Saturday, February 11, 2006

Danmark



Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) -- sebuah perkumpulan anak muda dalam bidang kewartawanan, seni budaya, kajian agama dan aktivisme politik -- beberapa hari lalu membantah tindakan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang menutup akhbar tempatan Sarawak Tribune.

Tindakan kerajaan itu dianggap "reaksi berlebihan" selepas akhbar berkenaan telah memohon maaf kepada pembaca sebanyak dua kali dan editor yang dikatakan menerbitkan karikatur itu, Lester Melanyi, dipecat.

"Kami juga tidak bersetuju apabila Sarawak Tribune juga dikatakan akan diheret ke mahkamah atas ‘kesalahan’ itu," kata jurucakapnya Hasmi Hashim dalam satu kenyataan media 9 Februari lalu.

Susulan menerbitkan kembali karikatur kontroversi dari akhbar Denmark, akhbar berbahasa Inggeris itu dipanggil oleh KKDN dan bekas editornya kini telah disiasat polis mengikut seksyen 8(2) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (pindaan 1987).

Kerajaan juga mulai dua hari lalu mengambil langkah mendadak untuk melarang apa jua bentuk (blanket ban) penerbitan kembali karikatur tersebut.

Sementara beberapa wartawan arus perdana menghubungi penulis blog ini untuk menyatakan reaksi kerajaan itu telah menyebabkan sekatan "tidak masuk akal" di bilik berita sehingga beberapa isu, misalnya "petro-dollar" atau "islamophobia", dianggap tidak wajar diterbitkan.

Seorang anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Hamdan Adnan, pula mendukung sepenuhnya tindakan KKDN. Beliau dilaporkan Jumaat lepas berkata "tindakan paling wajar oleh kerajaan untuk memelihara keselamatan negara."

Apa sudah jadi?

Dalam perkembangan lain, sebuah akhbar berbahasa mandarin di negara kita, Guangming Daily, juga didapati menerbitkan kembali karikatur yang asalnya diterbitkan oleh akhbar utama Denmark, Jyllands-Posten.

Menurut laporan Malaysiakini.com dua hari lalu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dipercayai telah memaklumkan secara lisan kepada Guangming yang kerajaan merancang mengambil tindakan terhadap akhbar berbahasa Cina itu.

Surat tunjuk sebab dijangka dihantar dalam masa terdekat ini, laporan akhbar web itu dipetik.

Malaysiakini.com melaporkan, Guangming edisi 3 Februari lalu untuk edaran di wilayah utara, menyiarkan gambar yang menunjukkan seorang pembaca sedang melihat akhbar yang menyiarkan karikatur kontroversi tersebut.

Sumber:
'Ada yang tidak setuju Sarawak Tribune ditutup', berita Harakahdaily.net (11 Feb 2006)
'Tutup Sarawak Tribune reaksi berlebihan', surat Malaysia-Today.net (10 Feb 2006)

(Halaman ini dikemas kini kali terakhir Ahad, 12 Februari, jam 8:14 malam)

16 comments:

Anonymous said...

saudara Fathi nie aku rasakan akan menyediakan satu edisi Patah Balek ke Denmark la tahun depan. Fathi, Habermas tue orang German ler bukan orang Denmark! Apa ni syok sangat ngan Denmark.

mat arau said...

DENMARK, di bahagian utara Eropah mempunyai kira-kira 5,200,000 penduduk dan bilangan orang Islamnya sekitar 159,000 saja.

Anonymous said...

baca kenyataan media KsJT dalam harakahdaily.net atau malaysia-today.net. Barangkali boleh membantu.

Anonymous said...

Sumber-sumber rujukan yang aku sertakan di atas boleh dijadikan rujukan faomar@yahoo.com

Anonymous said...

Tolonggggg .... media kita sedang memasuki era Mc-Carthy-isme seperti sewaktu Amerika Syarikat diserang fobia anti-komunis sejak pertengahan abad ke-20

Gila ke apa Malaysia 'ni?

http://www.spartacus.schoolnet.co.uk/USAmccarthyism.htm

Anonymous said...

sama menafsir kembali kebebasan yang sebenar..zarul20

Anonymous said...

Arab journalists jailed over cartoons
Mon | Feb 13, 06 | 08:18:10 AM Oleh Al-Jazeera

ALGIERS, Feb 13 - Algeria and Yemen have arrested journalists working for newspapers that have reprinted cartoons of the Prophet Muhammad that led to protests around the world.

On Sunday, Algeria closed two newspapers and arrested their editors for printing the images of the cartoons of the Prophet.

Kahel Bousaad and Berkane Bouderbala, respectively editors of the pro-Islamist weeklies, Errisala and Iqraa, were detained last week and will appear before an investigating judge in Algiers on Monday, staff of the two Arabic newspapers said.

A member of Iqraa's staff said: "The cartoons published in our weekly were [deliberately] fogged. They were accompanied by an article denouncing them."

The authorities were not immediately available for comment.

The Algerian authorities have condemned the cartoons and urged the Danish government to punish those behind their publication.

Reprinting in Yemen

Yemen detained three journalists on Sunday and is seeking a fourth after closing three publications that printed the cartoons. Al-Hurriya, Yemen Observer and al-Rai al-Aam were shut and their case sent to prosecutors.

The officials said those detained are Mohammad al-Asaadi, the editor-in-chief of the English-language Yemen Observer, Akram Sabra, the managing editor of al-Hurriya weekly newspaper and reporter Yehiya al-Abed of Hurriya.

The prosecution has issued a warrant for Kamal al-Aalafi, the editor-in-chief of al-Rai al-Aam.

The Yemeni journalists' association called for the release of the journalists and for the annulment of the closure decrees "because these measures were not ordered by a court".

"Reprinting the drawings was in the framework of responding to what the Danish newspaper published and informing the public about the offence to the Prophet," the message said.

This is not the first time the cartoons have appeared in the Arab press.

In October, the Egyptian Newspaper Al Fagr printed and condemned the cartoons, and last month two Jordanian newspapers published the images.

Jordan arrested Hashem al-Khalidi, editor-in-chief of a weekly tabloid called Al-Mehwar and Jihad Momani, the former editor-in-chief of Shihane newspaper.

Teks lengkap, sila rujuk: Harakahdaily.net, 13 Feb 2006

Anonymous said...

KKDN teliti penjelasan Guang Ming Daily

PUTRAJAYA 13 Feb. - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) akan meneliti penjelasan rasmi akhbar Guang Ming Daily berhubung penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w. sebelum mengemukakan kepada kerajaan untuk sebarang tindakan.

Setiausaha Bahagian Kawalan dan Penerbitan Teks al-Quran KKDN, Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, Ketua Pengarang kumpulan Sin Chew Media Corp. Bhd., Siew Nyoke Chow dan Ketua Pengarang Guang Ming Daily, Chng Li Suang, hadir di sini hari ini bagi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, pertemuan dengan Ketua Setiausaha KKDN, Datuk Abdul Aziz Mohd. Yusof itu diadakan pada pukul 2.15 petang dan berlangsung selama 15 minit.

``Nyoke Chow dan Li Suang yang ditemani oleh peguam mereka, Chan May May juga menyerahkan surat penjelasan rasmi kepada Abdul Aziz.

``Setelah kita meneliti penjelasan itu, barulah kementerian akan kemukakan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan apa-apa tindakan,'' katanya di sini hari ini.

Pada 3 Februari lalu, akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan gambar seorang pembaca menatap akhbar asing yang mengandungi karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Berikutan itu, pihak pengurusannya telah dipanggil oleh KKDN untuk memberikan penjelasan.

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Anonymous said...

Merintis kawalan kebebasan media

SEJAK dua minggu lalu banyak pihak menyentuh mengenai kebebasan media massa. Di peringkat global soal ini semakin mendapat perhatian ekoran penyiaran karikatur-karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan sedang mengkaji untuk memperkenalkan kod etika bagi media dalam penulisan dan penerbitan karya masing-masing. Ia merupakan antara kenyataan terbuka bagi memastikan media massa tidak menyiarkan bahan-bahan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain menerusi tulisan-tulisan yang menyakitkan hati. Britain sebagai salah sebuah anggota (EU) sudah pun memiliki Suruhanjaya Aduan Akhbar, yang meneliti aduan-aduan berkaitan dengan karya yang disiarkan oleh surat khabar. Begitu juga dengan badan khas bagi media elektronik.

Secara umum masyarakat antarabangsa berpendapat bahawa media massa tidak menggunakan kebebasan yang ada dengan sebaik mungkin, sebaliknya `bertindak di luar batasan' dengan menyentuh privasi dan menjejaskan kepentingan ramai.

Soal aduan dan kritikan bahawa pengamal-pengamal media menyalahgunakan kebebasan bukan satu perkembangan baru. Bagaimanapun ia semakin menonjol sejak kebelakangan ini. Jika diambil kira perkembangan-perkembangan selepas Peristiwa 11 September, kebebasan media massa banyak diperkatakan.

Ada pihak beranggapan bahawa kebebasan media massa sebenarnya sudah mula terkawal dan merosot dengan sebahagian besar media Barat hanya mengambil kira-kira kepentingan negara-negara Barat. Media massa Barat sudah menjadi ikutan pemimpin dan kerajaan negara masing-masing atas nama patriotisme. Kepentingan nasional diberi keutamaan dalam apa juga bentuk penerbitan berbanding kepentingan masyarakat global.

Hujah sedemikian menyokong penulisan-penulisan semasa lebih condong kepada perspektif Barat.

Mengambil kira perkembangan sepanjang empat tahun lalu media-media Barat sememangnya tidak sebebas berbanding sebelum 11 September 2001.

Justeru, perkembangan-perkembangan semasa akan menjadi titik tolak dalam perubahan amalan kewartawanan global? Sistem politik dan kemajuan teknologi merupakan antara faktor yang telah pun mempengaruhi dan memberi kesan ke atas amalan kewartawanan.

Kini perkembangan-perkembangan terbaru abad ke-21 dijangka akan menjadi faktor penting dalam mengubah amalan kewartawanan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Ada pihak yang berpendapat bahawa jika penggubalan dasar konkrit ataupun halus mampu membawa suasana harmoni pembangunan masyarakat sejagat perlu dialu-alukan. Bagaimanapun sekiranya ia menjejaskan peranan dan fungsi kewartawanan secara umum perubahan sedemikian tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Apakah sudah wujud tunas bahawa kebebasan media akan dikawal secara berperingkat-peringkat mulai sekarang? (Rencana, Utusan Malaysia, 14 Feb 2006)

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Anonymous said...

Egyptian newspaper printed drawings in October
By The Copenhagen Post

Little stir was caused when an Egyptian newspaper printed the Mohammed drawings last October during the Muslim holy month of Ramadan

A popular newspaper in Cairo printed the much-contested Mohammed drawings already last October during the Muslims' holy month of Ramadan, reported an Egypt-based blog-writer.

The widely read independent opposition newspaper Al-Fagr printed the caricatures just a few weeks after they originally appeared in Denmark's Jyllands-Posten, but no protests were reported, noted the blog-writer, an Egyptian businessman who goes under the name 'Sandmonkey'.

Although Muslim protestors have attacked Danish embassies in a number of countries to protest the publication of the caricatures in Jyllands-Posten, there was no reaction from the Egyptian newspaper's Muslim readers indicating that they found the drawings insulting, Sandmonkey told The Copenhagen Post.

'This whole business has been driving me crazy for the past two weeks,' he said. 'Of all the countries to protest against - why Denmark? You guys have been a friend of the Arabs for years.'

The blog-writer said that he believed authorities in Egypt and other Muslim countries were using the case for political reasons.

'The drawings create a common enemy to distract people from political reforms. It's useful to have something outside the country to focus your anger on,' he said.

Sumber: Jyllands-Posten, 9 Feb 2006
http://www.jp.dk/english_news/artikel:aid=3548386/

Anonymous said...

Politik kanan di Eropah dan negara Barat, umat Islam dan rakyat Malaysia jangan khayal dengan memperkecil-kecilkan isu kebebasan akhbar seperti diingatkan dalam rencana pengarang Utusan Malaysia (hari ini) dengan tajuk yang halus tetapi tegas "Merintis kawalan kebebasan media" (lihat teks di atas, seperti dikutip)

Analisa tentang trend politik ke arah haluan kanan, sila lihat di sini ...

European Elections 1999-2004: A Shift in Europe’s Political Cultures?

Most analysis of the latest European elections present the vote predominantly as a snub to incumbents in Member States. However, seen against the background of the political dynamics in Europe since the 1999 European elections, this vote is symptomatic of a more significant change in Europe’s political cultures.

Electoral dynamics in Europe at the beginning of the century: a right-wing re-alignment?

Within the five years since the European Parliamentary elections of 1999, Europe’s political landscape has undergone a spectacular change. The most recent elections to the European Parliament confirmed shifts in the Europe’s political landscape which began with the 1999 general elections and persisted through subsequent national elections in Member States. Beyond national idiosyncrasies, four trends have shaped the current political environment in Europe: The centre-right has become the dominant political formation on the continent, far-right populism has established its lasting presence, electoral support to the radical-left is diminishing, and support to the centre-left is faltering.

The 1999 elections to the European Parliament already signalled a general tendency of decline in voter support for the Left and a parallel increase of support for the Right, with a rise of 5.5% and a drop of 4 percentage points respectively, compared to the 1994 elections. The Party of the European Socialist lost 34 seats compared to the 1994 elections, going from 214 to 180. This made the Socialists lose their dominant position in the European Parliament to the Christian Democrats and Conservatives of the European People’s Party (EPP) at a time when left-wing parties dominated national politics in most Member States. As national political issues, as a rule, are main considerations for voters in European elections, the 1999 European elections were symptomatic of the beginning of a right-wing shift in electoral preferences throughout Europe. This trend was confirmed in consecutive national elections: eleven of the EU’s fifteen countries had socialist governments by the late nineties. The exceptions were Spain, Belgium, Luxembourg, and Ireland. By the middle of 2004, the four left-wing governments – those of Britain, Germany, Sweden, and Spain - present an exception, rather than a rule.

Indeed, the last rounds of general elections in the ‘old’ EU Member States (beginning in 1999 - early 2004) brought a series of shifts to the political right throughout Europe. Seven of the fifteen EU governments (Denmark, France, Portugal, Italy, Netherlands, Austria, Greece) shifted in composition from left to right-wing. Internal shifts to the right within the ruling rainbow coalitions occurred in four of them (Netherlands, Belgium, Luxembourg, Finland). By early 2004, only three EU Member States had preserved the dominance of centre-left parties in government: Britain, Germany, and Sweden. No shift took place from right to left in the formation of new governments before March 2004, when the Spanish Socialists won a surprise victory over the incumbent centre-right Popular Party (PP), which had had a comfortable lead in polls. This public support reversed sharply after the Madrid terrorist attacks.

In 2000, the shift from left to right deepened in the countries that already had right-wing governments by the mid-nineties: Spain, Belgium, Luxembourg, and Ireland. Where the ascendancy of left-wing parties was preserved - Britain, Germany, Sweden and, until recently, Greece – it was largely due to an internal shift to the right in the parties’ policy orientation, embracing a formula of social liberalism, in the style of Tony Blair’s ‘Third Way.’

The European Elections on 13 June 2004 confirmed th e dominant place of the centre-right: the EPP-ED political group in the European Parliament gained the highest percentage of seats, and the share of the Liberals (ELDR) rose. To this adds the stable performance of far-right parties: With the exception of the Austrian far-right Freedom Party (FPÖ) of Jörg Haider. which lost four out of its five seats, the far-right has gained stable ground in the new parliament: the French Front National will preserve, if not increase, its seats, the support to the Vlaams Block in Belgium has also increased and it can count on a further seat in the Parliament. Add to this the presence of new eurosceptic populist parties: the Irish Sin Féin, the Swedish June List, the British Independence Party, and the Polish Self-Defence. Against the increased voter support for right-wing formations, the overall support to left-wing parties is on the decline: the parties from the Socialist political group in Parliament have more or less preserved their share of seats, while the alternative left and green formations (the EUL/NGL and Greens/EFA) saw their share significantly diminish. Overall, the presence of right-wing formations significantly outnumbers that of left-wing ones in the new European Parliament with some 369 to 277 seats respectively.

Despite the electoral gains of the centre-left in France, Spain, Netherlands, Italy, Portugal and Belgium at the European elections, the series of shifts from left to right in the past five years – both in terms of electoral support and within governance structures at national and European level - seem to indicate a stable change in voter’s preferences. The consequence is a re-alignment in favour of the right. However, a more careful look at the electoral dynamics in Europe defies this assumption. Another hypothesis thus seems more reliable: The protest vote was cast not simply against incumbents, but against a certain political culture. This being a rejection of the system of governance (the state) and of policy-making (the parties), which had become the norm in Europe since the World War II. Consequently, this protest vote can be seen as indicative of the development of new a political culture in Europe.

http://www.euractiv.com/Article?tcmuri=tcm:29-128504-16&type=Analysis

Anonymous said...

The rise of the European right (BBC, 22 April, 2002)

http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/1944157.stm

But the result also reflects unmistakeable trends across Europe as a whole: a general move to the right and the rise of new populist parties with an anti-immigrant and anti-crime message.

This latter phenomenon has appeared even in traditionally liberal societies like Denmark and the Netherlands.

Two years ago, in Austria, the far-right Freedom Party of the erratic populist Joerg Haider entered the government.

As a result, Austria was boycotted for several months by its European Union partners; France - ironically - played a leading part in that campaign.

Last year the left-of-centre government in Italy was voted out of office.

Anonymous said...

Nationalist party surges in polls
By The Copenhagen Post

Gains in the wake of the Mohammed drawing crisis have the Danish People's Party on the verge of becoming the nation's second most popular political party

The Danish People's Party is surging in the political wake of the Mohammed drawing crisis. The party's gains come at the cost of the opposition Social Democrats, currently the second largest party in parliament.

A Jyllands-Posten/Rambøll poll taken two weeks after the crisis began to escalate found that if an election were held today, the Danish People's Party would gain eight extra seats in parliament, raising their total to 32. The Social Democrats would loose nine, falling to 38.

With only 21.6 percent of voter support, the Social Democrats are facing the lowest level of support since current chairman Helle Thorning Schmidt overtook the post in March 2005. The party earned a disappointing 25 percent of votes in the February 2005 elections, forcing the ouster of then chairman Mogens Lykketoft.

The Danish People's party polled at 17.8 percent, a gain of nearly five percent since the election.

Prime Minister Anders Fogh Rasmussen's Liberal Party lost nearly a percentage point but remained the most popular party with over 28 percent support.

The poll was taken on 6-8 February, a period in which Schmidt and the PM locked horns in a debate over the government's handling of Mohammed-gate.

One Social Democratic spokesman called the voter exodus a sign of the turbulent times, but said supporters would likely return to the fold when election time drew near.

The Danish People's Party, whose votes give the minority coalition government a majority on most issues, has supported the prime minister throughout the cartoon controversy.

Chairman Pia Kjærsgaard and other leading party figures have been accused of exploiting the situation to garner more votes - a claim the party rejects.

'We've stayed in the background. But of course we retain the right to express our opinion,' said Kristian Thulesen Dahl, political affairs spokesman for the party.

http://www.jp.dk/english_news/artikel:aid=3554708/

Anonymous said...

World press eyes cartoon controversy
http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/4677464.stm

Anger grows over Muhammad cartoon
http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/4673908.stm

Prophet cartoon debate rages on
http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/4672958.stm

Diran Kesuma said...

William Shakespeare said it best through Marcellus:
"Something is rotten in the state of Denmark" (Hamlet Act 1 Scene 4 Line 90)

Anonymous said...

‘Pengarang Guang Ming juga patut letak jawatan’

KUALA LUMPUR: Pengarang akhbar Guang Ming Daily yang bertanggungjawab menyiarkan gambar mengandungi karikatur menghina Nabi Muhammad SAW sepatutnya meletak jawatan, sama seperti dalam kes Sarawak Tribune.

Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata mereka yang melakukan kesilapan itu perlu mengakui kesilapan dengan mengambil tanggungjawab meletak jawatan.

Katanya, langkah demikian juga dapat mengelak daripada timbulnya pendapat yang mengatakan tindakan berbeza dikenakan terhadap pengamal media yang melakukan kesalahan yang sama.

“Jika betul-betul menghormati dan memahami betapa seriusnya masalah dicetuskan maka sesiapa saja yang bertanggungjawab dalam isu karikatur itu patut terima hakikat bahawa mereka sudah melakukan satu kesilapan besar.

“Oleh itu mereka patut ambil iktibar dalam kes akhbar Sarawak Tribune dengan turut meletak jawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau ditanya sama ada pengarang Guang Ming Daily sepatutnya meletak jawatan kerana menyiarkan gambar seorang pembaca menatap akhbar asing yang mengandungi karikatur berkenaan pada 3 Februari lalu.

Susulan itu, satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Keselamatan Dalam Negeri di Putrajaya, mengumumkan permit penerbitan Edisi Petang akhbar itu digantung selama dua minggu berkuat kuasa hari ini hingga 1 Mac.

Kenyataan itu menyebut bahawa Guang Ming Ribao Sdn Bhd, penerbit akhbar itu melakukan kesalahan dan melanggar perenggan 6 syarat permit yang dikeluarkan mengikut Subseksyen 6 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Minggu lalu, permit penerbitan Sarawak Tribune digantung sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak kerana menyiarkan semula karikatur sama. Pengarang Kumpulan Akhbar itu, Toman D Mamora dan Pengarang Berita akhbar itu, Lester Melanyi meletak jawatan.

Shahrir berkata, tindakan terhadap Guang Ming Daily mesti dilihat konsisten dengan dengan apa yang berlaku dalam kes Sarawak Tribune.

“Kita perlu serius dalam hal ini, jangan ada yang letak jawatan dan ada pula tidak letak, tindakan di pihak kerajaan juga perlu konsisten,” katanya.

Sementara itu, usaha menghubungi pengurusan akhbar berkenaan untuk mengetahui sama ada mana-mana pengarang Guang Ming Daily akan meletak jawatan sebagai memikul tanggung jawab melakukan kesalahan itu, gagal.

Bagaimanapun, Siew dalam kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar Sin Chew Jit Poh semalam dilaporkan berkata, pihaknya menerima tindakan dikenakan KKDN dan berharap perkara itu dapat segera diselesaikan.

Beliau dipetik sebagai berkata, pihak pengurusan mengambil tindakan menghentikan mencetak akhbar dan memungut kembali surat khabar yang mengandungi karikatur berkenaan, sebaik menyedari masalah mengenainya.

(sumber: Berita Harian, 16 Feb 2006)