Entah mengapa, saya menonton Talk to Her sewaktu sedang menamatkan The Age of Reason.
Entah kenapa pula filem Pedro Almodovar ini membuka kimia, senyawa, luar biasa dengan novel Jean Paul Sartre (1947).
Luar biasa! Membingungkan, mengguris dasar perasaan.
Ya, kepada saya, filem Sepanyol ini (2002) mengisahkan "komunikasi yang tidak terkomunikasikan"; dan seseorang harus berkorban untuk melanjutkan masa depan seseorang yang lain.
Kita, manusia, boleh terjerat dalam simpang-siur sejarah sewaktu kita sedar peta masa depan bukan lagi di tangan sendiri.
Kecelaruan ini bersilih ganti antara Mathieu Delarue si profesor dengan Marcelle; atau, Benigno sang jururawat dengan Alicia si penari.
Watak-watak bergerak tidak dengan kesedaran pembaca -- kita ditemukan dan pertemuan yang dirancang itu sengaja disembunyikan. Atau, boleh jadi sahaja watak-watak juga tercipta tanpa sedar, tidak sepenuhnya rasional?
Terus terang, sampai saat ini, saya belum menghabiskan siri pertama dalam triologi Roads to Freedom Sartre; biar pertemuan yang dirancang itu sentiasa tersembunyi!
Bimbang ia menjadi Down and Out in Paris and London George Orwell sehingga saya teringin menjadi gelandangan seumpama itu atau sentiasa was-was makan di kafe dan restoran mewah.
Bimbang, sewaktu asyik menikmati santapan, Orwell datang menyergah kita dengan segala sifat tidak senonohnya seperti disampaikan dalam autobiografinya tersebut!
Saya sentiasa ada rasa ragu, takut dan gementar, Sa[f]rtre.
[ii]
Enggan pula saya disebut, "Mathieu is left to reflect on his life of failure and declares that he has indeed reached the age of reason" sementara Marchelle bertemu jodoh dengan Boris.
Atau harus mati bunuh diri di penjara seumpama sang jururawat -- konon, pilihan sudah tidak ada lagi! [Nota: Dia tidak tahu Alicia sudah pulih dari komanya, sementara kehidupan masih cuba membohongi si gadis]
Sebab itu, lebih mudah membaca tanpa berfikir, atau berfikir semuanya tidak relevan!
Sunday, January 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment