Tuesday, July 11, 2006

Malam

Siapa sokong (dan menikmati) kehidupan malam, atau night life? Kata orang Indonesia, "dugem" atau dunia gemerlap malam.

Sokonglah saranan Tengku Adnan di sini Tiada niat lahirkan manusia tidak bermoral, katanya hari ini.

Tetapi Shahrizat "membantah keras" (bukan lembut, ya!) cadangan ini di sini Shahrizat bantah idea lanjut operasi pusat hiburan, menyusul bantahan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan beberapa pihak lain, KKDN tidak setuju disko dibuka hingga 5 pagi.

Najib pula (macam kita boleh agak, untuk "meredakan keadaan") berkata kerajaan Belum tetapkan waktu baru operasi pusat hiburan.

Tengku Adnan bercadang mengurangkan harga minuman keras dan melanjutkan masa operasi pusat hiburan di bandar-bandar besar tetapi mufti Perak Harussani pula berkata orang Islam membelanjakan RM3 bilion untuk berjudi dan RM1 bilion untuk alkohol setahun.

Pandangan anda, apa pula?

7 comments:

mat arau said...

mat arau ikut najib untuk "meredakan keadaan".

Harat said...

Banyak menteri banyak pendapat. Agaknya dipengaruhi oleh sistem nilai yang bercelaru. Sebab kita sudah tidak ada jati diri, dan kita tidak tahu kita hendak masyarakat yang macam mana!

Dhani said...

orang muda kena lepak malam-malam. tak lepak malam-malam bukan orang muda namanya.hehe.:D

Harussani adik Halalharamsani said...

Memang tidak ada jati diri. Terlalu banyak orang sekular dan liberal di negara kita.

Sekarang mereka menganut pluralisme pula -- konon semua agama sama.

Tengku Adnan mesti seorang menteri sekular dan liberal.

Bahaya, memang bahaya.

Lain kali sokonglah parti Islam, parti perjuangan untuk menegakkan satu-satunya sistem nilai universal.

Gerenti tidak celaru lagi, Harat!

Anonymous said...

Jika terlalu banyak orang sekular yang menganut pluralisma, bagaimana mereka hendak sokong parti islam yang tak liberal????
Rasa rasa nya orang yang mengaku diri mereka penyelamat agama islam yang bercelaru.

Islam adalah islam dan manusia itu memang berbagai jenis dan berbagai fahaman. Parti islam tidak mungkin dapat menjanjikan satu budaya dan satu fahaman. Itu fascisma namanya, bukan islam.

Bangun lah ke realiti dunia.

Anonymous said...

Saya cadangkan PM arahkan satu therapi khas atau konsulin untuk orang atasan yang kosong jiwanya. Orang atasan inilah yang hanya berfikir tentang poket sendiri, tentang keuntungan yang singkat tanpa peduli masaalah berpanjangan rakyat dan gejala sosial yang teruk, harus ditherapikan. Kalau tidak, bila mereka ini naik keperingkat yang lebih tinggi, hancurlah Malaysia.

zer said...

TAHNIAH DAN SYABAS ! itulah perkataan yg terbaik aku patut lontarkan pada menteri malaya .kepada menteri yg tak sokong adnan aku tak paham dengan korang ni korang bagi lesen, korang dapat untung atas cukai semua tu, korang makan duit haram, korang bagi anak bini korang makan duit haram, korang tolak hukum Islam korang sedar tak apa yg korang dah sokong dan lakukan kat palimen tu lagi besar impaknya dari apa yg tengku nan cadangkan tu. alaah tak payah sesusah lah wahai menteri malaya korang semua pun sama laa.budak tadika pun tau lah korang memang PELAKON....yg penting kantong korang penuh!nasihat aku satu je la esok kalau dah puas lepas tu nak tobat pegi jumpa sahibusamah datuk seri tuan haji samy veloooooo...selamat betobat....arios amigosss