Tuesday, August 29, 2006

Stesen

Kemas kini Esok, Jumaat, keputusan lebih lengkap rating akan dikeluarkan, kata laporan Utusan Malaysia semalam. Tetapi seperti telah diramal, RTM memang tetap mempertikaikan rating yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research dua hari lepas.

Menariknya, RTM membuat tinjauan di Kg Baru, Kuala Lumpur: 28 daripada 30 buah kedai makan atau restoran di situ menonton rancangan 'Mawi ... Ina' dan hanya (ulang: hanya) dua kedai yang menonton persandingan Siti-K.

Agensi rating itu menyebut: 6.3 juta penonton memilih untuk menyaksi persandingan, sementara 4.7 juta lagi memilih untuk mengikuti kisah pasangan putus tunang.

Apakah akan ada perubahan statistik esok? Mari kita ikutinya sama-sama ....

[ii]

Bagi anda yang tidak meminati acara gilang-gemilang Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Khalid, sekurang-kurangnya ada 1 sebab kenapa anda harus memberikan perhatian pada majlis persandingan mereka malam tadi.

Sesiapa yang mengabaikannya, dan meremehkan acara ini, bukan sahaja boleh dianggap tidak up-to-date, tetapi juga tidak media**-and-political savvy (kecuali memiliki sebuah kereta dengan jenama ini!).

Begitu juga kepada anda yang tidak menganggap Mawi, apatah lagi tunangnya Ina, dua nama yang perlu diberikan perhatian (maklum, mereka tidak berpelajaran tinggi!), sekurang-kurangnya ada 1 sebab yang boleh memaksa mereka dua ini penting untuk digandingkan di stesen Astro dan RTM1 malam tadi, serentak dengan acara persandingan Siti-Datuk K.

Atau, jika semuanya itu tidak menarik minat anda, setidak-tidaknya kenyataan Menteri Penerangan boleh mendorong anda berfikir.

Saya tidak mahu mengulas lanjut. Tetapi setahu saya, mStar Online satu-satunya media terawal (ulang: terawal) yang berjaya menghidu "perang media" antara Astro-RTM1 dengan TV3.

Mungkin sahaja wartawan dan kami salah, tetapi analisa anda selanjutnya tergantunglah bagaimana anda menilai persoalan ini ...

[iii]

Oh ya! Ia belum selesai sehingga Astro, RTM1 dan TV3 mengisytiharkan kemenangan masing-masing melalui pemeringkatan (rating) penonton masing-masing.

Atau, jika perang berlanjutan, rating itu sendiri harus dipertikaikan! Hehehe...

** media di sini dengan maksud lebih khusus, show business, industri hiburan yang ada hubungan dengan media

Berita-berita lain yang relevan:
+
Siti atau Mawi?
+ Siti or Ina – viewers get to decide on Monday night

Friday, August 25, 2006

Goblog

[i]

Catatan saya akhirnya terbit dengan judul 'Perang blog kian panas', "perang" antara pasukan yang mengkritik Perdana Menteri dengan pasukan blog yang membela beliau.

Ia ditulis hasil wawancara bersemuka dengan A Kadir Jasin dan Rocky dalam tempoh beberapa minggu ini sebagai melengkap diskusi nasional tentang politik dan kredibiliti blog, media dalam talian yang dianggap -- di serata dunia -- sebagai kekuatan baru komunikasi.

(Nota: Sehingga teman saya menulis 'Berikan aku tujuh blogger', (pasti akan ku goncang dunia ini!)** dalam kata pengantarnya untuk buku Globlog: Koleksi tulisan blog orang kecil]

Siri ini yang terakhir daripada dua siri sebelumnya, 'Khairy Chronicles' berkubur (11 Ogos) Kerajaan tewas dalam 'perang siber'? (3 Ogos).

Jika ada siri-siri ulasan politik melalui wacana blog, saya bercadang mewawancara daripada perspektif penulis/pengendali blog-blog pro-Abdullah Ahmad Badawi pula.

Saya masih ingat, sewaktu mengendalikan majalah Detik, 1999, saya pernah mewawancara pengendali web Laman Reformasi atau Mahazalim.

Nampaknya, saya dan alam siber masih lagi erat.

** Dipinjam dan dialih daripada kata-kata Soekarno, yang kurang lebih begini, "Beri aku 1,000 orang, dan dengan mereka aku akan menggerakkan Gunung Semeru! Beri aku 10 pemuda yang membara cintanya kepada Tanah Air, dan aku akan mengguncang dunia."

[ii]

Goblog -- seingat saya, inilah produk keempat himpunan catatan daripada blog, sebelum ini sudah muncul Jiwa Kacau, Ayah Kita Bos dan Jongkang Jongket.

Ulasan saya tentang isu buku-buku blog ini, atau blook, di sini Dua lagi 'blook' Melayu diterbitkan (31 Mac)

Ada sesiapa yang pernah membaca/mengulas buku-buku ini?

Wednesday, August 16, 2006

Blongong II

Tidak disangka, rupa-rupanya dia bermaksud serius.

Saya sangka, seperti teman-teman lain, dia hanya bergurau apabila berbicara tentang "roti dan mentega" -- apakah seorang pemberita arus perdana (baca: saya) boleh menulis blog?

Tetapi apabila kami bertemu, ternyata, antara soalan awal yang dikemukakannya tetap juga berkisar pada pokok isu tersebut: Bagaimana anda (baca: saya) sebagai pekerja berita The Star (lebih tepat, mStar Online) boleh menulis blog?

Subteksnya, saya kira, "mungkinkah anda mengekalkan kebebasan menulis blog, dan dalam waktu yang sama terkekang dengan kebebasan yang terbatas di organisasi media tersebut".

Atau, mungkin, subteksnya "apakah anda ditekan daripada menulis dengan bebas, sebebas-bebasnya?"

Saya tidak tahu sama ada persoalan tersebut bermain berapa lama dalam fikirannya. Tetapi persoalannya tersebut mengganggu saya beberapa ketika, termasuk sehingga menulis catatan ini.

Jika saya mampu bertanya, kenapakah persoalan pokok itu berbangkit, in the first place? Kedua, jika saya mampu lagi, kenapa pula tidak boleh (kenapa wartawan arus perdana tidak boleh mengekalkan blognya, termasuk catatan tentang politik yang sering diperhatikan atau "panas" (setidak-tidaknya kepada diri penulis blog itu sendiri)?

Saya tidak mampu menjawab.

Yang saya tahu, dan mahu selalu tahu, kenapa saya -- sebagai manusia atau warga negara -- tidak boleh mengulas isu-isu lain di luar dasar syarikat, di luar konsep penerbitan, dan di luar rangka penulisan artikel sendiri (di sesuatu media)?

Ya, pemberita lain (mungkin) belum memulakannya. Jadi, seseorang harus "merintis jalan ke puncak", sekali lagi meminjam judul buku Ahmad Boestamam.

Saya tidak mahu merintis ke puncak jaya. Lagi, persoalannya bukan itu.

Tetapi kenapa kita (atau seseorang dan sesiapa sahaja) harus meleburkan seluruh jiwa raga, personaliti dan diri semata-mata mahu berlubuk tenggelam dalam kemahuan kelompok?

Barangkali pertanyaan akhir ini memerlukan jawapan filsafat...

Monday, August 14, 2006

KJ

Tetapi bukan sebarang KJ, sama ada yang saya kenali dari dekat atau jauh, tetapi AKJ.

Saya bertemu dan mewawancara Datuk A Kadir Jasin hari ini untuk artikel saya di mStar Online. Atau, jika anda malas melihat iklan "orang kuning", sila klik di sini mStar Online (tanpa iklan).

Turut diwawancara, Ahirudin Attan (aka Rocky), seorang lagi wartawan kanan kumpulan NSTP, selain pengulas isu-isu politik semasa James Wong Wing On.

Ketiga-tiga mereka memiliki blog.

Setakat hari ini belum diterbitkan walau lebih separuh sudah siap. Tunggu kemunculannya di mStar Online! Sementara itu, boleh baca berita-berita lain dulu ... atau artikel-artikel saya yang lepas di Pojok mStar Online.

[2]

Yang menarik perhatian saya di blog AKJ, tulisan ini 'Khairy's influence' pada 10 Ogos:

Way back in 1999**, I allowed to be published in the New Sunday Times an article by commentator Askiah Adam, that described the Umno Supreme Council’s decision to disallow contest for the post of President and Deputy President as dereliction of duty.

Well, it was one of those more costly “publish and be damned” decisions that I had made. I paid the price.

Catatan ini, dan juga wawancara dengan AKJ tadi, mengingatkan saya pada Askiah sewaktu kami menghabiskan masa di Jakarta -- dan sewaktu saya (kami bertiga makan malam, termasuk seorang teman dari Thailand) meratah burung dara di sebuah restoran berprestij. Terima kasih, Askiah!

** seingat saya artikel ini terbit dalam NST pada tahun 2000, bukan 1999 seperti catatan Datuk.

Thursday, August 10, 2006

Khairy II

Saya enggan menulis apa-apa lagi di sini, boleh baca di mStar Online ...

'Khairy Chronicles' berkubur terbaru
PM: Biar Pemuda tentukan Khairy (6 Ogos)
Khairy jawab isu 'tingkat empat' (5 Ogos)
Maya juga nafi bernikah (5 Ogos)
Khairy nafi nikah Maya Karin (4 Ogos)

Saturday, August 05, 2006

Tanpatajuk

Di sini saya naik teksi yang paling mahal dalam sejarah hidup saya, Euro 65 untuk perjalanan di lereng bukti curam, waktu malam, walau jaraknya dekat sahaja. Di pinggir tasik ini, kononnya pemimpin fasis Itali Benito Mussolini menyembunyikan harta-harta kekayaan...

Wednesday, August 02, 2006

Blongong

Blog dan laman web -- buat sekian kalinya -- menjadi sasaran pihak berkuasa.

Tetapi yang menarik daripada kenyataan, dan berita ini, Abdullah rupa-rupanya suka minum air tuak (nipah) Terengganu!

Apa kata Jeff Ooi dan Raja Petra Kamarudin? Baca Kerajaan tewas dalam 'perang siber'? (mStar Online, 2 Ogos).

Selain itu, ada dua perkembangan berkaitan amaran Perdana Menteri, seperti dilaporkan hari ini.

+ Polis buat aduan laporan Malaysiakini.com (mStar Online, 2 Ogos)
+ Akhbar 'Sin Chew' nafi sebar SMS perkauman (mStar Online, 2 Ogos)

** blongong = blog + bengong!