Sunday, June 24, 2007

Doktor: Apa itu Pencerahan?

Teks lengkap Science and Reason, Reason and Faith: A Kantian Perspective [format PDF] oleh Alfred I. Tauber. Boleh dibaca sebagai bacaan sampingan, bukan teras atau artikel pokok untuk memahami Pencerahan. Sekadar bacaan sokongan.

Seseorang yang tidak biasa dengan diskusi isu-isu Zaman Pencerahan, debat falsafah sains Barat tetapi meminati agama dinasihatkan membaca dengan perlahan-lahan dan teliti.


>>> Bacaan wajib bagi teman-teman Komunite Seni Jalan Telawi --- jika diterjemahkan, lagi baik!


I was presenting a report to a group of physicians, and dropped the phrase, “the Enlightenment,” probably as a dangling participle to no good effect.

In any case, the chief medical officer, a man in his mid-40s at the time (that is, a man about my own age), South African (and thus possessing an accent that smacked of erudition), and a rather general haughty air about him (no doubt from the authority of his position), stopped me by asking, “What is the Enlightenment?”

I paused, not sure of his intention, but soon discerned that he was genuinely perplexed from a state of utter ignorance.

At that moment, there in the boardroom of the big city hospital, I realized that we were in trouble, deep trouble.

Shortly thereafter I initiated my career shift into philosophy, where despite encountering a universe of different kinds of problems, at least my colleagues knew such turn of phrases as “the Enlightenment” and could respond with a kindly nod or a disapproving frown. They knew how we are the products of that cultural moment, and how those values developed and continue to guide liberalism and the specific endeavor we call education.

I have often contemplated how I might have answered my physician inquisitor.

Instead of sputtering some incoherent mumblings, I wish I could have quickly listed the key components of the Enlightenment: celebration of an unfettered reason; the relentless questioning of authority and doctrine; the promotion of individuality and free-choice; the centrality of selfhood and moral agency; the confidence in progress; the sanctity of secularism.
In short, these precepts, refracted into the worlds of politics, law, social mores, and perhaps most evidently in theology, marked modernity’s coming of age.

Returning to my doctor colleague, I would have explained that his ignorance was symptomatic (a word he would undoubtedly have understood and would hopefully peak his interest) of the troubled status of this humanist-science alliance. Let us briefly review that recent history.

>>> Baca lagi di sini Science and Reason, Reason and Faith: A Kantian Perspective [format PDF]

5 comments:

ariapertama said...

“Enlightenment is mankind’s exit from its self-incurred immaturity” or as he further extolled, “Have the courage to use your own understanding…” (1784, 1996).

muzik strukturnya - go forward dan go backward yang menghiburkan.haha. ini mungkin boleh jadi content bagi masyarakat mendekati cabang-cabang pencerahan, lebih matang.

Anonymous said...

Entahlah Aria Pertama, aku tidak menduga pengarang esei (ucapan) ini bermaksudkan kata-kata Kant dalam "Apa itu Pencerahan?".

Aku fikir ungkapan Kant di sini tidaklah penting atau central kepada persoalan kita.

Esei ahli falsafah dari Boston University ini cuba mengulas dilema/ketegangan antara dakwaan agama (Kristian) dengan sains dalam isu "Reka Bentuk Pintar" dengan biologi evolusi Darwinisme.

Lalu, Alfred Tauber, mencari asal-usul persolan ini pada Era Pencerahan, khususnya idea Kant tentang "akal asli" (pure reason) dengan "akal amali" (practical reason).

Tauber juga mengulas kerisauan yang ditimbulkan oleh C.P. Snow -- tentang pengasingan, kerenggangan, dan saling kebutaan (mutual ignorance) antara dua cabang keilmuan yang pokok, yakni [1] sains (dan semua cabang ilmunya) dengan [2] ilmu kemanusiaan dan sastera-seni.

Muzik termasuk dalam cabang ke [2], kejahilan orang muzik tentang debat sains, asas filsafat yang melatari sains, teori-teori asas/pokok tentang sains sama juga (saya perhatikan) kedunguan orang sains terhadap muzik, sastera, seni halus, filsafat dan sains sosial/kemanusiaan (sosiologi dan sebagainya).

Sistem pendidikan moden kita -- kononnya warisan Barat -- tidak sedar wujudnya kritik panjang/serius yang dibawa oleh C.P. Snow kira-kira 50 tahun lepas lagi.

Kritikan yang dibawa oleh, kemudiannya, Thomas S. Kuhn dan juga M. Polanyi -- kedua-duanya cuba menunjukkan mazhab positivisme dan aliran saintisme itu bermasalah dan tambah memburukkan tamadun Barat, khususnya dalam bidang keilmuan, termasuk sains moden.

Kritikan ini tidak difahami orang di negara kita. Tidak difahami di kalangan penggiat agama, oleh ahli akademik sendiri, oleh aktivis politik, oleh orang seni dan orang sastera.

Hanya segelintir manusia terpilih sahaja memahami pokok persoalan ini. Maka, saya membawa artikel pendek ini (20 halaman) untuk bacaan asas kita bersama.

Daripada idea Kant, tentang "akal asli" dengan "akal amali" itulah yang seharusnya membina masyarakat terbuka dan jamak untuk memastikan hujah agama & hujah sains saling sokong-menyokong, saling perlu-memerlukan, dan dapat pula saling meraikan kepelbagaian/perbezaan.

Tauber mengulas persoalan ini dalam sikap Pencerahan dan dalam budaya liberal-humanis, yang baginya, model terbaik berdepan dengan persoalan rumit debat/dakwaan agama tentang "Reka Bentuk Pintar" dan teori evolusi Darwinisme.

Saya cadangkan semua pembaca menelaah perlahan-lahan teks ini.

ariapertama said...

aku cuba utk ianya lebih menghiburkan lagi. percayalah, aku atau kwn2 muzik..pasti lambat..lambat..nak kunyah benda yg ko kata 'sampingan' je ni. Aku pecaya diri aku dan aku pecaya ko dan kwn2 utk terus bahas pencerahan ni. memahaminya satu hal..membentuknya dlm imej2 kontemporari juga satu hal. yeaaahhh!!!!!! mmg geng2 muzik ni byk main.

Najwan Halimi said...

fathi,

aku dah mula buat terjemahan. mungkin makan masa la sebab aku seorang je setakat ni. dan aku harap aku istiqamah. =)

mcm yg aria ckp, nak memahami artikel ni pun satu hal. takpe, berdikit-dikit dulu. nnt ehsan balik dia boleh tolong sekali.

aku dah sampaikan dah pesanan buku kau tu kat ehsan. nnt dia cuba carikan di sana.

Anonymous said...

Kalau aku ada masa, sempat buat bacaan tambahan, mungkin dengan bantuan Aqil Fithri, Anam dan Adib, aku boleh huraikan perdebatan C. P. Snow ini, bersama F. A. Hayek (kritik pada Comte), kritik pada aliran positivisme dan kemudiannya pada teori paradigma sains Thomas S. Kuhn.

Seperti disebut oleh Alfred Tauber, masalah yang ditimbulkan oleh C. P. Snow ini boleh kita uruti asal-usulnya pada Zaman Pencerahan lagi, misalnya pada David Hume, Immanuel Kant, dan juga Rene Descartes.

Mudah sedikit Najwan, Mazir dan kawan2 memahaminya. Sekurang-kurangnya kefahaman asas.