Monday, July 10, 2006

Mati

Ini kes naya!

SIBU: Minggu Mang anak Madang yang bekerja dengan syarikat Samling Timber Industry cedera parah di kepala kerana sebab yang tidak diketahui dan meninggal dunia semasa dibawa ke Hospital Nyalau di Bintulu, demikian yang tercatat dalam rekod rasmi polis dan hospital.

Menurut rekod berkenaan, lelaki Iban ini meninggal dunia pada 18 Jan 2002 dan sijil matinya ditandatangani oleh Dr Faizal Ghazali dari hospital itu manakala laporan mengenai kematiannya dibuat oleh seorang bernama Mos bin Kerma.

Mayatnya dituntut oleh dua lelaki itu untuk dikebumikan. [... ...]

Minggu, yang mempunyai tiga anak, telah membuat laporan polis di sini dan di Bintulu tentang masalah yang dialaminya.

"Ini memang tidak masuk akal," katanya.

"Saya tak pernah bekerja dengan syarikat Samling. Malah, pada masa itu saya jadi subkontraktor yang menjalankan kerja bernilai kira-kira RM1 juta bagi projek Jambatan Durin (dekat Sibu) dan kemudian di Hospital Besar baru Sarikei.

"Saya ada penyata bank bagi membuktikan pendapatan yang saya terima.

"Nampaknya, tidak ada tanda-tanda bilakah siasatan tentang perkara ini akan berakhir. Saya tahu polis sedang berusaha dengan sedaya-upaya, tapi saya juga perlu terus hidup." [... ...]

Edisi lengkap di sini <--- bukti nyata bagaimana negara membelitkan masalah manusia!

Harussani tuduh JAKIM tidak serius isu murtad
RM3.2 juta lesap gara-gara bomoh palsu
Syabu RM13 juta dirampas, pura-pura syarikat kosmetik

3 comments:

Andin Salleh said...

Mufti Perak sudah lama menimbulkan isu murtad. Satu masa dulu, beliau mengatakan jumlah orang murtad 250,000 orang; sekarang sudah turun menjadi 100,000 sahaja. Adakah fakta itu tepat?

Sama ada fakta itu tepat atau tidak, ada dua persoalan yang mungkin elok saya timbulkan di sini:

a) Adakah yang murtad itu orang Melayu-Islam, atau "mualaf" (Orang Cina dan India yang dahulunya masuk Islam, dan sekarang mahu kembali ke agama asal)?

b)Bagaimana mahu mengatasinya? Mahu dibunuh atau apa?

Salam.

Anonymous said...

Bacalah argumen peguam-peguam dalam kes Lina Joy!

Anonymous said...

harat kau ni muslim ke? kalau kau muslim kau memang berkarat, figure seratus atau seribu tu penting sangat ke,yg penting isu ramai org islam murtad la ni perlu diketengahkan yg lagi penting perlu pihak berkuasa atas isu ini study cause dan membendung gejala murtad ini dari berterusan.