Tuesday, June 30, 2009

Video

Maksud saya, tiga klip video mengulas tentang "kejahatan" Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Kata orang, dalam perang, kita harus mengambil sikap dan memihak. Tetapi mungkin keberpihakan mematikan kebenaran atau menghidupkannya?

Saya makin tertarik dengan nasib politik Rosmah - sejauh mana kontroversi yang dimuatkan dalam klip video boleh merosakkan imejnya lagi atau menolong menonjolkan kewibawaannya di mata umum.

Tertarik setelah Rosmah tiba-tiba menjadi media darling dan seterusnya meletakkan imejnya di setiap benak orang - sekali gus mengundang reaksi-reaksi pro dan kontra terhadapnya.

Maksud saya, bagaimana tiga klip video tersebut telah melahirkan bahan-bahan berita berikut: 'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah, Video Rosmah: Polis siasat Badrul dan Mahfuz: BN kini ertinya 'bini Najib' (Malaysiakini, semuanya terbit 30 Jun).

Saya tertanya-tanya apakah akan jadi pada klip video ini, nasib Rosmah dan mereka yang ditemubual dalam klip tersebut sejak ia pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu. Baca berita Kempen video burukkan isteri PM (25 Jun).

Pendedahan klip itu mengundang reaksi balas yang mempertahankan Rosmah. Lihat Apa Ada Dengan Video fitnah Datin Seri Rosmah Mansor (Mykmu, 11 Jun) yang meminjam percubaan When news reporting gets sensational (Malaysia Instinct, 10 Jun).

Apakah kedua-dua laman web pro-Umno ini percaya dengan membela Rosmah, imej wanita ini akan dapat dibersihkan dan semakin baik?

Atau, pembelaan mereka ini boleh bertukar pisau yang menikam dari belakang - mendedahkan lagi pekung Rosmah dan mempromosi "kejahatan" yang didakwa di klip video tersebut?


[ii]

Saya fikir usaha mereka akan membawa backlash. Bukan bermakna mempertahankan sesuatu yang benar dan fakta itu akan membawa kesan buruk kepada Rosmah.

Tetapi, sebaliknya, menegakkan benang basah boleh menikam diri sendiri dan menelanjangkan lagi keburukan Rosmah, kecacatan sikap laman-laman web tersebut dan mengajak orang bercakap lagi dan bercakap lagi, termasuk yang bukan-bukan dan palsu-palsu.

Kata orang Melayu, bangkai gajah Rosmah (jika ada, jika benar seperti didakwa di klip video) tidak boleh ditutup dengan daun-daun lalang blog pro-Umno. Malah apabila bangkai itu mereput, proses penguraiannya memamah daun-daun lalang menjadi sebatian yang menusuk hidung pula!


[iii]

Saya tidak berminat menuduh atau membela Rosmah. Saya tidak berminat mengecam atau menasihati blog-blog pro-Umno itu.

Saya hanya tertarik pada klip video ini, nasib Rosmah, mereka yang ditemubual dalam klip tersebut dan kita semua mulai hari ini seperti mana kita berdepan dengan khabar angin yang kemudiannya didapati menyimpan sekelumit kebenaran.

Apakah reaksi kita waktu itu, ketika kebenaran menganga di depan muka kita ...?

Thursday, June 25, 2009

Rosmah

Maklumat ini belum diberitakan - sebahagiannya sudah pernah disebut dalam laporan Harakahdaily.net, sementara sebahagian yang lain pernah menjadi buah mulut segelintir wartawan media arus perdana dan peminat dunia hiburan.

Tetapi, umumnya, sehingga kini tiada berita atau pengesahan rasmi.

Berita ini ada kaitan dengan Rosmah Mansor, isteri perdana menteri kita sekarang, sewaktu beliau belum lagi bergelar "wanita pertama" negara ini.

Beberapa klip video yang dimuatkan di Youtube sejak dua minggu lalu membangkitkan semula memori saya sewaktu bertugas dengan mStar Online, edisi dalam talian akhbar berbahasa Melayu yang diusahakan oleh Star Publications Bhd.

Malaysiakini siang tadi melaporkan sedikit tentang kewujudan tiga klip video ini. Kami mengambil keputusan untuk tidak menerbit-ulang dakwaan-dakwaan yang dimuatkan dalam video-video tersebut. Biar pembaca mengkaji dan membuat kesimpulan sendiri.

Malaysiakini hari ini hanya menganalisis, kurang lebih, kedudukan tiga klip tersebut dan bagaimana ia tersebar - dimanfaatkan oleh golongan yang anti-Rosmah, anti-PM atau anti-Umno atau ketiga-tiganya sekali gus.

Dan bagaimanapun reaksi mereka yang pro-Rosmah, pro-PM atau pro-Umno atau ketiga-tiganya sekali gus.

Dalam satu daripada tiga klip tersebut, seorang lelaki yang mendakwa adik Rosmah menceritakan kemarahan "wanita pertama" apabila dia menolong menguruskan perkahwinan anak perempuan Rosmah dengan seorang selebriti yang bergelar doktor, anak seorang Datuk yang berkait erat dengan Umno.

Dalam klip video itu juga ditunjukkan (baca: mendakwa) seorang lelaki yang mendakwa Rosmah menghalang tetamu utama (yang telah diundang) ke majlis perkahwinan tersebut dihalang oleh "orang-orang Rosmah."

Saya tidak dapat mengesahkan kedua-dua dakwaan ini. Sama ada benar atau palsu, terpulang pada penyelidikan masing-masing pembaca.

Namun maklumat yang saya mahu kongsikan di sini berkaitan (sangat-sangat berkaitan) majlis perkahwinan anak gadis Rosmah (bukan anak dengan Najib) seperti dua lelaki itu dakwa dalam klip video "Rosmah perempuan puaka."

Saya tidak tahu bagaimana editor atau wartawan hiburan di akhbar-akhbar harian dan majalah-majalah hiburan yang lain. Tetapi saya ingin kongsikan satu maklumat tentang perkahwinan tersebut seperti yang saya pernah alami (lihat dengan mata) di mStar Online.


[ii]

Pada malam itu saya kebetulan pulang lewat dari pejabat. Seorang teman wartawan, wanita dan masih muda, ditugaskan untuk menghadiri dan membuat liputan tentang perkahwinan tersebut.
Beliau bahagian hiburan, sementara saya bahagian berita.

Sebagai seorang yang dedikasi, selepas majlis tersebut, beliau terus kembali ke pejabat dan menfailkan story tentang majlis tersebut - maklumlah anak isteri timbalan perdana menteri dengan selebriti yang meningkat naik waktu itu. Tentu nilai beritanya tinggi dan mStar Online ingin segera melaporkan peristiwa bersejarah dan meriah itu.

Kalau tidak salah ingatan saya, waktu itu sudah jam 10 malam. Saya menyemak sepintas lalu dan merancang untuk pulang.

Kira-kira sejam selepas ia dimuatnaik, tiba-tiba editor kami (lebih tepat acting editor, kerana mStar Online belum ada editor rasmi, waktu itu) bergegas datang dari rumahnya di Ampang.

Beliau sudah pulang lebih awal, petang hari itu atau beberapa jam sebelum muncul kembali di depan saya - di tingkat 7 bangunan The Star. Tiba-tiba diarah datang ke pejabat. Tidak hairan beliau nampak sedikit tidak senang dan merungut-rungut.

Rupa-rupanya "boss" (bukan sahaja big boss di The Star, tetapi yang lebih atas dan di luar The Star) mengarahkan agar story wartawan wanita tadi dibuang sama sekali daripada mStar Online!

Editor kami membaca story tersebut, dan sambil merungut-rungut sebentar, terpaksa membuangnya. Barulah saya tahu bahawa ada seseorang yang tidak senang dengan berita anak perempuan Rosmah diterbitkan di media.

Saya menunggu dan menunggu - esok, lusa, seminggu dan dua minggu. Media-media lain juga tidak melaporkan tentang berita perkahwinan tersebut. Saya hairan, kami bertanya-tanya.

Dan kemudian tersebarlah khabar bahawa Rosmah sendiri tidak mahu berita perkahwinan itu diterbitkan!

Dan saya pun belajar satu hukum untuk berjaya sebagai pekerja media di akhbar arus perdana bahawa ikutlah arahan orang politik kalau mahu terus kekal di situ walaupun arahannya tidak masuk akal, melampaui batas atau high-handed.

Nota: Sehingga kini saya tidak pasti siapa yang memberi arahan tersebut, sama ada pegawai-pegawai Najib, pegawai-pegawai Rosmah atau siapa. Saya sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada khabar "Rosmah sendiri tidak mahu berita perkahwinan itu diterbitkan" itu benar atau palsu. Sehingga kini saya tidak pasti, saya tidak sahkan sendiri dan tiada maklumat sahih.

Yang saya dapat sahkan daripada peristiwa ini adalah - khabar angin bertukar menjadi berita yang sahih dan kuat sewaktu berita sebenar tidak lagi dapat disampaikan!


[iii]

Apabila isu perkahwinan anak gadis Rosmah muncul, semula, dalam klip video tersebut, maka maxim yang saya pakai saat ini ringkas sahaja: khabar angin bertukar menjadi berita yang sahih dan kuat sewaktu berita sebenar tidak lagi dapat disampaikan!

Gambar-gambar perkahwinan mereka (acara bersanding) boleh dilihat di Agendadaily.com.

Hak cipta foto atas (c) Pretty Peektures, foto bawah (c) Agenda Daily - anak Rosmah menangis

Tuesday, June 16, 2009

Lucah

Perdana menteri hari ini menjawab pertanyaan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, berhubung 39 laman web dan blog yang dilarang diakses oleh kakitangan awam di pejabat-pejabat kerajaan.

Sama ada sedar atau tidak, laman web The Star hari ini menerbitkan semua senarai laman web dan blog tersebut.

Semakan mendapati beberapa blog tersebut masih boleh diakses dan memuatkan bahan-bahan lucah!

Apakah senarai ini sejenis promosi PM untuk menggalakkan penyebaran bahan pornografi?

Thursday, June 11, 2009

Sedih

Memihak
Senin, 08 Juni 2009/Catatan Pinggir/Tempo


Politik adalah sebuah tugas sedih: usaha menegakkan keadilan di dunia yang berdosa. Reinhold Niebuhr, theolog itu, mengatakan demikian untuk siapa saja. Tapi saya kira ini terutama berlaku bagi tiap intelektual publik – artinya seseorang yang dengan tulisan dan ucapannya berbicara ke orang ramai, mengetengahkan apa yang sebaiknya dan yang tak sebaiknya terjadi bagi kehidupan bersama.

Niehbuhr (dan saya mengikutinya) memakai kata “tugas”. Kata yang aneh, memang. Sebab tugas itu bukan karena komando sebuah partai atau kekuasaan apapun. Tugas itu muncul, di dalam diri kita, karena ada sebuah luka. Kita merasa harus melakukan sesuatu karena itu. Luka itu terjadi ketika pada suatu hari, dalam kehidupan sosial kita, ada liyan yang dianiaya, ada sesama yang berbeda dan sebab itu hendak dibinasakan. Luka itu ketidak-adilan.

Saya menyebutnya “luka” karena persoalan ketidak-adilan bukanlah sesuatu yang abstrak, tapi konkrit, menyangkut tubuh, melibatkan perasaan, membangkitkan trenyuh dan juga amarah: Munir yang dibunuh tapi kasusnya tak terungkap tuntas, ribuan orang yang dilenyapkan di masa “Orde Baru” dan tak pernah diusut, Prita Mulyasari, si ibu, yang dimasukkan sel oleh jaksa secara seenaknya, atau Prabangsa, wartawan Radar Bali, yang dibunuh dengan brutal karena ia mengritik orang yang berkuasa.

Ada luka, dan aku ada: pada momen itu aku tahu apa yang terasa tak adil. Meskipun aku belum bisa merumuskan seluruhnya apa yang adil, aku terpanggil.

Di situlah seorang intelektual publik berbeda dengan seorang clerc dalam pengertian Julien Benda. Dalam versi Inggris, kata clerc disebut sebagai “intelektuil,” tapi itu adalah padanan yang tak tepat. Benda menggunakan kata itu untuk mengacu ke zaman lama Eropa, ke kalangan rohaniawan yang semata-mata mengutamakan nilai-nilai universal, hidup jauh dari pertikaian politik. Mereka tak memihak; mereka jaga kemurnian akal budi. Dalam La Trahison des Clercs Benda mengecam para intelektual yang turun ke keramaian pasar, memihak kepada satu kelompok dan mengobar-ngobarkan “nafsu politik”.

Harus dicatat: Benda seorang rasionalis sejati. Ia menganggap “nilai-nilai universal” itu sudah terpateri selesai di dalam diri. Ia tak mengakui bahwa yang “universal” datang dari pengalaman manusia sebagai mahkluk-di-bumi, yang berkekurangan, terbatas, hidup dengan liyan, fana. Benda memisahkan rasionalitas dari dunia, sebagaimana ia menghendaki siapapun yang setara dengan clerc tak memasuki arena pergulatan politik di mana nilai-nilai universal konon ditampik.

Memang harus diakui, di masa Benda, sebagaimana di masa kini, ada perjuangan politik yang hanya memenangkan cita-cita yang tertutup: kaum Nazi hanya hendak membuat dunia baru bagi “ras Arya”, kaum “Islamis” hanya untuk menegakkan supremasi umat sendiri.

Tapi kita ingat Nelson Mandela. Ia berjuang sebagai pemimpin kaum kulit hitam, tapi akhirnya ia tak berbuat hanya untuk kebaikan kaumnya. Ia menang untuk meruntuhkan kekuasaan apartheid yang memperlakukan orang secara menghina berdasarkan warna kulit. Maka kemenangan Mandela baru berarti kemenangan bila ia mengalahkan apartheid juga dalam bentuk baru. Demikianlah Mandela tak mendiskriminasikan orang kulit putih di bawah pemerintahannya. Di dalam cerita Afrika Selatan, luka ketidak-adilan itu memanggil keadilan dalam arti yang sebenarnya: keadilan hanya “adil” bila keadaan itu berlaku bagi siapa saja.

Itulah sifat universal yang berbeda dengan universalitas seorang rasionalis. Universalitas seperti dalam politik Mandela tumbuh dari trauma. Tapi tak hanya itu. Kepedihan itu diakui sebagai sebuah mala yang tak dapat dibiarkan bercokol di sebuah masyarakat jika masyarakat itu ingin hidup. Dengan kata lain, politik, sebagaimana dijalankan Mandela, adalah perjuangan ke sesuatu yang universal, dari sebuah situasi yang partikular.

Di situlah seorang intelektual publik seharusnya terpanggil untuk memihak. Dengan itu ia memandang politik sebagai sebuah tugas, bukan untuk sebuah ambisi. Ia tak duduk di tepi ongkang-ongkang, merasa harus bermartabat di mahligai. Ia tak berbeda dengan seorang tetangga yang ikut memadamkan api bila rumah di sudut sana terbakar, bukan hanya untuk menyelamatkan kampung seluruhnya (dan tentu saja rumahnya sendiri), tapi juga karena ia terpanggil untuk tak menyebabkan orang lain menderita.

Tapi, seperti disebut di atas, dunia memang berdosa. Penderitaan dan kekejian tak pernah hilang dari dalamnya. Maka perjuangan, atau pergulatan politik, akan selalu dibayangi cacat. Kita tak bisa menerima “politik sebagai panglima” bila di sana tak ada kebebasan lagi untuk mengakui cacat itu, bila pertimbangan kalah dan menang menelan secara total seluruh sudut hidup kita, selama-lamanya. Sebab tiap perjuangan politik akan terbentur pada keterbatasannya sendiri.

Maka bila aku memilih A hari ini, aku memilihnya dengan bersiap untuk kecewa. Aku juga memilihnya bukan untuk selama-lamanya. Aku hanya memilihnya sebagai sarana yang saat ini kurang cacat di antara yang amat cacat – sarana sementara untuk mencegah luka lagi, meskipun pencegahan itu tak pernah pasti.

Saya katakan tadi: kita bersiap kecewa. Tapi kita tak menyerah. Sebab kita tak akan bisa lupa Munir: kita tak akan menghalalkan ketak-adilan sebagai kewajaran hidup. Pengalaman sejarah menunjukkan, di tengah ketidak-adilan yang akut, yang kita derita, manusia selalu menghendaki keadilan -- yang entah di mana, yang entah kapan datang.

Dari perspektif ini, Ratu Adil bukanlah takhayul. Ia sebuah ideal yang tak hadir. Politik adalah tugas merambah jalan di belukar membuka celah agar keadilan itu datang. Terkadang tangan jadi kotor, hati jadi keras – dan itu menyebabkan rasa sedih tersendiri.

Di depan belukar itu, kita berjudi dengan masa depan. Siapa yang menuntut kepastian penuh dari sejarah akan mendustai diri sendiri. Selalu ada saat untuk bertindak dan memihak – juga ketika kita menolak untuk bertindak dan memihak.

Tapi pada saat yang sama juga ada saat untuk berdiri agak menjauh. Terkadang dengan ironi, terkadang dengan penyesalan, tapi selamanya dengan kesetiaan: di dunia yang berdosa, pilihan kita bisa salah, tapi tugas tak henti-hentinya memanggil dan politik selamanya meminta. Kita mungkin gagal. Meski demikian, tetap ada yang berharga yang kita perkelahikan.

Goenawan Mohamad

Sunday, June 07, 2009

Musuh

Hairan, dunia ini bermula dengan kata-kata - demikian menurut Bible, "pada mulanya, kata".

Mulianya manusia juga kerana kata-kata, "dan diajarkan kepada Adam akan nama-nama", demikian pula al-Quran merakamkan permulaan bahasa (dan kata-kata) yang memuliakan Adam dan anak cucunya.

Tetapi kata-kata penuh pembohongan, lebih bohong daripada seks. Kata "cinta" tidak setulus senggama. Dengan kata lain, seks itu jauh lebih benar, tulen dan tegas daripada kata-kata!

Namun, Dr Haron Din yang dimuliakan itu bermain-main dengan kata-katanya [klik imej di kanan untuk baca lebih jelas]. Tiada "musuh dalam selimut" pada halaman-halaman kertas kerjanya. Hanya media yang mengulas atau menambah-nambah - jelasnya ketika menjawab Husam Musa.

Sama ada tokoh ulama ini buta seni berbahasa atau bermain dengan kata-kata.

Dr Haron tentu tahu apa erti kata-katanya di muktamar hari ini - mana yang lebih benar, kuat dan "mengganggu jiwa" berbanding cinta (semula, sekali lagi) yang pernah melanda.

Dr Haron tidak sebut "musuh dalam selimut", Dr Haron hanya sebut "musuh dalam", "musuh Islam yang berada di dalam" dan "individu-individu tajaan mereka [yakni: Umno atau musuh luar negara] bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti."

Dr Haron tahu kata-kata politiknya lebih lemah, longgar dan leweh berbanding tulisan di kertas kerjanya.


[ii]

Tidak hanya orang politik yang suka bermain kata-kata, dan tidak hanya orang politik yang suka menyalahkan media apabila kata-katanya dikutip dan mengandungi kebenaran.

Kebenaran memang pahit, ustaz. Buat apa kita mengelak kebenaran dan melarikan kontroversi? Berani sebut, berani tanggung. Lebih baik kita mengaku sahaja daripada melemparkan tuduhan kepada media.