Thursday, May 25, 2006

Komunis Terakhir 2

Updated: The first part of this compilation, go to Komunis Terakhir.

Selected news & views for today, 29 May
(Artikel terpilih hari ini)

Malang Lelaki Komunis Terakhir (Noor Azam Shairi, 28 Mei)
Nothing funny also... (Patrick Teoh, 27 May)

VCD peddlars are doing brisk business (Brand New Malaysian, 24 May)
What a fool... (Korndamned, 24 May)
The Last Communist: Malaysian Ping-Pong (M'sian Billboard, 24 May)

Filem Amir tidak konklusif (Salhan K Ahmad, 25 Mei, ulasan)
Niat sebenar 'Lelaki Komunis Terakhir' (24 Mei, mStar, wawancara)


(The first part of this compilation, go to Komunis Terakhir. Sambungan daripada Komunis Terakhir -- himpunan berita, kolum, surat, rencana, kenyataan media dan ulasan blog tentang pengharaman filem Amir Muhammad, Lelaki Komunis Terakhir. Kepada teman-teman yang menyebarkan pautan ini, terima kasih daun keladi. Kemas kini terakhir 28 Mei, 11:38 pm)

Jadual tayangan
Lelaki Komunis Terakhir (Golden Screen Cinemas, 18 May)

(i) Berita dalam dan luar negara

Group concerned over banning of film (20 May, The Star)

Rais finds 'The Last Communist' not offensive (21 May, Bernama)
'Lelaki Komunis Terakhir' tidak sepatutnya cetus kontroversi (21 Mei, Bernama)

Differing views after MPs watch The Last Communist (22 May, The Star)
Quirky film with peeks of Malaysian life (22 May, The Star)

Larangan 'Lelaki Komunis Terakhir' dinilai semula (22 Mei, mStar Online)
'Lelaki Komunis Terakhir' dibawa ke mesyuarat MT Umno (22 Mei, Bernama)
Radzi: Umno to decide fate of 'The Last Communist' movie (22 May, The Sun)
Radzi to get Umno MT's views over banned film (22 May, Bernama)

Movie must get Umno nod (23 May, The Star)
Umno supreme council to view film and advise on ban (23 May, New Straits Times)**

LKT filem ganjil: Rais (24 Mei, Harian Metro)
...wajar haram filem: Dr Rais (24 Mei, Berita Harian)
Govt will decide on ... film, not Umno (24 May, The Star)
Mixed response to Umno’s bid... banned movie (24 May, The Sun)
Rais: Amir's film glorifies Chin Peng (24 May, New Straits Times)

Kerajaan tetap haramkan Lelaki Komunis Terakhir (25 Mei, Utusan Malaysia)
Larangan filem ‘Lelaki Komunis Terakhir’ kekal (25 Mei, Berita Harian)
Courting controversy (25 May, The Sun, interview)

‘Tiada niat cari kontroversi’ (25 Mei, Berita Harian)
... fakta keganasan tidak dipapar (25 Mei, Berita Harian)
‘LKT agungkan Chin Peng!’ (25 Mei, Berita Harian)

(ii) Kolum, rencana, surat, blog & forum web

'Communism sucks, religion fucks ...' (Si Mata Empat, 8 May)

Lelaki Kominis Terakhir diharamkan (Roslan SMS, 9 Mei)
Film censorship: An archaic tool (Malaysian, 9 May)

Why is Lelaki Komunis Terakhir banned...? (Sarawak Film Society, 10 May)
When will it ever be the right time? (Scarfer, 10 May)
The communist bogeyman strikes again... (Setan Gondrong, 10 May)

Last Communist's disappearing act... (APA, 11 May)
The Last Communist - Unban it! (Malaysian Billboard, 11 May)

...Lelaki Menteri Dalam Negeri Terakhir (W Cheong, 13 May)

Amir's Lelaki Komunis Terakhir - The Sequel (Shagadelica, 15 May)
Jangan halang perkembangan bakat muda (KSJT, 15 Mei)
Lelaki Komunis Terakhir iktibar bagi generasi baru (Anasalleh, 15 Mei)

Call to arms (Mere Scribbler, 16 May)

Amir podcast uploaded (Oon Yeoh, 17 May)
Tremble - Last Communist cometh! (KTemoc, 17 May)
Not his last controversy (Sheela Narayanan, 17 May)
‘Last Communist’ quite tame (Adil Johan, 17 May)
How stupid can they get? (Die Linke, 17 May)

In the interest of history (Jeremy Mahadevan, 18 May, review)
Still on issue of the controversial ban... (Eternal Wanderer, 18 May)
Movie fashizzlesss (King Haku, 18 May)

Marah Yasmin ... [dan juga Amir] (Saad Hashim, 19 Mei)
Amir and his communist (Green Bottle, 19 May)
Don't erase our past (Hamdan Ibrahim, 19 May)
The Last Communist on RedFm (Jeffrey Chew, 19 May)
Malaysian cinema—Censorship in Malaysia (Maya, 19 May)
Pak Lah lelaki Umno terakhir (Pemuda PAS Jasin, 19 Mei)

Minority dictating the rules (Wong Chun Wai, 20 May)
More on komunis terakhir (Joo Khai, 20 May)
Public private knowledge: The Last Communist (John Hutnyk, 20 May)
The Last Communist (John Hutnyk, 20 May)

Much ado over a movie mostly unseen (Chow Kum Hor, 21 May)**
In search of more dimensions of true history (James Wong, 21 May)
Jangan blur dadaku.. (Lovely Honey, 21 May)
The Last Communist (Terpegun, 21 May)

Jolly good governance (Jeff Ooi, 22 May)
Persepsi betul tentang filem (Ku Seman Ku Hussain, 22 Mei)
This simply doesn't compute minister (Malaysian, 22 May)
Bodoh (Roti Kacang Merah, 22 May)
Round up b4 Monday morning (Kaki Cucuk Langit, 22 May)
Kod (Boogie, 22 Mei)

Interview with Amir Muhammad (Maya, 23 May)
'The best things are always FREE' (Si Mata Empat, 23 May)
Prepare to be 'mysterised'...! (Iron Board, 23 Mei)

Forget about the film,... ? (Prihatin, 23 May)
Buck passed to Umno Supreme Council (Walski69, 23 May)
Seeing red(s) (Julthefool, 23 May)
Government? Who needs one? (Shagadelica, 23 May)
The Last Communist or Communalist? (KTemoc, May 23)
Pengharaman yang wajar? (Harat, 23 Mei)

Niat sebenar 'Lelaki Komunis Terakhir' (24 Mei, wawancara dengan saya)
Tiada niat ubah sejarah (24 Mei, wawancara)**
LKT lupa tragedi di Bukit Kepung (Akmal Abdullah, 24 Mei)**

180 degree spins (Patrick Teoh, 24 May)
Lelaki Komunis Terakhir (Jih Ying, 24 May)
The Last Communist (Apit, 24 May)
VCD peddlars are doing brisk business (Brand New Malaysian, 24 May)
What a fool... (Korndamned, 24 May)
Lelaki Komunis Terakhir (Randomsz, 24 Mei)
Aku bukan komunis (Eekmal, 24 Mei)
Umno supreme council to view film (Terpegun, 24 May)
... ban approved documentary (Blogger News Network, 24 May)
The Last Communist: Malaysian Ping-Pong (M'sian Billboard, 24 May)

Filem Amir tidak konklusif (Salhan K Ahmad, 25 Mei, ulasan)
Sah, ... propaganda PKM, Chin Peng (Akmal Abdullah, 25 Mei)
LKT: Lalang Kena Tiup (Garam Gula, 25 Mei)
Larangan filem ‘Lelaki Komunis Terakhir’ kekal (25 Mei, Berita Harian)
LKT ... propaganda komunis (Adi, 25 Mei) <--- paling lawak!
Gerudi 12 peratus (Faisal Tehrani, 25 Mei)
Larangan filem ... kekal (Ainul Hafiz, 25 Mei)

Malaysia is a great country... (Pezze, 24 May)
Nothing funny also... (Patrick Teoh, 27 May)

Malang Lelaki Komunis Terakhir (Noor Azam Shairi, 28 Mei)
M'sian culture minister pans documentary (Blogger News Network, 28 May)

...diharamkan oleh para dewa... (8 Mei, forum web)
Did the public demand ban on... (9 May, forum web)
...diharamkan - apa kata anda? (9 Mei, forum web)

>>> Atau, boleh klik di sini (hasil carian Lelaki Komunis Terakhir) dan di sini pula, hasil carian Last Communist.

** boleh baca di ruangan komentar di kaki posting ini ....

14 comments:

Anonymous said...

Marah Yasmin menyindir orang Melayu dalam Sepet, Gubra [Utusan Malaysia, 19 Mei 2006]

PENGARAH-pengarah filem Melayu generasi baru seperti Yasmin Ahmad, Amir Muhammad dan rakan-rakan bukan Melayu mereka sekarang marah dan kecewa kerana tidak bebas membuat filem mengikut selera mereka.

Yasmin berasa orang Melayu masih kolot dan jahil kerana mengecam Sepet dan Gubra, dua filem arahannya yang bertemakan cinta gadis Melayu dengan pemuda Cina.

Amir pula marah kerana Lelaki Komunis Terakhir arahannya telah diharamkan.

Kedua-dua pengarah ini kecewa kerana sikap progresif mereka masih tidak diterima oleh umat Melayu, sedangkan di Singapura karya-karya mereka diterima baik dan ada pemodal di sana yang sedia membiayai filem-filem mereka.

Hairan juga, kenapa Singapura amat menyanjung Yasmin. Rakan-rakannya di sanalah yang menghantar filem-filemnya ke pesta-pesta filem di sana sini.

Ada baiknya Yasmin berhijrah ke seberang Selat Tebrau untuk berkarya sepuas hati di sana. Kita lihatlah adakah kebebasan yang dikatakan benar-benar wujud di sana.

Dalam ruangannya di sebuah akhbar Inggeris (13 Mei 2006), Yasmin menyuarakan rasa kesalnya terhadap segala kritikan terhadapnya dan menurutnya negara ini (orang Melayu) masih mengamalkan budaya menghukum.

Cubalah berbuat sesuatu yang berlainan, walaupun secara sederhana, anda boleh dikecam hebat di mata umum malah boleh diharamkan sama sekali, kata Yasmin.

Oleh itu, kata Yasmin, dia telah bertekad tidak akan menyertai sebarang pesta filem di Malaysia.

Yasmin kelihatan masih meraba-raba di dunia utopianya. Di zaman dunia tanpa sempadan ini semua filem akan mencetuskan pelbagai pemikiran dan pandangan.

Semua filem juga kena betul dari aspek politik dan sosial. Umpamanya yang jahat atau perbuatan jahat pasti menerima hukuman dan jenayah tidak membawa faedah.

Di samping mematuhi etika sejagat ini filem-filem Hollywood, Bollywood, Hongkong, Korea, Jepun dan lain-lain juga mengagungkan budaya negara masing-masing.

Kita jangan fikir Batman, Superman, Spiderman, Superwoman, Rocketman, Tarzan, Indiana Jones, Star Wars, Harry Porter malah The Incredibles hanya filem hiburan.

Tanyalah anak-anak kita, mereka pasti memandang tinggi terhadap Amerika dan bahasa Inggeris.

Jadi dalam konteks Malaysia, Yasmin kenalah faham bahawa kita masih mencuba menjadikan Bahasa Melayu bahasa perpaduan, jadi kenapa filem-filem Yasmin tidak mahu membantu misi negara ini.

Kalau misi ini tercapai nilai komersial filem-filem Yasmin akan datang juga meningkat kerana Bahasa Melayu difahami semua kaum. Yasmin tidak boleh berkata: Promoting bahasa Melayu is not my goddam business.

Syukurnya, Allah telah menunjukkan beberapa kejadian untuk menyedarkan orang-orang Melayu liberal bahawa di zaman ini filem bukanlah semata-mata medium hiburan.

Pertama, umat Kristian Katholik sekarang amat marah dengan filem Da Vinci Code yang mendakwa Nabi Isa sebenarnya telah berkahwin dengan Lady Magdalene dan mempunyai anak. Sebelum ini, umat Kristian juga marah dengan filem The Last Temptation of Christ.

Sekarang filem Marock arahan pengarah wanita Maghribi Laila Marrakchi yang bersuamikan seorang Yahudi telah menimbulkan kemarahan umat Islam serta rakan-rakan pengarahnya.

Marock mengisahkan percintaan antara gadis Islam dengan jejaka Yahudi dan menyelitkan adegan bercium.

“Aku tak kisah tentang agama. Aku hanya mahu mengucup engkau di mana aku suka bila aku suka,'' kata Rita, watak gadis Islam dalam filem itu.

Dan sekarang rakyat Laos naik marah dengan sebuah filem komedi Thai yang dikatakan menghina mereka. Filem cereka itu memaparkan sepasukan bola Laos yang berjaya ke Piala Dunia.

Kementerian Luar Thailand dikatakan memandang berat terhadap filem itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan dengan negara jirannya.

Kalau umat Islam Maghribi marah dengan pengarah Laila, saya juga berasa marah dan kecewa dengan Yasmin kerana dalam Sepet dan Gubra dia pandai-pandai menyindir Bahasa Melayu, orang Melayu dan agama Islam.

Mengenai Lelaki Komunis Terakhir, secara langsung atau tidak langsung ia tetap memaparkan kisah perjuangan Komunis di Malaya pimpinan Chin Peng.

Kita semua tahu perjuangan kemerdekaan bermula sejak kejatuhan Melaka lagi dan selepas pengambilan negeri-negeri Melayu oleh British.

- SAAD HASHIM, Ampang.

Anonymous said...

Amir's podcast interview:

http://oonyeoh.podomatic.com/entry/2006-05-18T09_24_52-07_00

Anonymous said...

Ban a short-sighted move

NST (Letters). 19 May 2006

S.S. ALIAS Kuala Lumpur

THE ban on Amir Muhammad’s musical documentary Lelaki Komunis Terakhir is short-sighted and deprives Malaysians of an opportunity to learn about an interesting period in our history in a more creative form and presentation.

The period of the Malayan Emergency shaped our history significantly, leading to events such as our independence from colonialism and forming a multiracial, democratic Government. There is not much written about this period of our history by Malaysians, especially the younger generation.

Amir’s documentary would at the very least kindle the interest of young Malaysians to learn more about the personalities and events that shaped Malaysia’s history. Chin Peng is just a part of the story, and maybe an unsavoury part for those who struggled against the communist insurgency, but that does not mean his story should not be told.

We are mature enough to watch movies on arguably more controversial characters in world history, such as Adolf Hitler, Josef Stalin, Mao Zedong and Alexander the Great, all of whom have been portrayed in various lights.

I believe Malaysians can make up their own mind as to what to make of characters and their roles in history without being influenced by movies and documentaries.

Whether they decide to be morally outraged or stay neutral about Chin Peng after reading or seeing a movie about him is their right, but at least they are further informed to make such a judgment, and can discuss it.

Banning a book or a movie just means we are going to be a society that is less informed but makes judgments on things anyway. Which is better?

I would also like to point out that the Prime Minister recently launched a book The Malayan Emergency Revisited 1948-1960. This book has pictures and stories of Chin Peng, and explains how he started out fighting against the Japanese occupation in Malaya with support from the British and other peoples of Malaya, and ironically, later found himself on the other side of the fence, fighting the British and other peoples of Malaya to uphold communist ideology.

The Prime Minister mentioned that one of the lessons of the Emergency was that we can never defeat the enemy (which at that time was the Communist Party of Malaya) without addressing and neutralising the factors which drive people to take up arms. He also mentioned that intelligence was crucial.

Learning about Chin Peng, circumstances surrounding Malaya’s colonial history and the various struggles of different races and communities of the time are some of the lessons that Malaysians, especially young Malaysians, could benefit from, because history can repeat itself.

Our history textbooks are not sufficiently meaningful for us to piece together the jigsaw puzzle of Malaysian history.

Books and movies, especially those creatively presented by Malaysians on Malaysian history, can further inform us, spark interesting debates, and enable us to judge with more intelligence and understanding, and to see the bigger picture.

Please reconsider the ban.

MahaThir GX said...

Harap saudara Fathi, tengok kat sini
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=204488&extra=page%3D3

Anonymous said...

The Last Communist in the cinema:

http://www.yawningbread.org/arch_2006/yax-593.htm

Anonymous said...

Much ado over a movie mostly unseen
(New Sunday Times, 21 May 2006)

‘The Last Communist’. Banned before it has even been seen, vilified for its name. What are we trying to say about the Malaysian mindset and where do we draw the line between what is acceptable and what is not? CHOW KUM HOR writes.

FILM-MAKER Amir Muhammad, whose "musical documentary" The Last Communist was recently banned, has come up with an alternative title for his work: Senario Cinta Mawi.

Roughly, it means Senario (the popular Malay comic group) in love with Mawi (the even more popular singer).

Amir admits that "communist" may have evoked emotions that led to the film’s denunciation — mostly by those who have not seen it.

So a title change could settle a controversy that has erupted over his offbeat production, which took a month and RM80,000 to shoot.

"Mawi is a safe subject and so is Senario and love," says Amir. "If the censorship authority wants me to change the title, I’ll offer this alternative."

Is Amir taking a dig at the National Film Censorship Board (Finas) which, depending on whom you ask, either has an impeccable track record or is run by Taliban-type bureaucrats?

The 33-year-old says he is not trying to infuriate Finas, considering his production house, Red Films, has appealed to the Home Ministry to lift the ban.

The New Straits Times columnist just wants the film released to its home audience.

To the few who have actually seen The Last Communist, Amir’s ironic turn is justified.

Benjamin McKay, lecturer in film and visual studies at Monash University Malaysia, wants to set the record straight: Despite its title, the documentary is not about communism.

"It is a documentary that explores the landscape and geography of the country. It captures the multilingual nature of Malaysian society," he says.

Amir says his work is about the people living in towns linked to Chin Peng, leader of the defunct Communist Party of Malaya (CPM) and bete noire of the Emergency, which claimed thousands of lives and affected many more.

Among others, Amir interviewed a petai seller, a charcoal vendor and a pomelo trader, most of whom spoke in Mandarin or Chinese dialects. English subtitles are provided.

The film was mostly shot in Sitiawan (Chin Peng’s birthplace), Bidor, Taiping, Batu Gajah, Ipoh and Betong, the southern Thailand district in which most of the CPM remnants have been allowed to live since their defeat in the 1980s.

Amir says the only mention of Chin Peng came from an ex-Australian navy personnel. And at no time was Chin Peng glorified, subtly or otherwise.
"Even if the three cinemas (initially approved to screen the show) were running at full house for two weeks, fewer people would have seen my show than the number who have read Chin Peng’s memoir My Side of History," says Amir.

The 527-page autobiography published in 2003 was on the bestseller list for 28 weeks.

Despite the gradual shift in public and official attitudes towards the insurgency, the documentary, which has been shown at 14 film festivals worldwide, including Berlin (its world premiere), London, Singapore,Hong Kong and Vancouver, has been excoriated in its country of birth.

Amir blames it on one Malay daily which orchestrated a campaign to clobber the film on the false premise that it was about communist ideology. Some of the criticisms were also laced with racial undertones.

Dealing with a mainstream newspaper going out of its way to curtail responsible free speech is one thing. More worrying, says Amir, is the mindset behind the ban.

"If you’re strong, why do you feel threatened by its screening in three cinemas with a capacity of fewer than 100 each?"

Finas agrees. McKay, for one, thinks it has moved with the times. "They have been sensible and mature with the passing of Gubra (award-winning director Yasmin Ahmad’s latest work) uncut.

"They also originally gave a ‘U’ rating to The Last Communist before it was banned by the Home Ministry," says McKay, who is completing a PhD in Malay film history at Charles Darwin University, Australia.

The problem, it appears, lies not with the board but with policy-makers and politicians.

Home Affairs Minister Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad said the ban was "to protect the public interest" and that the scheduled start of the screening on May 18 was too close to Umno’s 60th anniversary on May 11.

The ban followed a series of articles deriding the documentary in the Malay newspaper and a discussion in the Dewan Rakyat.

How is it that the mere mention of the Reds in the title of a documentary can make so many people see red?

Renowned communist fighter Datuk Seri Yuen Yuet Leng explains: "The communists committed so many atrocities. Many whose family members were killed or injured are still bitter. They are not ready yet".

But Yuen, who survived several communist assassination attempts, says the decision to ban the film should be based entirely on its content.

If the film attempts to portray the communist cause as righteous, it should be banned, he says. But if it is just a historical account, the censors should let it through.

Universiti Kebangsaan Malaysia culture critic Prof Dr Wan Zawawi Ibrahim has another explanation:

The reaction to the film is due to what he calls the melenting (spontaneous anger) syndrome and "moral panic", which shows it is part of the Malaysian psyche to immediately associate communists and Chin Peng as "evil" without properly studying the subject matter.

A case in point is Jerai Member of Parliament Datuk Paduka Badruddin Amiruldin.

He was at first emphatic in wanting the film banned because he had "read somewhere that the documentary was about communism".

When told it was not, he said he would want to view the film before commenting further. (MPs are invited for a private screening today.)

So far, the ministry has yet to decide on Red Films’ appeal but Deputy Minister Datuk Tan Chai Ho says, in general, Finas has been more liberal.

"When there are complaints we will look into it. But we just can’t please everybody all the time."

Wouldn’t all the publicity give Amir’s film a leg up, especially if the ban is lifted?

Yes, if it boosts ticket sales by the curious, but not from the point of view of film-makers who had planned to broach "sensitive" topics in their work.

Amir says there are many subjects that, with the passage of time, independent film-makers can bring up without the country descending into chaos. They include Ops Lallang, the Memali incident and May 13.

His earlier work, The Big Durian, revolves around Prebet Adam, who ran amok in the Chow Kit area in 1987, triggering panic in Kuala Lumpur.

As the film was only screened privately here, it was not subjected to the censor’s scissors.

"Now, you are scaring away people from such subjects," says Amir.
Unless policy-makers can stand up to pressure and act on the merits of each case, it’s curtains not only for Amir’s foray into history and geography but also other artistic attempts to grapple with the nation’s taboos.

Michael Guillen said...

I'm honored to be included among those speaking out against the censorship of Amir's recent documentary and grateful that you have taken it upon yourself to track developments in this shameful episode of not only Malaysian but cinema history.

King Haku said...

hi fathi,
glad to know my 2sen worth has been mentioned here.i sincerely hope something can be done to lift the ban. it'd be a real shame if the masses are not given a chance to watch amir's works. think the censors will budge?

Anonymous said...

The Last Communist: Umno supreme council to view film and advise on ban

(New Straits Times, 23 May 2006)

KUALA LUMPUR: The Umno supreme council will, at its meeting next month, view the musical documentary Lelaki Komunis Terakhir (The Last Communist) and offer advice whether the ban should be lifted.

Asked why Umno would be discussing it, party secretary-general Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, who is also Home Affairs Minister, said: "This is because it involved Umno a lot.

"It is also because where communism is concerned, Umno members are very sensitive about it," he said after launching the party’s short messaging service called e-umnosms, developed by K-Amal Technologies (M) Sdn Bhd.

Radzi said even the title Lelaki Komunis Terakhir had caused quite a stir among the people.

"When you mention the title, many will react to it. Some will ask why we are championing an issue that caused the sufferings of our forefathers. It is not right," he said.

Asked if he had watched the documentary, Radzi said he had. However, he declined to say what he thought of it.

He only said it depended "on circumstances".

"Most of you don’t know the suffering that your forefathers had to go through during the May 13 clash and the communist insurgency," he said.

"Those who experienced it will be upset and say, ‘what the hell is going on? Why are we allowing such a film to be shown?’"

Radzi said the documentary was likely to be shown to the supreme council members at the meeting. "Let them see it for themselves."

James Wong Wing-On said...

feel free to visit my blog http://jameswongwingon-online.blogspot.com

there are a lot of photographs of Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Suriani Abdullah and Abu Samah.

Thank you

Anonymous said...

LKT lupa tragedi di Bukit Kepung
Oleh Akmal Abdullah

Berita Harian. 24 May.

Fakta sejarah mengenai kekejaman Parti Komunis Malaya dipadam manakala lagu bermotifkan perjuangan PKM disalur dalam bentuk klip video

APABILA timbul bantahan orang ramai terutama menerusi akhbar ini mengenai filem Lelaki Komunis Terakhir (LKT), ia menjurus judul filem itu sendiri yang sudah mengundang rasa tidak senang dan mengganggu sensitiviti masyarakat terutama bekas anggota polis dan rakyat yang pernah hidup pada zaman darurat dan merasai keperitan ketika keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) bermaharajaela pada era 1948 hingga 1960.

Memang benar mereka yang membantah itu belum menontonnya lagi, sama seperti kelompok yang riuh rendah menyokong filem itu juga kebanyakannya pun bukan menontonnya tetapi berpunca akibat sentimen yang boleh diketahui sebabnya. Pada mulanya tidak ada sesiapa pun kisah apabila ada pihak meluahkan rasa marah kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang disifatkan tidak peka dengan sensitiviti rakyat sehingga LPF sanggup meluluskannya.

Selepas beberapa siri bantahan orang ramai, tokoh sejarah, pemimpin politik, ahli Parlimen, warga filem dan veteran Umno disiarkan, tidak ada pihak lain yang peduli mengenai bantahan mereka termasuklah agensi media asing mahupun organisasi tertentu yang tiba-tiba memberi reaksi ‘kononnya mengambil berat terhadap nasib filem Malaysia’ selepas kerajaan menarik balik kelulusan LKT pada 5 Mei lalu.

Laporan Bukit Aman berdasarkan ‘pemerhatian’ sekumpulan pegawai polis yang menonton filem itu di Finas pada 2 Mei lalu, menyifatkan filem itu ‘berbahaya’ atas faktor keselamatan atau mungkin berkait dengan kedaulatan kerajaan, menyebabkan kerajaan Malaysia menerusi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri terpaksa menarik balik kelulusan yang diberikan LPF.

Siri meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengharaman LKT berterusan di kalangan kelompok tertentu hingga Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang juga bertanya mengenainya di Parlimen, lalu Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bersedia menayangkan LKT secara tertutup kepada ahli Parlimen dan wakil media massa. Tayangan ‘sulit’ itu sudah dibuat pada 21 Mei lalu.

Kenapa bantahan dibuat selepas LKT diluluskan LPF dan sebelum ia diharamkan? Judul seperti itu mirip kepada satu bentuk tribute terhadap gerakan komunis, apatah lagi konotasinya secara halus membawa ironi satu perjuangan atau mempertahankan hak dan ideologi. Makrifat mengenal pasti judul itu berkait dengan usaha penerbit dan pengarah filem itu sendiri yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh membawa dokumentari ini ke pawagam untuk tayangan umum sedangkan ia sekadar cerita berkaitan bekas pemimpin PKM, Chin Peng dan pengikutnya? Ramai tertanya-tanya, kenapa subjek ini yang dipilih sedangkan ia mengganggu sensitiviti masyarakat?

Agak pelik dan jarang (mungkin tidak pernah) filem dokumentari tempatan yang dihasilkan dengan tahap kualiti produksi agak rendah pada aspek teknikalnya seperti LKT berusaha memasuki pawagam untuk membolehkan orang ramai menontonnya. Selepas melihat sendiri mutu produksi LKT, barangkali juga ia ‘tidak lulus’ untuk persembahan di kaca televisyen kerana tidak memenuhi ciri dan konsep sebuah dokumentari yang menepati piawaian sebenar. Namun, isi cerita itu sendiri menjadikan barangkali ada ‘sesuatu yang lebih besar’ mahu disampaikan menerusi LKT.

Ia bermakna pengisian filem dokumentari berunsur muzikal itu menjadi agendanya. Agendanya ialah pemaparan semula mengenai biografi ringkas perjuangan Chin Peng, gerakan PKM dan apa yang terjadi pada bekas pengikut Chin Peng yang kini bermastautin di perkampungan terpencil di sempadan Malaysia-Thailand.

Fakta mengikut buku biografi Chin Peng

SEMUA fakta yang dimuatkan itu adalah catatan rasmi kehidupan awal Chin Peng yang bermula dengan bandar Sitiawan, Perak, tempat Chin Peng dilahir dan dibesarkan bermula 1924-1938. Ia sama juga dalam buku berkaitan sejarah keganasan PKM tetapi dalam konteks LKT, fakta ini dimanipulasikan dengan memberi gambaran visual zaman kontemporari dengan kehidupan rakyat menikmati ketenteraman hidup dan menjalankan kegiatan ekonomi tanpa rasa takut, membayangkan ‘penipuan’ zaman dulu dan kini seolah-olah adalah sama, menutup semula realiti sebenar - ketakutan, kezaliman dan keperitan hidup yang dialami pada era keganasan komunis.

Apabila difahamkan dokumentari ini adalah inspirasi pengarahnya, Amir Muhammad berasaskan buku memoir Chin Peng, My Side of History, tentu ia akan berkait unsur propaganda kerana rujukannya dari perspektif Chin Peng sendiri, bukannya sejarah rasmi Malaysia. Sekurang-kurangnya, pengarah harus mempunyai keseimbangan antara fakta dan cerita tulen yang berlaku era itu dari rakaman zaman dan ketelusan untuk tatapan rakyat Malaysia keseluruhannya, bukan sekadar gambaran bersikap defensive dan escapisme terhadap Chin Peng mahupun PKM.

Alasan filem itu cuba memberi landskap geografi dan sejarah mengikut tempat dan lokasi yang dilalui Chin Peng bermula dari Sitiawan, Lumut, Ipoh, Tanjung Malim, Bidor, Sungai Siput, Cameron Highlands dan Bentong, Pahang mengelirukan kerana paparan dalam LKT turut sama menyusupkan agenda perjuangan PKM dan Chin Peng bersama visual zaman kini yang kontradiksi. Teknik persembahan dalam LKT cuba mengelirukan penonton dan sebab itu penonton yang tidak merujuk kepada sejarah rasmi akan terpesona dengan elemen hiburan dan lucu yang digerakkan selari imbasan dakyah perjuangan Chin Peng secara agak terperinci.

Cerita bergerak mengikut kesinambungan fakta yang dipapar menerusi naratif teks dan visual yang agak ‘lintang pukang’ tetapi pada lapisan kedua ia membawa motif kemakmuran, keamanan dan ketenteraman seolah-olah juga adalah atas perjuangan komunis yang harus diberi penghargaan. Inilah lapisan atau ciri subteks LKT yang sukar dikesan penonton apabila mengikuti LKT jika mereka cuma menontonnya mengikut lapisan pertama. Permukaan cerita dilihat mengheret penonton supaya lebih membuai dan terpesona dengan elemen komedi, dialog spontan melucukan serta rentak lagu menyegarkan.

Setiap perkembangan diri Chin Peng dan gerakannya atas nama PKM disusun rapi bersama visual yang memanipulasikan zaman sekarang. Beberapa fakta yang ditampilkan dalam bentuk teks sambil diiringi visual hasil rakaman keadaan semasa membawa parallelism perjuangan PKM dan Chin Peng adalah wajar dan harus diiktiraf, maka unsur simpati dipupuk sedikit demi sedikit untuk membangkitkan rasa bangga, kagum dan terharu terhadap susah payah Chin Peng dan PKM membantu landskap geografi dan sejarah Malaysia.

Memang tidak ada satu shot atau babak mengenai wajah atau fizikal Chin Peng ditunjukkan dalam LKT. Tetapi, LKT memerangkap penonton untuk menghayati aura dan spritual Chin Peng serta perjuangan PKM mengikut perspektif suara hati dan nawaitu kumpulan itu menerusi laluan Chin Peng serta temu bual pengikutnya yang masih hidup. Nama Chin Peng tertera pada naratif teks lebih 15 kali.

Fakta sejarah kenegaraan Malaysia dipadam

SESUATU yang jelas dalam LKT kerana ia menafikan fakta sejarah mengikut dokumen keselamatan kerajaan Malaysia. Imej atau paparan mengenai keganasan PKM dipadamkan dalam LKT tetapi disampaikan secara sinis pengganas komunis pada ketika itu ‘terpaksa’ memberontak untuk berjuang menentang penjajahan Inggeris dan pendudukan Jepun. Namun, tidak pula diterangkan apa hasrat sebenar PKM yang diketahui cita-cita mereka ialah mewujudkan negara Republik Komunis Malaya.

Catatan sejarah mengenai kezaliman komunis terhadap penduduk kampung dan anggota pasukan polis termasuk membakar balai polis sebagaimana tragedi Bukit Kepong, selain membakar ladang getah, lombong bijih timah dan kenderaan awam ditiadakan, sebaliknya digantikan persembahan lagu karaoke dan klip video bermotifkan lagu perjuangan PKM. Lagu yang dipaparkan itu juga bukannya sekadar hiburan tetapi dari situlah semangat perjuangan PKM diapi-apikan kerana liriknya berkisar mengenai perjuangan

Ini ketara apabila ia disampaikan dalam rentak march dan liriknya adalah lagu perjuangan ala Mao Tze Tung, selain dipaparkan inspirasi diperoleh Chin Peng adalah kerana manifesto komunis, Revolusi China, pengaruh Lenin dan fascisme. Babak lagu dinyanyikan pelbagai kaum dengan berpakaian etnik masing-masing ala koir lagu patriotik RTM dan di tengahnya satu makhluk dibungkus kain merah adalah simbolik komunisme diraikan apatah lagi satu liriknya berbunyi, “Rakyat Malaya... dulu miskin sekarang kaya.”

Sebagai sebuah dokumentari yang harus berpaksikan fakta seimbang, LKT tidak memberitahu selepas Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 kenapa PKM dan Chin Peng masih meneruskan gerakan subversif mereka. Menemubual beberapa anak muda pelbagai kaum sebagai suara generasi sekarang membayangkan kekaburan disengajakan untuk mengaitkan mereka yang mengecapi kenikmatan di tanah air ini seolah-olah ia juga hasil perjuangan PKM.

Peliknya, mereka yang ditemubual itu tidak tahu apa-apa langsung atau tidak pernah mengalami zaman darurat. Ini jelas bertujuan memadamkan fakta keganasan yang pernah dilakukan PKM dan mengaitkan anak muda sekarang yang tidak tahu apa-apa mengenai zaman perit supaya ‘memutihkan’ imej PKM. Malah, pengalaman bekas polis yang terbabit dalam perjuangan menentang komunis ditiadakan, pengalaman keluarga mangsa kezaliman PKM juga ditiadakan. Apa syarat yang dikenakan Chin Peng terhadap kerajaan Malaysia semasa perjanjian damai 17 tahun lalu di Haadyai hingga menyebabkan beliau tidak dibenarkan pulang ke Malaysia juga tidak mengisi visual LKT tetapi pada penghujung visual teks cerita memberitahu Chin Peng yang kini berusia 82 tahun tidak dibenarkan kembali ke tanah airnya.

Promosi halus ketokohan Chin Peng

MENGIKUTI keseluruhan LKT secara terancang dari aspek pembikinan, seni kreatif, inti patinya dan sejarah keselamatan Malaysia, satu kesimpulan jelas dokumentari filem ini secara halus membina watak protagonis (Chin Peng) tanpa menggambarkan imej fizikalnya tetapi secara teratur menghebahkan perjuangannya menerusi naratif teks dan temu bual bekas pengikut Chin Peng yang menafikan mereka adalah pengganas. Begitu jugalah kenyataan salah seorang daripada mereka: “Kami masih percaya pada ideologi kami.”

Dalam satu temu bual dengan bekas anggota komunis wanita yang mengaku dia tidak menyesal dengan perjuangannya, itu adalah satu tanda besar bahawa komunisme masih terlekat kuat dalam jiwa mereka. Aura Chin Peng disalurkan melalui temu bual pengikutnya meskipun mereka akui Perjanjian Damai 1989 sudah dibuat dengan kerajaan Malaysia. Namun, tidak ada pengakuan rasmi mereka sudah insaf dan tidak ada juga pengakuan PKM dibubarkan dengan rasmi. Sebaliknya LKT memuatkan kenyataan seorang bekas anggota PKM bahawa perjanjian itu bukan bermakna PKM menyerah kalah sebaliknya perjanjian untuk kemuliaan atau kebesaran PKM.

Visual temu bual yang dibuat itu dilihat lebih bermotifkan cuba mempengaruhi serta mendapatkan sokongan atau simpati penonton. Satu lirik lagu karaoke nyanyian keluarga anggota bekas PKM itu berbunyi, “We gave our youths motherland” yang membawa konotasi perjuangan PKM adalah pejuang kemerdekaan yang membolehkan anak cucu mereka kini menghirup udara kebebasan di bumi tercinta ini. Realitinya, selepas Malaysia merdeka pada 1957 hasil rundingan Ketua Menteri Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abul Rahman Putra bersama rombongannya dengan kerajaan British, PKM masih bergerak aktif dan sehinggalah 1989 kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) terpaksa memujuk mereka untuk berdamai.

Dalam apa hujah pun, apabila bekas pengikut Chin Peng mengeluarkan kenyataan “I will never regret it” dan mereka masih percaya dengan ideologi mereka, ia membawa maksud propaganda halus komunis atau PKM seolah-olah dipupuk dalam LKT. Di situlah boleh digambarkan secara jelas bagi mereka yang ada sensitiviti, dokumentari itu menandakan semboyan komunisme di tanah air tercinta ini mula berbunyi kembali. Demi bersikap adil kepada penerbit, LKT boleh ditayangkan kepada umum jika dibuat potongan tertentu dan menukar judulnya.

Anonymous said...

Wawancara Amir Muhammad dengan akhbar paling laris Harian Metro (24 Mei 2006)

Tiada niat ubah sejarah

LELAKI Komunis Terakhir (LKT), namanya sahaja sudah cukup mencetuskan kontroversi. Apatah lagi jika ditoleh ke belakang, komunis memberikan konotasi negatif kepada masyarakat Malaysia terutama pejuang kemerdekaan tanah air.

Ironinya, ada pihak tertentu cuba mengangkat komunis diketuai Chin Peng sebagai pejuang terbabit sama memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah. Malah, buat pertama kalinya, nama Chin Peng diangkat ke layar perak sebagai antara teraju utama.

Filem bercorak dokumentari semi muzikal itu mengisahkan Chin Peng di awal kehidupannya sebelum menyertai komunis. Ia memaparkan temubual bersama beberapa individu yang hidup sebelum dan selepas kemerdekaan di samping menyelitkan beberapa lagu ciptaan Jerome Kugan serta Hardesh Singh.

Pada awalnya LKT sudah diluluskan tayangannya pada 18 Mei lalu oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Namun, keputusan itu ditarik balik pada 5 Mei atas arahan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad selepas mendapat bantahan daripada beberapa pihak.

Kontroversi yang melandanya kian hebat sehingga mengundang Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bersama 16 Ahli Parlimen menyaksikan tayangan tertutup LKT di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Ahad lalu bagi meneliti persoalan sebenar filem ini.

Bagi mengupas lanjut persoalan ini daripada kaca mata pembikinnya, ikuti Interaksi wartawan Harian Metro, Mohd Nasif Badruddin bersama Amir Muhammad yang juga pengarah, penerbit dan penulis skrip LKT.

SOALAN (S): Bagaimana saudara mendapat idea dan konsep untuk menghasilkan LKT?

JAWAPAN (J): Ia sebenarnya rentetan daripada filem Ada Apa Dengan Indonesia (2005), filem dokumentari ‘road movie’ berkisar mengenai masyarakat Indonesia dan gerakan haluan kiri. Dari situ, saya berasa terpanggil untuk memaparkan sejarah Malaysia daripada konsep lain dengan menampilkan golongan terasing seperti penjual petai dan pelajar yang sebelum ini tidak diangkat dalam masyarakat.

Mungkin ada tertanya kenapa tidak mengangkat tokoh lain seperti Tunku Abdul Rahman dan sebagainya sebagai pejuang kemerdekaan. Tetapi saya mempunyai alasan untuk lari daripada kepompong konvensional dan menyerahkan kepada pengarah lain untuk melakukannya. Saya ingin tampil dengan sudut lain yang kurang diketengahkan orang ramai.

S: Apakah mesej dan tujuan utama saudara menghasilkan filem ini dan kenapa nama Lelaki Komunis Terakhir dipilih?

J: Sebenarnya banyak mesej ingin saya tonjolkan dalam filem ini seperti perpaduan dan perjuangan. Terpulang kepada penonton membuat tafsiran mereka sendiri.

Saya juga ingin menjadikan filem ini kontra kepada Erma Fatima yang menghasilkan filem Perempuan Melayu Terakhir dari segi tajuknya, manakala saya pula menonjolkan ‘lelaki’ sebagai simbol utama. Mengenai judulnya, saya rasa ia tidak begitu kontroversi sangat, orang ramai tidak perlu dimomokkan dengan perasaan takut apabila mendengar nama komunis. Jangan samakan ia seperti hantu, apabila mendengar namanya sahaja boleh membuatkan orang takut.

S: Ada sesetengah pihak mengatakan saudara sengaja menerbitkan filem ini bagi mengubah sejarah dan cuba meraih simpati dengan mengatakan komunis terbabit sama memerdekakan tanah air. Apa komen saudara jika dikatakan ia didalangi pihak tertentu yang mempunyai agenda sulit?

J: Itu saya tidak tahu kerana ia pandangan individu. Sejarah tidak boleh diubah dan saya cuma memaparkannya daripada aspek yang berlainan. Filem yang mengambil masa empat minggu ini menelan belanja lebih RM80,000 dan saya tidak mendapat modal daripada sebarang pertubuhan politik.

Sebaliknya, saya menggunakan duit sendiri dan bantuan dana daripada sebuah badan dokumentari yang berpusat di Belanda iaitu Jan Vrijman. Badan ini tidak mempunyai kaitan dengan politik dan mendapat sumbangan daripada kerajaan Belanda.

S: Mungkin saudara mempunyai pandangan tersendiri sebagai seorang pengarah yang hanya menghasilkan filem. Tetapi dalam masa sama adakah saudara memikirkan pro dan kontra LKT serta kesannya kepada golongan tertentu seperti polis, tentera dan mangsa kekejaman pengganas komunis? Dalam LKT jelas dipaparkan satu pihak sahaja yang seolah-olah menyokong gerakan berhaluan kiri?

J: Ketika menghasilkan filem ini, saya sudah memikirkan kemungkinan itu dan kami sebagai pengarah bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan. Ia sebenarnya tidak kompleks, cuma yang menjadi lebih kompleks apabila ada sub perbincangan di mana sesetengah pihak tidak dapat menerimanya. Jika ditinjau sejarah kemerdekaan negara, ia banyak dirintis oleh golongan berhaluan kiri seperti Ibrahim Yaakob, Burhanuddin Helmi dan lain-lain yang berjuang menerusi pendidikan serta penulisan. Malah, jika diteliti menerusi tayangannya bersama Ahli Parlimen dan media Ahad lalu, tidak ada pun menunjukkan reaksi geram dan sedih, sebaliknya derai tawa yang diluahkan dek terhibur dengan elemen komedi yang diketengahkan.

S: Mengikut perancangan awal, LKT sepatutnya menemui penonton di pawagam pada 18 Mei lalu, tetapi Lembaga Penapisan Filem menarik kembali kelulusannya mengikut Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002. Adakah saudara kecewa dengan tindakan ini?

J: Ketika berita LKT ditarik balik kelulusannya saya berada di Toronto dan tidak dapat memberikan reaksi yang jelas. Memang pada mulanya saya kecewa dengan berita ini, tetapi ia tidaklah menghampakan saya. Apa yang lebih mengecewakan, ia turut menerima komen negatif daripada orang yang belum lagi menontonnya.

Sekembalinya ke tanah air, saya menghantar surat rayuan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kira-kira tiga minggu lalu, tetapi tiada sebarang jawapan diberikan.

S: Melihatkan tayangan bersama Ahli Parlimen di Finas Ahad lalu, adakah saudara menaruh harapan filem ini boleh ditayangkan kembali di pawagam dan jika sebaliknya apa perancangan saudara selepas ini?

J: Soal kelulusan kini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tambahan pula, saya tidak berbicara lanjut dengan Ahli Parlimen yang hadir bagi mendapatkan reaksi mereka. Walau apapun, semalam (Selasa) saya menghantar sekali lagi surat rayuan kepada kementerian untuk menimbang semula keputusan mereka.

Jika Ahli Parlimen boleh menerimanya, maka orang ramai juga wajar diberi peluang sama.

Tambahan pula filem ini sudah pun menjengah ke Festival Filem Dunia di Berlin dan sudah pasti orang yang mengiktirafnya menilai dan menelitinya daripada pelbagai sudut, justeru mengapa orang kita sendiri menolak filem ini.

S: Apakah nasihat kepada pengarah ‘indie’ seperti saudara yang akan menerbitkan filem mereka sendiri. Adakah perlu diwujudkan satu garis panduan dan etika baru?

J: Malaysia sudah cukup banyak dengan pelbagai garis panduan. Cuma pembikin filem perlu bertanggungjawab dengan karya yang dihasilkan. Apa yang penting, pengarah perlu jujur dengan karya yang dihasilkan, barulah penonton akan hormat kepada karya mereka.

Anonymous said...

Rakaman video sidang akhbar selepas tayangan LKT untuk para MP dan media di Finas 21 Mei:

http://www.youtube.com/user/greenlightpic

Anonymous said...

A better URL for the press conf:

http://www.youtube.com/profile_videos?user=greenlightpic