Kah, kah, kah! Ada penulis-penulis blog, khususnya yang tersohor mula berasa fedap (asal: fed up) dan ingin memulaukan kegiatan memblog buat sementara waktu - mogok.
Demikian, kata mereka.
Ada kehidupan yang lebih penting daripada politik, orang politik dan segala kegilaan mengejar kuasa orang politik.
Maksud mereka, sejak peristiwa minggu lepas mula menguak perang politik - ada orang kata pengulangan 1998 - termasuk liwat dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Kah, kah, kah! Orang-orang ini sudah gila atau apa?
Kah, kah, kah! Orang ini mahu tunjukkan mereka lebih suci daripada binatang-binatang politik itu, political junkie?
Kah, kah, kah! Rasakan kamu semua!
Episod ini hanya satu permulaan (bagi sebuah pengakhiran?) atau satu pengakhiran yang sebenar-benarnya?
Kah, kah, kah! Rasakan keindahan politik Malaysia - lebih kotor dan keji, lebih mulia! Kenapa kita takut?
Kah, kah, kah - jika saya berdiri di depan mereka ini - saya juga akan ketawa dengan kepura-puraan mereka (atau, dengan ketulusan akal budi mereka)
Kah, kah, kah - ingin jadi nabi, konon! Bullshit, bros!
Kah, kah, kah - kegilaan kuasa (sama ada mereka yang ingin mencapainya, atau yang ingin mengekalkannya, atau yang baru mengecapi nikmatnya beberapa bulan) harus lebih kotor dan keji lagi!
Kah, kah, kah - sudah tidak sanggup? Cis, bodoh, jenis kelas menengah yang hidup di pinggir kota besar... beginilah lagaknya mereka? Kah, kah, kah!
Kalau langit jatuh menghempap satu per satu penulis-penulis blog ini dan binatang-binatang politik yang mereka keji itu, aku akan tetap terus ketawa. Kah, kah, kah!
[ii]
Hey orang PAS, kau orang ingat ucapan Mohamad Sabu itu lebih mulia daripada lagu liwat Carburator Dung?
Hey, sudahlah!
Hey kau orang fikir ahli-ahli politik itu bahasanya lebih poetic dan lyrical daripada lagu liwat itu?
Hey, sudahlah!
[iii]
Kau fikir jika kau orang terkenal, ada kuasa, ada glam, ada media - kau orang akan tegak di puncak selama-lamanya??? !
Kah, kah, kah...
Jangan berlagak sucilah, oiii! Sedar dirilah sikit, suluh muka sendiri di cermin!
Tuesday, July 08, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)