Tuesday, June 26, 2007

Paris dan buku-bukunya

Tidak sangka, ya, rupa-rupanya Paris Hilton juga suka buku!

Selain Hilton, yang baru dibebaskan daripada tahanan hari ini, Abdul Razak Abdullah Baginda juga dilihat memegang dua novel besar di mahkamah hari ini.

Penganalisis politik dan isu keselamatan itu memegang novel Lost Horizon karangan James Hilton di mahkamah petang tadi.

Abdul Razak juga dilihat memegang novel The Master and Margarita karya Mikhail Bulgakov. Berita lengkap lihat di mStar Online.

Komentar beliau kepada wartawan Bernama itu menarik: "Dah enam bulan duduk di penjara, baca macam-macam buku," kata Abdul Razak.

Saya teringat Anwar Ibrahim, penjara dan buku-bukunya. Juga Hishamuddin Rais, buku-buku dan kem Kamuntingnya.

Nampaknya, kalau mahu membaca banyak buku, kita harus bersedia masuk penjara!

Sanggup?!

3 comments:

Anonymous said...

Selamat Pengantin Baru...Moga Kekal Ke Anak Cucu.

Anonymous said...

Terima kasih.

Wan A. Rafar said...

Barangkali bagi orang yang sibuk dan tidak ada masa untuk membaca,penjara adalah tempat terbaik baginya. Juga untuk menulis. Hamka mula menulis tafsir Azharnya dalam penjara. Fi Dzilalil Quran (Di Bawah Naungan Al Quran) Syed Qutb juga lahir di penjara.

Dua Wajah (S.Husin Ali), Universiti Kedua (Kassim Ahmad)adalah lahir dari pengalaman dalam penjara.

Itulah kata orang: di sebalik musibah terdapat hikmah.