Wednesday, March 12, 2008

Zam sindir Khairy

Kenyataan,
Datuk Seri Zainuddin Maidin,
di sidang akhbar
11 Mac 2008

Tsunami politik telah mematahkan suatu percubaan untuk mengambil alih kepimpinan Negara oleh golongan muda yang dibuat secara terurus dan terancang menerusi Pilihan Raya Umum ke-12 untuk perubahan politik secara drastik.

Ini adalah kerana tuhan masih sayang kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan juga UMNO.

Maka itu, tsunami politik ini adalah satu hikmat yang memberikan pengajaran yang cukup besar kepada kepimpinan Negara dan golongan ini.

Apa yang perlu dilakukan oleh semua ahli UMNO sekarang ini ialah memberikan sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah dan juga Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib, untuk kembali mengukuhkan UMNO dan meletakkan UMNO kepada jalan yang benar, yang selama ini sentiasa mengimbangi pengorbanan golongan tua dan inspirasi serta idealisme golongan generasi muda.

Sekarang bukan masa untuk menuding jari atau menuduh sesiapa atas apa yang telah berlaku, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada usaha untuk menjernihkan suasana dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Jadi ditoleh ke belakang dalam sejarah Malaya dan Malaysia, setiap tragedi politik yang menimpa UMNO dan rakyat, ianya membawa hikmah, membuka fikiran dan penggemblengan semula kepimpinan UMNO dan kesedaran rakyat bagi muhasabah diri dan meletakkan semula kepimpinan UMNO kepada jalan yang dihasratkan oleh rakyat, sekalipun ianya adalah sesuatu yang amat berat untuk dilakukan.

Sesungguhnya saya percaya, kepimpinan UMNO ini adalah lebih mementingkan negara dan rakyat dan menganggap tanggungjawab ini adalah lebih besar dari kepentingan diri, keluarga dan juga harta.

Sebagai konklusinya, bagi saya apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ini merupakan satu nikmat dan rahmat yang amat besar kepada masa hadapan negara, dan secara khususnya kepada UMNO.

(Berikut berita di halaman dua Utusan Malaysia, 12 Mac 2008)

Cubaan golongan muda ambil alih kepimpinan gagal

KUALA LUMPUR 11 Mac – Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini mendedahkan ada golongan muda telah membuat percubaan untuk mengambil alih kepimpinan negara secara terurus dan terancang melalui Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bagaimanapun, menurut beliau, cubaan untuk membuat perubahan secara drastik tersebut gagal berikutan tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum itu.

Zainuddin yang diminta menjelaskan dakwaannya itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Sebaliknya beliau meminta wartawan jangan membuat provokasi terhadapnya.

“Saya tidak akan jelaskan dengan lebih lanjut, biarlah pembaca (orang ramai) menilai sendiri kenyataan saya ini,” katanya pada sidang akhbar terakhirnya di Kementerian Penerangan di sini hari ini.

Zainuddin menjelaskan, tsunami politik itu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti dua pertiga adalah satu hikmah yang memberikan pengajaran yang cukup besar kepada kepimpinan negara dan golongan muda tersebut.

Katanya, Tuhan masih sayang kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu, apa yang perlu dilakukan oleh semua ahli UMNO sekarang adalah memberikan sokongan kepada Presiden UMNO dan timbalannya.

Katanya, sokongan itu penting bagi mengukuhkan kembali UMNO dan meletakkan parti utama kaum Melayu itu pada landasan yang betul.

“Selama ini parti UMNO sentiasa mengimbangi pengorbanan golongan tua dan inspirasi serta idealisme generasi muda.

“Sekarang bukan masa untuk menuding jari atau menuduh sesiapa atas apa yang telah berlaku, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada usaha menjernihkan suasana dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kekalahannya di Parlimen Sungai Petani, Zainuddin berkata, beliau kalah kerana para pengundi Cina tidak ramai keluar mengundi.

“Saya mengakui kekalahan saya juga disebabkan saya tidak banyak berkempen di kawasan tersebut,” katanya.

Namun, beliau menggunakan pendekatan tersendiri iaitu bertemu rakyat secara lebih dekat bagi mengetahui permasalahan mereka.

5 comments:

Anonymous said...

Semoga UMNO mendapat hidayah dari TUHAN...

(Oh... sesuaikah doa saya ini?) :)

the indie story said...

3 ekor gagak hitam diatas tiang lampu…

Gagak hitam basah
ditimpa hujan
awan mendung
rintik merempuh dinding flat usang
Tiga ekor gagak bertengek
diatas wayar
tiang lampu milik ‘gomen’
gagak hitam berborak
berborak-borak
isu politik nasional
bahang musim pilihanraya
selepas membuang undi
4 negeri bertukar tangan.

gagak pertama:

“aku tegar menyokong pemerintah
selama-lamanya. kerajaan ini banyak berjasa, kalian tahu apa?”

gagak kedua:

“sehingga mampus, aku sesekali tidak akan menyokong kerajaan rasuah ini.
kerajaan zalim ini tidak dapat undi aku. barang naik tanpa henti. gaji aku
cukup makan.”

gagak ketiga: (hanya terdiam. sesekali mengangguk-anggukkan paruhnya.
diam seekor gagak menyimpan rasa. bersuara bila perlu)

petir berdentam dentum
guruh keras
kilat sabung menyabung.


(errr…ada lagi…belum habis lagi nih. Nak tahu apa terjadi kepada 3 ekor gagak tersebut, jom masuk blog gua.)

http://theindiestory.blogspot.com

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Assalamualaikkum akhi Wan,

Dah lama tak jumpa enta. buat kerja dengan syarikat mana sekarang ni? Kalu datang menjenguk tempat lama (Arau)bolehlah kita pi makan ikan bakar di Pohon Sawa (tapi kedua-dua suami isteri pengusaha pertama dulu tu, dah kembali ke rahmatullah). Kedai masih ada lagi lah.

Wan, ok lah tu yang enta komen di atas sana. Tsunami politik baru lalu ada hikmat yang sangat besar bagi UMNO/BN jika ingin sedar dan insaf betapa jauhnya mereka lari dari perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara berbanding pengasas-pengasas perjuangan UMNO terdulu. Baguslah kalau sedar, kembalilah ke landasan asal untuk membela Islam dan kemajuan dengan Islam pulak lah. Jika tak ubah budaya kerja dan misi perjuangan UMNO/BN harus bersedia untuk ditalkinkan. Rasa-rasanya gitulah yang sebenarnya...

Wan,

boleh hubungi ana di hp no: 019-4786504
email : easudihamdun@netscape.net
Ana Masih lagi dengan UiTM Arau Perlis.

Ahmad Daud Ishak al-Merbawiy

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Anonymous said...

tak tahulah apa nak cakap... bila menang pun tak tahu apa yang dah jadik...

Siapa undi PKR??? carik carik...

sapa undi PAS ana tahu lah...

Undi PKR ngan DAP sapa yek??? carik... carik

Mencarik belalng mesti ke padang...

Semoga kita terus berjaya InsyaAllah...

Anonymous said...

Fathi,

ke mana engkau pergi?up date la blog. (ke gomen blok blog ni?asyik buka bende same je)

tq