Tuesday, September 05, 2006

Resolusi

Sebagai rekod, diterbitkan kembali dua sumber berita berhubung resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan agung Pemuda MCA pada 26 Ogos lalu:

Pemuda MCA kecam buku UPM, sokong forum agama (mStar Online, 26 Ogos 2006)

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA membidas pengkaji sejarah yang tidak bertanggungjawab mengubah fakta sejarah dalam menulis buku teks mengenai hubungan etnik sehingga mengabaikan sumbangan sesetengah kaum dalam proses pembinaan negara.

Pemuda MCA dalam 13 resolusi yang diluluskan pada perhimpunan tahunannya ke-43 hari ini menegaskan ramai ahli akademik dan pengkaji sejarah muda membuat interpretasi sejarah kemerdekaan secara selektif sehingga mengabaikan sumbangan kaum Cina dan India dalam proses pembentukan dan pembangunan negara.

Misalnya, yang terkandung dalam buku teks Sejarah yang digunakan di Sekolah Menengah pada masa kini selain buku "Hubungan Etnik" yang dirangka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) - termasuk di Universiti Putra Malaysia (UPM) - sehingga menimbulkan banyak kontroversi.

Sehubungan itu, Pemuda MCA menggesa Kementerian Pengajian Tinggi membuat pembetulan secepat mungkin dan menjemput pengkaji sejarah yang berbilang kaum untuk memeriksa isi kandungan dan fakta sejarah.

Resolusi Pemuda MCA turut menggesa kerajaan melantik pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKs) yang berpengalaman untuk memegang jawatan pengarah dan pegawai kanan di Bank SME tanpa mengira kaum.

Mereka meminta supaya prosedur pinjaman dipermudahkan dan segala kerenah birokrasi dimansuhkan memandangkan sejak Bank SME ditubuhkan, pengusaha IKS Cina masih gagal mendapat pinjaman bank tersebut atas kerenah birokrasi.

Resolusi lain yang diluluskan perhimpunan tahunan Pemuda MCA adalah seperti berikut:
* Menyeru kerajaan berpegang kepada perlembagaan agar dapat memberi ruang pembangunan yang lebih kepada agama lain serta membenarkan forum agama bukan Islam dianjurkan.
* Menggubal undang-undang supaya hukuman sebat mandatori terhadap peragut selain hukuman mati untuk peragut yang menyebabkan kematian.
* Meluluskan penambahan anggota polis dan mengarahkan rondaan polis yang lebih kerap di setiap kawasan perumahan.
* Menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
* Menyokong penuh dan merealisasikan Sembilan Agenda Utama MCA meliputi sosial, ekonomi dan politik.
* Menyeru Kementerian Pelajaran menambah peruntukan untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
* Menyeru kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti.
* Menyeru Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem meritokrasi sebenar dan meningkatkan sistem pengambilan pelajar yang lebih telus.

Full support for PM among resolutions (Sunday Star, 27 August 2006)

THE following are some of the resolutions passed by the MCA Youth delegates' conference:

* FULLY support Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as the country's leader and his implementation of projects that benefit the people;
* FULLY support the realisation of the Nine-Point Party Platform;
* URGE the Education Ministry to increase the allocation for Chinese school under the 9th Malaysia Plan and approve the building, expansion and relocation of new Chinese schools;
* URGE the Government to amend Universities and University Colleges Act to respect the rights of associations and the freedom of speech of graduates;
* CONDEMN irresponsible historians for modifying historical facts and writing history textbooks in a bias way when dealing with ethnic relations as well as disregarding the contributions of Chinese and Indians in nation building;
* URGE all government agencies to recognise that “multicultural is the country's asset” and promote unity through interactions among people from various races;
* URGE the Government to stay true to the constitution to ensure that more space is available for the development of other religions and allow non-Islam religion forums be held and respect the freedom of speech of non-Muslims; and
* URGE the Government to amend the law to impose heavier punishment on snatch thieves.

Tuesday, August 29, 2006

Stesen

Kemas kini Esok, Jumaat, keputusan lebih lengkap rating akan dikeluarkan, kata laporan Utusan Malaysia semalam. Tetapi seperti telah diramal, RTM memang tetap mempertikaikan rating yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research dua hari lepas.

Menariknya, RTM membuat tinjauan di Kg Baru, Kuala Lumpur: 28 daripada 30 buah kedai makan atau restoran di situ menonton rancangan 'Mawi ... Ina' dan hanya (ulang: hanya) dua kedai yang menonton persandingan Siti-K.

Agensi rating itu menyebut: 6.3 juta penonton memilih untuk menyaksi persandingan, sementara 4.7 juta lagi memilih untuk mengikuti kisah pasangan putus tunang.

Apakah akan ada perubahan statistik esok? Mari kita ikutinya sama-sama ....

[ii]

Bagi anda yang tidak meminati acara gilang-gemilang Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Khalid, sekurang-kurangnya ada 1 sebab kenapa anda harus memberikan perhatian pada majlis persandingan mereka malam tadi.

Sesiapa yang mengabaikannya, dan meremehkan acara ini, bukan sahaja boleh dianggap tidak up-to-date, tetapi juga tidak media**-and-political savvy (kecuali memiliki sebuah kereta dengan jenama ini!).

Begitu juga kepada anda yang tidak menganggap Mawi, apatah lagi tunangnya Ina, dua nama yang perlu diberikan perhatian (maklum, mereka tidak berpelajaran tinggi!), sekurang-kurangnya ada 1 sebab yang boleh memaksa mereka dua ini penting untuk digandingkan di stesen Astro dan RTM1 malam tadi, serentak dengan acara persandingan Siti-Datuk K.

Atau, jika semuanya itu tidak menarik minat anda, setidak-tidaknya kenyataan Menteri Penerangan boleh mendorong anda berfikir.

Saya tidak mahu mengulas lanjut. Tetapi setahu saya, mStar Online satu-satunya media terawal (ulang: terawal) yang berjaya menghidu "perang media" antara Astro-RTM1 dengan TV3.

Mungkin sahaja wartawan dan kami salah, tetapi analisa anda selanjutnya tergantunglah bagaimana anda menilai persoalan ini ...

[iii]

Oh ya! Ia belum selesai sehingga Astro, RTM1 dan TV3 mengisytiharkan kemenangan masing-masing melalui pemeringkatan (rating) penonton masing-masing.

Atau, jika perang berlanjutan, rating itu sendiri harus dipertikaikan! Hehehe...

** media di sini dengan maksud lebih khusus, show business, industri hiburan yang ada hubungan dengan media

Berita-berita lain yang relevan:
+
Siti atau Mawi?
+ Siti or Ina – viewers get to decide on Monday night