Sunday, January 29, 2006

Cina

Buat teman-teman, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina**; istimewa buat Steven Gan & isteri Prangtip Daorueng dan Wong Chun Wai, dan teman-teman wartawan, penulis dan aktivis di pelbagai pertubuhan, di Malaysia dan juga luar negara (Andreas Harsono dan Trisno S Sutanto), buat yang tua dan muda, khusus buat Clarissa Lee dan pak Chong Ton Sin, penerbit Patah Balek: Catatan terpenting reformasi.

Maaf, berbanyak-banyak maaf kerana tidak sempat menulis nama kalian satu persatu di sini. Maklum, terlalu ramai teman Cina yang baik dan banyak membantu saya, khususnya sejak era Reformasi 1998.

Akhbar-akhbar berbahasa Mandarin-lah yang memberikan promosi dan suara kepada saya dan teman-teman aktivis (Melayu) sewaktu akhbar-akhbar Melayu sendiri nampak berat hati untuk berbuat demikian.

Malah saya diberikan kolum di Nanyang Siang Pau (2000) ketika dipimpin, seksyen belia, oleh Ding Lee Leong. Dan, bulan depan saya akan menyertai The Star (edisi internet berbahasa Melayu).

** Di Indonesia, perkataan Cina tidak disenangi, seumpama ungkapan "balik-lah Tiongkok" di negara kita. Di negara jiran kita, Cina membawa konotasi negara, seolah-olah merujuk penduduk China, apatah lagi republik yang "komunis".

Kita membezakan 'Cina' [- h] sebagai Chinese atau orang berdarah Cina, dan China [+ h] sebagai negara; di Indonesia, tidak ada perbezaan ini. Mereka lebih suka disebut kaum 'Tionghua', seperti sebelum era Orde Baru, sebab dalam kegentingan politik tertentu ungkapan 'penduduk Cina' membawa beban konotasi yang buruk.

Sejak Gerakan 30 September tahun 1965, konflik politik anti-komunisme yang sangat menyayat hati, khususnya setelah pemerintah tentera Soeharto "memperkenalkan dasar baru melalui Surat Edaran Presidium Kabinet Ampera Tentang Masalah Cina nombor SE-06/Pres.Kab/1967, yang mengubah sebutan kata Tionghoa atau Tiongkok menjadi Cina."

Ungkapan 'Cina', sebagai etnik, juga dijadikan kambing hitam politik apabila sering distigmakan sebagai "komunis".

Lihat sebahagian debat kata 'Cina' di sini, Identitas Kebudayaan Tionghoa: Kebijaksanaan Suharto dan keberhasilanya mencapai pembauran lengkap (Erin Kite, Januari 2005) atau Masalah non-pri (Garuda Nusantara, 8 November 1997).

Teman-teman Indonesia juga tidak senang ringkasan kata "Indon" diucapkan dalam media massa kita, termasuk di laman web Malaysiakini.com [contoh 1, contoh 2 dan contoh 3]. Bagi mereka, ungkapan ini berbau dan bermaksud negatif, dengan niat meleceh-lecehkan.

Bagi mereka, seharusnya guna perkataan lengkap "Indonesia" atau (cadangan di kalangan teman-teman dekat saya sewaktu di Jakarta tahun lepas) ringkas kata "Indo" -- yang asalnya kecelaruan orang Eropah sewaktu merujuk wilayah geografi ini sebagai "East India Company" (Vereenigde Oostindische Compagnie, akronimnya VOC atau secara harfiah sebagai "United East Indies Company") atau wilayah "India Timur"; jadi "Indo + nesia" ada bau keindiaannya pula!

Penjelasan lain: ‘Indonesia’ = terdiri dari kata Indos dan Nesos, yang berarti kepulauan India, nama yang diberikan oleh ahli Geografi Jerman pada tahun 1884.

Namun, "Cina" atau "Indon" tidak selalunya dimaksudkan negatif di negara kita; jadi sensitiviti kita tidak berkongsi dengan sensitiviti warga Indonesia.

Saya sendiri tidak tahu, apakah wajar kita meraikan sensitiviti teman-teman di negara jiran kita?

Kita, pekerja media, sering ringkaskan Malaysia menjadi "M'sia" atau Terengganu menjadi "T'ganu"; apakah wajar misalnya Indonesia dipendekkan menjadi "In'sia" atau "In'nesia"?

Bagi saya, gesaan agar perkataan Indonesia dipakai sepenuhnya (tanpa kependekan) "agak lucu" dalam memahami psikologi petugas media tempatan -- ya, sama membosankan dan "merendahkan" [kalaulah, ulang: kalaulah, mahu dijadikan isu untuk berbeza] apabila mendengar pertanyaan (berulang-ulang kali), "oh, apakah benar rumah sakit untuk wanita hamil di Malaysia itu disebut rumah sakit korban lelaki?"

C'mon-lah, don't be too sensitive, friends. Sebab istilah 'Indon' tidak digemari (Utusan Malaysia, 22 Julai 2004) atau Indon (Kompas, 11 Disember 2004).

Lihat sebahagian lagi debat kata 'Indon' di sini, Don't call them 'Indon' (Fairy Mahdzan, 6 April 2005) atau Jangan berkawan dengan orang Indon? (Priyadi's Place, 15 April 2005).

6 comments:

mata arau said...

Fathi,

Adakah [-h] dan [+h] adalah idea daripada darah manusia, Rhesus Factor---->Rh+ atau Rh-

Anonymous said...

Tidak, sekadar membezakan dua perkataan "C[]i-na" dengan "C[h]i-na"

Anonymous said...

di kampungku, sensitiviti antara orang 'indon' dengan orang malaysia, hampir tidak wujud. kerana tidak adanya sempadan antara dua komuniti tersebut. malah ada tempat yang dinamakan 'SABINDO'. mungkin juga sebab ada (ramai) orang yang punya i/c dan ktp sekaligus

Anonymous said...

Satu topik menarik fathi, derogatory terms adalah fenomena antarabangsa. The only way to fight the 'sensitivity', i believe, is to embrace it yourself..hehehe.

Pengalaman saya bertahun-tahun dinegeri asing mengajar saya supaya lali dengan istilah-istilah begini.

'Boatie','curry muncher', 'wog', 'yellow' macam2 ada, http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_ethnic_slurs

Saya selalu bergurau dengan rakan2 'orang putih' di Australia,.. "I am a boatie, but arent you too?"..gerenti mereka terdiam atau tergelak sama.

Ventti

Anonymous said...

Ya Ventti, tidak cukup dengan sikap "terlebih peka" (hyper-sensitivity), yang didorong oleh kekurangan rasa yakin diri, terlebih rendah diri (inferiority complex) dan [lebih serius lagi] gagal melihat skala besar penggunaan kata -- dalam kes ini, saya rujuk pada perkataan "Indon" faomar@yahoo.com

Anonymous said...

maaf ya, mencelah sekejap, topiknya menarik. Tapi sekiranya Melayu dipanggil moyo' ataupun mayau camna, boleh terima dengan saya mengatakan c'mon-lah, don't be too sensitive, friends...

Setau saya bukan warga Indo mahu sangat panjang2 disebut Indonesia, panggil aja 'Indo'.. It's so easy to say stuff especially if you've not experienced it yourself.

If it's in Australia or the UK or the States, ya, biasalah, mereka warga orang putih yang sememangnya ignorant...bolehla dimaafkan sebab tidak sama rumpun ya...tapi kalu sebelah jiran saja, susah sangat ka menghormati dengan panggil 'teman Indo'...