Saturday, February 25, 2006

Bertudeng

Amaran kepada semua pelajar perempuan: Jangan pakai tudung senteng! Kalau tidak mahu tudung anda digunting, elok pakai tudung labuh. Faham?

Tetapi kalau tidak bertudung, cikgu? [sambil angkat tangan] Bagaimana? Nak gunting apa (atau, siapa) pula?

Enam puluh lima pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang di Kuala Krau, Pahang menerima padah apabila tudung mereka digunting oleh guru disiplin.

Kejadian itu berlaku di dewan perhimpunan sekolah berkenaan Rabu lepas. Tiga guru disiplin wanita mengarahkan semua pelajar perempuan berhimpun di dewan untuk diperiksa.

"Mereka kemudiannya menggunting tudung 65 pelajar kerana mendapati ia tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah," kata wakil rakyat Kuala Krau, Ismail Mohd Said kepada Bernama (Jumaat, 24 Feb).

Sekolah berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan garis panduan sendiri, berbeza daripada peraturan kementerian, kepada para pelajar mengenai cara berpakaian yang dibenarkan.

"Garis panduan tersebut menggariskan semua pelajar perempuan beragama Islam hanya dibenarkan memakai tudung labuh dari jenis bulat yang lazimnya digunakan oleh pelajar sekolah agama," cerita wakil rakyat itu lagi.

"Ini berbeza dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, yang mensyaratkan pelajar perempuan Islam yang ingin bertudung, mengenakan tudung berbentuk segi tiga atau skaf."

+ * + * +


Sebuah filem Turki yang sedang ditayangkan di Jerman ditarik balik daripada edaran selepas dibantah oleh beberapa kumpulan politik, melalui permainan media, atas alasan "menghina agama (orang Yahudi)", anti-Semitic, dan "anti-Amerika".

Pemimpin wilayah Bavaria, Edmund Stoiber, dan ketua Parti Hijau, Reinhard Buetikofer, antara tokoh politik yang lantang dalam hal ini. Mereka mendesak pawagam agar tidak menayangkan filem ini.

Stoiber pergi lebih jauh dengan mendesak kerajaan Turki memohon maaf atau ia akan menyulitkan proses kemasukan Turki dalam Kesatuan Eropah!

Filem Valley of the Wolves: Iraq lakonan Billy Zane dan Gary Busey dianggap "menyebarkan kebencian dan berbahaya" kerana dianggap memaparkan tentera Amerika Syarikat berlaku kejam di Iraq dan melakonkan watak seorang doktor Yahudi di daerah perang itu yang suka mencuri organ.

Mengulas perkembangan ini, pengedar filem ini Anil Sahin berkata perkembangan ini semata-mata permainan orang politik, khususnya puak berhaluan kanan, untuk meraih sokongan.

Apa kata kalau kita mengikuti petikan lengkap Sahin dalam bahasa Inggeris?

"It is no coincidence that politicians, particularly on the right, are attacking this movie now, when we are in the middle of the controversy over the Mohammed cartoons.

"This is being used as a political football to score points. I wonder if any of the politicians has actually seen the movie. It's just a fun, silly action flick -- Rambo told from the other side."

Bagaimanapun sambutan penonton tidak pula menurun; malah meningkat dengan munculnya kontroversi ini. Pengedarannya meningkat daripada 65 kepada 86 tayangan, lapor agensi Reuters/Hollywood Reporter.

Tiket Valley of the Wolves: Iraq berjaya dijual 280,000 keping di Jerman dan perlahan-lahan sedang merebak ke beberapa negara Eropah. Di Perancis, ia akan menemui penonton minggu depan.

Filem ini sebuah filem box-office di Turki, dan pendatang dari negara ini di Eropah juga ingin menontonnya.

Sahin, ketua syarikat pengedaran Maxximum, berkata: "Sebagai ahli perniagaan, saya berterima kasih kepada ahli-ahli politik Jerman (yang menjadikannya kontroversi) kerana menolong mempromosikan filem ini.

"Tetapi sebagai seorang demokrat, saya mual dengan lagak politik yang suka bermain-main dengan isu kebebasan bersuara."

Friday, February 24, 2006

Otaku

Nampaknya wabak kartun Denmark --- lebih cepat merebak daripada selesema burung --- telah berjaya mencipta suasana kartun di negara ini.

Gejala sedemikian boleh kita panggil pengkartunan isu, bukan "isu kartun" semata-mata.

Kartun dijadikan semata-mata sandiwara, satu babak di layar kain, dengan bantuan projektor dan segulung filem. Semua itu pada asalnya sekadar backgrounding, tetapi akhirnya pengkartunan telah muncul sebagai foregrounding.

Yang bergerak dalam babak-babak ini bukan sahaja kartun (lakaran) tetapi kartun itu sendiri telah menjelma "bahasa politik" semua pihak sebagaimana agama (dalam kes ini, Islam) menjadi bahasa persaingan politik antara Umno dan PAS yang membelit semua orang.

Sesiapa yang enggan berbahasa ini akan ketinggalan; oleh itu, semua orang harus berlumba-lumba menggunakannya!

Mahu atau tidak, anda haruslah mengkartunkan pemikiran anda --- dan kemudian mencipta bahasa baru dengan ungkapan, kaedah penghujahan, teknik membaca kartun serta seni memecah kod satira karikatur, fakta dan data kartun (seperti sejumlah keratan berita dan koleksi analisa di blog ini juga!!!)

Tidak disangka, tiba-tiba sahaja, masyarakat yang kartun mudah mengkartunkan dirinya zahir dan batin. Kira-kira, macam, budaya otaku di Jepun atau mungkin (walau berlainan konteksnya dan tidak sepenuhnya sama) budaya kiasu dan kiasi di Singapura.

Pengkartunan politik kita lebih menghampiri budaya otaku, nampaknya.

Sejak Selasa (21 Feb) New Straits Times berdepan dengan isu panas apabila kartun yang diterbitkan dalam seksyen 'Life & Times' (edisi 20 Feb) dikatakan "menghina Nabi". Pada hari Selasa itulah, PAS dan tiga badan Islam melaporkan kepada polis agar menyiasat akhbar ini. Parti agama ini juga memohon NST memohon maaf atau menjemput protes di depan pejabatnya hari ini, Jumaat.

Dua hari ini lepas, akhbar ini menonjolkan kembali kartun tersebut dengan artikel yang mempertahankan penerbitan tersebut. Sebelah petangnya, dua pemimpin kanan akhbar ini diberikan surat tunjuk sebab di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

Semalam, di laman depan, NST dengan bangga memberitahu (dan mengharap simpati) pembaca bahawa ia sedang berdepan dengan tindakan keras KKDN.

Perdana Menteri tidak segera membuat keputusan --- dia mahu membaca laporan KKDN dahulu sebelum bertindak. "Sehari dua sahaja (lagi)," katanya, seperti dilaporkan agensi Bernama semalam.

Bukan sahaja Pemuda PAS, dan parti ini, tetapi juga Pemuda Umno (dan ketuanya?) mendesak akhbar Inggeris ini agar memohon maaf kepada umat Islam dan masyarakat Malaysia. Di laman web ini, milik sekelompok geng Pemuda Umno, suara perang itu nyaring sekali!

A Kadir Jasin dan Jeff Ooi, bersama menteri penerangan yang baru Zainuddin Maidin dan Kalimullah M Hassan, bertempur dalam medan kartun NST ini --- pada mulanya gara-gara Jyllands-Posten di Denmark penghujung tahun lepas.

Tetapi perang antara Zainuddin dengan Kalimullah bermula lebih awal, minggu lepas lagi, malah sewaktu bekas orang kuat Utusan ini masih lagi timbalan menteri penerangan.

Tadi malam, Malaysiakini.com melaporkan bukan sahaja NST yang menyiarkan kartun yang dianggap menghina Nabi, malah RTM sendiri pernah berbuat demikian!

(Satu lagi stesen TV popular juga menerbitkannya --- maka, memakai logika Dr Mahathir Mohamad, layak dikenakan tindakan KKDN atau akta penyiaran).

Diterbitkan kembali berita dari Malaysiakini.com (edisi terjemahan rasmi):

Ketika New Straits Times ‘yakin’ mampu menangani isu penyiaran kartun yang dikaitkan dengan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, selepas mendapatkan sokongan lembaga pengarahnya, akhbar berkenaan mungkin mengheretkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.

Menurut satu sumber, timbalan pengerusi New Straits Times Group (NSTP) yang juga penasihat editorial, Datuk Kalimullah Hassan telah memberi jaminan kepada para editor dan wartawan akhbar tersebut bahawa tidak ada apa yang harus dibimbangkan.

Dalam taklimat selama 10 minit petang ini, Kalimullah sekali lagi menegaskan bahawa kartun tersebut tidak ofensif dan dalam mesyuaratnya pagi ini, lembaga pengarahnya bersetuju memberi sokongan kepada editor akhbar berkenaan.

Katanya, sekiranya tindakan penggantungan dikenakan, tempohnya tidak akan melebihi dua minggu. Bagaimanapun, sumber itu berkata, akhbar milik Umno itu dijangka mungkin membabitkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.

Akhbar itu, kata sumber berkenaan, mempunyai bukti bahawa pada awal bulan ini, RTM juga didakwa telah menayangkan seorang lelaki sedang membaca akhbar yang mengandungi karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam diseluruh dunia.

Ini juga turut dinyatakan oleh Kalimullah dalam taklimat tersebut.

“Katanya, berita Mandarin dalam RTM 2 telah menfokus terhadap imej karikatur itu sebanyak dua kali dan imej itu memenuhi skrin televisyen. Salinan rakaman tayangan tersebut telah diserahkan kepada perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Kita akan menyiarkannya (mengenai RTM itu) di muka depan esok,” kata sumber tersebut, sambil menambah seorang wartawannya telah menghubungi menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin untuk mengulas perkara tersebut, katanya.


Akhirnya semua orang jadi kartun hidup, macam Pemuda PAS, yang terpancut dari muka-muka surat akhbar!

Wednesday, February 22, 2006

McCarthyism

Akhirnya siri kartun yang dianggap "menghina Nabi" menjadi wabak ala Mc-Carthy-isme di negara kita; bermula penggantungan tanpa batas Sarawak Tribune, diikuti penggantungan Guang Ming Daily (hingga Mac) dan kini dua wartawan kanan New Straits Times diminta menyembah kerajaan.

Semua orang membeku apabila taufan fasisme bertiup kencang menerbangkan semua tiang kewarasan dan tembok kewajaran. Orang yang rasional dan berfikir tiba-tiba membisu.

Riuh debat dan protes daripada pembaca dan NGO tidak kedengaran lagi. Kaum liberal, kiri dan anasir berfikir senyap sunyi, sementara arus kanan seperti menerima durian runtuh. Kolum dan seksyen surat pembaca Malaysiakini.com, sekadar contoh, hilang serinya.

Bermulalah era, yang disebut Tariq Ramadan, 'ideologi ketakutan sejagat'.

Ketua pengarang (editor-in-chief) dan pengarang kumpulan (group editor) NST dipanggil Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) hari ini, lapor agensi berita Bernama.

Semua ini bermula Isnin lalu apabila akhbar berbahasa Inggeris tersebut menerbitkan satu kartun yang menyindir senario bantahan popular masyarakat Islam terhadap karikatur Jyllands-Posten, sebuah akhbar harian utama di Denmark.

Saya pernah menulis kepada Malaysiakini.com, Sabtu lepas (18 Feb), sebagai reaksi di hujung catatan teman saya Nash Rahman '2006 tahun wartawan jadi sasaran'.

Saya merungut kenapa boleh wujud ketakutan (atau, sebut sahaja 'kebekuan') di kalangan pembaca dan penulis kolum (termasuk kenyataan-kenyataan NGO?) akhbar web ini.

Teman-teman dan saya, melalui Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT), awal-awal lagi mendukung semangat kebebasan akhbar --- dan menganggap penggantungan Sarawak Tribune dan siasatan pada editor kanannya sebagai tindakan berlebihan (over-reaction) dalam isu ini.

Sewaktu dihubungi akhbar web tersohor ini, saya telah menjelaskan bahawa menyiarkan karikatur tersebut dalam konteks menjelaskan sesuatu isu tidak boleh dianggap satu bentuk penghinaan kepada umat Islam.

Sekarang New Straits Times, satu kes yang paling lemah dan paling mudah kita pertahankan (berbanding Guang Ming Daily atau Sarawak Tribune), apakah sikap kita kali ini?

+ * + * +

Bacaan saya: KKDN, atau lebih tepat beberapa pemimpin kerajaan, kurang senang dengan sikap media arus perdana yang "terlalu berani" mengkritik dan mendedahkan keburukan jentera birokrasi, termasuk polis.

Mereka hanya menunggu saat-saat yang sesuai untuk bertindak, misalnya terhadap China Press bulan lepas dan kini, NST. Kalimullah Hassan telah membongkarkan hal ini minggu lepas dalam kolumnya di akhbar berbahasa Inggeris ini.

Merujuk catatan Nash Rahman: "... kenyataan terbuka bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times (Press), Datuk Kalimullah mengenai usaha Menteri Penerangan yang baru, Datuk Zainuddin Maidin, mahu dua editor tertinggi NST dipecat.

"Zainuddin dilaporkan membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat biro penerangan Umno sehari sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan yang baru menggantikan Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang meletakkan jawatan.

"Ramai yang mempercayai, sasarannya ialah ketua pengarang Kumpulan NST yang baru, Datuk Hishammuddin Aun dan pengarang kumpulan NST, Brenden Pereira.

"Ini dipercayai berikutan laporan dalam NST yang dianggap begitu kritikal terhadap kerajaan, manakala Hishammuddin pula didakwa tidak mampu menguasai kandungan akhbar tabloid tersebut.

"Memandangkan episod ini baru bermula, maka ramai yang ternanti-nanti untuk melihatkan apakah yang bakal berlaku selepas ini."

Kalau pemimpin Umno dan pemimpin kerajaan mahu, karikatur ini telah membuka jalan yang luas terbentang untuk semua itu ...

Tuesday, February 21, 2006

Lagi?

Beberapa badan Islam yang kononnya bergabung dalam 'Mapan', bersama PAS, membuat dua laporan polis berasingan kelmarin berhubung satu karikatur yang diterbitkan di akhbar New Straits Times (20 Feb 2006).

Sewaktu melaporkan isu ini, penulis blog Jeff Ooi menerbitkan kembali kartun tersebut tetapi telah memadamkan perkataan 'Muhammad' di lakaran di bawah.




Jelas, blog yang pernah menjadi kontroversi luar biasa suatu waktu dulu, akibat satu ulasan pembaca yang tidak bertanggungjawab, tidak sanggup lagi memindahkan kontroversi NST kepada blognya pula.

Asalnya, lakaran di atas -- seperti terbitan di akhbar berbahasa Inggeris tersebut -- sebetulnya sebesar dan selengkap karikatur di bawah [sila klik di atas gambar untuk saiz lebih besar]. Ia diambil daripada laman web The Non Sequitur (juga ditunjukkan di blog Jeff Ooi)



Dalam berita Harakahdaily.net (21 Feb), NST didakwa menghina Nabi; sementara foto utama di akhbar web milik PAS ini memaparkan tiga tokoh Pemuda parti ini dengan keterangan gambar seperti berikut:

NST hina Nabi... Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub bersama timbalan dan naibnya menunjukkan akhbar NST semalam (20 Februari) yang menyiarkan satu kartun yang dianggap menghina Nabi ketika umat Islam di seluruh dunia marah kepada akhbar Jerman kerana menghina Rasulullah saw melalui kartun mereka. Beliau menunjukkan keratan akhbar itu selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang tadi.

Laporan akhbar web ini, antara lain, menyebut: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam kenyataanya berkata, PAS melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan akhbar New Straits Times semalam (20 Februari) yang menyiarkan satu kartun dimuka 20 ruangan Life & Times yang boleh disifatkan menghina Nabi.

"PAS memberi amaran keras kepada NST yang menerbitkan kartun pada halaman 8 Life & Times semalam. Kartun tersebut mempunyai unsur menghina Rasul saw," kata Nasharudin dalam kenyataannya kepada Harakah.

Sementara dalam laporan agensi berita Bernama pula, selain parti pembangkang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMs) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), yang bergabung di bawah Majlis Angkatan Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (Mapan), membuat laporan polis masing-masing di Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, pada pukul 3.30 petang.

Sekarang, kita menilai sendiri -- menghina Nabi atau tidak?


+ * + * +

Sementara itu, beberapa kumpulan penting hari ini meneruskan "serangan" terhadap sikap akhbar berbahasa Inggeris milik Umno itu. Kebetulan, di halaman dua hari ini, New Straits Times menerbitkan "sikapnya" yang enggan tunduk pada tekanan-tekanan beberapa pihak, selain yang membuat laporan polis, termasuk A Kadir Jasin dan Jeff Ooi.

Sikapnya itu, menurut menteri penerangan Zainuddin Maidin petang tadi, sesuatu yang "tidak bijak". Menteri ini, juga dikenali Zam, yang terkenal dengan sikap kerasnya terhadap media menyatakan menteri-menteri kabinet bukan Islam juga tidak senang dengan penerbitan kartun di NST.

Pemuda PAS terus mendesak akhbar itu memohon maaf, laporan Harakahdaily.net hari ini dipetik.

Tidak ketinggalan Pemuda Umno. Dalam satu kenyataannya, mereka menggesa "pengarang New Straits Times memohon maaf dengan sesungguh-sungguhnya kepada umat Islam dan semua kaum di Malaysia" susulan penyiaran karikatur terbabit "yang dianggap menghina dan mengguris perasaan umat Islam."

Shamsul Najmi Shamsuddin, pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, dalam kenyataannya berkata "walaupun kartun itu tidak mempunyai sebarang lakaran karikatur atau objek Nabi Muhammad, ia mengandungi kata-kata yang sinis dan penuh sindiran."

Kemas kini terakhir 9:20 malam 22 Feb 2006

Sunday, February 19, 2006

Naluri


Entah, tidak ramai aktres Barat yang saya suka (maksudnya, lihat). Tentu Angelina Jolie tidak tersenarai dalam aktres yang saya gemari --- walau teman-teman saya, termasuk wanita, suka pada watak pelakon ini.

Saya suka pada beberapa nama sahaja: Winona Ryder (ya, kenapa dia mencuri?), Charlize Theron (kecuali Monster, walau menang anugerah; saya cemburu dan simpati melihatnya dalam Devil's Advocate), Scarlett Johansson (bukan kerana foto di Vanity Fair tetapi kerana Lost in Translation) dan Sharon Stone (tanpa perlu penjelasan, lagi!)

Oh ya, ada lagi, Ludivine Sagnier, pelakon La Petite Lili dan Water Drops on Burning Rocks. Entah, foto wajahnya tidak pernah menarik, kecuali di bawah ini, tetapi jika direnung pada jasadnya, wow, lihat sahaja dalam Swimming Pool. Imaginasi boleh terbang lebih jauh!

Hujung Mac ini, Stone akan tampil dengan filem baru Basic Instinct 2, lanjutan Basic Instinct (1992).


+ * + * +

Seorang teman Carmen Nge menulis dalam blognya Small Acts baru-baru ini (4 Feb 2006) tentang blog Patah Balek, dan saya "malu" menyalin kembali ulasannya itu. Untuk baca, sila ke pautan ini ;)

Terima kasih Carmen!

Friday, February 17, 2006

Lima

Melawan arus ini ada waktu-waktunya berbaloi!

Bantahan Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) kepada kerajaan berhubung penutupan akhbar tempatan Sarawak Tribune menduduki tangga kelima dalam senarai berita-berita popular -- berhubung isu karikatur di sebuah media Denmark -- di akhbar web pembangkang Harakahdaily.net.

Setakat jam 7:30 malam hari ini, tajuk berita 'Ada yang tidak setuju Sarawak Tribune ditutup' yang disiarkan pada 11 Februari berada selepas tajuk-tajuk yang sememangnya dijangka lebih top, '8,000 berhimpun, bantah penghinaan ke atas Nabi' yang diterbitkan pada 10 Februari, 'Malaysia tidak akan pulau barang Denmark kerana Danish Carlsberg Beer' (9 Feb), 'Hina Nabi: Arla Food rugi RM6.84 juta sehari' (8 Feb) dan 'Ribuan pelajar demonstrasi, solat hajat bantah ‘kebiadaban’ Denmark' (9 Feb).

Harakahdaily.net setakat ini menghimpunkan kira-kira 42 item berita, catatan kolum, rencana dan reaksi pembaca sepanjang kontroversi kartun dari akhbar Jyllands-Posten, yang menyaksikan bantahan penuh emosi di serata dunia Islam sejak awal bulan ini.

Di laman depan akhbar web ini, kumpulan berita tersebut boleh dilihat dalam seksyen fokus khas 'Akhbar Denmark hina Rasulullah' dengan foto seorang lelaki berserban sedang mengangkat poster protesnya.

Kenyataan media KsJT satu-satunya suara lantang pro-kebebasan yang menentang langkah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), sementara badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang -- yang selalunya cepat mengeluarkan kecaman mereka dalam isu kebebasan bersuara dan demokrasi -- pada umumnya berdiam diri.

Media independen seperti Malaysiakini.com atau Malaysia-Today.net tidak menunjukkan bantahan yang serius sama ada dalam bentuk kolum atau surat pembaca -- dua seksyen yang sebelum ini sering rancak mendebatkan isu-isu hak asasi, kebebasan dan demokrasi.

Dalam kenyataannya, KsJT menyifatkan tindakan itu "berlebihan" (over-reaction) dan turut membantah tindakan polis menyiasat Sarawak Tribune dan mengkritik kemungkinan wartawan-wartawan ini dituduh di mahkamah seperti yang telah terjadi di Jordan, Algeria dan Yaman.

Perkumpulan anak muda ini juga menyifatkan siaran kartun di Jyllands-Posten itu tidak merangsang proses dialog antara peradaban yang sedang berkembang sekarang.

Pendirian yang sama dengan KsJT juga diambil oleh bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya semalam.

Berita tentang ini yang turut diterbitkan di Harakahdaily.net, bagaimanapun, belum dikategorikan di arkib ruangan fokus tersebut.

Ulasan Anwar yang bertajuk 'Anwar slams closure of Malaysian papers over cartoons' (16 Feb) masih berada di halaman depan web rasmi PAS ini.

Berita-berita lain yang kelihatan lebih penting nilainya (news value), misalnya kecaman presiden PAS Abdul Hadi Awang dan demonstrasi siswa tempatan --berhubung isu yang sama -- masing-masing menduduki tangga ke-16 (30 Januari) dan ke-11 (10 Feb).

Senarai keenam (paling popular) hingga ke-15, mengikut urutan asal, seperti berikut:

- Boikot segera barangan Denmark (5 Feb)
- Isu hina Nabi bukti pemimpin Islam tiada taring (8 Feb)
- Jangan pandang rendah demonstrasi PAS (12 Feb)
- Presiden PAS sertai demo bantah hina Nabi Jumaat ini (7 Feb)
- Siapa hina siapa? (9 Feb)
- Jangan pijak Islam - Mahasiswa Islam (10 Feb)
- Pemuda bantah hina Rasulullah di Kedutaan Denmark Jumaat ini (2 Feb)
- Muktamar PAS tahun ini di Kedah (13 Feb)
- Malaysian Muslims to protest over Prophet cartoons Friday (7 Feb)
- Bush backs Denmark over Prophet cartoons, violence continues (8 Feb)


+ * + * +

Sementara itu, dalam perkembangan lain, media web milik PAS Dungun, Tranung Kite.net, hari ini menerbitkan satu tuduhan paling serius terhadap beberapa pemimpin utama parti agama itu dan juga apa yang didakwa "penyelewengan" dalam pengurusan Harakah.

"Insiden terkini dalam lakonan dalaman pengurusan akhbar Harakah, salah satu organ rasmi PAS. Kemelut yang berlaku dilihat semakin meruncing apabila kepimpinan utama PAS yang sepatutnya menguasai parti dan jentera dilihat seperti boneka hidup oleh ahli-ahli," kata seorang penulis yang memperkenalkan dirinya 'Amzani Idris' dari Jalan Pahang.

Artikel bertajuk 'Harakahku, kabinetku' pada umumnya mengecam gaya pentadbiran dan kepemimpinan Mustafa Ali, seorang tokoh kanan parti itu dan juga ahli politik berpengalaman luas. Mustafa adalah pengerusi lembaga pengarah akhbar ini.

Beliau dianggap "seperti (bekas perdana menteri) ‘Mahathir (Mohamad) dalam PAS’".

Amzani menyebut beberapa tuduhan serius pada pentadbiran Harakah, termasuk terhadap pengarah urusan tabloid itu Hishamudin Yahaya.

Penulis ini mendakwa mesyuarat lembaga pengarah tabloid ini telah memecat Hishamuddin selepas tokoh ini menjual beberapa aset Harakah, termasuk milik syarikat North East Plantation, tanpa pengetahuan lembaga berkenaan.

(Syarikat perladangan ini pernah didakwa mendapatkan tanah di Terengganu sewaktu PAS menguasai negeri ini antara 1999 hingga 2004 dalam keadaan penuh kontroversi.


Seorang wakil rakyat Umno, Rosul Wahid, pernah membangkitkan isu tanah seluas lebih 9,000 ekar ini di Dewan Undangan Negeri pada 2001, sementara sebuah tabloid pro-kerajaan Risik mendedahkan beberapa agensi kerajaan negeri tidak senang dengan keputusan pemberian tanah tersebut. Saham terbesar, 90 peratus, syarikat ini diberikan atas nama Hishamuddin.

Lihat 'KKN Kelantan, Terengganu macam Umno', Malaysiakini.com, 22 Ogos 2002)

Artikel di Tranungkite.net itu juga menuduh pemimpin Harakah telah menyelamatkan ('bail-out') dua lagi tokoh pemimpin PAS, Dr Hasan Ali dan Ahmad Awang.

Ia juga menyebut beberapa lagi anggota lembaga pengarah akhbar ini sering berdiam diri seumpama "‘rubber stamp’ dan tunggul bernyawa sahaja."

Setakat catatan ini ditulis, belum ada pemimpin terbabit menafikan atau mengesahkan tuduhan-tuduhan serius ini, sementara usaha penulis blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut belum berhasil.


Kemas kini terakhir jam 5:00 pagi 19 Feb 2006

Wednesday, February 15, 2006

Gertak

Tahun lepas, awal tahun begini, saya telah melihat gejala yang menakutkan.

Disebarkan oleh kumpulan-kumpulan agama dengan niat dan agenda tersembunyi, dengan herotan maklumat dan bantutan logika, gejala ini saya sebut "gertak sosial", idea yang kemudiannya dikutip oleh Astora Jabat dalam artikelnya di Mingguan Malaysia ('Gertak sosial takutkan umat Islam', 5 Jun 2005).

Sebelumnya saya jelaskan di kolum saya 'Tiada Noktah' (Malaysiakini.com, 16 Mei 2005). Antara lain saya menyebut:

"Memang kata ‘Islam Liberal’ – cuba dikaitkan dengan JIL atau beberapa wacana ‘bergengsi’ di beberapa negara Islam – sudah ada pada aktivis agama kita. Namun, belum meluas. Tetapi peristiwa-peristiwa politik pada bulan-bulan terakhir [sejak awal 2005] di Malaysia mengetengahkan ungkapan dan label itu ke tingkat wacana popular masyarakat kita. Ia mahu dirembeskan ke ruang kesedaran awam.

"Label ‘Islam Liberal’ dijadikan sejenis ‘gertak sosial’ yang menakutkan supaya sebarang wacana perubahan dalam pemikiran umat Islam atau kritik agama mengalami jalan buntu. Sebab itu, pada hemat saya, label yang dibawa oleh aktivis agama kita ini akan membantut proses perubahan pemikiran orang Melayu. Ia boleh mencipta mental block atau hadangan nalar yang baru."

Dari hari ke hari, kita lihat arus pemikiran, politik dan budaya kita sedang dikepung oleh gejala ini -- sama ada disebarkan oleh kelompok agamawan, media massa Melayu atau oleh kuasa politik pemerintah. Ia tidak lain dan tidak bukan kecuali untuk mencipta satu dampak: "perasaan tidak selamat", sense of insecurity, di kalangan orang Melayu-Islam.

Politik identiti, identity politics, dan juga isu-isu "keruntuhan akhlak" (remaja dan anak muda?), atau "pengaruh Barat" (ada agenda?) termasuk dalam kempen yang sama, dengan tujuan yang sama, dan mengirim dampak yang sama ke dalam fikiran kita.

Cara kempen anti-karikatur Denmark itu berjaya menutup akhbar Sarawak Tribune dan menggantung akhbar Guang Ming Daily -- tanpa kita membantah, tetapi mendukung tindakan ini dengan penuh rela. Malah, kita mengecam pula sesiapa yang cuba membantah tindakan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan cuba merasionalkan kita semua!

Berikut saya sertakan kutipan artikel menarik 'The global ideology of fear' karangan Tariq Ramadan, seorang tokoh pemikir Islam yang kritis, tentang bagaimana arus sejagat mencipta 'gertak sosial':

Global terrorism and the global war against terrorism both fuel, in equal and pernicious ways, the global ideology of fear.

When we examine the countries of the West or those of the South, particularly where the population is primarily Muslim, we can only conclude that fear is omnipresent and deeply ingrained. It is having an unmistakable impact on the way human beings perceive the world. We can observe at street level three principal effects:

First, fear, naturally and often unconsciously, breeds mistrust and potential conflict with the “Other.” A binary vision of reality begins to impose the outlines of a protective “us” and of a threatening “them.”

The second effect derives from the absolute domination of emotions in our relationships with the Other and of emotional responses to events. When fear rules, emotions undermine rational analysis. In such a state, we condemn the consequences of some action and reject the individuals who commit it, but we don’t seek to understand what led to such action.

The third consequence is as paradoxical as it is startling: We may well live in the communication age, but human beings seem to be increasingly less informed.

We have witnessed the multiplication of “communication superhighways” that diffuse a dizzying excess of information in real time, saturating the intelligence and making it impossible to place facts in perspective. The communication age is an age of non-information. We are passive receptors of reality and of facts; it is as if we have no grasp on how they come to be.

Swept away by our emotions; trapped in binary, reductive logical structures; and lost in the rising tide of “as it happens” events and politics, it has become impossible for us to see, to understand or even to hear the Other.

In short, the ideology of fear has produced a devastating deafness ....

>>> Teks lengkap di sini, 'The global ideology of fear' (New Perspectives Quarterly, Vol. 23 # 1, Musim Dingin 2006)

Tuesday, February 14, 2006

Asmara

Kekasih

Hari ini, atau 14 Februari, harus diisytiharkan hari yang 'malang' bagi pasangan kekasih yang beragama Islam.

Hari ini bukan 'Hari Kekasih' atau Valentine's Day -- hari menyegarkan kembali ingatan dan kerinduan pada kasih sayang (dan tanggungjawab yang muncul bersamanya).

Hari ini malang kerana ia akan sentiasa diingati, dikenang dan dilupakan, sebagai hari yang penuh kecelaruan berhujah. Beragama itu bermakna tidak perlu menggunakan akal atau menganalisa perkembangan sosial kontemporari.

Hari ini lebih lebih rela diingati sebagai 'Hari Orang Suci' di sisi umat Islam kerana ludah orang-orang suci ini diberikan perhatian ramai; dan "ramai" orang yang memperingati hari ini lebih yakin pada pendapat orang suci daripada akal mereka sendiri.

Cubalah ke Google.com.my dan carilah perkataan-perkataan berikut "Hari Kekasih Valentine's Day haram", maka akan meluru keluar sejumlah catatan, berita, ulasan dan analisa orang agama -- semuanya ini memberi amaran bahawa menyambut Hari Kekasih itu hukumnya haram.

Malah, ada ulama besar negara ini pernah menyebut menyambut Hari Kekasih (dengan mirip orang Kristian) boleh menjadikan seseorang itu murtad! Wow ...!

Relakah anda murtad semata-mata ingin membeli sebungkus coklat buat kekasih?

+ * + * +

Saya rela! Demimu kekasihku, MF (satu jiwa yang abadi dalam jasad ini). Maaf, di lain hari sahaja, aku membeli coklat lagi ... Biar kedua-dua belah pipi comelmu dan jari-jarimu dipenuhi cairan perang gelap ini. Makanlah, ... ketawalah kekasihku. Makanlah sebelum matamu (dan mata kami) terpejam malam ini.

Nanti, jika tidak capek, aku akan menulis puisi kecil. Puisi yang mungkin kau tidak fahami -- puisi kecil untuk 1,000 tahun lagi.

Aku, dari kejauhan ini, hanya berimaginasi, sayang :( Maafkan aku kerana sering meninggalkanmu sendirian -- mendakap malam dan berlari-lari di ufuk cahaya.

Jika ada kata untuk hari ini, ingin kusampaikan "Ampunkanlah aku!" Walau aku tahu, mungkin kau juga akan meludahku nanti selepas puisi itu kau fahami.

Sengaja dikemas kini lebih awal, 13 Februari, jam 7:32 petang

Saturday, February 11, 2006

Danmark



Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) -- sebuah perkumpulan anak muda dalam bidang kewartawanan, seni budaya, kajian agama dan aktivisme politik -- beberapa hari lalu membantah tindakan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang menutup akhbar tempatan Sarawak Tribune.

Tindakan kerajaan itu dianggap "reaksi berlebihan" selepas akhbar berkenaan telah memohon maaf kepada pembaca sebanyak dua kali dan editor yang dikatakan menerbitkan karikatur itu, Lester Melanyi, dipecat.

"Kami juga tidak bersetuju apabila Sarawak Tribune juga dikatakan akan diheret ke mahkamah atas ‘kesalahan’ itu," kata jurucakapnya Hasmi Hashim dalam satu kenyataan media 9 Februari lalu.

Susulan menerbitkan kembali karikatur kontroversi dari akhbar Denmark, akhbar berbahasa Inggeris itu dipanggil oleh KKDN dan bekas editornya kini telah disiasat polis mengikut seksyen 8(2) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (pindaan 1987).

Kerajaan juga mulai dua hari lalu mengambil langkah mendadak untuk melarang apa jua bentuk (blanket ban) penerbitan kembali karikatur tersebut.

Sementara beberapa wartawan arus perdana menghubungi penulis blog ini untuk menyatakan reaksi kerajaan itu telah menyebabkan sekatan "tidak masuk akal" di bilik berita sehingga beberapa isu, misalnya "petro-dollar" atau "islamophobia", dianggap tidak wajar diterbitkan.

Seorang anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Hamdan Adnan, pula mendukung sepenuhnya tindakan KKDN. Beliau dilaporkan Jumaat lepas berkata "tindakan paling wajar oleh kerajaan untuk memelihara keselamatan negara."

Apa sudah jadi?

Dalam perkembangan lain, sebuah akhbar berbahasa mandarin di negara kita, Guangming Daily, juga didapati menerbitkan kembali karikatur yang asalnya diterbitkan oleh akhbar utama Denmark, Jyllands-Posten.

Menurut laporan Malaysiakini.com dua hari lalu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dipercayai telah memaklumkan secara lisan kepada Guangming yang kerajaan merancang mengambil tindakan terhadap akhbar berbahasa Cina itu.

Surat tunjuk sebab dijangka dihantar dalam masa terdekat ini, laporan akhbar web itu dipetik.

Malaysiakini.com melaporkan, Guangming edisi 3 Februari lalu untuk edaran di wilayah utara, menyiarkan gambar yang menunjukkan seorang pembaca sedang melihat akhbar yang menyiarkan karikatur kontroversi tersebut.

Sumber:
'Ada yang tidak setuju Sarawak Tribune ditutup', berita Harakahdaily.net (11 Feb 2006)
'Tutup Sarawak Tribune reaksi berlebihan', surat Malaysia-Today.net (10 Feb 2006)

(Halaman ini dikemas kini kali terakhir Ahad, 12 Februari, jam 8:14 malam)

Thursday, February 09, 2006

Korupsi

Teman saya, Ahmad Lutfi Othman, melalui SMS mengucapkan "selamat kembali bertugas" pada hari pertama saya menjejakkan kaki secara rasmi di kantor koran web Mstar Online di Menara Star beberapa hari lalu.

Saya memulangkan ucapan "selamat maju jaya" untuk teman baik ini sebagai pelantikan kembali ke jawatan lamanya, jawatan yang disandang sewaktu saya mula-mula berkenalan dan berjinak-jinak dalam dunia kewartawanan Melayu selepas dunia kampus.

Hari ini, apabila kita menjenguk daerah kenangan, masa telah meninggalkan suka-duka yang panjang. Hari ini, apabila kita cuba merenung ke depan, tiada siapa yang dapat menduga dengan pasti. Menariknya (atau, celakanya?) manusia kerana perkara ini -- the future is full of uncertainty.

[ii]

Perjalanan waktu mendewasakan kita dan sekali gus mengkorupsikan kita. Seburuk-buruk manusia bermula pada ketidaksediaannya untuk menerima hakikat bahawa pengalaman bukan sahaja bertambah kaya, sewaktu kita semakin dewasa atau mendewasa, tetapi kekayaan pengalaman datang bersama korupsinya.

"Hanya anak muda yang boleh mengubah sejarah," khutbah Hishamuddin Rais kepada kami suatu hari di sebuah kedai mamak di Bangsar Utama. "Orang tua telah memikul beban sejarah."

Semua orang korup, akuilah sahaja, sewaktu mendaki puncak usia. Idealisme, atau sebut sahaja angan-angan atau lebih indah "cita-cita", akan mulai pudar bersama belitan beban, tanggungjawab dan ruang gerak.

Dan -- dalam ramai-ramai manusia yang korup -- manusia yang paling korup, dan sekali gus muflis, adalah manusia yang setiap hari membaca akhbar harian dan majalah di negara ini! Atau, seseorang yang mendiami lubuk politik nasional atau aktivisme NGO.

Pejabat, rumah tangga, media, masjid dan masyarakat -- ini semua institusi-institusi yang korup, dan sekali gus bankrupt tetapi kita namakannya simbol kesedaran, kerjaya, kebijaksanaan dan kematangan.

[iii]

Korupsi dan kemuflisan teragung tetap juga pada pemikiran dan bahasa. Tetapi siapakah yang menyedari hal ini? Siapa pula yang mahu berterus-terang? Dan, bagaimana kita berdepan dengan gejala ini? Haruskah kita serius menanganinya?

[iv]

Saya sendiri pernah menjadi 'korban' kepada proses korupsi ini – setelah lama tidak menulis kepada akhbar Utusan Malaysia (1996) dan Berita Harian (1992-93). Sewaktu saya cuba menulis kembali kepada mereka, antaranya artikel 'Ruang awam untuk sasterawan'** (Mingguan Malaysia, 8 Jun 2003), saya terpaksa mengedit hampir 10 kali (sejenis swa-saringan atau self-censorship) agar serasi dengan bahasa dan gaya akhbar tersebut!

Barulah saya sedar bahawa bahasa saya telah beranjak daripada 'bahasa (dan pemikiran) arus perdana' akhbar harian (awal 1990 hingga pra-Gerakan Reformasi) kepada 'bahasa politik baru' (yang cukup bebas dan anjal – juga sarat 'emosi') era laman-laman web Reformasi (1998-2000).

Bahasa laman web ini, kemudiannya, menjadi beban pula sehingga saya meninggalkan Malaysiakini.com (akhir 2001) dan mula menulis untuk kolum saya 'Tiada Noktah' ini (mulai pertengahan 2002 hingga September 2005). Kolum yang menghadiahkan saya sejumlah pengalaman dan sebuah buku, Patah Balek: Catatan terpenting reformasi.

Sewaktu bertugas dengan Malaysiakini.com (2000), saya pernah mengkritik bentuk-bentuk wacana dan kualiti hujah laman-laman web reformasi, Harakah dan Utusan Malaysia (khususnya 1998-2000) kerana memaparkan sejenis 'budaya dan bahasa politik' yang buruk dan tidak mencerahkan akal.

** Malangnya, artikel ini terpilih untuk disenarai-pendekkan (dicalonkan) bagi kategori "rencana sastera" Anugerah Sastera Utusan-Exxon 2003

[v]

Bahasa dominan ini rupa-rupanya menyimpan 'kejahatan', atau 'keganasan simbolik', tersendiri seperti saya alami dalam fasa-fasa tertentu, misalnya lebih 10 tahun dalam gerakan pelajar dakwah (mulai 1983). Bahasa di sini bukan ayat dan karangan tetapi 'wacana', pemikiran atau 'paradigma' kumpulan. Kumpulan-kumpulan sosial (atau 'medan' dalam teori Pierre Bourdieu, misalnya Language and Symbolic Power) sentiasa melakukan kejahatan ini, rupa-rupanya!

Tidaklah menghairankan apabila forum awam dan diskusi kita, termasuk di kalangan aktivis, jarang mahu disertai peserta-pesertanya. Begitu juga surat pembaca untuk penerbitan Melayu (yang pernah saya sertai). Rupa-rupanya ada proses 'menggagapkan' orang ramai akibat penggunaan wacana yang tidak demokratik yang sudah terlalu jauh berkembang dalam masyarakat kita.

Pandangan orang ramai dianggap tidak perlu dirujuk dan akibatnya masyarakat mematikan keghairahan bersuara.

Jika ada, mereka terperangkap pula dalam bahasa-bahasa politik hentaman (seperti mereka kenali dalam akhbar pembangkang dan ceramah politik).

Orang ramai terlalu daif untuk menentang 'bahasa buruk' yang sedia ada dalam budaya politik kita, manakala aktivis politik (termasuk cerdik pandainya) gagal memperkasakan kita semua ke arah memantapkan 'bahasa baru' politik antikerajaan.

[vi]

Bahasa? Binatang apakah yang kita namakan "bahasa"? Dan, ... kenapa bahasa, semua bahasa, dicipta untuk berbohong?***

*** Maaf! Semua ini pertanyaan filsafat yang menuntut jawapan falsafah dan mengheret kita (semua?) dalam tindak reformasi bahasa dan pemikiran (media harian arus perdana, khususnya). Seorang yang korup akan berhenti di sini -- di ruang penulis bermain dengan bahasa dan berbohong antara satu sama lain :(

Wednesday, February 08, 2006

Lutfi

Catatan pertama teman saya selepas memimpin Harakah, sila lihat di sini. Sementara teks di bawah diterbitkan kembali, selepas sedikit perubahan kecil, daripada catatan pendek teman saya Zulkifli Sulong:

Penulis politik Ahmad Lutfi Othman memulakan tugasnya sebagai pemimpin baru akhbar Harakah mulai 3 Februari bagi menggantikan Suhaimi Mokhtar yang tamat kontraknya.

Harakah yang bakal berada di pasaran esok adalah hasil kerjanya yang pertama sebagai ketua pengarang.

Lutfi, nama yang dikenali di kalangan rakan-rakannya, sebelum ini menjawat pengarang sebuah akhbar dwi-bulanan propembangkang, Siasah.

Sebelum ini pengerusi Harakah, Mustafa Ali memaklumkan Lutfi dilantik kepada jawatan itu selepas Suhaimi melepaskan jawatan apabila kontraknya tamat.

Sekitar 1992, Lutfi pernah menjadi pengarang Kumpulan Harakah menggantikan Zin Mahmud yang menyertai akhbar harian Watan, yang diaktifkan semula ketika itu, selepas diharamkan pada 1987.

Bagaimanapun beliau dapat bertahan kira-kira enam bulan sahaja kerana terpaksa berhenti ekoran beberapa masalah dalaman akhbar rasmi PAS ketika itu. Jawatan ini diambil alih oleh Taufek Yahya.

Selain bertugas dengan Harakah, Lutfi pernah menjadi pengarang majalah-majalah politik Tamadun dan Dunia Islam.

Jualan Tamadun mencapai edaran tertinggi sehingga dicetak lebih 150,000 naskhah pada penghujung 1998 apabila memuncaknya isu Anwar Ibrahim.

Lutfi juga pernah menjadi pengarang akhbar mingguan Cabaran dan beberapa majalah lain termasuk Detik dan Wasilah -- masing-masing diharamkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) pada 1999 dan 2000.

Bagaimanapun, Lutfi lebih terkenal dengan buku-buku politiknya; paling popular Anwar Lawan Ghafar dan Mufti Lawan Mahathir sehingga diulang cetak beberapa kali.

Teks asal oleh Zulkifli Sulong (Harakahdaily.net, 8 Februari 2006). Diubah suai oleh Fathi Aris Omar untuk penerbitan di blog ini.

Provokasi

Berikut pandangan daripada beberapa tokoh masyarakat yang dikutip oleh akhbar The Times (4 Februari 2006), United Kingdom. Mereka membahaskan isu-isu yang dianggap pro & kon kebebasan bersuara ... Menarik!

ANDREW ROBERTS, historian: “I have seen the cartoons and was unimpressed by them. They are the intellectual equivalent of shouting “fire” in a crowded cinema. While there is a need for a genuine discussion about the rights of the West to define its own boundaries of free speech, these cartoons are trite, purposely provocative and unnecessary. In this case, the protesting Muslims have a point.

“Western civilisation loses out if these insulting images are the best critique that we can make. But I would point out that many Muslims, particularly in the Arab world, would have a stronger argument in favour of censorship if they began to withdraw the anti-Jewish, and occasionally anti-Christian, cartoons that often appear in their own newspapers.”

TARIQ MODOOD, Professor of Sociology, Politics and Public Policy at the University of Bristol: “This week Parliament, supported by the liberal intelligentsia, decided that religious hatred was a lesser problem than racial hatred and could be effectively dealt with by weaker legislation. Events in the world are testing this view. While some want to demonstrate their right to provoke religious people, others want to demonstrate their right to be provoked.

“The ideal that there might be a culture of mutual respect looks forlorn, but are we also to give up on the second best of conflict-avoidance?

“In any case, satire should check the powerful, not hurt the powerless. The underlying causes of the Muslim anger is a deep sense that they are not respected, that they and their most cherished feelings are ‘fair game’.”

PETER BROOKES, Times cartoonist: “I only saw the drawings yesterday. My first reaction was ‘what feeble cartoons’. Perhaps I don’t understand Danish humour, but there was only one out of the 12 — where Muhammad’s turban seems to be a bomb — that seemed to have any meaning.

“But even that one is a poor cartoon. It is ambivalent. You can read it one of two ways: either terrorism is using the cloak of Islam, is dressing itself as Muhammad, or that Muhammad himself is a terrorist. I hate that ambivalence in a cartoon, not knowing quite what the message is. We could be misreading the intentions of the artist entirely.

“There is an awful duality about cartoonists: on the one hand, we feel we must be able to depict anything, we must be free. So as a rule, I try not to be too sensitive about these things, and all cartoonists are guilty of doing things when we have no idea what the reaction is going to be.

“And yet, as a cartoonist, I think there has to be a purpose. I cannot see any reason for these images; they just seem gratuitous. They are meaningless. Depicting Islam, there is no need to show the Prophet.

“Of course now there is so much happening, everything is moving so fast, that this looks like it will all go on and on. And, ironically, we will have to do cartoons about it.”

ZIAUDDIN SARDAR, author of Desperately Seeking Paradise: The Journey of a Sceptical Muslim: “I have spent a lifetime criticising Islam and Muslims, but I am absolutely infuriated by these cartoons. They are a provocative and premeditated insult against Islam, and a violent abuse of power.

"What people must remember is that we are watching the repetition of an argument that took place in Europe during the Thirties. Then, we were discussing the right to depict Jews in cartoons with racial stereotypes. Now, we are discussing the right to show Muslims.”

ROGER SCRUTON, philosopher: “People of different religions or none can co-exist — so we hope, and so we have reason to believe. But co-existence with someone requires respect for the icons, rituals and symbols of his faith.

“It is as wrong to mock the religious taboos of a Muslim as it is to pour scorn on the icons of Christianity. Unfortunately, because we have got used to the continual childish blasphemy against the Christian faith that passes for sophistication in the film industry, on television and in the art schools, we think that others, whose experience of Western society is more recent and who are not yet inoculated against its hooligan iconoclasm, will also respond with a saddened shrug when people pour scorn on their faith.

“We have so lost the habit of respect for sacred things that we are astonished to discover that others can still be devastated by public acts of desecration. This kind of blasphemy is not a form of free speech, any more than pornography is. On the contrary, it is the kind of behaviour that makes free speech impossible.”

A.C. GRAYLING, philosopher: “Free speech is the fundamental civil liberty. Without it none of the others is possible. I applaud the newspapers in Europe that have shown solidarity with Denmark’s Jyllands-Posten newspaper by reprinting the cartoons, and regard our own Foreign Secretary as pusillanimous in buckling to the artificially inflated hysteria of those who think that feeling offended gives them a licence to censor other people’s freedom to criticise and satirise whomever they wish.”

MICHAEL FRAYN, author: “I am strongly in favour of freedom to comment on anything, including religious matters. There needs to be some possibility to protect not only from direct incitement but from things that lead indirectly to violence. I think the spread of falsehood that can incite fear and hatred is something that should be controlled.

"I think people should be perfectly free to caricature any aspect of religion they wish. I am always baffled as to why it is considered blasphemous. It is made clear in Islam that Muhammad is not a divine figure. He is a human figure.”

TONY BENN, former minister: “People’s faith should be respected. To say anything that offends against the faith of others is a real mistake. (The cartoons) have caused great offence at a very sensitive time. This is not a question of illegality; that is nonsense. You just do not insult people.”

THE RIGHT REV RICHARD HARRIES, the Bishop of Oxford: “Those newspapers that have decided not to print the cartoons at this time have acted wisely and in the public good. Freedom of speech is fundamental to our society and all religions need to be open to criticism.

“But this freedom needs to be exercised responsibly with a sensitivity to cultural differences. Respect for the deeply held convictions of others as well as freedom of speech is the mark of a civilised society.”

SIR JONATHAN SACKS, Chief Rabbi: “Never before have we lived so closely with people whose cultures and sensitivities are so different from our own. It is as if the whole lexicon of anthropology has come to life and we are living in the middle of it.

“Many schools I visit have children from as many as 40 or 50 different countries. And the children I meet have a wisdom that sometimes we adults lack. They feel enlarged, not threatened, by diversity. They know not to assault someone else’s deeply held convictions.

“Like the Christians of my childhood, they know that each of us cares deeply about something but not the same thing; and they try to respect that fact. Civilisation needs civility. Judaism says that putting someone to shame is like bloodshed. At the end of every prayer we pray, we ask God to guard our tongue from evil.”

IBRAHIM MOGRA, senior member of the Muslim Council of Britain: “Muslims are upset, distraught and angry. I am urging them to calm down and take stock of their own lives. We should all remain within the law and not be provoked by hot-heads on both sides. Muslims take seriously the Koranic injunctions to listen to the Prophet and not to be forward in the presence of God or his messenger.

“Because of these teachings it is very easy for Muslims to feel hurt and pain when such an important person is villified in this manner. Most Muslims believe Muhammad’s teachings were primarily about living in peace and harmony with the rest of the world. So to depict him as a terrorist is deeply distressing.”

DR ANTHONY SELDON, Master of Wellington College: “Something that is grossly offensive to another culture has to be taken into account. It is completely wrong to make it a principle of freedom because in any free society you have to accept that others have taboos. The absolute principle exists the other way round too.

"Muslims can make expressions of horror or contempt or injury clear, but they are guilty of the same intolerance if they make physical threats on other people.”

SHAHID MALIK, Labour MP: “A bit of self-discipline is what is needed. In my view, in this country we are at least two decades ahead of some of our partners in Europe on the issues of integration, minority communities, race and religion. I have spoken in many of these countries and I am truly horrified. There is no better place in Europe than Britain to be Muslim.

“But Muslims will be feeling today as if they are the new Jews of Europe. It is ironic that some of the cartoon caricatures reprinted in the German newspapers are similar to some of the ones used to depict Judaism and Jews in the 1930s. The point is that publications have run with this story not from the traditional news perspective but from some kind of macho media statement about freedom of expression”

PHILIP PULLMAN, author: “Religions are keen to assure us that God will punish wickedness in ways even more ingenious and extensive than human beings can devise; if blasphemy is obnoxious to the Almighty, the best response of his human followers is surely to rub their hands with glee at the thought of what will come to the blasphemers in due course, and not seek to pre-empt God’s judgment with human laws.”

Wawancara ini disediakan oleh Rajeev Syal, Ruth Gledhill, Alexandra Frean, Jack Malvern dan David Charter

Tuesday, February 07, 2006

Kartun

Ada getaran (intelektual?) setiap kali muncul isu seumpama ini, seumpama filem Submission arahan Theo van Gogh di Belanda, pada penghujung 2004.

Saya pernah menonton filem daripada siri TV ini sewaktu ditayangkan dalam satu diskusi agama di Komunitas Utan Kayu, Jakarta tahun lepas.

Dokumentari ini karya seorang wanita Islam, Moslima Ayaan Hirsi Ali, bertujuan membongkar apa yang disifatkannya penindasan terhadap kaum wanita.

Setahun selepas itu, di Denmark pula, muncul satu koleksi 12 karikatur yang dianggap "menghina" Nabi Muhammad dan, dengan itu, tidak peka terhadap perasaan umat Islam.

Waris pelukis agung Belanda itu mati ditikam di jalan oleh seorang, khabarnya "pelampau", Islam.

Karikatur itu pula merebakkan bantahan umat Islam sedunia, selain menghumban dua wartawan Jordan ke mahkamah dan juga (bakal) menjadi sebab penutupan Sarawak Tribune, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris di negeri itu.

Apabila emosi membuak-buak, sukar sekali kita menjernihkan keadaan.

Saya tidak senang, terus-terang saja, dengan penyiaran lakaran-lakaran seumpama itu; jelas, ada motivasi "jahat" (atau, "hodoh") di sebalik penerbitannya.

Tetapi saya juga tidak faham kenapa penerbitan kembali kartun tersebut dalam konteks memberikan gambaran lengkap isu terbabit -- misalnya apakah latar dan motivasi sebenar yang mendorong umat Islam sebegitu beremosi dalam bantahan mereka?

Pertanyaan saya, kenapa Sarawak Tribune harus dihadapkan ke Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)? Kenapa tabloid Al-Mehwar dan mingguan Shihane harus ke mahkamah?

Saya tidak mengerti mengapa penyiaran semula karikatur tersebut -- dengan niat menyampaikan konteks yang jelas dan "pokok persoalan" (subject matter) -- juga boleh dikenakan hukuman?

Jika begini cara kita (sedunia?) melihat persoalan ini, akhirnya nanti semua orang harus dilarang membawa senjata api, termasuk polis dan tentera? Tanpa mengira konteks atau tujuannya, semua benda (atau hal) yang berbahaya (termasuk karikatur) tidak wajar beredar?

Saya sedar, pertanyaan saya ini sangat boleh dibahaskan. Kewartawanan dan media massa memang sering terjerlus dalam ruang kontroversi dan debat.

Tetapi, pada hemat saya, penyiaran kembali dalam konteks menyampaikan isu besar ini wajar-wajar sahaja sebab:

(i) kita tidak boleh membantah dalam keadaan buta, semata-mata orang lain bantah, kita juga harus menjerit,

(ii) kita wajar diberikan peluang untuk menafsir sendiri benda, peristiwa atau hal yang dianggap "kontroversi" atau "sensitif".

Dalam wawancara dengan akhbar web Malaysiakini.com, saya jelaskan isu ini (dalam konteks Sarawak Tribune dan dua akhbar Jordan tersebut) sudah melangkah ke batas pencabulan ruang kebebasan akhbar. Walau (ulang: walau) saya cukup tidak selesa dengan karikatur-karikatur yang diterbitkan oleh Jyllands-Posten.

Sekali imbas, tanpa pendidikan tinggi, kita tahu watak, ekspresi wajah dan komposisi karikatur itu berniat jahat terhadap ikon teragung umat Islam, Muhammad.

Namun, harus diingat, dunia Barat bukan hanya mempersendakan ikon dan simbolisme Islam tetapi juga hampir semua agama, termasuk Kristian, dalam pelbagai ekspresi kreatif. Kecurigaan mereka pada agama juga didorong oleh nilai yang terbentuk hasil perjuangan panjang mereka untuk mendapat hak kebebasan beragama dan bersuara.

(Nota: Harus juga diingat, selain babak-babak Pasitan di Sepanyol, zaman Gelap Eropah dan khayalan "hak suci" para Raja cukup membelit akal budi manusia Eropah. Apatah lagi, kita tahu Divine Right yang didakwa dimiliki oleh pemerintahan beraja itu sejenis evolusi propaganda elit berkuasa untuk mengepung fikiran massa, jelas profesor Joseph R Strayer dalam On the Medieval Origins of the Modern State)

Bantahan seumpama ini juga dianggap sebagai bentuk-bentuk tekanan pada kebebasan ekspresi kreatif dan kebebasan bersuara. Sebagaimana aktivis-aktivis Indonesia sedang bergelut dengan Rancangan Undang-undang (RUU) Anti-Pornografi yang cuba diperkenalkan oleh regim Susilo Bambang Yudhoyono.

Kita memasuki ruang kabur, ruang debat dan ruang emosi -- kita harus ingat, ada tanggungjawab moral yang lebih besar daripada akhbar Denmark itu sendiri, tanggungjawab untuk berfikir dengan tenang dan rasional.

Untuk lebih waras!


NOTA: Untuk bacaan lanjut, sila ke 'Kartun Muhammad: Praktis demokrasi' (Sari Berita, 3 Februari), poster bantahan (TranungKite.net) dan perbahasan di Internet (AstoraJabat.com)

Sunday, February 05, 2006

Struktur

Pada awalnya saya berniat mengulas bab-bab 6 'The significance of the Reformasi movement' dan 8 'Conclusion: Insights, implications and extensions' dalam buku Meredith Weiss, Protest and Possibilities.

Ya, sebagai memenuhi janji saya untuk menyambung diskusi bawah tajuk 'Reformasi' (2 Februari) di blog ini.

Tetapi tiba-tiba saya terkesan dengan pesanan ringkas (SMS) dua teman, seorang bertugas di sebuah akhbar harian utama dan seorang lagi dari luar negara. Kedua-duanya bercerita hal yang berdekatan -- anak muda, diskusi dan penyediaan struktur.

Biarlah saya berterus-terang sedikit di sini bahawa kerja sukarela anak muda memang memerlukan fokus, kerjasama erat, stamina dan idealisme yang padu. Struktur memang diperlukan.

Tetapi ada "keganjilan" dalam dunia aktivisme, sama ada parti politik, gerakan siswa Islam (cabang gerakan Islam seperti JIM atau Abim), badan bukan kerajaan (NGO) atau perkumpulan lain anak muda.

Saya mujur dapat mengamati gejala ini agak lama, 20 tahun, dan merentas era-era ketegangan politik dan ragam-ragam kelompok yang panjang, bermula daripada pejabat Aliran Kesedaran Negara (Aliran) yang sepi kecuali dipenuhi orang tua kepada 'Universiti Bangsar Utama' (UBU) yang kemudaannya terlalu rancak atau Open Dialogue Center (ODC) yang setahun jagung.

Saya menghidu gerak-gerak anak muda Islam, Cina, kampus, NGO, orang seni dan kelompok media (kecil). Saya menghidu keganjilan itu.

Keganjilan tersebut bermula pada tipisnya semangat kesukarelaan (volunteerism) untuk berdikari sendiri tetapi mampu memberi dampak kepada masyarakat.

Kesukarelaan menjadi "paradoks" apabila sering dikaitkan dan diterjemahkan dalam struktur, sama ada separuh rasmi atau rasmi. Kononnya, harus ada wang, harus ada organisasi dan pejabat serta kelengkapannya, harus ada penaung (patron) atau penyumbang dana (funder), harus ada ruang fizikal (pentas atau bilik) -- barulah anak muda berjaya melancarkan gerakan idealisme mereka!

Bohong! Bohong! Sudah terlalu banyak struktur dibangunkan untuk kerja-kerja ini tetapi semuanya gagal berkembang, gagal dikembangkan, malah gagal dimanfaatkan. Malah, kepada organisasi besar seperti gerakan Islam, atau persatuan belia dan Umno, menjadi mala petaka besar. Lihat dua ulasan saya di sini.

Kami, teman-teman dan saya dalam kelompok Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT), pernah 'bekerjasama' dengan beberapa penulis yang dekat dengan Persatuan Penulis Nasional dulu (2004) tetapi Rumah PENA menjadi 'barang mati' yang digentayangi oleh hantu-hantu atau orang tua-tua (termasuk yang muda-muda) yang telah kering sumur idea dan idealisme mereka.

Yang "kerancakan berfikir" mereka (pinjam ungkapan Nakhaie Ahmad di koran Harakah 1988 sebelum tokoh ini meninggalkan parti tersebut) sudah sinonim dengan melancap bini! Yakni, syok sendiri dan bergegas-gegas mengisi waktu dan ruang kerana struktur yang besar akhirnya menuntut pengisian.

Persoalan saya, kenapa kita bergegas-gegas mengisi ruang yang dibentangkan oleh struktur, seperti jadi "pahat dengan penukul" atau "selepas terantuk, baru tengadah"; bukankah asal-asalnya struktur, awal-awalnya, dibentuk untuk menampung idealisme yang besar?

Kini seorang teman, lewat SMS-nya itu, mengundang kami (termasuk anak-anak muda lain) memanfaatkan sebuah ruang di sebuah badan kerajaan. Katanya, seorang tokoh penulis mengundang anak-anak muda berdiskusi.

Ya, saya sentiasa alu-alukan peluang dan ruang seumpama ini. Tidak pernah teman-teman KsJT dan saya enggan bekerjasama dengan pihak-pihak lain, sama ada agensi luar negara, kelompok kecil, tokoh muda, agensi kerajaan atau media (sama ada arus sisi atau arus perdana).

Tetapi cuba kita (semua kita) merenung lebih jauh dan mendalam. Idealisme dan aktivisme anak muda -- khususnya jenis manusia yang berurusan dengan 'idea' -- sebenarnya bermula dengan apa?

Struktur, wang dan ruang fizikal yang menjadi pokok pangkal daya gerak anak muda? Atau, semangat yang tebal untuk berfikir, merenung, berbuat sesuatu untuk menyumbang kepada masyarakat? Stamina yang luar biasa untuk mengharung beban manis idealisme? Atau apa?

Tolonglah, jangan berbohong dengan saya dalam soal ini. Setiap struktur, organisasi atau 'institusi' sosial ada bentuk-bentuk kekangannya.

Ini semua sebagai 'wahana' (kalau tidak mahu disebut 'alat' atau 'jalan') menyempurnakan idealisme. Ia bukan tujuan dan bukan medan pencetus idea, bukan pembakar idealisme! Semua ini, baik yang dekat dengan pemerintah atau NGO, sebetulnya ruang buat duit tetapi berselindung di sebalik nama 'perjuangan' atau 'idea' atau 'idealisme'!

Tidak perlu bertopeng dengan mendung kata-kata. Supaya besok pagi, apabila mata terbuka, dan mulut anak menganga, ada secawan susu dan sekeping roti untuk sarapan.

Maksud saya, kenapa kita harus terbelit dan dibelit dunia paid voluteerism (kesukarelaan berbayar) atau salaried activism (aktivisme bergaji)? Yang mana lebih mustahak, asal-asalnya, kesukarelaan atau bayarannya?

Kalau kita tidak cermat, akhirnya tanpa bayaran, kita tidak akan bergerak; malah celaka lagi, dengan gaji sekali pun, kita gagal menghidupkan ruh aktivisme. Struktur akhirnya menjadi matlamat -- matlamat akhir, atau matlamat peribadi semata-mata, bagi orang yang mengepalai struktur.

Ya, tidaklah salah struktur, dana asing, penaung, organisasi dan ruang fizikal. Tetapi jangan sekali-kali kita kelam-kabutkan persoalan idea dan idealisme dengan 'wahana' idea dan idealisme.

Jangan kita kabur melihat medan idea bergolak dan bergejolak; medan pertarungan idea. Apakah pokok pangkal persoalan masyarakat kita sendiri?

Pada bab 'Cinta anak muda', buku Patah Balek: Catatan terpenting reformasi (muka surat 46-49), saya telah bahaskan keupayaan (dan tidak keupayaan) anak muda untuk serius berwacana (wacana dengan erti "diskusi serius yang penuh keresahan idea"; beban idealisme yang difikir berulang-ulang secara jujur, luas dan authentic).

Kita menulis bukan kerana ada media (atau memiliki dua tangan)! Kita menulis kerana ada keghairahan berkongsi pandangan. Kita mencari dan mencipta media kerana keghairahan ini, apabila ada keinginan tebal untuk menyampaikan idealisme. Biar ditarik permit, biar perundangan melarang, biar pun tidak berbayar, walau tanpa pengiktirafan, kalau mahu kita teruskan juga menulis!

Kita berdemonstrasi bukan kerana keseronokan di tengah-tengah orang ramai. Kita berdemonstrasi kerana ia, kita anggap, satu proses halal dalam berpolitik, legitimate political process, untuk menyampaikan idealisme. Biar dipandang salah oleh aparatus negara, oleh undang-undang, biar si pengecut tidak hadir, tetapi kita tetap melawan.

Aktivisme, atau sebelumnya idealisme, bukan ritual orang-orang suci, holier than thou, untuk memuaskan sejenis upacara manusia ganjil yang kadang-kadang perasan sebagai 'makhluk terpilih', selected few, daripada cebisan masyarakatnya!?!

Bab 'Kemelut media' dalam buku yang sama (halaman 98-101), saya mempertikaikan konsep dan jeritan kebebasan akhbar yang dilaung-laungkan kita bersama. Kebebasan ini datangnya kerana kita ghairah bersuara (melalui teks, imej) atau kerana adanya ruang yang bebas daripada tekanan (kerajaan)?

Jawapan saya, selepas meninjau beberapa perkembangan di negara lain dalam tempoh-tempoh sejarah tertentu, kita tidak harus menunggu-nunggu ruang seperti menadah tangan mengharapkan jatuhnya al-manna wa salwa, Imam Mahdi atau Ratu Adil! Kita mencipta imam mahdi, pemimpin yang diberi petunjuk, kita sendiri.

Kritik saya: kenapa aktivis sendiri (maksud saya, aktivis yang beriya-iya melawan kerajaan dan ingin mencipta sosok negara menurut model kegemaran mereka) tidak rancak menulis, tidak ghairah membaca dan mendiskusikan buku (atau, idea-idea); tidak tajam analisanya tetapi hanya sekadar menyalak-nyalak tentang halangan-halangan yang diciptakan kerajaan?

Selepas memerhatikan gerakan budaya, intelektual dan politik di serata dunia di sepanjang zaman; sama ada era Renaissance Itali atau kelompok Barranquilla-nya si Marquez (Gabriel Garcia); sama ada era Pencerahan Eropah atau gerakan pan-Islamisme Abduh dan Al-Manar; sama ada Al-Imam-nya Syed Syeikh Alhadi atau kelompok anak muda Mohamad Hatta-Sutan Sjahrir (di Eropah dan di tanah air); sama ada Komunitas Utan Kayu di Jakarta atau gerakan siswa Bangkok (menentang regim tentera).

Apakah signifikannya model-model ini?

Idea dan idealisme anak muda mesti tulen membuak-buak, mestilah lebih besar, kaya, kemas dan tebal daripada struktur, wang, pejabat, kelengkapan, ruang fizikal dan organisasi. Idea dan idealisme inilah yang menjadi dynamo atau bahan api (bukan bom, ya!) bagi menggerakkan struktur, wang, pejabat, kelengkapan, ruang fizikal dan organisasi; bukan sebaliknya.

Perubahan, atau sebuat sahaja reformasi, bukan kerja mengurus alat atau benda mati; ini kerja mengurus manusia, mengendalikan ragam pluralisme ego dan kepedulian masing-masing. Jangan mudah memperkudakan orang, seolah-olah mereka ini sejenis benda.

Sesiapa yang tidak bersedia dengan hukum ini (yakni: "idealisme harus lebih besar daripada format bergerak") hanya berminat dengan wang, glamor, mencari jalan pintas, orang-orang (di sawah) yang nampak hebat tetapi ... (sudahnya) sejarah yang akhirnya menentukan.

Idealisme menentukan pentas; bukan sebaliknya. Malah, tanpa pentas, idealisme menciptakan pentas baru.

Idealisme boleh bebas mengalir dan mencari bentuknya sendiri -- apabila ia diempang sepadu-padunya. Manusia menjana kuasa elektrik bukan kerana adanya empangan, tetapi kerana adanya air -- sewaktu arus kecil ia kelihatan sungai mengalir lesu (macam novel Pak Samad), tetapi apabila luas menjadi tasik dan apabila lebih besar tiba-tiba bertukar bah besar!

Kita tidak hidup kerana terkeluar dari celah peha ibu kita; kita hidup kerana kita mahu terus hidup. Kita sentiasa masih ada pilihan -- untuk tidak hidup. Jika mahu hidup, kita mesti ada ghairah. Mesti ada ada mimpi, mesti ada impian yang dalam, "I have a dream," kata si Luther (dipinjam dari wacana berapi-api teman saya, Buddhi Hekayat).

Bagi sebilangan anak muda, kita hidup kerana kita yakin boleh mencipta sejarah dan mencatat nama pada ingatan manusia-manusia masa depan -- yang mungkin saat ini ibu dan bapanya belum bertemu wajah, apatah lagi bersatu tubuh.

Freedom does not begin when parents are rejected or buried; freedom dies when parents are born --- Milan Kundera, Life is Elsewhere (1990: 121)

Saturday, February 04, 2006

Jawi

Berkuburnya akhbar Jawi, bukan sahaja satu insiden 'sedih', tetapi juga kesedihan yang lupa diratapi.

Akhbar yang dianggap pendukung semangat nasionalisme Melayu selama hampir tujuh dekad (1939-2006) akhirnya pergi ke tanah persemadian zaman.

Utusan Melayu edisi mingguan, pewaris harian Utusan Melayu (sehingga 2002), mengiring jejak-jejak para korban media ('keranda' bagi Ahmad Lutfi Othman) Detik, Eksklusif, Al-Wasilah, Perdana Sari, Massa dan Watan.**

Catatan beberapa simpatisan dua akhbar tua ini penuh dengan kesayuan -- yang bisa dimengertikan.

Tetapi kepada wartawan atau penulis bebas seperti kami, apa lagi yang harus kita tangisi? Air mata kami sudah lama kering, teman!

Ku Seman Ku Hussein dalam 'Orang Melayu matikan Utusan Melayu' (Utusan Malaysia, 12 Januari 2003) mencoret di kaki catatan ini:

"Ironiknya ketika akhbar harian jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental Daily News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orang-orang Cina."

Teman kami di sebuah akhbar harian mencatat di blognya GaramGula beberapa inti utama (highlights) isu ini. Antaranya, tidak ada laporan utama tentang kematian ini diterbitkan di akhbar arus perdana kecuali berita kecil di Utusan Malaysia (2 Februari 2006) dan akhbar web Malaysiakini.com (3 Februari).

Dalam ruang komentar untuk catatan 'Belasungkawa: Utusan Melayu 1939-2002; Utusan Melayu Mingguan 2003-2006' di GaramGula (31 Januari 2006), saya menambah:

"Maklum, terlalu ramai teman Cina [saya] yang baik [hati] dan banyak membantu saya, khususnya sejak era Reformasi 1998.

"Akhbar-akhbar berbahasa Mandarin-lah yang memberikan promosi dan suara kepada saya dan teman-teman aktivis (Melayu) sewaktu akhbar-akhbar Melayu sendiri nampak berat hati untuk berbuat demikian.

"Malah saya diberikan kolum di Nanyang Siang Pau (2000) ketika dipimpin, seksyen belia, oleh Ding Lee Leong. Dan, bulan depan saya akan menyertai The Star (edisi internet berbahasa Melayu)." Untuk lebih perinci, lihat catatan Tahun Baru Cina saya di blog ini.

Awang Selamat, watak penulis pojok di akhbar Melayu itu, pernah mengungkapkan (19 Januari 2003) kematian Utusan Melayu sebagai akhbar yang "lahir zaman papa, mati zaman kaya."***

Pada Oktober 2000, sewaktu bertugas dengan Malaysiakini.com, saya pernah mempersoalkan sikap akhbar-akhbar Melayu yang "malu-malu" (atau, "takut-takut"?), dalam memberitakan isu-isu utama politik (termasuk kes-kes penutupan media alternatif atau independen berbahasa Melayu), berbanding akhbar-akhbar Cina.

"Apakah tuan-tuan politik mereka (baca: Umno) memang gemar membodohkan orang Melayu? Oleh itu, mereka akan terus memperkudakan minda dan menghisap darah Melayu? Barang kali, inilah yang dikatakan 'Melayu bunuh Melayu'? " kritik saya di hujung rencana 'Kenapa akhbar Cina bebas?'


** Semua penerbitan ini (kecuali Massa), majalah dan tabloid mingguan, bukan mati seperti akhbar Jawi, kami dibunuh dengan rasmi oleh orang Melayu juga, Ku Seman!
*** Kami tidak pernah sempat kaya; sewaktu miskin (tepat, setahun sahaja beroperasi) kami telah dimatikan!!

+ * + * +

[Bahagian 2, catatan saya tentang pertemuan dengan Said Zahari, yang berjuang mempertahankan pengambilalihan akhbar Utusan ke tangan Umno, dan nasib bukunya; juga cerita pengambilalihan akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press di tangan MCA serta tekanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) terhadap China Press dan mungkin juga tabloid Siasah hari ini]

Foto dipinjam (tanpa izin!) dari blog (c) The Reader.

Thursday, February 02, 2006

Reformasi

Reformasi, atau lebih popular dengan jeritan empat keratnya "re-for-ma-si", suatu gejala menarik yang terabaikan.

Menarik bagi pengamat luar, bagi sarjana, penggubal dasar dan wartawan, tetapi tidak dipedulikan oleh orang kita sendiri. "Terabai" dengan maksud gagal dirumuskan dalam skala yang lebih besar dan menyeluruh daripada sejumlah sektor lain dalam masyarakat, khususnya "sektor penjana idea".

Mungkin, Reformasi bukan produk import, maka ia dianggap produk "local", tidak ori! Maka, tidak vogue atau tidak cool untuk membicarakannya kecuali dengan nada sinis (?) atau mentah (kata lain bagi "bodoh").

Seorang pengamat dari Amerika Syarikat, Meredith L Weiss, mencatatkan perspektifnya yang panjang dalam Protest and Possibilities: Civil society and coalitions for political change in Malaysia (2006), sebuah karya ilmiah terkini dalam siri analisa tentang politik, perubahan sosial dan demokratisasi di negara kita.

Dalam bab 'The reformasi movement and the 1999 election' (hal. 133-4), zamil penyelidik atau research fellow dari Washington ini mengutip pandangan Dr Farish A Noor tentang keterbukaan atau kecairan Gerakan Reformasi sehinggakan ia gagal ditakrifkan dengan tepat dan dengan itu membolehkan semua pihak menyertainya sebagai lambang penentangan pada regim sekarang.

"... it is precisely because of its lack of exhaustive content that the concept of reformasi has become so effective as a tool for political and ideological confrontation. ... [The protest's] openness and unfixity prevents any attempt to foreclose or fulfil its promise in narrow and exclusivist terms that would spell an end to its pluralistic and democratic potential."

Tetapi Farish, pada waktu itu 1999, menyedari bahawa Gerakan Reformasi tidak wajar selama-lamanya terawang-awang dengan jeritan dan idealisme kabur; mahu atau tidak gerakan politik harus mengucapkan idealisme perubahan (alternatif?) dengan lebih teratur dan jelas.

Weiss sendiri, dalam satu tinjauannya pada pertengahan 1999, berjaya menemukan satu tanggapan popular waktu itu (sekarang, bagaimana?), dan menarik untuk kita menyedarinya: 85 peratus bersetuju bahawa "Malaysia memerlukan penilaian kembali [asas-asas, praktik dan bentuk] bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial."

Desakan untuk merumuskan Reformasi (dan juga reformasi -- huruf kecil 'r'), selain Farish, disuarakan oleh teman-teman muda dan saya yang muncul dalam siri artikel 'Ada apa dengan reformasi?' (Malaysiakini.com, 9 Jun 2003), 'Ruang kosong reformasi' (Malaysiakini.com, 14 April 2003) dan 'Memurnikan makna, kesedaran berpolitik' (Malaysiakini.com, 28 April 2003) yang diikuti pula catatan Farish 'The failure of reformasi thinkers' (Malaysiakini.com, 26 April 2003); sebelumnya Hishamuddin Rais sendiri pernah merungut hal yang sama 'Anjakan budaya reformasi' (Malaysiakini.com, 16 Disember 2001).

Dalam sekelian banyak catatan dan ulasan untuk "penilaian kembali Reformasi", hanya artikel Farish dan saya nampaknya mengundang "amarah" pembaca di akhbar web ini, 'Reformasi 'thinkers' should examine themselves' (Marissa Dell, 30 April 2003).

Kemudiannya, Khalid Jaafar, melalui majalah seni budaya Siasah (September 2003) melangsungkan lagi wacana ini -- orang kanan Anwar Ibrahim ini menyifatkan pergolakan untuk memikirkan reformasi suatu yang penting tetapi gagal dimaknai dengan sungguh-sungguh oleh kita semua.

Antara catatannya: "Fathi Aris Omar pernah bertanyakan di manakah pemikir-pemikir reformasi. Beliau memberontak dengan apa yang beliau lihat sebagai ketiadaan minat masyarakat reformis terhadap [hal-hal yang bersifat] pemikiran.

"Beliau juga sinis dengan dogmatisme yang terdapat dalam parti-parti politik yang beliau lihat sebagai seharusnya bersifat reformis tetapi sering berkongsi dengan kerangka pemikiran establishment."

+ * + * +

Selain Weiss, beberapa karya lain termasuklah Malaysia: Mahathirism, hegemony and the new opposition oleh John Hilley (2001), Beyond Mahathir: Malaysian politics and its discontents (Khoo Boo Teik, 2003), The Mahathir Legacy: A nation divided, a region at risk (Ian Stewart, 2003), Personalized Politics: The Malaysian state under Mahathir (In-Won Hwang, 2003), dan Challenging Authoritarianism in Southeast Asia: Comparing Indonesia and Malaysia (Ariel Heryanto & Sumit K Mandal, 2004).

Di dalam negara pula, karya-karya yang menyentuh persoalan Re-for-ma-si termasuklah Menjelang Reformasi: Kumpulan rencana akhbar 1997-98 (2004, tetapi semua analisa pra-Reformasi September 1998) oleh Rustam A Sani, Face Off: A Malaysian reformasi diary, 1998-99 (Sabri Zain, 2000), Pilihanraya atau Pilihan Jalan Raya (Hishamuddin Rais, 2001), Tumit Achilles dan Lain-lain Esei (Khalid Jaafar, 2003) dan Patah Balek: Catatan terpenting reformasi (Fathi Aris Omar, 2005), selain beberapa lagi catatan, buku dan analisa politik, misalnya buku-buku Farish A Noor, Lee Ban Chen, Raja Petra Kamarudin, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar.

Juga, buku-buku yang disusun daripada pandangan tokoh politik seperti Dr Syed Husin Ali, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan tahanan ISA (misalnya koleksi Saari Sungib).

(bersambung...)