Tidak disangka, rupa-rupanya dia bermaksud serius.
Saya sangka, seperti teman-teman lain, dia hanya bergurau apabila berbicara tentang "roti dan mentega" -- apakah seorang pemberita arus perdana (baca: saya) boleh menulis blog?
Tetapi apabila kami bertemu, ternyata, antara soalan awal yang dikemukakannya tetap juga berkisar pada pokok isu tersebut: Bagaimana anda (baca: saya) sebagai pekerja berita The Star (lebih tepat, mStar Online) boleh menulis blog?
Subteksnya, saya kira, "mungkinkah anda mengekalkan kebebasan menulis blog, dan dalam waktu yang sama terkekang dengan kebebasan yang terbatas di organisasi media tersebut".
Atau, mungkin, subteksnya "apakah anda ditekan daripada menulis dengan bebas, sebebas-bebasnya?"
Saya tidak tahu sama ada persoalan tersebut bermain berapa lama dalam fikirannya. Tetapi persoalannya tersebut mengganggu saya beberapa ketika, termasuk sehingga menulis catatan ini.
Jika saya mampu bertanya, kenapakah persoalan pokok itu berbangkit, in the first place? Kedua, jika saya mampu lagi, kenapa pula tidak boleh (kenapa wartawan arus perdana tidak boleh mengekalkan blognya, termasuk catatan tentang politik yang sering diperhatikan atau "panas" (setidak-tidaknya kepada diri penulis blog itu sendiri)?
Saya tidak mampu menjawab.
Yang saya tahu, dan mahu selalu tahu, kenapa saya -- sebagai manusia atau warga negara -- tidak boleh mengulas isu-isu lain di luar dasar syarikat, di luar konsep penerbitan, dan di luar rangka penulisan artikel sendiri (di sesuatu media)?
Ya, pemberita lain (mungkin) belum memulakannya. Jadi, seseorang harus "merintis jalan ke puncak", sekali lagi meminjam judul buku Ahmad Boestamam.
Saya tidak mahu merintis ke puncak jaya. Lagi, persoalannya bukan itu.
Tetapi kenapa kita (atau seseorang dan sesiapa sahaja) harus meleburkan seluruh jiwa raga, personaliti dan diri semata-mata mahu berlubuk tenggelam dalam kemahuan kelompok?
Barangkali pertanyaan akhir ini memerlukan jawapan filsafat...
Wednesday, August 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
--> sebab anda dibayar gaji olehnya...
satu jawapan instrumental, bukan filsafat!
Syabas kerana anda manusia biasa seadanya. Seandainya anda kurang siuman tiada persoalan penting tentang tindak tanduk anda.
Kita insan biasa...menurut Jay Jay
kebebasan di peroleh bukan dengan di bayar..tetapi di cari.
Kehendak kelompok -- saya rasa tidak semua ahli kelompok itu mempunyai kehendak sama. Sang adikuasa atau sekelompok menentukan.
Untuk Aqil: Gaji/upah dibayar berasaskan buruh (labour) dan ia tertakluk pada masa.
Konsep asas ekonomi: Buruh (labour) dan manusia buruh (labourer) dua entiti yang berbeza.
Jadi, manusia buruh boleh bebas di luar masa perburuhannya.
Untuk Mat Arau: Kalau semua orang manusia, kenapa kita tidak dengar ribuan @ jutaan persoalan lain?
Untuk Mazir: Fuhhh .... berasap siul! (hehehe)
Untuk Abu Haziq: Memanglah tidak semua anggota kelompok berkehendak sama. Tetapi di mana suara mereka? Dan kenapa mereka mengizinkan "ketua" @ "pemimpin" menentu-corakkan suara mereka?!
Soalan filsafat ini lebih mudah difaham jika dijawab dengan bahasa filsafat..huhu
Mungkin Habermas ada jawabnya!
Ah, lagi-lagi orang lain perlu menjawabnya..kenapa tidak kita?
Fathi, teruskan aja..jika tersurat kau dibuang kerja..itukan pilihanmu. Kami di sini hanya mampu simpati saja pada waktu itu barangkali..
Nah, mungkin simpati saja jadi sebab..?
soalan yang relevan. dan jawapannya, "Kenapa tidak". malay, saya rasa setiap wartawan patut diharuskan memblog. journalist itu perakam sejarah harian negara tetapi 99% dari mereka cuma tulis report 5w dan 1h saja. tiada analisa, tiada diari, tiada komentar. dengan blog, mereka tak mau tidak akan memberi gambaran2 lain yang mereka lalui. they will share their thoughts with other bloggers. result nya, great press freedom dalam suatu bentuk lain. end resultnya, saya percaya, ialah greater press freedom.
selain sdr fathi, boleh kira dengan jari wartawan2 pemblog lain. mungkin yang majoritinya takutkan tekanan dari editor2 mereka, juga risau kalau dicap bersuara lantang lagi sumbang.
but imagine, kalau semua wartawan memblog, tidak ada diskriminasi. the number of journalists di malaysia tak ramai ... 2,000 orang saja agaknya. at the end of two years of blogging, we can expect 2,000 possible book titles on journalism in malaysia.
saya kata, wOw!!
so teruskan memblog, wartawan fathi!
aku tak tau lah. membaca blog ni dah jadi macam 'gian'
Pertanyaan terakhir memerlukan kau memakan balcau (Melayu=belacan, Portugis=blacao.) Itulah eksport pertama negeriku Melaka ke Eropah dan kosa kata pertama Melayu yang dibawa pulang ke Semenanjung Iberia oleh Afonso de Albuequequi. Budu tak lut!
susah untuk dapat semua sekali dalam hidup kan Fathi... Selalu kena buat pilihan.
nak dapat yg ini kena lepas yg itu. Nak dapat yg itu kena lepas yg ini.
apabila masuk mStar tentu ada yg terpaksa dilepas (atau disimpan saja)... kan Fathi kan.. ehehe
Post a Comment