Monday, January 15, 2007

Air bumi

Spekulasi seorang jahil -- apakah mungkin bah besar di Johor akibat air yang memancut keluar dari perut bumi?

Tidak cukup dari atas, dan juga sekatan di muara akibat air pasang besar, apakah boleh jadi perut bumi Johor memuntahkan air dari dalamnya.

Saya melihat dua keping foto: (a) Yap Tau Sah, satu sebuah perkampungan di pinggir pekan Kluang selepas bah kedua dan (b) di Johor Bahru sewaktu bah pertama.

Untuk melihat foto, sila ke sini (kedua dari bawah) dan juga di sini (ketiga dari bawah).

Foto pertama menunjukkan jalan yang tanggal berkeping-keping, seolah-seolah kepingan biskut; dan gambar kedua memaparkan lopak-lopak air seolah-olah ada pancutan dari dalam bumi...

Apakah kerosakan jalan seumpama ini disebabkan kenderaan berat melaluinya sewaktu bah tersebut atau sebab-sebab yang lain?

Saya tidaklah mahu mendakwa mempercayai cerita misteri atau semuanya religious seperti cerita banjir Nuh, tetapi jelaskan ... bagaimanakah keadaan alam sehingga jalan-jalan rosak sebegini?

2 comments:

Anonymous said...

Barangkali tak ikut spesifikasi yang betul. Rasuah?????

Anonymous said...

jadi bukan perut bumi? perut orang politik kot! hehehe....