Saturday, April 07, 2007

Blongong v4.0

Kecaman, kritikan dan kawalan terhadap blog dan penulis blog (walaupun mereka telah mendedahkan identiti sebenar mereka), menunjukkan "ketakutan" luar biasa kerajaan terhadap kemunculan teknologi baru yang pantas dan diminati ramai.

Mulai tahun lepas, serangan, kritikan dan langkah memperkecilkan blog berterusan dan semakin meningkat akhir-akhir ini. Saya dimaklumkan Majlis Tertinggi Umno pernah membincangkan isu blog.

Antara perkembangan terkini blog, sila baca:

Blog politik mesti didaftar: Zam (6 April)
Govt not out to censor bloggers, says Shaziman (April 6)
Lim: Penulis blog berhak tubuh persatuan (6 April)
Penulis blog tubuh 'pakatan nasional' (5 April)
Bloggers may have to register (April 5)
Gubal akta kawal penulis blog (29 Mac)
Akhbar digesa tidak petik sumber laman blog (20 Mac)

Tengku Adnan elak jawab kecaman blog wanita (12 Mac)
Rasuah RM5juta: Polis mahu bantuan penulis blog (5 Mac)
Jeff, Rocky lancar tabung bantu penulis blog (24 Jan)
PM: Kerajaan tidak tapis blog (24 Jan)
Perang blog kian 'panas' (25 Ogos 2006)
Kerajaan tewas dalam 'perang siber'? (3 Ogos 2006)

Apa lagi yang sedang menunggu blog dan penulis blog selepas ini... ???

>>> Bagi saya, ini semua budaya, gejala dan sikap blongong!

1 comment:

Najwan Halimi said...

fathi,
selepas ini berkemungkinan akan ada yg mencadangkan supaya kementerian penerangan, atau kementerian tenaga, komunikasi dan multimedia supaya mewujudkan jabatan baru khas untuk memantau perkembangan bloggers.

kemungkinan bukit aman juga akan ada jabatan siasatan khas untuk bloggers.

atau mungkin (ini hanya khayalan aku) lepas ni orang semua suka baca blog lebih dari baca paper!