Semalam, Nazri menghentam Dr Mahathir. Hari ini, bekas perdana menteri menjawab. Nazri jawab lagi!
Semua peringkat pemimpin negara/Umno mula bersuara. Adnan (MB Pahang), Azalina dan Ali Rustam. Jawab menjawab, ada yang ingatkan Nazri, ada yang nasihatkan Tun.
Isu Dr Mahathir-Nazri menjadi isu baru, bukan lagi isu Dr M-Pak Lah.
Di mana pula Anwar Ibrahim? Semakin terpinggir? Tidakkkkkk, "jangan salah baca: Anwar tetap bersama rakyat."
Dr Mahathir 'sudah sedikit melampau': Muhyiddin (mStar Online)
Dr Mahathir telah tetapkan pendiriannya: Zainuddin (mStar Online)
Dr M jawab: Saya tidak akan tinggalkan Umno (Malaysiakini.com)
Nazri nafi jadi 'hulubalang' Perdana Menteri (Malaysiakini.com)
Kritikan Dr M tidak jejas keyakinan pelabur - Najib (Bernama)
Tuesday, June 27, 2006
Monday, June 26, 2006
Perang (lagi?)
26 Jun, 2006 17:26 PM
Dr M Patut Keluar Umno Kerana Subahat Dgn Pembangkang - Nazri
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya keluar daripada Umno kerana telah bersekongkol dengan pembangkang dan terus menerus mengkritik kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari Isnin.
Sambil mengisytiharkan "perang terbuka" beliau dengan Dr Mahathir, Nazri berkata adalah lebih mudah baginya "melawan apa saja tuduhan bekas Perdana Menteri itu terhadap kerajaan jika beliau (Dr Mahathir) tidak lagi berada dalam parti".
"Sekarang saya masih teragak-agak untuk melawan beliau kerana masih memikirkannya sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno," kata Nazri pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen di sini.
Sidang akhbar itu diadakan bagi menjawab kritikan terbaru Dr Mahathir pada dialog bersama Malaysia Today di sini Sabtu lepas yang turut dihadiri ramai pemimpin pembangkang.
Nazri berkata Umno tidak pernah terlintas untuk memecat Dr Mahathir daripada parti.
"Saya percaya desas-desus kononnya Umno akan memecat bekas Perdana Menteri itu dimulakan sendiri oleh beliau kerana beliau sedar perbuatannya mengkritik kerajaan adalah kesalahan besar.
"Saya fikir beliau sedar apa yang dilakukannya adalah dosa besar dan tunggu masa untuk dibuang. Kita dalam Umno tidak langsung terfikir nak buang dia, agaknya siapa makan cili dia rasa pedas," katanya.
Nazri berkata beliau hairan kenapa bekas Dr Mahathir sanggup merendahkan kedudukannya dan duduk semeja dengan golongan pembangkang yang pernah menggelarnya sebagai "Firaun".
Beliau berkata Dr Mahathir telah melanggar segala janjinya yang dibuat kepada kerajaan sekarang serta nasihat yang pernah diberikan kepada pemimpin Umno lain sebelum bersara.
"Dulu beliau pernah kata 'Melayu Mudah Lupa', tetapi sekarang kita boleh lihat siapa yang lupa pada janji, Melayu atau beliau?
"Inilah yang betul-betul membingungkan saya. Dulu beliau suruh ikut pemimpin, tetapi apabila kita sokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau marah," kata Nazri.
Nazri turut membidas Dr Mahathir kerana cuba membangkitkan isu membabitkan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda Umno.
"Dr Mahathir adalah seorang ahli politik yang berpengalaman. Kita bukanlah bodoh untuk mendengar cakap Khairy. Dr Mahathir sepatutnya lebih tahu dan tidak 'berlawan' dengan seseorang yang 50 tahun lebih muda daripadanya," kata Nazri. (Sumber: Bernama)
Sumber-sumber lain isu ini:
Be a 'jantan', leave Umno, Mahathir told (26 June, Malaysiakini)
Saya akan cari sampai ke lubang cacing... (24 Jun, Malaysiakini)
Dr Mahathir nak berentap ‘sampai ke lubang cacing’ ... (Agendadaily.com)
Transkrip media dengan Dr Mahathir (Agendadaily.com)
VCD dialog dengan Dr Mahathir dipasarkan (Agendadaily.com)
Mahathir-Abdullah bertanggungjawab: Presiden PAS (26 Jun, Harakahdaily.net)
Mahathir tuduh Khairy lebih berkuasa daripada PM (25 Jun, Harakahdaily.net)
Mahathir makin lantang kritik, tegur Abdullah (24 Jun, Harakahdaily.net)
Mahathir strikes again (Straits Times, Malaysia Today)
Opposition now instant fans of former PM (Straits Times, Malaysia Today)
Swipe at Premier's advisers (Straits Times, Malaysia Today)
(ii)
Tentang pengharaman buku pada 23 Jun lepas, sila klik di sini, 15 buku lucah diharamkan. Pada minggu sebelumnya, kerajaan telah mengharamkan 18 buah buku. Akhirnya 33 buah buku diharamkan. Minggu awal, buku-buku berkaitan Islam, minggu lepas buku-buku yang dianggap lucah.

Subscribe to:
Posts (Atom)