Sunday, February 19, 2006

Naluri


Entah, tidak ramai aktres Barat yang saya suka (maksudnya, lihat). Tentu Angelina Jolie tidak tersenarai dalam aktres yang saya gemari --- walau teman-teman saya, termasuk wanita, suka pada watak pelakon ini.

Saya suka pada beberapa nama sahaja: Winona Ryder (ya, kenapa dia mencuri?), Charlize Theron (kecuali Monster, walau menang anugerah; saya cemburu dan simpati melihatnya dalam Devil's Advocate), Scarlett Johansson (bukan kerana foto di Vanity Fair tetapi kerana Lost in Translation) dan Sharon Stone (tanpa perlu penjelasan, lagi!)

Oh ya, ada lagi, Ludivine Sagnier, pelakon La Petite Lili dan Water Drops on Burning Rocks. Entah, foto wajahnya tidak pernah menarik, kecuali di bawah ini, tetapi jika direnung pada jasadnya, wow, lihat sahaja dalam Swimming Pool. Imaginasi boleh terbang lebih jauh!

Hujung Mac ini, Stone akan tampil dengan filem baru Basic Instinct 2, lanjutan Basic Instinct (1992).


+ * + * +

Seorang teman Carmen Nge menulis dalam blognya Small Acts baru-baru ini (4 Feb 2006) tentang blog Patah Balek, dan saya "malu" menyalin kembali ulasannya itu. Untuk baca, sila ke pautan ini ;)

Terima kasih Carmen!

8 comments:

Anonymous said...

Comel - kita stuju.
Seksi - haram

seblom siar gambar, elok pikir elok-elok fathi!

Anonymous said...

so this is where you find time to write...

Anonymous said...

Fathi tidak hipokrit!

Anonymous said...

Hahaha! faomar@yahoo.com

Anonymous said...

hahaha... siapa yang tak pernah tgk video blue tolong angkat tangan? hahaha...

Anonymous said...

aku! (sambil angkat tangan) hahahaha...

Anonymous said...

kenapa "blue" dan mengapa bukan "red", "black" atau colour lain?

Anonymous said...

Kawan2, terus-terang setiap orang ada ukuran penilaian masing-masing dalam isu2 "kabur" seumpama ini, termasuk siaran foto atau karikatur.

Kita boleh melihat dari [i] sudut agama, [ii] nilai masyarakat, [iii] idealisme feminis, [iv] lesen kreatif para seniman atau [v] amalan profesional kewartawanan.

Jadi, saya tidak berpuas hati dengan satu atau dua kategori sahaja -- sama ada alasan estetika atau justifikasi "halal-haram".

Apakah wajar kita mendebatkannya?

Fathi Aris Omar faomar@yahoo.com