Thursday, July 06, 2006

Argo

Di Indonesia, jika kali pertama menjejakkan kaki di Jakarta, kita boleh mati ketawa atau mati kebingungan!

'Baldi', kata kita, 'ember' kata mereka. 'Tuala' kata kita, 'handuk' kata mereka. 'Tambang teksi' pula jadi 'argo', 'sudu' jadi 'senduk', T-shirt jadi 'kaos'. Jangan sebut soal AC (bunyi: A-se), HP (ha-pe) atau bencong. Lagi bingung!

Tetapi catatan ini bukan Indonesia dan bahasanya tetapi tentang 'argo' buku yang sedang diusahakan untuk diturunkan. Kata teman saya, 'argo' ini berasal dari daerah Sumatera -- atau 'harga' bagi pelat orang Melayu Semenanjung.

Baca berita ini Dua kementerian berusaha turunkan harga buku (mStar Online, 6 Jul) dan Pesta buku terapung terbesar dunia di Pelabuhan Klang (mStar Online, 6 Jul).

Apakah kita tidak bersyukur lagi tinggal di Malaysia dan diperintah Barisan Nasional -- yang begitu prihatin pada nasib buku dan peminat buku?

Harapkan pembangkang? Sorry-lah ...

(ii)

Baca juga berita ini 15 buku lucah diharamkan (mStar Online, 23 Jun), 18 buku diharam termasuk Armstrong, Esposito (mStar Online, 18 Jun) dan Buku Amina Wadud antara yang diharamkan KKDN (mStar Online, 21 Nov 2005).

Tidakkah ia langkah bagus -- untuk mengawal moral pembaca supaya tidak sesat, menyeleweng dan merosakkan fikiran? Bersyukurlah tinggal di Malaysia dan diperintah Barisan Nasional.

Saya sekarang sudah insaf ... rasa macam nak isi borang Umno, khusus selepas membaca kenyataan bekas pemimpin Keadilan, Keadilan korup, bahaya, perlu dibubar: Rahman Othman (mStar Online, 6 Jul)

10 comments:

Anonymous said...

hehehe...
saya pun sudah insaf... kalau ambil borang Umno, ambilkan buat saya sekali.

Sapere Avde said...

laaa....baru nak ambil borang! kita siap buat cawangan baru umno dah..hahahahaha

Andin Salleh said...

Antara berita yang menarik tentulah tuduhan Rahman Othman bahawa dlm Keadilan ada korupsi(?).

Ini tuduhan yang berat. Biarlah pemimpin tertinggi parti itu menjawabnya.

Dhani said...

fathi.ada 2 pilihan cover kat sini: http://bilik.blogspot.com sila pilih yang mana hati berkenan.:D

Andin Salleh said...

Sayang ketika UMNO sedang menghadapi krisis(?), Rahman Othman suruh bubarkan Keadilan. Siapa yang akan terus melawan UMNO? PAS-kah?

Anonymous said...

setuju fathi harus masuk umno.

pendedahan RO sekarang ini sama taraf dengan si Chandra yang mengaku DSAI sebenarnya homoseks....

Khalid Jaafar said...

Apa kau tulis ni Fathi. Elie Wong sudah ngamok. Dia telefon gue marah-marah sama lu. Dia suruh kau kaji semua "Petunjuk Di Sepanjang Jalan" dan kitab-kitab Fathi Yakan. Rentikan Fathi Habamas!

Andin Salleh said...

Buku yang disebut oleh Elie Wong itu kalau tak salah ialah buku rujukan budak-budak muda dakwah (di Malaysia) tahun 1970-an dahulu!

Termasuk agaknya rujukan Haji Hadi masa beliau masih muda, masa beliau mengeluarkan fatwa "UMNO tu kafir"(?)

Anonymous said...

kalau hang nak masuk umno aku galakkan,orang seperti yang akan merosakkan keadilan, hang nie patutnya berfikir dulu sebelum terjun dalam dunia politik,sebabnya

1.tak de pendirian/prinsip
2.terima bulat-bulat apa yang orang bodoh cakap.
3.tak gunakan akal sebelum bertindak

Anonymous said...

emmm, provokasi kuat nampak!!!