Tuesday, September 05, 2006

Resolusi

Sebagai rekod, diterbitkan kembali dua sumber berita berhubung resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan agung Pemuda MCA pada 26 Ogos lalu:

Pemuda MCA kecam buku UPM, sokong forum agama (mStar Online, 26 Ogos 2006)

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA membidas pengkaji sejarah yang tidak bertanggungjawab mengubah fakta sejarah dalam menulis buku teks mengenai hubungan etnik sehingga mengabaikan sumbangan sesetengah kaum dalam proses pembinaan negara.

Pemuda MCA dalam 13 resolusi yang diluluskan pada perhimpunan tahunannya ke-43 hari ini menegaskan ramai ahli akademik dan pengkaji sejarah muda membuat interpretasi sejarah kemerdekaan secara selektif sehingga mengabaikan sumbangan kaum Cina dan India dalam proses pembentukan dan pembangunan negara.

Misalnya, yang terkandung dalam buku teks Sejarah yang digunakan di Sekolah Menengah pada masa kini selain buku "Hubungan Etnik" yang dirangka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) - termasuk di Universiti Putra Malaysia (UPM) - sehingga menimbulkan banyak kontroversi.

Sehubungan itu, Pemuda MCA menggesa Kementerian Pengajian Tinggi membuat pembetulan secepat mungkin dan menjemput pengkaji sejarah yang berbilang kaum untuk memeriksa isi kandungan dan fakta sejarah.

Resolusi Pemuda MCA turut menggesa kerajaan melantik pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKs) yang berpengalaman untuk memegang jawatan pengarah dan pegawai kanan di Bank SME tanpa mengira kaum.

Mereka meminta supaya prosedur pinjaman dipermudahkan dan segala kerenah birokrasi dimansuhkan memandangkan sejak Bank SME ditubuhkan, pengusaha IKS Cina masih gagal mendapat pinjaman bank tersebut atas kerenah birokrasi.

Resolusi lain yang diluluskan perhimpunan tahunan Pemuda MCA adalah seperti berikut:
* Menyeru kerajaan berpegang kepada perlembagaan agar dapat memberi ruang pembangunan yang lebih kepada agama lain serta membenarkan forum agama bukan Islam dianjurkan.
* Menggubal undang-undang supaya hukuman sebat mandatori terhadap peragut selain hukuman mati untuk peragut yang menyebabkan kematian.
* Meluluskan penambahan anggota polis dan mengarahkan rondaan polis yang lebih kerap di setiap kawasan perumahan.
* Menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
* Menyokong penuh dan merealisasikan Sembilan Agenda Utama MCA meliputi sosial, ekonomi dan politik.
* Menyeru Kementerian Pelajaran menambah peruntukan untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
* Menyeru kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti.
* Menyeru Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem meritokrasi sebenar dan meningkatkan sistem pengambilan pelajar yang lebih telus.

Full support for PM among resolutions (Sunday Star, 27 August 2006)

THE following are some of the resolutions passed by the MCA Youth delegates' conference:

* FULLY support Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as the country's leader and his implementation of projects that benefit the people;
* FULLY support the realisation of the Nine-Point Party Platform;
* URGE the Education Ministry to increase the allocation for Chinese school under the 9th Malaysia Plan and approve the building, expansion and relocation of new Chinese schools;
* URGE the Government to amend Universities and University Colleges Act to respect the rights of associations and the freedom of speech of graduates;
* CONDEMN irresponsible historians for modifying historical facts and writing history textbooks in a bias way when dealing with ethnic relations as well as disregarding the contributions of Chinese and Indians in nation building;
* URGE all government agencies to recognise that “multicultural is the country's asset” and promote unity through interactions among people from various races;
* URGE the Government to stay true to the constitution to ensure that more space is available for the development of other religions and allow non-Islam religion forums be held and respect the freedom of speech of non-Muslims; and
* URGE the Government to amend the law to impose heavier punishment on snatch thieves.

2 comments:

Amin Ahmad said...

Susah juga jadi pelajar UPM sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi jadi bekas pimpinan pelajar. Yang lebih susah ialah pimpinan pelajar yang sentiasa ada 'fikiran lain' dari pentadbir..

Anonymous said...

SRJK menghalang perpaduan negara?
Saya langsung tidak setuju perkara ini. Ini kerana, SJK inilah satu satunya jalan untuk kaum Cina dan kaum India untuk belajar bahasa Ibunda masing-masing. Selain daripada bahasa penghantar sahaja yang berlainan, semua subjek yang diambil adalah sama seperti yang SK, sedangkan kepentingan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris turut sama ditekankan.
Salahkah bagi seseorang itu mempelajari bahasa ibunda sendiri? Bayangkan seseorang orang Melayu yang tidak tahu bahasa Melayu, adakah ini wajar berlaku? Masyarakat Melayu mempertahankan Bahasa Melayu, adalah wajar dan sama seperti kaum lain mempertahankan bahasa ibunda masing-masing.
Apa yang saya belajar daripada SJK(C) adalah macam mana hendak menghormati bangsa yang lain. Pada hakikatnya, orang yang menjejaskan perpaduan negara merupakan segelintir pentadbir negara yang berhujah sensitif dan sengaja membangkitkan masalah-masalah......
serta orang yang tidak berfikiran luas.