Tuesday, July 04, 2006

Ngamok

Bagi Anwar, alasan beberapa pemimpin kanan PAS, termasuk naib presiden Datuk Husam Musa, untuk "mendengar sendiri" maklumat terkini daripada mulut Dr Mahathir "tidak boleh diterima." ... lengkap di sini (artikel terbaru saya di mStar Online)

[S]aya menerima sms dari seorang rakan intelektual dan penyair. Dia ngamok laksana Megat Seri Rama berang dan melontarkan tombak ke Sultan Mahmud ... lengkap di sini (blog Khalid Jaafar)

Hari ini, 4 Julai 2006 (Selasa) adalah hari yang cukup memalukan bagi PAS apabila komplot yang melibatkan Naib Presiden PAS, YB Haji Husam Musa pecah apabila beliau didapati mengadakan satu pertemuan sulit dengan dua orang kuat dan wakil Tun Dr Mahathir Mohammad ... lengkap di sini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bukan legasi yang ditinggalkannya yang menjadi keprihatinannya tetapi beliau bersuara kerana berlakunya perkara-perkara yang "salah" ... lengkap di sini

Saya dapat menyelami kegelisahan aktivis Parti dan rakyat terbanyak yang terkeliru apabila menonton gelagat beberapa orang pemimpin PAS dan DAP yang menghadiri Dialog Perdana dengan Dr. Mahathir Mohammad di Taman Melawati pada 24 Jun lalu. ... lengkap di sini (blog Azmin Ali)

Jika anda membaca semua catatan blog yang saya paparkan ini, pastilah anda akan faham maksud tulisan saya di mStar Online - Serangan Dr Mahathir tempias pada Anwar.

Nantikan ... akan muncul di pawagam anda .... (ada lagilah sambungannya!)

10 comments:

Aqil Fithri said...

fathi, sudah jadi resmi PAS untuk memukat kepentingan politik bila ada kesempatan :-)

Anwar, ketika dalam kerajaan, pernah dimusuhi oleh PAS. namun, kerana perut dan pertimbangan politik, kedua2 bertemu di saat reformasi 1998. begitu juga sebelum itu lagi bersama dengan Ku Li...


jadi, apalah nak dihairankan jika PAS kini bersama TDM pula? :-) itukan resminya :-)

Andin Salleh said...

Haji Hadi kata PAS sedia memaafkan Mahathir.

Ini satu kemenangan moral yang besar bagi Mahathir yang pernah dituduh menghina Nabi, Mahazalim dan Mahafiraun.

PAS agaknya betul-betul nak menangguk di air yang keroh.

Tapi saya fikir, itu hanya kerja bodoh.

"Persekongkolan" PAS dengan Mahathir memang boleh menjatuhkan Dollah Badawi. Tapi ini tidak bererti orang-orang UMNO akan meninggalkan parti itu dan beramai-ramai memasuki PAS.

Daripada menyokong sebuah parti yang bertindak naif seperti PAS, lebih baiklah mereka terus menyokong UMNO!

Aqil Fithri said...

harat,

kita kena tahu, salah satu budaya sebahagian besar ahli2 PAS ialah mereka mudah untuk memaafkan pemimpin. bukan sahaja memaafkan pemimpin mereka sendiri, malah dengan musuhnya sekalipun.

jadi, husam musa tak usahlah gentar untuk melakukan kesilapan dalam eksperimen politiknya ;-) kerana, tentunya ahli2 PAS sentiasa bersangka baik ;-)

Andin Salleh said...

Apabila PAS memaafkan Mahathir, tidak syak lagi Mahathir telah mendapat "kemenangan moral" yang besar.

Dia seolah-olah "sudah bersih" dari cap mahazalim dan mahafiraun yang dahulu diberikan kepadanya, dan dari cap seorang yang menghina Nabi, sebagaimana yang dituduhkan oleh PAS kepadanya.

Dengan menyokong Mahathir dan bersekongkol dengan Mahathir, PAS mungkin boleh menolong mempercepat kejatuhan Dollah Badawi dari kerusi PM

Akan tetapi, PAS seharusnya sedar, bahawa kini orang-orang UMNO hanya "bencikan" Abdullah Badawi dan menantunya. Mereka umumnya masih sayangkan UMNO.

Oleh itu, PAS tidak boleh mengharapkan dengan "menunggangi" isu Mahathir mereka akan mendapat keuntungan politik, seperti ketika mereka menunggangi isu Anwar dahulu.

Saya tidak tahulah kalau orang PAS tidak sedar kesilapan mereka.

padangrata said...

Mari baca pulak ulasan saya dalam hal ini di www.padangrata.blogspot.com

Khalid Jaafar said...

Takde cite bolake dalam blog ni?

Aqil Fithri said...

Pak Khalid nie, macam tak puas hati dengan tuan punya blog nie aje :-) bagilah sokongan sket! :-)

Anonymous said...

Bukan apa2 Aqil, PK tengah "frust" sebab Jerman kalah. Aku memang sokong Itali & Perancis.

Agak2 final nanti siapa menang?

Khalid Jaafar said...

Janganlah sebut final saja. No 3 pun kena fikir, barulah pendekatan syumul, syamil dan kamillagi mutakammil. Jerman akan bangkit semula sebagaimana bangkit di zaman Konrad Adenauer selepas hancur dalam WWII

simpang-kiri said...

Ya lah, mengapa setiap kali komen keluar dari kepala Khalid Jaafar terhadap Fathi, ada sahaja yang tak kena. Kasar betul bunyinya. Adakah ini lagak yang mahu disuburkan oleh Tuan Pengarah IKD?

Sepatutnya kita semua, semakin tinggi ilmu yang ada, semakin merendah diri, bukan sebaliknya. Renung-renungkan lah.