Hairan, dunia ini bermula dengan kata-kata - demikian menurut Bible, "pada mulanya, kata".
Mulianya manusia juga kerana kata-kata, "dan diajarkan kepada Adam akan nama-nama", demikian pula al-Quran merakamkan permulaan bahasa (dan kata-kata) yang memuliakan Adam dan anak cucunya.
Tetapi kata-kata penuh pembohongan, lebih bohong daripada seks. Kata "cinta" tidak setulus senggama. Dengan kata lain, seks itu jauh lebih benar, tulen dan tegas daripada kata-kata!
Namun, Dr Haron Din yang dimuliakan itu bermain-main dengan kata-katanya [klik imej di kanan untuk baca lebih jelas]. Tiada "musuh dalam selimut" pada halaman-halaman kertas kerjanya. Hanya media yang mengulas atau menambah-nambah - jelasnya ketika menjawab Husam Musa.
Sama ada tokoh ulama ini buta seni berbahasa atau bermain dengan kata-kata.
Dr Haron tentu tahu apa erti kata-katanya di muktamar hari ini - mana yang lebih benar, kuat dan "mengganggu jiwa" berbanding cinta (semula, sekali lagi) yang pernah melanda.
Dr Haron tidak sebut "musuh dalam selimut", Dr Haron hanya sebut "musuh dalam", "musuh Islam yang berada di dalam" dan "individu-individu tajaan mereka [yakni: Umno atau musuh luar negara] bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti."
Dr Haron tahu kata-kata politiknya lebih lemah, longgar dan leweh berbanding tulisan di kertas kerjanya.
[ii]
Tidak hanya orang politik yang suka bermain kata-kata, dan tidak hanya orang politik yang suka menyalahkan media apabila kata-katanya dikutip dan mengandungi kebenaran.
Kebenaran memang pahit, ustaz. Buat apa kita mengelak kebenaran dan melarikan kontroversi? Berani sebut, berani tanggung. Lebih baik kita mengaku sahaja daripada melemparkan tuduhan kepada media.
Sunday, June 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment