Friday, February 24, 2006

Otaku

Nampaknya wabak kartun Denmark --- lebih cepat merebak daripada selesema burung --- telah berjaya mencipta suasana kartun di negara ini.

Gejala sedemikian boleh kita panggil pengkartunan isu, bukan "isu kartun" semata-mata.

Kartun dijadikan semata-mata sandiwara, satu babak di layar kain, dengan bantuan projektor dan segulung filem. Semua itu pada asalnya sekadar backgrounding, tetapi akhirnya pengkartunan telah muncul sebagai foregrounding.

Yang bergerak dalam babak-babak ini bukan sahaja kartun (lakaran) tetapi kartun itu sendiri telah menjelma "bahasa politik" semua pihak sebagaimana agama (dalam kes ini, Islam) menjadi bahasa persaingan politik antara Umno dan PAS yang membelit semua orang.

Sesiapa yang enggan berbahasa ini akan ketinggalan; oleh itu, semua orang harus berlumba-lumba menggunakannya!

Mahu atau tidak, anda haruslah mengkartunkan pemikiran anda --- dan kemudian mencipta bahasa baru dengan ungkapan, kaedah penghujahan, teknik membaca kartun serta seni memecah kod satira karikatur, fakta dan data kartun (seperti sejumlah keratan berita dan koleksi analisa di blog ini juga!!!)

Tidak disangka, tiba-tiba sahaja, masyarakat yang kartun mudah mengkartunkan dirinya zahir dan batin. Kira-kira, macam, budaya otaku di Jepun atau mungkin (walau berlainan konteksnya dan tidak sepenuhnya sama) budaya kiasu dan kiasi di Singapura.

Pengkartunan politik kita lebih menghampiri budaya otaku, nampaknya.

Sejak Selasa (21 Feb) New Straits Times berdepan dengan isu panas apabila kartun yang diterbitkan dalam seksyen 'Life & Times' (edisi 20 Feb) dikatakan "menghina Nabi". Pada hari Selasa itulah, PAS dan tiga badan Islam melaporkan kepada polis agar menyiasat akhbar ini. Parti agama ini juga memohon NST memohon maaf atau menjemput protes di depan pejabatnya hari ini, Jumaat.

Dua hari ini lepas, akhbar ini menonjolkan kembali kartun tersebut dengan artikel yang mempertahankan penerbitan tersebut. Sebelah petangnya, dua pemimpin kanan akhbar ini diberikan surat tunjuk sebab di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

Semalam, di laman depan, NST dengan bangga memberitahu (dan mengharap simpati) pembaca bahawa ia sedang berdepan dengan tindakan keras KKDN.

Perdana Menteri tidak segera membuat keputusan --- dia mahu membaca laporan KKDN dahulu sebelum bertindak. "Sehari dua sahaja (lagi)," katanya, seperti dilaporkan agensi Bernama semalam.

Bukan sahaja Pemuda PAS, dan parti ini, tetapi juga Pemuda Umno (dan ketuanya?) mendesak akhbar Inggeris ini agar memohon maaf kepada umat Islam dan masyarakat Malaysia. Di laman web ini, milik sekelompok geng Pemuda Umno, suara perang itu nyaring sekali!

A Kadir Jasin dan Jeff Ooi, bersama menteri penerangan yang baru Zainuddin Maidin dan Kalimullah M Hassan, bertempur dalam medan kartun NST ini --- pada mulanya gara-gara Jyllands-Posten di Denmark penghujung tahun lepas.

Tetapi perang antara Zainuddin dengan Kalimullah bermula lebih awal, minggu lepas lagi, malah sewaktu bekas orang kuat Utusan ini masih lagi timbalan menteri penerangan.

Tadi malam, Malaysiakini.com melaporkan bukan sahaja NST yang menyiarkan kartun yang dianggap menghina Nabi, malah RTM sendiri pernah berbuat demikian!

(Satu lagi stesen TV popular juga menerbitkannya --- maka, memakai logika Dr Mahathir Mohamad, layak dikenakan tindakan KKDN atau akta penyiaran).

Diterbitkan kembali berita dari Malaysiakini.com (edisi terjemahan rasmi):

Ketika New Straits Times ‘yakin’ mampu menangani isu penyiaran kartun yang dikaitkan dengan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, selepas mendapatkan sokongan lembaga pengarahnya, akhbar berkenaan mungkin mengheretkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.

Menurut satu sumber, timbalan pengerusi New Straits Times Group (NSTP) yang juga penasihat editorial, Datuk Kalimullah Hassan telah memberi jaminan kepada para editor dan wartawan akhbar tersebut bahawa tidak ada apa yang harus dibimbangkan.

Dalam taklimat selama 10 minit petang ini, Kalimullah sekali lagi menegaskan bahawa kartun tersebut tidak ofensif dan dalam mesyuaratnya pagi ini, lembaga pengarahnya bersetuju memberi sokongan kepada editor akhbar berkenaan.

Katanya, sekiranya tindakan penggantungan dikenakan, tempohnya tidak akan melebihi dua minggu. Bagaimanapun, sumber itu berkata, akhbar milik Umno itu dijangka mungkin membabitkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.

Akhbar itu, kata sumber berkenaan, mempunyai bukti bahawa pada awal bulan ini, RTM juga didakwa telah menayangkan seorang lelaki sedang membaca akhbar yang mengandungi karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam diseluruh dunia.

Ini juga turut dinyatakan oleh Kalimullah dalam taklimat tersebut.

“Katanya, berita Mandarin dalam RTM 2 telah menfokus terhadap imej karikatur itu sebanyak dua kali dan imej itu memenuhi skrin televisyen. Salinan rakaman tayangan tersebut telah diserahkan kepada perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Kita akan menyiarkannya (mengenai RTM itu) di muka depan esok,” kata sumber tersebut, sambil menambah seorang wartawannya telah menghubungi menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin untuk mengulas perkara tersebut, katanya.


Akhirnya semua orang jadi kartun hidup, macam Pemuda PAS, yang terpancut dari muka-muka surat akhbar!

12 comments:

Anonymous said...

Untuk beberapa takrif 'otaku', sila ke link di bawah:

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=define%3Aotaku&btnG=Search&meta=

Fathi Aris Omar, faomar@yahoo.com

Anonymous said...

H5N1 adalah kes terpencil. Kartun juga kes terpencil tapi sengaja disebarkan agar dapat publisiti.

Anonymous said...

Parti PAS yang kekurangan isu telah menjadikan isu kartun hina Nabi sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan politik.

UMNO dan Kerajaan tentu tidak mahu kelihatan "kalah" berbanding dengan PAS dalam menangani isu kartun ini.

Maka kerajaan pun bertindak keras, menutup akhbar dan sebagainya, sehinggga semua pihak kelihatan bertindak sebagai kartun?

Anonymous said...

NST minta maaf siar kartun

Penayangan karikatur melalui TV2 juga bukti sesiapa saja boleh buat kesilapan

KUALA LUMPUR: Akhbar New Straits Times (NST) memohon maaf atas penyiaran lakaran kartun yang dikatakan mengaitkan isu karikatur mempersenda Nabi Muhammad SAW dalam ruangan ‘Coffee Break’ di sisipan Life & Times, Isnin lalu.

Akhbar itu juga memaklumkan sudah menjawab surat tunjuk sebab kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, yang menjelaskan bagaimana lakaran kartun itu boleh tersiar, proses yang membabitkan faktor manusia, termasuk kesilapan mereka.

Penjelasan itu, sama seperti dijelaskan oleh akhbar berkenaan sebelum ini, iaitu kartun itu bukan satu daripada 12 karikatur oleh kartunis Denmark yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Pada masa yang sama, NST turut mendedahkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 pada 3 Februari lalu, juga menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW – sebagai menunjukkan kesilapan boleh dilakukan sesiapa saja.

Dalam berita mengenai reaksi bantahan orang ramai berhubung isu itu, siaran berita RTM pada hari berkenaan secara jelas menunjukkan seorang lelaki membaca akhbar asing yang menyiarkan karikatur itu.

TV2 turut memfokus dan merakamkan gambar karikatur itu secara dekat sebanyak tiga kali selama 28 saat.

Seorang pembaca yang berpendapat kartun disiarkan NST, Isnin lalu, tidak menghina Nabi Muhammad SAW, dalam e-melnya memaklumkan, klip RTM itu, yang disiarkan selama lebih dua setengah minit, secara jelas menunjukkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

NST memperoleh salinan program berita itu dan menyerahkannya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri semalam bagi menunjukkan bagaimana melalui kesilapan manusia, perkara seperti itu boleh berlaku.

“Ini termasuk dalam saluran berita milik kerajaan yang ditadbir seorang daripada wartawan paling berpengalaman negara ini, Datuk Zainuddin Maidin yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan,” kata NST.

Akhbar itu turut bertanya sama ada tindakan perlu dikenakan terhadap Zainuddin atau rakan sejawatannya ketika itu, Datuk Donald Lim Siang Chai atau Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, kerana mereka bertanggungjawab terhadap RTM.

“Tidak. Kami percaya sepenuhnya bahawa mereka tidak diharus dihukum,” kata akhbar itu.

NST berkata, orang ramai boleh mempersoalkan, jika CNN, sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat, menunjukkan siaran yang sama tetapi mengaburi karikatur terbabit sebagai menghormati sensitiviti umat Islam, RTM, stesen televisyen di sebuah negara Islam seharusnya lebih berhati-hati.

“Tetapi hakikatnya kesilapan manusia berlaku. RTM bukan dengan sengaja menyiarkan karikatur itu. Tidak mungkin mereka akan lakukan perkara itu.

“Begitu juga NST bukan sengaja menyiarkan kartun yang dianggap menghina itu. NST tidak pernah berniat mempersendakan sesiapa, malah seorang ulama menyatakan kartun yang disiarkan NST itu tidak menghina tetapi jika ada orang mahu menjadikannya isu, mereka boleh memberikan tafsiran yang berbeza.

“Apa pun, kami sedia menerima teguran. Kami seharusnya lebih peka - sama ada kesilapan manusia atau tidak.

“Kerana itu, sekali lagi kami memohon maaf. Dan sekali lagi, kami sedia menerima sebarang tindakan yang difikirkan wajar oleh kerajaan,” kata NST.

(Berita Harian, 24 Feb 2006)

Anonymous said...

Tengah hari ini Bernama melaporkan:

24 Februari, 2006 13:12 PM

Tiada Tindakan Terhadap NST, Kata Abdullah

KEPALA BATAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap New Straits Times setelah akhbar itu memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kartun yang dianggap mempersendakan Nabi Muhammad.

Perdana Menteri berkata beliau menganggap isu itu selesai setelah akhbar berkenaan menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang telah berlaku.

"Setelah mereka minta maaf secara terbuka, tidak ada apa-apa syarat dan mengakui apa yang mereka lakukan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi.

"Saya tidak ada apa-apa tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Guru Penyayang Pemangkin Pembinaan Insan" di sini hari ini.

Abdullah berkata akhbar itu telah menyiarkan kenyataan memohon maaf di muka depannya dan tidak ada berita-berita lain yang dimasukkan di muka surat itu dan ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar mahukan pembaca mengetahui mengenai pendirian mereka.

Katanya NST juga telah diberitahu bahawa tindakan mereka menyiarkan karikatur itu adalah satu tindakan "tidak elok".

"Isu ini telah selesai kerana daripada segi undang-undang ia tidak bersabit dengan lukisan karikatur Nabi Muhammad SAW. Itu sebenarnya menjadi perkara yang berkaitan dengan keputusan ini," katanya.

Bagaimanapun beliau akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan bahawa berita Mandarin RTM ada menyiarkan mengenai karikatur Rasullullah dalam siaran beritanya baru-baru ini.

"Sayapun ada dengar, biar saya dapatkan maklumat sepenuhnya.

"Saya dah pernah bagi ingatan sebelum ini supaya tidak lagi menyiarkan karikatur yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Kalau dah ada berita mengenai tindakan yang telah diambil terhadap akhbar-akhbar lain sebelum ini, takkan mereka tak baca," katanya.--LAGI

Anonymous said...

BREAKING NEWS ....

Ni ada perkembangan menarik dari Jerman pula:

German theater chain yanks controversial 'Wolves'
Friday February 24, 2006 3:17 AM ET

German multiplex giant CinemaxX has pulled the Turkish action blockbuster "Valley of the Wolves: Iraq" from theaters after accusations that the film, which stars Billy Zane and Gary Busey, is anti-Semitic and anti-American.

CinemaxX, Germany's largest exhibition chain, dropped "Valley of the Wolves" from its lineup this week, deciding not to renew its rental contract with German distributor Maxximum.

The move follows a targeted media campaign by German politicians who claim the movie is "hateful and dangerous" because it depicts U.S. troops in Iraq committing multiple atrocities and because one of its bad guys, played by Busey, is a Jewish-American doctor dealing in stolen organs.

"The controversy surrounding this film has really heated up," CinemaxX spokesman Arne Schmidt explained. "We didn't want to add oil to the fire, so we decided to pull the film."

Leading German politicians, including Bavarian Premier Edmund Stoiber and Green Party leader Reinhard Buetikofer, have publicly condemned "Valley of the Wolves" and called on movie theaters to not screen the film.

Stoiber has even demanded that the Turkish government apologize for "Valley of the Wolves," saying that refusing to do so could hurt Turkey's chances of being accepted as a full member of the European Union.

Stoiber's comments come in the midst of another debate concerning political controversy and artistic freedom. Cartoons lampooning the Islamic prophet Mohammed, printed in European newspapers, have sparked angry and often violent protests by Muslim groups across the Middle East.

"It is no coincidence that politicians, particularly on the right, are attacking this movie now, when we are in the middle of the controversy over the Mohammed cartoons," Maxximum chief Anil Sahin said. "This is being used as a political football to score points. I wonder if any of the politicians has actually seen the movie. It's just a fun, silly action flick -- 'Rambo' told from the other side."

Controversy certainly hasn't hurt "Valley of the Wolves." The film is setting boxoffice records in its home country and has proved a crossover success in European territories with a sizable Turkish minority. The film has so far sold about 280,000 tickets in Germany, home to 3 million ethnic Turks.

"Valley of the Wolves" also is doing well in limited release in the U.K., Benelux and Scandinavia. The movie hits French theaters next week.

In Germany, Maxximum is expanding its release from 65 to 86 screens as media coverage of the controversy boosts interest in the film.

"As a business man, I can only thank German politicians for helping to sell my movie," Sahin said. "As a democrat, however, I am disgusted with this attempt to play politics with the basic rights of free speech and expression."

Reuters/Hollywood Reporter

http://movies.yahoo.com/mv/news/va/20060224/114077985100.html

Anonymous said...

Nadanya sama dengan nada kita di sini ... This is being used as a political football to score points.

Yang menarik dalam berita di atas, petikan kenyataan Anil Sahin, ketua agen pengedaran filem ini:

"It is no coincidence that politicians, particularly on the right, are attacking this movie now, when we are in the middle of the controversy over the Mohammed cartoons," Maxximum chief Anil Sahin said.

"This is being used as a political football to score points. I wonder if any of the politicians has actually seen the movie. It's just a fun, silly action flick -- 'Rambo' told from the other side."

Anonymous said...

February 24, 2006 22:53 PM

Action If Prophet's Caricatures Posted On The Internet - Shaziman

PORT DICKSON, Feb 24 (Bernama) -- Action will be taken under the Multimedia and Communications Act against anyone found to have posted or distributed the offensive cartoons of Prophet Muhammad, Deputy Minister of Energy, Water and Communications Datuk Shaziman Abu Mansor warned Friday.

He said provisions in the Act were clear against anyone found to have posted or distributed materials containing pornographic elements, humiliating, degrading or damaging the reputation of any party was liable to a maximum fine of RM50,000 or jailed for not less than a year, or both, upon conviction.

"If they're convicted and they're found to have repeated the offence, they will be fined RM1,000 a day for posting or distributing through the Internet," he told reporters after the opening of an exhibition by Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

He said this when asked to comment on public concerns over posting and distributing of the controversial caricatures on the Internet which could be a subject of poking fun and ridicule by some people.

Stressing that the ministry was monitoring the matter, Shaziman said the people could co-operate by lodging complaints to the Multimedia and Communications Commission so that the ministry could detect the source which posted or distributed the caricatures.

-- BERNAMA

Anonymous said...

24 Februari, 2006 21:41 PM

Sukar Untuk Mempertahankan Tindakan RTM: Hishammuddin

PUTRAJAYA, 24 Feb (Bernama) -- Tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 pada 3 Feb lepas sukar untuk dipertahankan.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penayangan karikatur itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan tindakan yang tegas harus diambil.

"Sekiranya karikatur itu adalah karikatur asal yang sebelum ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia, bagi saya susah mereka (RTM) dapat mempertahankan diri mereka.

"Susah juga untuk saya mempertahankan RTM sendiri," katanya dalam sidang media selepas taklimat Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) di sini, Jumaat.

Menurut Hishammuddin selaku stesen televisyen milik Kerajaan, RTM sepatutnya perlu lebih peka kepada sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia mahu mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menapis dan menentukan apa yang disiarkan oleh RTM disiasat.

"Siasatan yang dijalankan akan menjadi satu pengajaran supaya tidak mengambil mudah perkara yang berhubungkait dengan agama dan isu perkauman," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terdahulu dipetik sebagai berkata pengurusan RTM akan dipanggil bagi membuat penjelasan berhubung penayangan karikatur tersebut.

Najib berkata perkara itu perlu disiasat secara mendalam memandangkan ia telah sampai ke pengetahuan kerajaan.

New Straits Times (NST) hari ini mendedahkan RTM menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 pada 3 Feb lepas menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dan telah menyerahkan salinan program berita itu kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Khamis.

Sementara itu ketika diminta mengulas laporan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap New Straits Times setelah akhbar itu memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kartun yang dianggap mempersendakan Nabi Muhammad SAW, Hishammuddin berkata:

"Perdana Menteri mempunyai alasan beliau sendiri dan tindakan itu diambil atas kapasiti beliau sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri."

Perdana Menteri dilaporkan berkata beliau menganggap isu itu selesai setelah akhbar berkenaan menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang telah berlaku.

Abdullah berkata akhbar itu telah menyiarkan kenyataan memohon maaf di muka depannya dan tidak ada berita-berita lain yang dimasukkan di muka surat itu dan ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar mahukan pembaca mengetahui mengenai pendirian mereka.

Menurut Abdullah NST juga telah diberitahu bahawa tindakan mereka menyiarkan karikatur itu adalah satu tindakan "tidak elok".
-- BERNAMA

Anonymous said...

Second Sarawak daily suspended
Feb 25, 06 11:18pm Malaysiakini.com

The controversial caricatures of Prophet Muhammad, which has sparked virulent protests worldwide, has claimed yet another victim in Malaysia.

Chinese-language afternoon daily Berita Petang becomes the second newspaper in Sarawak to be suspended by the government for reproducing the caricatures considered blasphemous by Muslims.

According to Bernama, the Internal Security Ministry has issued a two-week suspension effective tomorrow to the newspaper as a punishment for publishing a “seditious article” entitled ‘We are prepared to launch a Holy War’ in its Feb 4 edition.

The article was accompanied by a number of the 12 offensive caricatures of Prophet Muhammad, which were first published by a Danish newspaper last September.

In the wake of worldwide protests, the government had ordered a ban on the “printing, importing, producing, re-producing, publishing, sale, manufacturing and distributing” of the caricatures as they could “harm public peace and security”.

Berita Petang is the third newspaper to have its publishing permit suspended by the government in just as many weeks.

Two weeks ago, English-language daily Sarawak Tribune was suspended indefinitely while last week, the evening edition of Chinese-language Guangming Daily was slapped with a two-week suspension.

Both had carried a wire service photo depicting a reader with a foreign newspaper which had reprinted one of the caricatures.

Another daily, 160-year-old New Straits Times faced an almost similar fate but got away scot free after the government yesterday accepted its front-page apology over the publication of a syndicated cartoon which lampooned the caricature issue.

Meanwhile, the government is mulling action against state-owned television station RTM's TV2 for airing footages showing the caricatures. It is believed that the other three free-to-air stations - state-owed TV1 and Umno-linked TV3 and ntv7 - had also broadcasted similar images.

Founded by Sibu businessmen

Berita Petang, which is Sarawak's only afternoon Chinese daily, was founded in the early 70s by a group of Sibu businessmen.

It was bought over by the International Times Press Sdn Bhd, owned by the late Wee Boon Ping, a former president of the Associated Chinese Chambers of Commerce Malaysia, in the early 90s.

The group which also publishes the International Times, a popular Chinese daily in Kuching, is now managed by Wee's eldest son, Wee Kok Tiong.

The junior Wee was ruling Barisan National’s candidate who lost the Bandar Kuching parliamentary seat to the DAP in the 2004 general election.

Both the International Times and Berita Petang are said to be doing well as they are supported by the Chinese business community. The two dailies are known to be the more liberal among Sarawak's seven Chinese newspapers.

Anonymous said...

KKDN keluarkan surat rasmi kepada NST Isnin ini
25-02-2006 05:31:56pm www.mstar.com.my

JITRA: Surat rasmi mengenai keputusan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap New Straits Times (NST) yang menyiarkan karikatur yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad akan dikeluarkan Isnin ini, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum.

Katanya keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap NST adalah muktamad dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

"Perdana Menteri telah memikirkan dari pelbagai aspek, dan menjadi kebiasaan ada pihak bersetuju dan tidak mengenai keputusan itu," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis gotong royong membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan Islam Kampung Wang Tepus, dekat sini hari ini.

Perdana Menteri pada sidang akhbar di Kepala Batas semalam menganggap isu itu selesai setelah akhbar itu memohon maaf secara terbuka berhubung penyiaran lakaran kartun itu.

Bagaimanapun, Bahagian Penerbitan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri akan tetap memberi jawapan secara rasmi melalui surat kepada akhbar itu dalam masa tiga hari, katanya.

Mohd Johari yang turut bertanggungjawab terhadap Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) meminta ibu bapa sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak bagi mencegah mereka terjebak dengan najis dadah.

"Ibu bapa seharusnya melihat peranan mereka lebih penting dan oleh itu hendaklah sentiasa mengambil tahu ke mana anak mereka pergi, keadaan mereka normal atau luar biasa dan bukan meletakkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada agensi kerajaan dan badan bukankerajaan (NGO)," katanya.

Mohd Johari yang juga ketua UMNO Kubang Pasu meminta ibu bapa yang anak mereka terlibat dengan najis dadah tidak malu untuk melaporkan kepada pihak berwajib.

Lebih 200 orang menyertai gotong royong anjuran bersama UMNO Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah, Bomba, AADK Daerah dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Wang Tepus. BERNAMA

Anonymous said...

Lim: Tindakan bergantung syor KKDN
25-02-2006 05:31:00pm www.mstar.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi boleh mengambil tindakan terhadap dua stesen televisyen swasta Malaysia jika terbukti mereka menayangkan gambar karikatur kontroversi yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik berkata tindakan itu bagaimanapun bergantung kepada syor Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Dr Lim berkata kementeriannya, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, bertanggungjawab dalam soal pelesenan stesen tv swasta.

"Memandangkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri sudah menyiasat perkara ini, tak payah semua orang pergi siasat...

"Kalau Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ada siasat dan dia ada apa-apa (syor tindakan) atas pelesenan, kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan di Menara PGRM di sini.

Dr Lim berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan bahawa selain RTM, dua lagi stesen tv swasta iaitu TV3 and NTV7, juga telah menayangkan gambar karikatur berkenaan.

Setakat ini, hanya RTM yang telah diminta memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam.

Ditanya sama ada beliau sudah melihat rakaman itu, Dr Lim berkata beliau tidak melihatnya.

Dalam perkembangan lain, Dr Lim berkata beliau akan menanyakan kepada para pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengenai status laporan penyiasatan kes terhadap penulis blog Screenshots, Jeff Ooi.

Pada Oktober 2004, seorang pelayar internet, "Anwar", telah memasukkan mesej lucah pada Screenshots tetapi Ooi telah membuangnya dan menyekat "Anwar" yang tidak dikenali itu daripada memasuki laman berkenaan. BERNAMA