Friday, December 18, 2009

Pendemokrasian

Ilan Peleg menulis sebuah buku khas bagi membincangkan kemungkinan jalan-jalan mengubah, ke arah demokrasi, sebuah negara yang pelbagai kaum tetapi dikuasai secara ketat oleh satu kaum sahaja.

Dengan kata lain, negara seperti Malaysia.

Pengarang Democratizing the Hegemonic State: Political Transformation in the Age of Identity mengkategorikan negara seumpama ini sebagai "exclusivist regime".

Boleh baca ringkasan ideanya di laman web penerbitnya Cambridge University Press.

Berdasarkan penilaian bab-bab awalnya, buku profesor sains politik ini boleh dijadikan rujukan untuk memahami gelagat negara seperti Malaysia, sekurang-kurangnya membandingkan dengan beberapa lagi negara seumpamanya.


[ii]

Selain mempromosikannya di kalangan rakan-rakan sepejabat, saya mencadangkan buku ini dijadukan rujukan kedua atau ketiga selepas membaca dan membahaskan buku Joseph R Strayer, On the Medieval Origins of the Modern State.

Buku nipis ini asalnya makalah yang disusun daripada syarahannya; jadi ia hanya memuatkan beberapa lakaran idea tentang evolusi pembentukan negara - khususnya dalam pengalaman Eropah - sehingga entiti yang kita panggil "negara bangsa" (warisan abad ke-19)

Buku harus jadi bacaan wajib kepada aktivis politik dan NGO, kepada semua penganut liberal yang mencurigai negara dan menganggapnya "necessary evil". Bacaan wajib dalam erti kata mengenali sejarah pembentukan institusinya, alasan ia diwujudkan, lingkungan ia muncul dan gelagatnya berkembang untuk melayang jenis-jenis elit tertentu.

Sekumpulan teman-teman telah mengupas buku ini (terbitan Princeton University Press) tetapi belum memadai kerana tiada ulasan meluas untuk perkongsian dengan khalayak lebih besar.


[iii]

Buku Murray J Edelman, The Politics of Misinformation, barangkali teks yang paling sulit difahami walaupun konsep-konsepnya ringkas dan padat. Teorinya tentang politik dan negara diadunkan dengan analisis kajian budaya.

Ia melihat komunikasi politik sebagai "concentrations of social and economic power result in public languages of politics that are necessarily image-based, vague, and misleading in their denial of undemocratic tendencies.

"As a result, public discourses of democracy tend to be populistic, emotional, and likely to emphasize images of progress rather than structural inequalities in their formulations of public problems.

"In short, neither typical problem definitions nor solutions invite critical popular understanding or involvement in democratic politics."

Dengan kata lain, buku Edelman cuba membangkitkan persoalan tentang "the symbolic nature of politics, and specifically the role played by non-rational beliefs (those that lack real-world grounding) in the shaping of political preferences."

Menurutnya, "beneath an apparently functional and accountable democratic state lies a symbolic system that renders an ignorant public quiescent. The state, the media, civil society, interpersonal relations, even popular art are part of a mass spectacle kept afloat by empty symbolic beliefs."

Walaupun kita boleh tidak bersetuju dengan analisisnya, bagi saya, ia tetap menarik kerana cuba menyuluh beberapa persoalan ketatanegaraan secara ringkas serta padat, dan pada waktu yang sama cuba menyelak penyelewengan-penyelewengan terseumbunyi.

2 comments:

JiwaKosong said...

Helo,nice info n nice blog,jom lawat blog saye ni plak di http://tolongsenyap.blogspot.com ,ok jgn lupe linkkn skli erk blog ni,ok bye

Anonymous said...

聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 真爱旅舍 , 真人秀场聊天室热舞 , 293真人秀场 , 真人秀场聊天室 , 美女qq真人秀视频