Ada getaran (intelektual?) setiap kali muncul isu seumpama ini, seumpama filem Submission arahan Theo van Gogh di Belanda, pada penghujung 2004.
Saya pernah menonton filem daripada siri TV ini sewaktu ditayangkan dalam satu diskusi agama di Komunitas Utan Kayu, Jakarta tahun lepas.
Dokumentari ini karya seorang wanita Islam, Moslima Ayaan Hirsi Ali, bertujuan membongkar apa yang disifatkannya penindasan terhadap kaum wanita.
Setahun selepas itu, di Denmark pula, muncul satu koleksi 12 karikatur yang dianggap "menghina" Nabi Muhammad dan, dengan itu, tidak peka terhadap perasaan umat Islam.
Waris pelukis agung Belanda itu mati ditikam di jalan oleh seorang, khabarnya "pelampau", Islam.
Karikatur itu pula merebakkan bantahan umat Islam sedunia, selain menghumban dua wartawan Jordan ke mahkamah dan juga (bakal) menjadi sebab penutupan Sarawak Tribune, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris di negeri itu.
Apabila emosi membuak-buak, sukar sekali kita menjernihkan keadaan.
Saya tidak senang, terus-terang saja, dengan penyiaran lakaran-lakaran seumpama itu; jelas, ada motivasi "jahat" (atau, "hodoh") di sebalik penerbitannya.
Tetapi saya juga tidak faham kenapa penerbitan kembali kartun tersebut dalam konteks memberikan gambaran lengkap isu terbabit -- misalnya apakah latar dan motivasi sebenar yang mendorong umat Islam sebegitu beremosi dalam bantahan mereka?
Pertanyaan saya, kenapa Sarawak Tribune harus dihadapkan ke Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)? Kenapa tabloid Al-Mehwar dan mingguan Shihane harus ke mahkamah?
Saya tidak mengerti mengapa penyiaran semula karikatur tersebut -- dengan niat menyampaikan konteks yang jelas dan "pokok persoalan" (subject matter) -- juga boleh dikenakan hukuman?
Jika begini cara kita (sedunia?) melihat persoalan ini, akhirnya nanti semua orang harus dilarang membawa senjata api, termasuk polis dan tentera? Tanpa mengira konteks atau tujuannya, semua benda (atau hal) yang berbahaya (termasuk karikatur) tidak wajar beredar?
Saya sedar, pertanyaan saya ini sangat boleh dibahaskan. Kewartawanan dan media massa memang sering terjerlus dalam ruang kontroversi dan debat.
Tetapi, pada hemat saya, penyiaran kembali dalam konteks menyampaikan isu besar ini wajar-wajar sahaja sebab:
(i) kita tidak boleh membantah dalam keadaan buta, semata-mata orang lain bantah, kita juga harus menjerit,
(ii) kita wajar diberikan peluang untuk menafsir sendiri benda, peristiwa atau hal yang dianggap "kontroversi" atau "sensitif".
Dalam wawancara dengan akhbar web Malaysiakini.com, saya jelaskan isu ini (dalam konteks Sarawak Tribune dan dua akhbar Jordan tersebut) sudah melangkah ke batas pencabulan ruang kebebasan akhbar. Walau (ulang: walau) saya cukup tidak selesa dengan karikatur-karikatur yang diterbitkan oleh Jyllands-Posten.
Sekali imbas, tanpa pendidikan tinggi, kita tahu watak, ekspresi wajah dan komposisi karikatur itu berniat jahat terhadap ikon teragung umat Islam, Muhammad.
Namun, harus diingat, dunia Barat bukan hanya mempersendakan ikon dan simbolisme Islam tetapi juga hampir semua agama, termasuk Kristian, dalam pelbagai ekspresi kreatif. Kecurigaan mereka pada agama juga didorong oleh nilai yang terbentuk hasil perjuangan panjang mereka untuk mendapat hak kebebasan beragama dan bersuara.
(Nota: Harus juga diingat, selain babak-babak Pasitan di Sepanyol, zaman Gelap Eropah dan khayalan "hak suci" para Raja cukup membelit akal budi manusia Eropah. Apatah lagi, kita tahu Divine Right yang didakwa dimiliki oleh pemerintahan beraja itu sejenis evolusi propaganda elit berkuasa untuk mengepung fikiran massa, jelas profesor Joseph R Strayer dalam On the Medieval Origins of the Modern State)
Bantahan seumpama ini juga dianggap sebagai bentuk-bentuk tekanan pada kebebasan ekspresi kreatif dan kebebasan bersuara. Sebagaimana aktivis-aktivis Indonesia sedang bergelut dengan Rancangan Undang-undang (RUU) Anti-Pornografi yang cuba diperkenalkan oleh regim Susilo Bambang Yudhoyono.
Kita memasuki ruang kabur, ruang debat dan ruang emosi -- kita harus ingat, ada tanggungjawab moral yang lebih besar daripada akhbar Denmark itu sendiri, tanggungjawab untuk berfikir dengan tenang dan rasional.
Untuk lebih waras!
NOTA: Untuk bacaan lanjut, sila ke 'Kartun Muhammad: Praktis demokrasi' (Sari Berita, 3 Februari), poster bantahan (TranungKite.net) dan perbahasan di Internet (AstoraJabat.com)
Tuesday, February 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Bagi saya istilah rasional adalah kita tunjukkan kemarahan kita!!
Apa mungkin kita melukis kartun lain yang boleh dikatakan menghina mereka sebagai protes lebih rasional?
Atau kita biarkan mereka dan berkata ini demokrasi?
Tutup mata..dan telinga..
???
Satu mata balas satu mata, akhirnya satu dunia buta. Itu kata Mahatma Ghandi. Takkan kualiti dan akal umat Islam mcm saudara di atas.
bila plak marah itu rasional.....Bla plak yang mengaku Muhammad Sang Rasul itu mulia tercemar kemuliaannya kerna karikatur?
Boleh berdemostrasi sebagai sebuah solidariti (persaudaraan)... dan saya menyokong persaudaraan untuk baik. Tapi ramai juga yang pergi demo tu penipu, bila timbul kes kejahatan dan kezaliman dalam negara, Hadi Awang pun tak buat apa--walaupun dia mengajak demo pada hari jumaat ini di depan kedutaan denmark. 70 ribu mahasiswa tidak terbela, beribu lagi yang berbakat dipasung akal mereka, tak buat apa-apa pun! Fikirkan-fikiran.
Main api sentimen, mudah--konon mereka wakil Tuhan Nan Esa.
Salam Fathi,
Dalam suratkhabar TheAge hari ini..
Iran's regime is supportive of so-called Holocaust revisionist historians, who maintain the systematic slaughter by the Nazis of mainland Europe's Jews during World War II has been either invented or exaggerated.
"The Western papers printed these sacrilegious cartoons on the pretext of freedom of expression, so let's see if they mean what they say and also print these Holocaust cartoons," said Farid Mortazavi, the graphics editor for Hamshahri newspaper.
Hmm agaknya kita akan turut boikot Iran sebab katun holocust?? Saya rasa TIDAK!! double standards?.. more like multiple standards..
ventti
Semalam aku dpt sms supaya menyebarkan kepada rakan2 yg lainnya untuk memboikot produk2 keluaran Denmark yg barcode nya mula dari angka 57.Nampaknya produk2 dari malaysia juga perlulah diboikot kerana Sarawak Tribune siarkan article cartoon yg sama..bukan begitu?..parah2.
tina awek flora damansara.
oleh kerana Sarawak Tribune juga menyiarkan kartun yang menghina itu, maka kita pulaukan juga barangan dari sarawak...terutamanya gambir sarawak...
masyarakat Islam itu berlapis-lapis dan pelbagai khalayaknya-ada yang cool dan ada juga yang tak cool.
oleh itu sangat organiklah untuk mereka ini menyuarakan pendapat mereka dengan pelbagai ragam dan cara.
ada yang menulis (macam anda), ada yang boikot itu-ini dan ada juga yang bakar bendera segala.
orang muslim itu tiada bezanya dengan penganut agama-agama lain. dan kalaupun ada mungkin mereka (kebanyakkannya-lebih banyak daripada penganut agama lain, tentunya) lebih serius beragama-siapa kita untuk menidakkan hak mereka?!
coolie sakan
Post a Comment