Monday, December 14, 2009

Kolum

Tidak pasti, sama ada janji saya ini dapat ditunaikan atau tidak. Harap-harap dapat ditunaikan! Atau, sewajibnya ditunaikan. Janji, apakah boleh dimungkiri?

Saya berjanji kepada diri sendiri, dan beberapa rakan di pejabat, untuk menghidupkan semula kolum Tiada Noktah di Malaysiakini -- kolum yang terabai sebaik sahaja yang selesai tinjauan di Jakarta dan menyertai sebuah akhbar web.

Setelah hampir dua tahun di akhbar web lama saya ini (sejak Februari 2008), saya berangan-angan semula (ulang: semula) untuk meneruskan kolum Tiada Noktah.

Mungkin, seawal-awalnya bulan Januari 2009


[ii]

Saya ada beberapa topik yang ingin diulas, antaranya kontroversi dan reaksi susulan kenyataan Nga Kor Ming tentang peruntukan masjid. Bagaimana kenyataan seumpama ini mudah dimanipulasi sehingga kita mendengar lebih banyak "nasihat ala leteran" daripada membahaskan sama ada wajar atau tidak peruntukan tidak sampai 2 peratus untuk rumah ibadat bukan Islam!

Ia mengingatkan saya kewajaran PAS dan beberapa NGO Melayu kanan menganjurkan demonstrasi membantah forum tahun lalu yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.

Saya sering terganggu dengan reaksi-reaksi negatif, liar, emosi dan tidak masuk akal kumpulan Melayu kanan dan Islam kanan ini. Saya bukanlah orang kiri. Tetapi aliran kanan melampau ala negara ini sebetulnya bukanlah kanan dalam erti kata "right" dalam pengkategorian politik di dunia Barat.

"Kanan" di negara kita lebih mudah dikaitkan dengan orang yang tidak berfikir, tebal emosi, suka menekan orang lain (setidak-tidaknya suka membebel macam mak-mak kita!) dan suka menutup wacana -- lebih baik orang tidak menyuarakan sesuatu keraguan dan permasalahan dan biarkan sahaja isu ini semua terpendam daripada cuba mengucapkannya.

"Kanan" ini, dengan erti kata lain, bukan "kanan" cerdik tetapi kanan bebal, kanan bahlol, dan kanan sengal. Pendek kata, kanan kental, kanan sembab!

Sekira-kiranya kalau kita melayan kanan seumpama ini kita turut menjadi bebal dan sembab seperti mereka. Atau, kalau mengabaikan kanan seperti ini, kita juga bebal dan sembah seumpama mereka!


[iii]

Barangkali, dengan penuh emosinya, kita pula boleh labelkan kanan ini kanan talibanisme -- jika kita tidak mahu sebut kanan fasisme!

(c) Hak cipta imej Web Designer Wall.com (dengan sedikit tapisan!)

No comments: