Bolehkah kesedaran kita membohongi diri kita sendiri?
Jika kita bermimpi dan tidak pernah bangun daripada tidur, apakah yang nyata -- mimpi itu atau kesedaran diri di luar alam tidur?
Saya, entah mengapa, tiba-tiba tergoda dengan ungkapan 'kesedaran palsu' atau false consciousness; asalnya dipromosikan oleh pemikir-pemikir Marxist.
Tetapi saya tidaklah tertarik pada soal-soal kapitalisme atau modal atau kelas seperti lazim difahami dalam kerangka fikir Marxist; cuma saya tergoda (sekali lagi!) dengan 'ideologi dominan' dan 'hegemoni budaya' selain 'fetishisme' (bukan sekadar komoditi).
Saya tertarik sekali pada permainan kuasa sosial (kolektif atau awam) dalam membentuk wacana, bahasa dan budaya.
Lagi-lagi seperti menurut beberapa pemikir, antara lain, Jurgen Habermas, Pierre Bourdieu [foto kiri], Michel Foucault, Karl Popper atau Lutwig Wittgenstein (sekadar beberapa nama).
Semua orang -- saya fikir -- mengusung kesedaran yang palsu. Atau, mungkin juga Tuhan menidurkan kita dengan kepalsuan hidup ini supaya kita tidak menemui-Nya? Supaya kita terus meraba-raba?
Saya fikir ... ada yang tidak beres dalam diri manusia. Kenapa, ya? Tuhan membingungkan manusia?
Tuesday, October 04, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
apa kabar, aku baca tulisan hang la nie bukan main lagi... dah tak keras dah... dah jadi pertanyaan-pertanyaan?
FAO,
Lama menghilangkan diri...
Syukurlah kerana masih ada kesedaran.
Kepada Anon.: Tidak keras? Sudah banyak pertanyaan? Keras dan lembut itu adat sesuatu yang berkembang kuncup! Sesekali tegang, kemudian kendur ... Nanti tegang/keras lagi Hehehe
Kepada Mat Arau: Kesedaran? Entahlah, mungkin tidak sedar lagi nih!
Kepada UIPTS2: Kedua-dua ayat saya itu diolah kembali daripada ayat2 al-Qur'an faomar@yahoo.com
Post a Comment