Thursday, October 25, 2007

Melayu temui nombor '0'?

PETALING JAYA: 'Kosong', atau 0, bukan sebarang nombor, penemuannya merevolusikan pemikiran matematik dan sains moden.

Nombor ini diperkenalkan di Eropah pada awal abad ke-13 selepas ia dikembangkan di dunia Arab-Islam pada kurun kesembilan.

Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang dipercayai "menemui" nombor maha penting ini pada tahun 594.

Tamadun Eropah mengambil kosong, atau zero, daripada penemuan dunia Arab, sifr (sifar). Ia dibawa oleh pemikir Itali, Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci.

Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasa Inggeris yang membawa masud "tiada apa-apa", "simbol", "kod" atau "mesej rahsia".

Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain -- penciptaan simbol 'kosong' mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.

>>> Rencana lengkap di Melayu pencipta nombor 'kosong'? (mStar Online, 25 Okt 2007)

5 comments:

Anonymous said...

fathi apa kejadah lama ko tak update blog nih. tiap kali aku masuk hampeh, nasib baik kali ni ko update entry baru. kalau tak mau aku humbankan pc aku ni kat tingkat bawah. aku dok tingkat 14, cuba ko bayangkan tahap kemarahan melampau aku ni gara2 blog ko takde entry baru...

mentang2 dah kahwin...

udin janggut

Anonymous said...

ala udin janggut!!
member baru habis pegi naik bulan minum madu maaa...
hehehe...paris..hang tak pi sesma ker rayer ke-3 baru2 ni??

faizalzainol said...

udin janggut,

relax...
ni kes baru bulan bermadu..

kejap lg, ko tngok arh... idea makin fresh sbb dh ada penasihat idea peribadi.. heh,

Anonymous said...

takpa la dia nak pi bulan madu. kan kerajaan galakkan ramai pi angkasa..hahahaha

Anonymous said...

jom ar kita pi ramai2 melancong ke angkasa...hohohoho