Thursday, July 06, 2006

Argo

Di Indonesia, jika kali pertama menjejakkan kaki di Jakarta, kita boleh mati ketawa atau mati kebingungan!

'Baldi', kata kita, 'ember' kata mereka. 'Tuala' kata kita, 'handuk' kata mereka. 'Tambang teksi' pula jadi 'argo', 'sudu' jadi 'senduk', T-shirt jadi 'kaos'. Jangan sebut soal AC (bunyi: A-se), HP (ha-pe) atau bencong. Lagi bingung!

Tetapi catatan ini bukan Indonesia dan bahasanya tetapi tentang 'argo' buku yang sedang diusahakan untuk diturunkan. Kata teman saya, 'argo' ini berasal dari daerah Sumatera -- atau 'harga' bagi pelat orang Melayu Semenanjung.

Baca berita ini Dua kementerian berusaha turunkan harga buku (mStar Online, 6 Jul) dan Pesta buku terapung terbesar dunia di Pelabuhan Klang (mStar Online, 6 Jul).

Apakah kita tidak bersyukur lagi tinggal di Malaysia dan diperintah Barisan Nasional -- yang begitu prihatin pada nasib buku dan peminat buku?

Harapkan pembangkang? Sorry-lah ...

(ii)

Baca juga berita ini 15 buku lucah diharamkan (mStar Online, 23 Jun), 18 buku diharam termasuk Armstrong, Esposito (mStar Online, 18 Jun) dan Buku Amina Wadud antara yang diharamkan KKDN (mStar Online, 21 Nov 2005).

Tidakkah ia langkah bagus -- untuk mengawal moral pembaca supaya tidak sesat, menyeleweng dan merosakkan fikiran? Bersyukurlah tinggal di Malaysia dan diperintah Barisan Nasional.

Saya sekarang sudah insaf ... rasa macam nak isi borang Umno, khusus selepas membaca kenyataan bekas pemimpin Keadilan, Keadilan korup, bahaya, perlu dibubar: Rahman Othman (mStar Online, 6 Jul)

Tuesday, July 04, 2006

Ngamok

Bagi Anwar, alasan beberapa pemimpin kanan PAS, termasuk naib presiden Datuk Husam Musa, untuk "mendengar sendiri" maklumat terkini daripada mulut Dr Mahathir "tidak boleh diterima." ... lengkap di sini (artikel terbaru saya di mStar Online)

[S]aya menerima sms dari seorang rakan intelektual dan penyair. Dia ngamok laksana Megat Seri Rama berang dan melontarkan tombak ke Sultan Mahmud ... lengkap di sini (blog Khalid Jaafar)

Hari ini, 4 Julai 2006 (Selasa) adalah hari yang cukup memalukan bagi PAS apabila komplot yang melibatkan Naib Presiden PAS, YB Haji Husam Musa pecah apabila beliau didapati mengadakan satu pertemuan sulit dengan dua orang kuat dan wakil Tun Dr Mahathir Mohammad ... lengkap di sini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bukan legasi yang ditinggalkannya yang menjadi keprihatinannya tetapi beliau bersuara kerana berlakunya perkara-perkara yang "salah" ... lengkap di sini

Saya dapat menyelami kegelisahan aktivis Parti dan rakyat terbanyak yang terkeliru apabila menonton gelagat beberapa orang pemimpin PAS dan DAP yang menghadiri Dialog Perdana dengan Dr. Mahathir Mohammad di Taman Melawati pada 24 Jun lalu. ... lengkap di sini (blog Azmin Ali)

Jika anda membaca semua catatan blog yang saya paparkan ini, pastilah anda akan faham maksud tulisan saya di mStar Online - Serangan Dr Mahathir tempias pada Anwar.

Nantikan ... akan muncul di pawagam anda .... (ada lagilah sambungannya!)