Akhbar yang dianggap pendukung semangat nasionalisme Melayu selama hampir tujuh dekad (1939-2006) akhirnya pergi ke tanah persemadian zaman.
Utusan Melayu edisi mingguan, pewaris harian Utusan Melayu (sehingga 2002), mengiring jejak-jejak para korban media ('keranda' bagi Ahmad Lutfi Othman) Detik, Eksklusif, Al-Wasilah, Perdana Sari, Massa dan Watan.**
Catatan beberapa simpatisan dua akhbar tua ini penuh dengan kesayuan -- yang bisa dimengertikan.
Tetapi kepada wartawan atau penulis bebas seperti kami, apa lagi yang harus kita tangisi? Air mata kami sudah lama kering, teman!
Ku Seman Ku Hussein dalam 'Orang Melayu matikan Utusan Melayu' (Utusan Malaysia, 12 Januari 2003) mencoret di kaki catatan ini:
"Ironiknya ketika akhbar harian jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental Daily News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orang-orang Cina."
Teman kami di sebuah akhbar harian mencatat di blognya GaramGula beberapa inti utama (highlights) isu ini. Antaranya, tidak ada laporan utama tentang kematian ini diterbitkan di akhbar arus perdana kecuali berita kecil di Utusan Malaysia (2 Februari 2006) dan akhbar web Malaysiakini.com (3 Februari).
Dalam ruang komentar untuk catatan 'Belasungkawa: Utusan Melayu 1939-2002; Utusan Melayu Mingguan 2003-2006' di GaramGula (31 Januari 2006), saya menambah:
"Maklum, terlalu ramai teman Cina [saya] yang baik [hati] dan banyak membantu saya, khususnya sejak era Reformasi 1998.
"Akhbar-akhbar berbahasa Mandarin-lah yang memberikan promosi dan suara kepada saya dan teman-teman aktivis (Melayu) sewaktu akhbar-akhbar Melayu sendiri nampak berat hati untuk berbuat demikian.
"Malah saya diberikan kolum di Nanyang Siang Pau (2000) ketika dipimpin, seksyen belia, oleh Ding Lee Leong. Dan, bulan depan saya akan menyertai The Star (edisi internet berbahasa Melayu)." Untuk lebih perinci, lihat catatan Tahun Baru Cina saya di blog ini.
Awang Selamat, watak penulis pojok di akhbar Melayu itu, pernah mengungkapkan (19 Januari 2003) kematian Utusan Melayu sebagai akhbar yang "lahir zaman papa, mati zaman kaya."***
Pada Oktober 2000, sewaktu bertugas dengan Malaysiakini.com, saya pernah mempersoalkan sikap akhbar-akhbar Melayu yang "malu-malu" (atau, "takut-takut"?), dalam memberitakan isu-isu utama politik (termasuk kes-kes penutupan media alternatif atau independen berbahasa Melayu), berbanding akhbar-akhbar Cina.

"Apakah tuan-tuan politik mereka (baca: Umno) memang gemar membodohkan orang Melayu? Oleh itu, mereka akan terus memperkudakan minda dan menghisap darah Melayu? Barang kali, inilah yang dikatakan 'Melayu bunuh Melayu'? " kritik saya di hujung rencana 'Kenapa akhbar Cina bebas?'
** Semua penerbitan ini (kecuali Massa), majalah dan tabloid mingguan, bukan mati seperti akhbar Jawi, kami dibunuh dengan rasmi oleh orang Melayu juga, Ku Seman!
*** Kami tidak pernah sempat kaya; sewaktu miskin (tepat, setahun sahaja beroperasi) kami telah dimatikan!!
+ * + * +
[Bahagian 2, catatan saya tentang pertemuan dengan Said Zahari, yang berjuang mempertahankan pengambilalihan akhbar Utusan ke tangan Umno, dan nasib bukunya; juga cerita pengambilalihan akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press di tangan MCA serta tekanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) terhadap China Press dan mungkin juga tabloid Siasah hari ini]
Foto dipinjam (tanpa izin!) dari blog (c) The Reader.
7 comments:
Romantisme dan "barang aparat": saya melihatnya dengan sayang. Tapi, di sudut satu ini, ramai orang mulai melihat seluruh akhbar di Malaya hari ini sebagai aparat, yang benar-benar aparat. Lalu, Utusan Melayu mati. Bisakah kita menjamin, akhbar lain, yang dibela oleh kekuasaan dan kerajaan juga akan bertahan nyawa. Saya kira, tidak! Dan keliruan pun jadi panjang, termasuk oleh teman-teman yang Fathi tulis itu.
Utusan Melayu dibandingkan dengan akhbar apapun, sebenarnya tiada banding. Dalam sejarah media; kepada media yang tidak bebas, kematian adalah romantisme, tapi kepada negara yang tahu untuk jadi "bebas diri," kematian bisa memberi kesempatan untuk bangkit yang baru. Di sini, kita berbeza. Tapi, saya tidak tahu apakah kita sudah mulai mengerti betapa mati adalah lumrah dalam suasana bebas pasar; bebas berpendirian dan bebas acara. Tapi kematian dalam suasana yang tidak punya "BEBAS" adalah kematian yang tidak akan menjanjikan yang baru akan lahir. Kematian Utusan Melayu hari Ahad lepas... harap kalian dapat berfikir antara romantisme dan barangnya aparat. Antara benar sayang atau hanya kata-kata.
Sekian dahulu.
Hasmi Hashim,
Damansara Heights, KL.
Ya Hasmi, "akhbar aparat" [kata Indonesia, daripada perkataan apparatus] yang menjadi persoalan besar.
Semua akhbar dan majalah yang cuba menjadi besar menjadi/berlagak "aparat"; cita rasa rakyat atau kelompok rakyat sudah tidak ada!
Yang lebih parah, rakyat itu sendiri aparat!
Macam Jerman di bawah era Hitler, rakyat jadi aparat -- sebab kepala hotak mereka sudah aparat!
Louis Althusser menyebut gejala ini sebagai ISA atau ideological state apparatuses dalam perbincangannya dengan RSA (repressive state apparatus).
ISA lebih kuat kesan hegemoninya, lebih halus dan "makan dalam" (otak); sementara RSA makan luar, keras, jahat dan jelas.
ISA macam hegemoni atau alat menyiapkan jiwa/mental rakyat. RSA alat membunuh, mengurung, mengerang dan menghukum masyarakat.
RSA ini "kuasa rasmi" (formal power) yang diwakili oleh mahkamah, polis atau undang-undang.
Rujuk: http://www.eng.fju.edu.tw/Literary_Criticism/marxism/althusser.html
faomar@yahoo.com
Saya keliru.
Apakah yang diperkatakan di sini tulisan jawi yang dimatikan (baca-huruf-huruf jawi) atau penerbitan yang dimatikan?
Di sini iaitu di blog ini, pemahaman saya lebih tertumpu pada masalah penerbitan bukan berkisar pada huruf-huruf jawi.Benarkah begitu?
Ya Mat Arau, isu yang dibahaskan sekarang, di blog ini dan beberapa blog teman kami seperti link yang disertakan, isunya tentang kematian akhbar Utusan Melayu (Mingguan).
Apa yang Sdr maksudkan "keliru", Mat Arau?
faomar@yahoo.com
Fathi,
ada dua perkara di sini.
1) matinya kerana penerbitan
2) matinya tulisan jawi itu sendiri.
Dua perkara pokok yang berbeza.
Tajuk no.1 matinya penerbitan seperti penerbitan yang lain iaitu Detik, Eksklusif, Al-Wasilah, Perdana Sari, Massa dan Watan
Tajuk no. 2 kerana ada golongan yang ingin perjuangkan tulisan jawi itu sendiri. Golongan yang begitu menghargai tulisan jawi.
Itu yang saya keliru kerana terperangkap dalam dua agenda.
Ya Mat Arau, matinya akhbar bertulisan Jawi ini, antara faktor besarnya (pada fikiran saya), kerana sempitnya penggunaan dan keperluan tulisan itu sendiri.
Jika huruf roman (juga bahasa Melayu) mampu menyampaikan maksud dengan baik (kecuali beberapa hal yang terbatas) dan disebarkan secara meluas, untuk apa lagi tulisan Jawi?
Saya menfokuskan isu no 1 yang Sdr bangkitkan. Tetapi jenis kematian yang berbeza-beza (termasuk Massa).
Saya ingin bertanya, kepada teman-teman, kenapa kita merintih dan meratapi kematian akhbar bertulisan Jawi sedangkan kita tidak menangisi kematian beberapa media lain?
Tulisan Jawi memang mati beragan (natural death). Apakah perlu kita pertahankan tulisan ini -- semata-mata kerana ia "warisan" kita dahulu? Kenapa kita tidak menyuburkan bahasa Sanskreta, misalnya?
Jika kita anggap Jawi itu menyampaikan pemikiran agama (Islam), kenapa kita tidak belajar sahaja bahasa Arab?
Fathi Aris Omar
faomar@yahoo.com
Petikan dari Bernama.
08 Februari, 2006 22:19 PM
Orang Melayu Harus Risau Jika Tulisan Jawi Berkubur
PULAU PINANG, 8 Feb (Bernama) -- Masyarakat Melayu di negara ini haruslah mengambil sesuatu langkah bagi menghidupkan semula tulisan Jawi ekoran tulisan itu telah "berkubur" apabila akhbar Utusan Melayu -- satu-satunya akhbar yang mencetak beritanya dalam tulisan Jawi -- kini telah dihentikan penerbitannya.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penutupan penerbitan akhbar Utusan Melayu seharusnya dipandang sebagai satu kematian kepada warisan bangsa kerana tulisan Jawi adalah satu pusaka warisan bangsa yang telah menjadi skrip rasmi dan lidah Melayu selama lebih 600 tahun.
Katanya masyarakat Melayu tidak seharusnya cuma berpeluk tubuh melihat tulisan Jawi menghilang dari ufuk budaya dan persoalan berat ini menuntut penyelesaian daripada orang Melayu sendiri.
Beliau berkata apabila penerbitan akhbar tulisan Jawi dihentikan pada 29 Jan lepas, adalah jelas orang Melayu tidak mempedulikannya sedangkan pada hakikatnya ia bererti kematian kepada sebahagian jasad budaya warisan Melayu itu sendiri.
"Tidak ada orang yang mendengus, tidak ada orang yang mempolemikkan kematian ini dan minat terhadap tulisan Jawi telah menurun," katanya pada ucaptama bertajuk "Unsur-unsur dan Cabaran Perpaduan Ke Arah membina Negarabangsa Malaysia" sempena majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan Awam anjuran Majlis Perundingan Muhibah di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Teks ucapannya disampaikan oleh Naib Cancelor USM Datuk Prof Dzulkifli Abdul Razak.
Rais berkata apabila akhbar Utusan Melayu yang mengoborkan politik dan perjuangan Melayu berdekad-dekad lamanya mati kerana tidak dibeli lagi oleh orang Melayu dan dalam masa yang sama populariti bahasa Inggeris berterusan seperti apa yang berlaku sekarang, suatu ketika kelak akhbar-akhbar bahasa Melayu juga akan mengalami nasib yang sama.
Katanya jika peredaran zaman menjadi alasan sehingga bangsa Melayu tidak lagi berminat dengan tulisan Jawi, bukan sahaja budaya Melayu akan terjejas malah perpaduan Melayu juga tidak akan tercapai.
-- BERNAMA
Post a Comment