta pada kemanusiaan, yang ini juga tulen kerana berkongsi dari baka manusia sama - anak Adam dan Hawa.
Kemahuan seks pada berlainan jantina juga sesuatu yang tulen atau existential kerana jika disekat macam mana sekali pun, dorongan terhadapnya datang juga.
Tetapi cinta pada pasangan ialah gubahan, bukan tulen. Misalnya pasangan bercinta kemudian berumahtangga, tapi boleh saja bercerai. Jika tulen atau sejati, mana mungkin boleh berlaku perceraian.
Kemudian bekas isteri atau suami berkahwin dengan orang lain dan tidur bersama. Lihat, jika perasaan cinta pada pasangan adalah sesuatu yang benar-benar wujud dan bukannya gubahan, kita tidak akan dapat tidur malam kerana asyik terbayang bekas isteri sedang berhempas pulas, bergelut dengan suami barunya di ranjang.
Tapi kita dapat tidur malam, bukan? Malah mungkin dengan isteri baru pula.
Jadi perasaan cinta bukanlah sesuatu yang real, ia bukan existential. Sebaliknya ia hanyalah pembentukan atau gubahan semata. Lagi pun, kita juga boleh saja memilih untuk tidak bercinta. Tetapi seks tidak boleh. Tidak ada apa-apa masalah kerana hubungan seks tidak semestinya perlu terlebih dahulu terbit perasaan cinta. Dengan kawan biasa pun boleh berlaku. Ok apa!
Kesimpulannya, cinta adalah kepalsuan kerana ia bukannya sesuatu yang tulen pada diri manusia.
© che nik
"Versi resmi PAS seperti berikut:"
Bukan 'resmi' (custom). Tapi rasmi (official). Saya sangat cuak dengan kesilapan tukar-ganti begini; sebagaimana saya cuak dengan penulis-penulis yang tidak boleh membezakan antara 'peribahasa' (proverb) dan 'simpulan bahasa' (idiom).
Rem bagaimana pula pendebat yang suka melakukan falacy untuk menang berhujah? Debat IKIM hari itu kalau ikutkan payah UMS nak menang atau pendebat UKM yang ambil sambil lewa.
Haram Rem, buat falacy, dosa. bertaubatlah ye sebelum terlambat. Saya pun sangat cuak pada pemikir-pemikir yang terperangkap dalam Falacy, gubra lip lap lip lap, ustaz-ustazah ni.Tapi Rem pun mengaku yang dia ahli maksiat. memang sangat betullah tu, saya pun kadang-kadang tu 2x5 gak ada buat falacy. Jom sama-sama kita bertaubat ye.
Awak betul falacy saya, saya betul falacy awak. SIMBIOSIS.
Post a Comment