Reformasi, atau lebih popular dengan jeritan empat keratnya "re-for-ma-si", suatu gejala menarik yang terabaikan.
Menarik bagi pengamat luar, bagi sarjana, penggubal dasar dan wartawan, tetapi tidak dipedulikan oleh orang kita sendiri. "Terabai" dengan maksud gagal dirumuskan dalam skala yang lebih besar dan menyeluruh daripada sejumlah sektor lain dalam masyarakat, khususnya "sektor penjana idea".
Mungkin, Reformasi bukan produk import, maka ia dianggap produk "local", tidak ori! Maka, tidak vogue atau tidak cool untuk membicarakannya kecuali dengan nada sinis (?) atau mentah (kata lain bagi "bodoh").
Seorang pengamat dari Amerika Syarikat, Meredith L Weiss, mencatatkan perspektifnya yang panjang dalam Protest and Possibilities: Civil society and coalitions for political change in Malaysia (2006), sebuah karya ilmiah terkini dalam siri analisa tentang politik, perubahan sosial dan demokratisasi di negara kita.
Dalam bab 'The reformasi movement and the 1999 election' (hal. 133-4), zamil penyelidik atau research fellow dari Washington ini mengutip pandangan Dr Farish A Noor tentang keterbukaan atau kecairan Gerakan Reformasi sehinggakan ia gagal ditakrifkan dengan tepat dan dengan itu membolehkan semua pihak menyertainya sebagai lambang penentangan pada regim sekarang.
"... it is precisely because of its lack of exhaustive content that the concept of reformasi has become so effective as a tool for political and ideological confrontation. ... [The protest's] openness and unfixity prevents any attempt to foreclose or fulfil its promise in narrow and exclusivist terms that would spell an end to its pluralistic and democratic potential."
Tetapi Farish, pada waktu itu 1999, menyedari bahawa Gerakan Reformasi tidak wajar selama-lamanya terawang-awang dengan jeritan dan idealisme kabur; mahu atau tidak gerakan politik harus mengucapkan idealisme perubahan (alternatif?) dengan lebih teratur dan jelas.
Weiss sendiri, dalam satu tinjauannya pada pertengahan 1999, berjaya menemukan satu tanggapan popular waktu itu (sekarang, bagaimana?), dan menarik untuk kita menyedarinya: 85 peratus bersetuju bahawa "Malaysia memerlukan penilaian kembali [asas-asas, praktik dan bentuk] bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial."
Desakan untuk merumuskan Reformasi (dan juga reformasi -- huruf kecil 'r'), selain Farish, disuarakan oleh teman-teman muda dan saya yang muncul dalam siri artikel 'Ada apa dengan reformasi?' (Malaysiakini.com, 9 Jun 2003), 'Ruang kosong reformasi' (Malaysiakini.com, 14 April 2003) dan 'Memurnikan makna, kesedaran berpolitik' (Malaysiakini.com, 28 April 2003) yang diikuti pula catatan Farish 'The failure of reformasi thinkers' (Malaysiakini.com, 26 April 2003); sebelumnya Hishamuddin Rais sendiri pernah merungut hal yang sama 'Anjakan budaya reformasi' (Malaysiakini.com, 16 Disember 2001).

Dalam sekelian banyak catatan dan ulasan untuk "penilaian kembali Reformasi", hanya artikel Farish dan saya nampaknya mengundang "amarah" pembaca di akhbar web ini, 'Reformasi 'thinkers' should examine themselves' (Marissa Dell, 30 April 2003).
Kemudiannya, Khalid Jaafar, melalui majalah seni budaya Siasah (September 2003) melangsungkan lagi wacana ini -- orang kanan Anwar Ibrahim ini menyifatkan pergolakan untuk memikirkan reformasi suatu yang penting tetapi gagal dimaknai dengan sungguh-sungguh oleh kita semua.
Antara catatannya: "Fathi Aris Omar pernah bertanyakan di manakah pemikir-pemikir reformasi. Beliau memberontak dengan apa yang beliau lihat sebagai ketiadaan minat masyarakat reformis terhadap [hal-hal yang bersifat] pemikiran.
"Beliau juga sinis dengan dogmatisme yang terdapat dalam parti-parti politik yang beliau lihat sebagai seharusnya bersifat reformis tetapi sering berkongsi dengan kerangka pemikiran establishment."
+ * + * +
Selain Weiss, beberapa karya lain termasuklah Malaysia: Mahathirism, hegemony and the new opposition oleh John Hilley (2001), Beyond Mahathir: Malaysian politics and its discontents (Khoo Boo Teik, 2003), The Mahathir Legacy: A nation divided, a region at risk (Ian Stewart, 2003), Personalized Politics: The Malaysian state under Mahathir (In-Won Hwang, 2003), dan Challenging Authoritarianism in Southeast Asia: Comparing Indonesia and Malaysia (Ariel Heryanto & Sumit K Mandal, 2004).
Di dalam negara pula, karya-karya yang menyentuh persoalan Re-for-ma-si termasuklah Menjelang Reformasi: Kumpulan rencana akhbar 1997-98 (2004, tetapi semua analisa pra-Reformasi September 1998) oleh Rustam A Sani, Face Off: A Malaysian reformasi diary, 1998-99 (Sabri Zain, 2000), Pilihanraya atau Pilihan Jalan Raya (Hishamuddin Rais, 2001), Tumit Achilles dan Lain-lain Esei (Khalid Jaafar, 2003) dan Patah Balek: Catatan terpenting reformasi (Fathi Aris Omar, 2005), selain beberapa lagi catatan, buku dan analisa politik, misalnya buku-buku Farish A Noor, Lee Ban Chen, Raja Petra Kamarudin, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar.
Juga, buku-buku yang disusun daripada pandangan tokoh politik seperti Dr Syed Husin Ali, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan tahanan ISA (misalnya koleksi Saari Sungib).
(bersambung...)
10 comments:
Fathi, ada blog baru aku jumpa http://sariberita.blogspot.com Kau dah pi baca ka? Pi lah...
Apakah benar kepantasan pihak kerajaan 'memancung" laungan reformasi menyebabkan ia gagal untuk diterjemahkan dalam bentuk keadilan?
Entah, semua kerajaan semi-demokratik berbuat demikian. Pergolakan yang saya catatkan di atas pula berhubung kegagalan "orang dalam" sendiri merumuskan, memupuk arah dan menyuburkan tenaga Reformasi.
Sampai bila kita mahu salahkan kerajaan?
faomar@yahoo.com
sampai bila-bila atau slogan popular "dan selamanya" sekurang-kurangnya "kita" ada kambing hitam.
Minda rakyat perlu di"tune" supaya dapat menilai kebenaran dan keadilan.
Kesilapan besar Reformasi (R) pada saya ialah kerana ia telah memakai selubung (jilbab) politik. (Atau sebenarnya politik berselubung Reformasi?)
Yang terdedah untuk dinikmati dan dimasuki oleh awam/massa dan cerdik pandai yang apolitikal hanya sebahagian kecil tubuhnya. Sebab itu para idealis dan aktivis masyarakat yg cuba-cuba menikmati tubuhnya pun tidak betah, tidak mampu atau tidak sanggup bertahan. Ruang bernafas untuk mereka terlalu kecil, dan yg kecil itu pula sering terpinggir. Akhirnya yg dominan dan terkedepan ialah para poli(tikus)yang... ya seperti biasa.. kemaruk kuasa. Siapa yg tidak paham umno.. dan tentunya siapa yg tidak paham bekas2 umno.
Reformasi (r) perlu bertunjang pada suatu idealisme. Di tangan Reformasi idealisme itu sangat kabur, dan bertambah kabur akibat permainan poli(tikus). Poli(tikus) secara azalinya memang kaki bertumbuk dan dalam kes Reformasi penumbuk yg dilayangkan bukan saja terkena pada lawan tetapi lebih kerap terkena muka sendiri. This `sandiwara' was there for everybody to see.
Jadi matlamat dan landas Reformasi pun bagi saya sudah `suspek'. Kematiannya inevitable... almost natural, kerana ia tidak punya sumber oksigen sendiri. Tambah2 dalam keadaan berselubung.
Fathi,
bagaimana kalau kau sendiri yg usahakan buku `Hak Asasi Manusia' tu... prospek bagus tu.
Kalau kau tak nak, biar aku yg buat.. hehe. Boleh guna tulisan2 James Nickel sebagai panduan.
salaam mile,
jujur, banyak tulisan saudara mmg mencerahkan. kalau ada tulisan2 yg bagus2, kirimkanlah kat www.ummahonline.com, utk disiarkan.
kami ini media (kononnya) yg miskin sahaja, takda honororium-lah :-) oke, kan?
Mile, tak apa, kau (atau, sesiapa saja) pun boleh tulis buku itu. Tidak menjadi masalah.
Aku nak fokus sedikit tentang beberapa isu saja. Dah tua2 macam aku ni. harus ada "specialization" dan "focus" sikit. Hehehe ...
Reformasi "diselubungi" politik? Dan dominasi orang politik yang berlebihan dalam arus Reformasi? Hal inilah yang saya kritik dalam buku saya Patah Balek: Catatan terpenting reformasi, khususnya bab 'Masparti, politik rakyat tanpa parti'
Idea-idea reformasi memerlukan kenderaan politik (political vehicle), jadi tidak mungkin reformasi idea, budaya dan pemikiran bangsa tidak melibatkan politik atau unsur-unsur politik.
Tetapi apakah bentuk, kandungan (content) dan format politik reformasi idea, budaya dan pemikiran itu.
Apakah formatnya? Apakah tingkat-tingkat perjalanannya, bentuk kerjasama yang bagaimana?
Hal ini, saya rasa, belum difikirkan dengan semasak-masaknya oleh kaum intelektual dalam Gerakan Reformasi.
faomar@yahoo.com
Terima kasih Aqil Fithri. Insyaallah. Sedang mengasah bakatlah ni. Harap2 Fathi boleh ajar dan bantu saya. Ummahonline yg baru itu ada potensi. Cuma kena usaha lebih. Enak sembang pun ok juga.
Bagaimana kalau sdr kaji lebih dalam tentang falsafah quantum itu… hendak juga saya tahu aspek determinism dan indeterminism quantum itu lebih jelas khususnya jika dikaitkan dengan teologi Islam. Rahsia sebenar Tuhan pada alam mungkin ada di situ. Dalam lingkungan quantum alam mungkin tidak teratur sebenarnya tetapi ia boleh menyesuaikan diri apabila kita mengusiknya dengan cara tertentu. Adakah sains telah tertipu selama ini?
Jika belum mungkin juga sdr boleh beri tumpuan kepada falsafah sains Islam dalam projek Islamization of Knowledge. Nampaknya sdr ada mengkaji SH Nasr. Baik juga sebagai permulaan. Tetapi ramai lagi yg terlibat dlm projek IoK tersebut seperti Prof. Syed Mohd Naquib Alattas, Prof Alparslan Acikgenc, Munawar Anees, Ibrahim Kalin, Muzafar Iqbal dll. Juga M. Zaki Kirmani yg dalam keghairahannya telah mengquote suatu artikel `tipu’ oleh Alan Sokal yg diterbitkan oleh majalah sains sosial `Social Textx’, yg kini dikenali sebagai `Sokal Hoax’.
Dan tentunya banyak juga yg mengkritik projek tersebut seperti Dimitri Gutas dll. Tetapi untuk mengetahui landas projek tersebut sdr. kena menekuni aspek epistemology. Cumanya projek IoK ini kini seperti telah hilang steam.
Salam.
Bukan `diselubungi’ politik Fathi, tetapi `berselubung’ politik. Politik memang perlu bagi memanisfestasikan idealisme reformasi. Tetapi politik sekeras manapun mendukung idealisme reformasi seperti demokrasi, antirasuah dan antikronisme, telus, mendukung HAM, masyarakat terbuka dll. tidak akan dapat menjamin falteration tidak akan berlaku. Poli(tikus) cenderung lupa. Jadi perlu ada kaki terajang di belakangnya dalam bentuk NGOs dan institusi bebas yg lain, yg tentunya perlu aktif dalam ruang awam.
Dari sudut ini kita boleh lihat penglibatan NGOs dalam Reformasi. Bukankah Reformasi bermula dari pengalaman dan kepakaran NGOs. NGOs telah menyertai politik, baik secara rasmi ataupun tidak melalui pemimpin mereka. Atas desakan mereka juga BA terhasil dan berharap jika BA mengambilalih kuasa NGOs akan terus mengekalkan tempatnya dengan pengaruh sebenar ke atas politik dan dasar. Understood. Malangnya seperti kata Farish Noor Reformasi telah dihijack oleh parti politik, khususnya Keadilan dan NGOs selepas itu terpinggir daripada mendapat `kedudukan rasmi’ dalam perikatan BA walau sebesar manapun pengaruh mereka. Akibatnya ialah seperti apa yg saya nyatakan dalam posting sebelum ini. The way the politicians handled Reformasi was chokingly impossible for true Reformist to breath.
Dalam penilaian Meredith Weiss pula (dalam buku `Pentadbiran Mahathir, Prestasi dan Krisis Dalam Pemerintahan, 2003) penglibatan NGOs dalam politik formal telah mengkompromikan (compromised) imej mereka sebagai bukan mementingkan diri atau sebagai badan yg benar2 bukan kerajaan. Keterlibatan mereka, langsung atau tidak langsung dalam politik akhirnya “memakan diri dengan mengurangkan bidang kuasa moral mereka, yg akan mencerminkan bukan sahaja kumpulan tertentu yg terlibat bahkan juga menimbulkan kesangsian merentas spektrum organisasi masyarakat madani.”
Satu lagi aspek menarik yg ditimbulkan oleh Weiss adalah berkenaan media alternatif yg digunakan oleh parti pembangkan dan NGOs, khususnya media internet, yg jenis dan impaknya perlu dipertimbangkan. Tanpa menolak kepentingannya bagi kebebasan, Weiss berkata media alternatif ini mengizinkan maklumat yg sah dan yg silap (saya tambah, yg manipulatif) dikongsi dengan meluas. Sukar hendak memilih maklumat mana yg boleh dipercayai atau dari mana datangnya maklumat tersebut. Tambahan pula banyaknya maklumat tidak bersaring membuat penyerapan secara berhati2 dan analisis sukar dilaksanakan.
Dalam hal ini mungkin Fathi dan yg lain2 penggiat media, boleh membuat kajian dan analisis setakat mana Reformasi telah `merosakkan’ reputasi media alternatif ini dan sama ada kesannya ada dirasakan sehinga kini.
Salam.
Post a Comment