Hari ini, pada 1906, akhirnya mahkamah mendapati Alfred Dreyfus tidak bersalah dan dibebaskan.
Peristiwa besar ini mendorong gelar 'Dreyfus Affair' dan Emile Zola si novelis itu dijulang bersama sikapnya yang tegas dan berani -- walau sendirian.
Zola, pengarang Savage Paris dan sejumlah karya lain, akhirnya ditemui mati, juga disyaki dibunuh!
Hukuman terhadap Dreyfus sejenis skandal besar, kebetulan dia seorang pegawai tentera berketurunan Yahudi, maka mudahlah sentimen awam digemblengkan. Dia dituduh menjadi agen dan menjual maklumat strategik ketenteraan kepada Jerman.
Dreyfus ditangkap pada 15 Oktober 1894. Dia penjara selama dua bulan, termasuk sendirian (solitary confinement) bersama penyeksaan berat untuk memaksanya mengaku jenayah yang tidak dilakukannya. Gagal mendapat sebarang bukti atau pengakuan, tentunya.
Pendek kata dia seorang pengkhianat, 'traitor' kata Dr Mahathir Mohamad kepada kami dulu Malaysiakini.com 2001. Pengkhianatan peringkat tinggi, high treason, begitulah yang dihadapkan kepada Dreyfus.
Si Yahudi dicampak ke penjara seumur hidup di Pulau Iblis (Devil's Island) di laut French Guiana selepas perbicaraan tertutup di mahkamah tentera.
Beberapa tahun kemudian, bersama kempen isterinya, butiran-butiran kes ini pula terbocor kepada akhbar dan isu ini menjadi perbualan umum.
Tetapi Zola enggan tunduk pada suara ramai, tidak mahu sujud pada pemimpin, bangsa dan negaranya yang korup.
Pada 13 Januari 1898, Zola menulis J'accuse yang tersohor itu -- menuduh konspirasi besar pegawai tinggi tentera dan elit politik Perancis, termasuk Presiden. Tuduhan yang cukup besar kesalahannya dan dia melarikan diri ke England selepas itu.
Hari ini 12 Julai 1906 memang mahkamah umum membebaskan Dreyfus tetapi, kata Hannah Arendt, hanya mahkamah tentera yang boleh membersihkan namanya.
Tentera enggan menyatakan Dreyfus tidak bersalah sehingga 1995 -- satu tempoh penangguhan keadilan yang cukup panjang, namun tidaklah sepanjang tempoh zalim Gereja terhadap Galileo Galilei sejak 1632.
Dia hanya "dimaafkan" -- kerana kononnya melanggar perintah imam Gereja -- pada 1992 tetapi Gereja sendiri tidak rasa berdosa menghukum pemikir agung sains ini!
Wednesday, July 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
www.ariapertama.blogspot.com
Dan jangan lupa wartawan terpenting yang melaporkan kasus tersebut adalah sepupu engkau yang bernama Theodore Herzl. Dari kasus Dreyfus si Herzl terilham untuk mencari jalan menyelamatkan bangsanya dalam konteks Yahudi maka sepupu engkau itupun mengasaskan Zionisme. Hasmi, sekarang propagandis Keadilan Parit Sulong pun berkenalan dan bercinta dengan seorang sepupu perempuan kau yang bernama Hannah Arendt. Negeri yang di ilhamkan oleh sepupu engkau ingin dibakari oleh Hizbollah dan Hamas!
aduh sepupu saya juga pak khalid, oops cousin kita juga yang mengaku muslim ;)
hehe Arendt tue sangat lurus dan agak nostalgik-romantika, nie yang potong stim.
Post a Comment