Hari ini bukan 'Hari Kekasih' atau Valentine's Day -- hari menyegarkan kembali ingatan dan kerinduan pada kasih sayang (dan tanggungjawab yang muncul bersamanya).
Hari ini malang kerana ia akan sentiasa diingati, dikenang dan dilupakan, sebagai hari yang penuh kecelaruan berhujah. Beragama itu bermakna tidak perlu menggunakan akal atau menganalisa perkembangan sosial kontemporari.
Hari ini lebih lebih rela diingati sebagai 'Hari Orang Suci' di sisi umat Islam kerana ludah orang-orang suci ini diberikan perhatian ramai; dan "ramai" orang yang memperingati hari ini lebih yakin pada pendapat orang suci daripada akal mereka sendiri.
Cubalah ke Google.com.my dan carilah perkataan-perkataan berikut "Hari Kekasih Valentine's Day haram", maka akan meluru keluar sejumlah catatan, berita, ulasan dan analisa orang agama -- semuanya ini memberi amaran bahawa menyambut Hari Kekasih itu hukumnya haram.
Malah, ada ulama besar negara ini pernah menyebut menyambut Hari Kekasih (dengan mirip orang Kristian) boleh menjadikan seseorang itu murtad! Wow ...!
Relakah anda murtad semata-mata ingin membeli sebungkus coklat buat kekasih?
+ * + * +
Saya rela! Demimu kekasihku, MF (satu jiwa yang abadi dalam jasad ini). Maaf, di lain hari sahaja, aku membeli coklat lagi ... Biar kedua-dua belah pipi comelmu dan jari-jarimu dipenuhi cairan perang gelap ini. Makanlah, ... ketawalah kekasihku. Makanlah sebelum matamu (dan mata kami) terpejam malam ini.
Nanti, jika tidak capek, aku akan menulis puisi kecil. Puisi yang mungkin kau tidak fahami -- puisi kecil untuk 1,000 tahun lagi.
Aku, dari kejauhan ini, hanya berimaginasi, sayang :( Maafkan aku kerana sering meninggalkanmu sendirian -- mendakap malam dan berlari-lari di ufuk cahaya.
Jika ada kata untuk hari ini, ingin kusampaikan "Ampunkanlah aku!" Walau aku tahu, mungkin kau juga akan meludahku nanti selepas puisi itu kau fahami.
Sengaja dikemas kini lebih awal, 13 Februari, jam 7:32 petang
17 comments:
Huhu..aku dah agak dah. Memang FAO akan tulis pasal ni.
Amin Ahmad
Sedih juga, Fathi. Di hari penuh kasih sayang, tapi terlalu banyak muka garang di Jkt. Hari ini, utusan Denmark Embassy harus pulang. Mereka tak percaya, ada kasih di sini. Takut kena gampar, takut diserbu dan dibakar... Masya Allah. Taba (tabamail@gmail.com)
Iya, dong! Aku membaca berita itu di perkhidmatan wayar (wire service). Tadi aku di kantor; sekarang udah pulang. Kamu gimana? Bagus, ya? Salam buat teman-teman, Taba, khususnya team majalah kecilmu itu. Jumaat pekan lalu, si Ayu ada nelefonku dari Jerman. Juga mahu mengetahui tentang isu karikatur ini. Aduh dong, di sini 'nggak ada orang mahu menyatakan kebenaran -- bahawa menutup koran 'Sarawak Tribune' (milik partai pemerintah Sarawak, cabang partai BN di Kuala Lumpur) satu langkah yang salah dan berlebihan. Hanya kami 'Komunite Seni Jalan Telawi' atau KsJT yang masih waras! Fasis sekali cara fikir umat Islam Malaysia ini, sama ada yang oposisinya atau pemerintahnya. LSM juga mundur di saat-saat genting begini.
bukankah berdasi dan memakai kot juga perbuatan orang kristian? bagaimana pula dengan yang ini...
Jangan berduka sampai begitu sekali, Fathi,.. hari kekasih, berkasih dan mengasihi seharusnya hari-hari.. Hari ini kita tak boleh sambut, esok lusa dan seterusnya ada lagi..
ventti
Salam Sejahtera sempena Hari Kekasih buat warga Denmark yang cintakan damai, kebebasan dan toleransi:
http://www.anotherdenmark.org/letter#en
Kirimlah e-mel kepada mereka. Saya telah kirim 1 ucapan...
Sila baca berita ini:
http://www.jp.dk/english_news/artikel:aid=3551012/
Greetings from Denmark
By The Copenhagen Post
Cyberspace has become an important arena for activists to communicate their opinion in the Mohammed cartoon case
Grassroots organisations in Denmark unveiled webpages this week that reach out to Muslims worldwide and offer their sympathies regarding the contested Mohammed drawings.
One page, anotherdenmark.org, had been growing at an exponential rate. Since its launch on Thursday, over 8500 people had offered their greetings and written short messages.
Lillian from Ikast in Jutland wrote: 'Hi all muslims [sic]. Hope for a better world where all of us can be accepted for the one we are and NOT what others think we are and should be. Inside we all are the same.'
The website included a letter printed in Danish, Arabic, and English that 'strongly condemns the actions of Jyllands-Posten that have offended Muslims around the world' and that called for an apology from the newspaper.
The website's spokesman, Nicolai Lang, hoped the site could show Muslims that 'another Denmark' exists besides the one represented by Jyllands-Posten.
'If we want to break down prejudices on both sides, then it's important to show that the majority of Danes aren't hostile toward Islam, and that there are many of us who believe that we can live together with respect for each other's culture and identity,' said Lang.
The organisers of the page hoped to spread word of their project by purchasing advertising space on al-Jazeera TV station to tell about the project, Lang told public broadcaster DR's internet site.
Another site, forsoningnu.dk (reconcilliation now), gathered 36,000 electronic signatures in its first four days of existence.
The website's designer, Hans Hüttel, a computer programmer in Aalborg in norhtern Jutland, organised an electronic petition that criticised the cartoons for showing 'a serious lack of tact and sensitivity'. At the same time, the campaign encouraged people to 'make a distinction between opinions expressed by a Danish newspaper and the opinions of the Danish people as a whole'.
'Everyone, in Denmark and elsewhere, must recognize that the meeting of cultures requires mutual respect,' the petition stated.
(sumber: Jyllands-Posten, 10 Feb 2006)
Sempena Hari Kekasih, Malaysia boleh memberi hadiah pasir dan ruang udara kepada kekasihnya.
Hentikan meniru kekarutan Valentine
Oleh MOHD. KAMIL YUSUFF (WARTAWAN UTUSAN)
HARI ini 14 Februari, ramai pasangan kekasih mengambil kesempatan meraikan sambutan Hari Memperingati Kekasih.
Mereka menghadiahkan kekasih hati dengan hadiah-hadiah menarik di samping kad-kad ucapan yang penuh syahdu bagi merakamkan perasaan mereka.
Pelik juga, kenapa tanggal 14 Februari sahaja untuk mengingati kekasih. Kenapa tidak hari-hari lain. Kekasih sepatutnya diingati setiap hari.
Sebenarnya, budaya ini asalnya dipercayai bagi memperingati kematian seorang paderi Kristian, St. Valentine, yang memperjuangkan kasih sayang antara manusia tetapi dihukum bunuh pada tarikh ini kerana mengingkari perintah rajanya.
Hari ini sambutan tersebut menular bukan sahaja di kalangan orang Kristian, malah Islam, khususnya remaja yang sebenarnya langsung tidak tahu menahu asal-usul sambutan tersebut.
Mereka sekadar meniru budaya orang lain tanpa mengetahui sejarahnya, hatta kesannya kepada akidah agama.
Budaya ikut-ikutan ini bukan perkara baru di kalangan orang Melayu. Black Metal, punk, rock dan sebagainya bukan budaya Melayu tetapi pengamalnya yang ramai adalah remaja Melayu.
Golongan
Tidak salah memperingati orang yang dikasihi. Islam sendiri menggalakkan umatnya berkasih sayang tetapi dengan cara yang ditetapkan oleh agama suci itu.
Konsep kasih sayang dalam Islam amat luas, tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Islam juga tidak menetapkan hari-hari khusus untuk berkasih sayang.
Sebab itu, Islam mengajar umatnya melahirkan kasih sayang kepada Allah dan Rasul-Nya tidak pada hari-hari tertentu sahaja, malah setiap saat.
Dalam Islam, kasih sayang yang afdal ialah kepada Allah, Rasulullah, kedua ibu bapa, suami, isteri dan anak-anak.
Lahirkan kasih sayang kepada orang yang dicintai dengan cara betul berlandaskan ajaran Islam, bukan meniru bulat-bulat budaya asing yang bertentangan dengan budaya Melayu, tata susila Timur dan ajaran Islam sendiri.
Ajaran Islam adalah syumul, lengkap dan sempurna meliputi soal-soal kehidupan harian hingga kepada pentadbiran dan pengurusan sesebuah negara.
Sehubungan itu, tidak ada sebab umat Islam meniru budaya asing khususnya yang bertentangan dengan ajaran islam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada umatnya melalui hadis yang bermaksud, ``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, dia turut termasuk bersama golongan itu.''
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Islam Larang Sambut Hari Valentine
KUALA TERENGGANU, 13 Feb (Bernama) -- Pasangan umat Islam yang bercinta dilarang menyambut dan meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih kerana ia diharamkan oleh Islam, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu Muhammad Ramli Nuh.
Katanya Hari Valentine, yang disambut esok, boleh diibaratkan sebagai mengiktiraf musuh Islam kerana Valentine atau Valentinus terbabit merancang dan menyerang, sekaligus memusnahkan tamadun Islam di Cordoba.
"Orang Islam tidak sepatut meraikannya kerana ia seolah-olah mengiktiraf pihak yang bertanggungjawab memusnahkan sebuah tamadun Islam di Sepanyol," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawwuf Nusantara di sini.
Muhammad Ramli berkata ada pasangan menjadikan Hari Kekasih yang diraikan 14 Feb setiap tahun sebagai alasan untuk berjumpa dan ini akhirnya boleh menyebabkan berlaku perkara terlarang. -- BERNAMA 13 Februari, 2006 18:41 PM
haramkan sahaja pakai seluar jeans atau baju t-shirt! Cinta, tau tak apa itu cinta, jadi hari kekasih adalah satu hari yang dibuat oleh manusia untuk mengingati cinta. kalau konsep yang mudah seperti ini pun tak faham, haramkan sahaja jeans dan t-shirt. Saya cabar wartawan utusan dan kaum fundamentalis berhujah dari sudut kebenaran agama, bukan sentimen!!!
Talk about quoting the Prophet out of context. Semacam membenarkan kata2 saya di awal post sebelumnya mengenai bagaimana orang yg mengelar diri sebagai umat Islam telah sekali lagi memerangkap diri dengan kebebalan hujah yang saling berkontradiksi, dan ketiadaan lojik.
Apakah berjumpa pada hari Valentine menyebabkan seseorang pasangan kekasih lebih asyik dari hari-hari biasa?
apa kata kalau kita tukar tarikh dan nama untuk sambutan hari kekasih. bagi nama hari "kasih-kasihan" kah, dan pilih satu tarikh yang tidak ada kena mengena pun dengan mana2 tokoh...
sebab hari2 pun kita kena kerja, tapi ada sambutan hari buruh untuk menghargai golongan hamba(pekerja). maka tidak salah juga kalau ada satu hari yang meraikan golongan pencinta 'cinta'.
menunjukkan kasih hanya pada hari kekasih macam mockery pada erti kasih...
Mockery? Apakah sampai di peringkat ini -- "mockery"?
vd
boleh jadi valentines day
boleh juga veneral desease.
vd contoh klasik bagaimana umat islam cuba menangani modernity...
1. total rejection
2. terima dengan modification
3. terima seadanya.
cuma satu... terima vd kerana ia suatu keperluan dalam hidup atau sekadar menerima budaya pop asas consumerime yg disoup-up oleh media?
bukan satu keperluan, cuma sekadar kecenderungan untuk melakukan (meniru) perlakuan orang lain. budaya popularlah tu...
Kepada Mile: konsumerisme, budaya pop dan komodifikasi naluri
Post a Comment