Indonesia memasang ura-ura untuk memulaukan acara sukan di sini, selepas perasaan marah dan kecewa membuak-buak susulan pemukulan ke atas seorang jurulatih karate-do republik itu.
Menurut Bernama (31 Ogos), jurulatih itu mengalami kecederaan serius. Antaranya laporan agensi berita itu menyebut: "Beliau yang masih dirawat di Hospital Pusat Pertamina di sini kerana pecah gegendang sebelah telinga dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk kemaluan"
Radio BBC berbahasa Indonesia mewawancara saya beberapa hari lalu, antaranya, bagaimana reaksi warga Malaysia (dan juga media utama) di negara ini tentang isu tersebut.
Saya jawab sekadar adanya --- isu tersebut tidak mendapat liputan meluas. Liputannya kecil, di halaman belakang, dan saya menyebut keprihatinan exco dan MB Negeri Sembilan. Kedua-duanya menggesa polis menyegerakan siasatan.
Mujur wartawan radio BBC tidak bertanya saya soalan ini: “Wajarkah Indonesia memboikot acara-acara sukan di Malaysia selagi tiada permohonan maaf atau empat polis (dilaporkan berpakaian biasa) dibawa ke muka pengadilan?”
Kalau mereka tanya, saya pasti jawab: “Boikot aja, Mas!”
Baca lanjut:
4 polis didakwa pukul pengadil karate Indonesia (28 Ogos)
Yudhoyono kesal kejadian pukul pengadil (28 Ogos)
Pengadil kena belasah minta warga Indonesia jangan rusuh (31 Ogos)
Rakyat Indonesia berdemo, marah polis kita pukul pengadil (1 Sept)
Sunday, September 02, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Maaf Fathi,
aku rasa walaupun memang dlm kes ini malaysia bersalah, tetapi telah pun meminta maaf. Lg pun kes seperti ini terpencil (juga kes seperti Nirmala Bonat itu).
Kalau mahu disenraikan jenayah-jenayah yg dilakukan oleh warga Indonesia lebih banyak. Rompak, rogol dan bunuh. dan warga yang datang tanpa permit.Knp tidak menjadi isu?
Jadi sepatutnya situasi itu menjadi menang-menang.
Tapi di mana anak-anak muda Malaysia saat ini (tanpa mengambil kira soal politik kerajaan atau pembangkang).. tak berani untuk berdemo dan mengganyang Indonesia pula?
kenapa ya? kita mahu demokrasi itu hidup subur, tetapi kenapa bersifat memilih2 pula? adakah kerana anak-anak muda yg ideal di sini sudah berkiblatkan Indonesia jadi rasa malu untuk mengkritik Indonesia?
Aku harap, demi kebebasan ekspresi tanpa mengira asas politik, (lebih kepada rasa patriotisme) akan ada anak muda yang sanggup membela bendera Malaysia dan melaungkan slogan ganyang Indonesia pula!
Amacam, berani ganyang Indonesia??
Saya setuju dengan Anon. Semua blogger yang dok tercirit-cirit membesarkan isu ini hanya menangguk di air keruh. Sekadar nak tunjuk kelemahan kerajaan, bukannya ikhlas nak perjuangkan hak asasi manusia.
Polis kita ganyang satu orang dia -- satu Indonesia terkinja-kinja macam beruk sedang teruja. Pak Menteri, Orang-Orang Kuat Kerajaan, Pejuang Hak Asasi, termasuk rakyat tepi jalan yang tidak punya pekerjaan -- semuanya mengamuk. Bakar bendera. Cemuh Malaysia.
Lepas tu nak tuntut Malaysia sebagai sebuah negarabangsa MEMOHON MAAF. Hello, ini bukankah isu individu. Human error. Bukan kerajaan Malaysia kita suruh pukul budak tu. Bukan rakyat Malaysia merestui perbuatan terkutuk tu.
Bagaimana dengan sikap KERA-jaan Indon yang sampai sekarang tak mahu tandatangani ATHP (Asean Agreement On Transboundary Haze Pollution)? Orang kita bukan saja pecah gegendang kerananya, bahkan sampai MATI!
Bagaimana dengan sikap KERA-jaan Indon yang tak mahu berunding dengan Sabah untuk cari penyelesaian isu pencerobohan sempadan Sabah? Sampai rakyatnya bergelendangan buat jenayah, maksiat dan bawa penyakit kepada komuniti Sabah yang naif.
Rakyat dia kena pukul sikit, SATU NEGARA kepoh. Bila isu yang melibatkan bangsat dia buat sial di negara kita -- Indon dengan angkuh akan kata: itu masalah perundangan Malaysia. Sempadan kita, itu tanggungjawab kita.
Habis, kalau dah bangsat awak ada dalam sempadan kami: kenapa nak sibuk? Biarkanlah Malaysia tangani sendiri masalah kosmetik itu.
Fathi, awak ni memang suka mengagung-agungkan idealisme orang lain; kerana itu memberi peluang untuk awak menghina mentaliti bangsa awak sendiri. Supaya kelak semua orang nampak -- hanya awaklah pemikir tersohor di Malaysia.
Ingat tak kes Pope Benedict itu? Wah, Fathi kata Pope dalam ucapannya telah membawa falsafah pemikiran terunggul abad ini -- yang wajar dibahas dan dijulang gilang-gemilang oleh kaum cendekia seluruh bumi.
Macamlah pemikiran yang sama tak pernah dibawa oleh pemikir-pemikir dunia lain (termasuk pemikir Islam). Tapi kalau pemikir Malaysia yang bawa isu seumpama, Fathi akan label -- oh, itu hanya 'ulama jadi-jadian'. Hmmm..
salaam,
maaflah teman2, makin lama makin tidak berkenan saya dengan sistem negara-bangsa ini.
datang rasa menyampah plak!
Isunya ringkas.
Setakat ini, siapa pernah baca berita/makluman tentang siasatan polis ke atas empat polis berpakaian biasa yang didakwa membelasah jurulatih Indonesia itu?
Siapa pernah baca berita/makluman tentang empat polis berpakaian biasa yang didakwa membelasah jurulatih Indonesia itu dibawa ke mahkamah?
Siapa pernah baca berita/makluman tentang siasatan polis ke atas empat polis berpakaian biasa itu sebenarnya tidak "bersalah", jurulatih itu sengaja membesar-besar berita?
Selagi tidak ada, selagi itu wajarkah pihak warga Indonesia menganjurkan bantahan (termasuk boikot) untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia agar mengambil tindakan segera, seperti gesaan Exco Negeri Sembilan & juga MB Negeri Sembilan.
Isunya bukan permohonaan maaf M'sia kepada warga Indonesia. Isunya bukan hubungan diplomatik.
Isunya (yang saya blog ini) ialah tindakan ke atas polis dan juga jangan ada/timbul impunity.
Faham, Rem! Kau, kalau sengaja nak hentam aku atas isu ini, hentamlah. Aku hanya tersenyum.... Lagi panjang, lagi baik hentamannya Rem!
salaam
pakcik, nanti ya saya baca. sekarang sangat sibuk. terima kasih untuk link.
aqilah amir jamalullail
saudara paris!!!
amacam dengan adik sahabat kita..suwandi a.k.a adik kepada suliadin yang kena tembak oleh polis di batu buruk, terangganu tempohari??
Boikot Polis!!!
Suwandi itu adik Suliadin? Ohh... Nanti aku tanya kawan2...
Betullah adik Suliadin, baca berita ini di Harakahdaily.net
Batu Buruk: Abang terkejut adik ditembak polis dianggap ‘cuba membunuh’
Wartawan Kita
Wed | Sep 12, 07 | 03:11:03 PM
KOTA BHARU, 12 Sept (Hrkh) – Keluarga pemuda yang ditembak anggota polis menggunakan peluru hidup di Batu Buruk, 8 September lalu terkejut apabila polis menyiasat mangsa di bawah Kanun Keseksaan.
Abang kepada Aswandi Abdul Ghani, Suliadin, 39 berkata, beliau amat terkejut dengan kenyataan dikeluarkan polis di mana adiknya dan seorang lagi pemuda disiasat di bawah seksyen cubaan membunuh.
“Saya sedih bagaimana adik saya dikatakan cuba membunuh anggota polis, sedangkan ketika kejadian tiada sebarang senjata dibawanya. Dia datang ke tempat kejadian dengan tangan kosong.
“Kami hairan bagaimana mangsa yang hanya bertangan kosong mahu pula disiasat di bawah seksyen cubaan membunuh,” katanya ketika dihubungi di Marang, hari ini.
Semalam Timbalan Ketua Siasatan Jenayah 1 Terengganu, Supritenden Khairi Ahrasa dilaporkan berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 37 dan 21 tahun disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Pada kejadian malam 8 September lalu ramai penduduk berhimpun secara aman di Batu Burok sebagai membantah tindakan polis membatalkan permit ceramah anjuran Bersih.
Malah, keadaan menjadi celaru apabila pihak berkuasa tempatan merobohkan pentas tempat ceramah dan polis tidak membenarkan penceramah datang menemui tuan rumah tempat ceramah dijadualkan berlangsung.
Ekoran keadaan kelam kabut itu seorang anggota polis melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup sehingga menembusi dada Aswandi dan bahagian tengkok seorang lagi pemuda.
Suliadin juga berkata, keadaan adiknya kini semakin stabil selepas peluru hidup yang menerobos masuk ke dalam dadanya berjaya dikeluarkan pada pembedahan hampir empat jam dilakukan Sabtu lalu.
“Semalam dia sudah boleh bercakap secara perlahan-lahan. Doktor tidak mahu dia bercakap banyak dan perlu berehat secukupnya,” kata beliau.
Petang semalam, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa melawat Aswandi di wad Kristal Hospital Unversiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Pada kunjungan pertamanya bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain pemimpin PAS pada malam Sabtu lalu, mangsa ketika itu sedang menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di dalam dadanya. - mj
Post a Comment