Tuesday, September 18, 2007

Diskusi Sahur 3

Kepada mereka yang beriman, sama ada Muslim atau bukan Muslim, bersempena dengan sambutan bulan Ramadan al-Mubarak, Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) dengan segala hormatnya mengundang anda semua berdiskusi buku seperti butiran berikut:

Siri 3:

Tarikh: 19 September (Rabu)
Masa: 11 malam - 1 pagi
Tempat: restoran** di Jalan Telawi, Bangsar Baru, KL
Teks diskusi (buku): Hanya Allah Mengenal Tentera-Nya bab 3 (terjemahan karangan M. Khaled A. Fadl), terbitan MEGC.

>>> Teks asal berbahasa Inggeris, And God Knows the Soldiers: The authoritative and authoritarian in Islamic discourses.

Siri 4:

Tarikh: 23 September (Ahad)***
Masa: 11 malam - 1 pagi
Tempat: restoran** di Jalan Telawi, Bangsar Baru, KL
Teks diskusi (buku): Hanya Allah Mengenal Tentera-Nya bab 4 (terjemahan karangan M. Khaled A. Fadl), terbitan MEGC.

>>> Teks asal berbahasa Inggeris, And God Knows the Soldiers: The authoritative and authoritarian in Islamic discourses.

** tentatif: Pelita atau Devi's Corner
*** tentatif (akan disahihkan pada pertemuan Siri 3)

Sila berhubung dengan Anam di neo.alaskari@yahoo.com atau saya di faomar@yahoo.com

Friday, September 14, 2007

Nori

Tahniah buat Nori atas kelahiran anak sulungnya semalam.

Beberapa bahan menarik di mStar Online beberapa hari ini, kalau mahu membaca santai.

>>> Nori borong semua 10 lukisan politik Hishamuddin Rais
>>> Amir: 100 petikan orang politik yang wajib dibaca
>>> Puisi menjerit di hujung tangan
>>> Jangan jadi tua, anda tidak akan stres!

>>> Akan datang: Wawancara dengan anak gadis Gus Dur, bekas presiden Indonesia. Tunggu kemunculannya di mStar Online.

Tuesday, September 11, 2007

Rasuah

Kemas kini (11 Sept):

Susulan berita 'Isu rasuah tidak untungkan pembangkang', saya mewawancara seorang ahli akademik UKM untuk membongkar latar sosial yang menjadikan isu rasuah tidak mendapat sambutan pengundi.

>>> Isu kaum lebih sensasi, rasuah gagal pikat pengundi (bersama Dr Ahmad Nizamudin Sulaiman, pensyarah sains politik)

Selain itu, saya turut membuat liputan forum menarik tentang halangan-halangan pendemokrasian di Malaysia.

>>> Tanpa perpaduan kaum, demokrasi terbantut (mStar Online, 6 Sept)

Asal (1 Sept)

Parti-parti pembangkang masih lemah untuk menimbulkan kesedaran mendalam, moral indignation, tentang keburukan rasuah, skandal kewangan dan penyelewengan kuasa sehingga sebarang isu-isu rasuah gagal diterjemahkan dalam kempen pilihan raya umum, kata dua pengamat politik yang disegani Rustam A. Sani dan Ahmad Lutfi Othman.

>>> Laporan lengkap, lihat mStar Online 'Isu rasuah tidak untungkan pembangkang'

Sunday, September 02, 2007

Boikot

Indonesia memasang ura-ura untuk memulaukan acara sukan di sini, selepas perasaan marah dan kecewa membuak-buak susulan pemukulan ke atas seorang jurulatih karate-do republik itu.

Menurut Bernama (31 Ogos), jurulatih itu mengalami kecederaan serius. Antaranya laporan agensi berita itu menyebut: "Beliau yang masih dirawat di Hospital Pusat Pertamina di sini kerana pecah gegendang sebelah telinga dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk kemaluan"

Radio BBC berbahasa Indonesia mewawancara saya beberapa hari lalu, antaranya, bagaimana reaksi warga Malaysia (dan juga media utama) di negara ini tentang isu tersebut.

Saya jawab sekadar adanya --- isu tersebut tidak mendapat liputan meluas. Liputannya kecil, di halaman belakang, dan saya menyebut keprihatinan exco dan MB Negeri Sembilan. Kedua-duanya menggesa polis menyegerakan siasatan.

Mujur wartawan radio BBC tidak bertanya saya soalan ini: “Wajarkah Indonesia memboikot acara-acara sukan di Malaysia selagi tiada permohonan maaf atau empat polis (dilaporkan berpakaian biasa) dibawa ke muka pengadilan?”

Kalau mereka tanya, saya pasti jawab: “Boikot aja, Mas!”

Baca lanjut:
4 polis didakwa pukul pengadil karate Indonesia (28 Ogos)
Yudhoyono kesal kejadian pukul pengadil (28 Ogos)
Pengadil kena belasah minta warga Indonesia jangan rusuh (31 Ogos)
Rakyat Indonesia berdemo, marah polis kita pukul pengadil (1 Sept)