Thursday, September 07, 2006

Jualan

Bahaya pada agama dan agamawan bermula pada keghairahan, emosi dan kebutaan iman.

[Kira-kira maksud saya macam ungkapan Abdolkarim Soroush tentang orang Islam yang melihat agamanya semacam "pasangan kekasih" -- cinta itu membutakan. Dia tidak boleh "objektif" atau "mencipta jarak" atau "rasional". Agama itu ideologi, atau dalam bahasa Arab disebut 'aqidah. Akidah di sini dieja dengan 'ain huruf kecil, bukan 'ain huruf besar, OK!]

Ia tidak bermula dengan akal, buku dan kajian tetapi menampal sejumlah kata agama -- jika perlu, menempel kalimat-kalimat al-Qur'an -- sewaktu cuba merumuskan persoalan duniawi dan masyarakat yang cuba digelutinya.

Sekalipun dia bermula dengan akal, buku dan kajian -- semuanya ini akan jadi tumpul dek keghairahan dan kecintaan yang menebal, mengasyikkan dan membutakan. Tetapi kita namakan pula ia "iman"!

Sama ada seseorang agamawan itu jujur atau tidak, perkara ini sahaja boleh mencacatkan pergelutan akliahnya itu (kalaulah itu hajatnya yang asal).

Menulis memang boleh dan ia memang kerja 'mudah', apatah lagi jika ia memang seorang penulis atau sasterawan. 'Mudahnya' kegiatan ini seperti menyangkut/melilit serban (atau: kain yang selalunya diserbankan) di bahu ke hulu ke hilir dan menyimpan sejemput janggut.

[Jika perlu lagi, membawa biji-biji tasbih atau menyebut insya allah sebanyak 50 kali dalam tempoh seminit!]

Samalah mudahnya dengan memplagiat (ulang: memplagiat) patah-patah al-Qur'an dalam artikel untuk meyakinkan nilai agama pada artikel, macam juga mengutip petikan, nama pengarang dan buku rujukan.

Kononnya nanti dapat memberi sense of authenticity atau authority pada artikel dan penulisnya.

Lagipun, penulis kreatif atau manusia sastera ini memanglah dikenali sarat dengan kata-kata tetapi kontang kejujuran ilmiahnya atau tidak tekal disiplin ilmiahnya. Sarat propaganda tetapi tidak ada kedalaman akal.

Pada dasarnya, ia bergelut seperti meronta-ronta di permukaan air, dia tidak menyelam dengan lincah di perut lautan. Dia hanya mendebur-deburkan permukaan air dan mengocak untuk mencipta riak-riak.**

Ramai pembaca dan pengikutnya tidak akan sedar dia sekadar bermain air (bukan penyelam mutiara) seperti mudahnya mengutip pengikut di tepi longkang artikel kita.

Entah mengapa dan di mana celakanya, semua penulis mesti ada pengikut dan pemujanya sendiri!!! Walau bagaimana bodohnya penulis itu atau walau bagaimana buruknya wacana dalam artikelnya, pastilah ada pengikut dan peminatnya sendiri.

Jika dia tidak berfikir, dia lama-kelamaan akan menjadi penjual agama dalam industri agama. Malah itulah hakikatnya, dia sedang mencipta pasaran dan menjual diri, marketing himself in religious markets -- di hujung nanti keuntungan benda, material gain, macam ustaz-ustaz bebas di masjid dan surau kita.

Meletakkan harga, seolah-olah analisa Marxisme dalam hal ini sentiasa benar dan perennial sifatnya!

Bagaimana dia tidak dianggap menjual diri jika biodata, sumbangan, hasil kerja, lulusan akademik dan anugerah yang diraihnya terpaksa ditulis panjang lebar untuk memperkenalkan dirinya kepada dunia! Fuhhhh... parah 'tu!

Daripada seorang profesional menjadi semacam ustaz; daripada seorang seorang (bekas) penyanyi rock menjadi seorang ustaz; daripada seorang penulis cereka menjadi seorang ustaz -- apatah lagi kalau dia seorang lulusan agama!

Saya memerhatikannya dengan penuh minat. Ke mana jajaannya selepas ini. Sudah ramai orang yang menjualnya dan mudah banyak pula yang tidak laku....

** tugas ini tugasan berat; tugas cendekiawan yang tulen (yang terbukti melalui beratnya hasil pemikirannya daripada tebal bukunya dan dalam pula rentas waktu persoalan yang digelutinya) walau kata 'intelektual', 'cendekiawan', 'terpelajar', 'lulusan universiti' atau seumpamanya di negara kita boleh merangkumi semua jenis manusia yang ke kampus. Tetapi orang yang mendebur-deburkan air sekadar berminat menulis kolum, artikel pendek atau memiliki blog. Oleh kerana dia menjerit, maka tentu ada orang mendengarnya, sama ada mahu atau tidak, terpaksa atau rela. Seperti lolongan anjing di waktu malam, jeritan ini pastilah menarik perhatian.

37 comments:

Aqil Fithri said...

salaam~

saya mengenali fathi aris omar menerusi kritikannya terhadap dogma2 agama. dan, tulisan ini 'kembali' menampilkan diri fathi yang sebenar, setelah lama beliau meninggalkan tema ini...

fathi, boleh dimuat dalam UoL tak?

Anonymous said...

Boleh ... nanti kena touch up dulu sebelum masuk UoL. Aku tgk dulu, Aqil. Terima kasih. faomar@yahoo.com

Aqil Fithri said...

salaam~
ok, saya nanti menerusi kotak emel. terima kaseh!

Sapere Avde said...

sdr sifu, ya..saya telah jumpa kembali mutiara disini...hehehe..lama saya mencari mencari-cari disini...hari ini baru saya berjumpa..tema Patah Balek II...

Unknown said...

Sdr Fathi,

Saya gemar tulisan sdr yg mencabar pikir, mengusik minda dan menduga akal. Ianya satu terapi jiwa. Setuju atau tidak, perkara kedua.

Kalau setakat cerita pasal rating siapa yg lebih tinggi antara Mawi dan Siti, saya tak akan ke mari.. :)

Amin Ahmad said...

Haha..

Ya, kita kenal Fathi begitu. Bukan Fathi yang cerita rating Siti dan Mawi..

Aqil, ya..kita kenal Fathi begitu. Kali pertama aku jumpa Fathi secara berdepan tak silap tahun 2001, meski aku kerap ke UBU sejak hujung 2000. Waktu itu dia sinis sangat..buat aku sedar bahawa tak cukup sokongan terhadap agenda reformasi negara ini dengan pekik lolong dan plagiat seperti yang dinyatakan dalam artikel.

Dia, Pak Khalid dan sebilangan teman yang lain buat aku sedar..
Ya, setuju atau tidak perkara kedua..

Anonymous said...

terima kasih en. fathi atas tulisan tulisan enlightenment seperti ini. agak sudah lama menanti. meminjam dari kata2 yang dicopy tapi diubah suai sikit untuk dasar kepercayaan geografikal:

Kata orang, apa gunanya indah serban di bahu kalau hati sudah berkarat...

Amin Ahmad said...

bunyinya dari blog faisal tehrani

Anonymous said...

:) hanya jauhari yang mengenal manikam

Anonymous said...

Membaca artikel ini memang sedap. Sebab bahasanya penuh dengan labuci membuai-buai. Lebih indah daripada sajak. Puitis dengan segala kata kias. Tapi apa motifnya? Apa sasarannya? Alang-alang menyeluk pekasam, jangan sekerat tangan. Melainkan kalau tangan tu memang kudung.

Artikel ini ditulis berdolaik-dalik. Antara mahu dan tak mahu. Antara ghairah mencanak-canak, dan rasa takut sembunyi-sembunyi. Adakah ini sebuah komentar (untuk siapa? tentang apa?), atau sebuah cerpen (mengangkat watak seorang wartawan pop yang tiba-tiba insaf) yang ditulis dengan gaya prosaik?

Kalau diibarat malam pertama, penulis artikel ini seperti lelaki mati pucuk. Amatlah bijak menguja dan memberahikan isterinya dengan menarik-narik kain, meramas peha dan menggentel-gentel puting susu. Tapi akhirnya, senggama penuh itu tidak berlaku - kerana dia malu-malu. Atau lebih tepat lagi, memang tak mampu kerana dia mati pucuk. Artikel 'tergantung-gantung' ini nyata ketara seperti kisah malam pengantin yang tak ada klimaks!

Kalau artikel ini diumpama pula bagai salakan anjing tengah malam, maka binatang itu adalah anjing tua yang tak bergigi. Dia menyalak dalam gelap, bersembunyi di balik tong sampah hitam. Dari jarak lima batu, salakannya berderau-derau seperti singa betina gian berebut jantan. Bila didekati, nada salaknya mendayu-dayu macam kucing betina baru kekenyangan susu. Ya, artikel ini sangat 'garang dengan hukuman' tapi terlalu semput dengan 'penjelasan'. Bahkan, 'fakta kes' pun tidak disabitkan dengan jelas. Takut, takut-takut, penakut atau ketakutan?

Kata penulis lagi:"Lagipun, penulis kreatif atau manusia sastera ini memanglah dikenali sarat dengan kata-kata tetapi kontang kejujuran ilmiahnya atau tidak tekal disiplin ilmiahnya. Sarat propaganda tetapi tidak ada kedalaman akal."

Apa buktinya. Berikan rujukan kajian. Atau cadangkan nama-nama tokoh lain yang berautoriti dan telah mengagasakan kesimpulan sedemikian. Atau, jika itu adalah dapatan primer dari satu penyelidikan baru, tolong nyatakan cerapan statistik yang dibuat: di mana, berapa sampelnya dan bila kajilapangan itu dibuat.

Atau itu hanya pandangan peribadi penulis? Oh, kalau setakat pendapat personal, saya juga ada sesuatu yang boleh dikongsi.

Begini. Saya fikir wartawan Malaysia adalah peniaga gossip paling handal. Hingga mereka boleh jadikan industri sensasi sebagai periuk nasi (sedangkan rata-rata penduduk lain hanya mampu gunakan ia sebagai pembasah mulut di kedai kopi). Untungnya wartawan kerana hidup dengan gaji daripada kerja-kerja menjual komoditi yang hanya perlu dihasilkan dengan tilikan ghairah emosi. Hai, kenapa perlu ilmu, kan? Bukankah wartawan itu menjual 'berita', bukannya memaparkan fakta. Yang penting ia menjana jualan dan membawa pulangan.

Kata penulis lagi: "Bahaya pada agama dan agamawan bermula pada keghairahan, emosi dan kebutaan iman."

Sama juga kesnya dengan kewartawan dan wartawan. Bahayanya terletak pada keghairahan mencipta berita, emosi dalam bercerita dan kebutaan pada fakta.

Contohnya ayat ini: "Meletakkan harga, seolah-olah analisa Marxisme dalam hal ini sentiasa benar dan perennial sifatnya!"

Apa kaitannya analisa Marxisme dengan dengan konteks yang dirujuk? Tak ada kena mengena. Pendekatan Marxisme disabitkan dengan proses agihan keadilan sosial dan ekonomi. Modnya? Terletak pada penstrukturan kelas masyarakat tanpa sistem kasta. Memang golongan wartawan ini terkenal sebagai flamboyan bahasa dan kasanova terminologi-terminologi jargon. Tapi saya tak salahkan mereka.

Kalau bukan kerana kemahiran menyesatkan yang begini: bagaimana mereka harus mengisi perut sendiri dan sanak famili, kan?

MidlifeCrisisDolmat said...

Subject religion to market forces. That's nothing new, I would like to think.

And excuse Rem, he gets emotional over these things. He accuses other people as being close-minded and myopic whenever they don't agree with him.

Nice write up, sir. Sebagai seorang yang pernah bergelumang dalam industri dakwah ini, saya boleh katakan yang kebanyakan ustaz-ustaz bebas memang 'mercenary' kelakuannya, yakni money talks and all that.

Yalah, Kalau bukan kerana kemahiran menipu diri sendiri dan ummah yang begini: bagaimana mereka harus mengisi perut sendiri dan sanak famili, kan?

Amin Ahmad said...

Saya kira Rem mungkin hanya memilih bahan bacaannya, sehingga terlepas pandangan nama Fathi yang saya mula terpandang sejak tahun awal 90-an. Waktu itu saya di sekolah rendah!

Atau mungkin saya yang terlepas pandang. Bahawa nama Rem sudah muncul jauh lebih awal dari itu..lebih gagah dan lebih berani..

Saya biasa dengan komentar gaya pendebat, komentar gaya pensyarah..tapi akhirnya manusia lebih percaya kepada apa yang dibuat daripada disyarah. Sebab itu, saya kira sdr Fathi dan juga sdr Faisal Tehrani, kedua-duanya saya hormati..kerana mereka telah berbuat sesuatu..kita apa ya?

Amin Ahmad said...

Salam,

Fathi, lama tak jumpa. Buku-buku yang dipesan beli masih ada?

Fathi, memetik kalimat Al-Quran, Hadis, sirah dan sbgnya bagi aku tidak jadi masalah. Soal memindahkan teks kepada konteks yang perlu dibicara.

Bagi aku menghentam mereka yang memilih sandaran teks ini hanya mematikan dialog. Juga mereka yang bersandar teks ini tidak harus berbuat yang sama.

Jika sekular itu sering terkait dengan pemisahan agama dari hidup. Memisahkan teks dengan konteks - adakah ia juga sebahagian masalah sekularisme?

Amin Ahmad said...

Rem said... (aku petik di faisaltehrani.blogspot.com) dalam komen artikel balas faisal pada kau (aku teka la, jahatnya tekaan aku)

Saya sudah ke blognya. Aduh, penuh dengan segala macam retorik. Flamboyan bahasanya, mengalahkan penulis puisi kasanova. Tapi saya rasa tujuan dia menulis hanya semata-mata mahu promosikan diri. Menumpang populariti. Saya tak nampak apa signifkannya artikel dia itu dengan kemahiran asasnya sebagai wartawan penjual gossip dan sensasi. Kalau dia tak padam komen saya, adalah kat situ tu.

Fathi..kuang kuang kuang..
Kadang-kadang aku terkenang..rasa malu pun ada pada diri aku yang sebelumnya, juga kini (kadangkala..)

Kau tahu apa sebabnya? Aku tahu la sebab aku cakap tentang aku..haha

Bisakah hasrat Islam tercapai dengan tuduhan2 buta? Kesian orang yang bagi kau scholarship kajian agama tu..mungkin dia buta..patut dia bagi pada rem..

Aku nak bersangka baik pada rem kejap..
Sejak bila kau jadi wartawan pop? Haha..

Anonymous said...

Amin Ahmad, saya tau anda tidak bodoh. Bukan juga lahir dylexia. Jadi saya juga ingin bersangka baik. Barangkali anda mengantuk ketika membaca komen saya. Atau mungkin juga anda terlupa memakai kaca mata. Apa pun masalahnya, saya pulangkan ia kepada isu peribadi anda. Saya tak campur.

Memetik kata-kata Amin: "Bisakah hasrat Islam tercapai dengan tuduhan2 buta? Kesian orang yang bagi kau scholarship kajian agama tu..mungkin dia buta..patut dia bagi pada rem.."

Tiada sebarang ayat dalam komen saya, sama ada dalam blog Faisal atau sini (bersabit dengan tulisan Fathi) yang menunjukkan saya mempersoalkan tentang agama. Malah, saya bukan fundamentalis agama pun. Minta tolong tunjuk bahagian ayat saya yang melibatkan isu keagamaan. Please DO QUOTE IT specifically.

Masalah saya dengan tulisan ini hanya kepada elemen retorika yang tergantung-gantung. Penuh dengan hukuman. Setengahnya melangkau soal peribadi. Tapi tidak ada substances yang kukuh. Yang dia tau menuduh, menuduh dan menuduh. Konon penulis kreatif itu orangnya begini. Yang suka bercerita tentang agama itu, orangnya begini. Nampak sangat si penulis suka tuduh menuduh. Jadi, apa salahnya saya juga datang sini dengan gaya tuduh menuduh. Salah? :)

Tapi ingat. Tuduhan saya semuanya hanya berasaskan persoalan retorika bahasa. Melacurkan bahasa flamboyan yang bukan-bukan. Sampai dogma Marxisme pun dicarutnya dalam analogi yang tak relevan.

Memang saya tak sentuh pun isu keagamaan. Tapi, kalau dia pernah dapat scholarship buat kajian agama pun, apa saya peduli. Give me two good reasons why I should care? Saya pernah jumpa budak Yahudi dan Kristian yang dapat biasiswa ribuan pounds untuk buat kajian tentang agama Islam. Sampai pandai menulis dan bertutur Bahasa Arab.

Lagi kata Amin: "Atau mungkin saya yang terlepas pandang. Bahawa nama Rem sudah muncul jauh lebih awal dari itu..lebih gagah dan lebih berani".

Jadi anda mengukur kredibiliti berdasarkan tempoh masa dan kuantiti? Ini tiba-tiba buat saya hampir tercirit ketawa. Kenapalah saya beriya-iya sangat nak bersoal-jawab dengan anda. Jika DEMIKIANLAH cara anda meletak indikator untuk nilai sebuah diskusi.. maka buang beras saja nak bertekak.

Lebih baik saya kira umur anda, kira umur saya, ukur kuantiti pengalaman anda, sukat kuantiti pengalaman saya - lepas tu timbang dengan neraca statistik empirikal. Saya namakan ini: Metod Al-Amin untuk mengukur pemikiran. :)

Sejak bila saya jadi wartawan pop? Dah lama dah. Seangkatan dengan Juwie dan Huzz. Napa? Teringin nak tumpang sekaki ke? Ahaks...

Amin Ahmad said...

Sdr Rem,

Soalan jadi wartawan pop tu saya tujukan kepada Fathi, bukan saudara..harap maklum.

Bila pula saya katakan sdr ada sentuh tentang agama? Saya hanya cuba nyatakan bahawa Fathi bukanlah orang yang hasil kerjanya cincai, itu yang saya kenal tentang beliau. Dan memang ada sarang-sarang yang dijoloknya..termasuk saya, hanya untuk menyedarkan sebilangan orang macam saya tentang aspek tertentu yang beliau kesan dari pengucapan saya.

"Tapi saya rasa tujuan dia menulis hanya semata-mata mahu promosikan diri. Menumpang populariti. Saya tak nampak apa signifkannya artikel dia itu dengan kemahiran asasnya sebagai wartawan penjual gossip dan sensasi". Ini saya quote komentar sdr di blog Faisal Tehrani..nasib baik sdr tulis saya rasa, maka saya tulis tentang scholar itu hanya sbg satu bentuk jawapan bahawa Fathi bukanlah wartawan pop, faham?

Tapi tak apalah, sdr sendiri dah nyatakan bahawa tulisan sdr juga cuba meniru gaya Fathi - tuduhan lawan tuduhan. Haha, cuma saya menanti jawab Fathi. Buat masa ini saya rasa tuduhan sdr sgt tersasar..

Tentang soal masa dan kualiti..bila pula saya jadikan itu indikator. Saya juga cuba jelaskan tuduhan sdr yang saya nyatakan tersasar itu, bahawa Fathi telah lama menulis, dan telah jauh berkorban dalam dunia kewartawanan, boleh sdr Rem tanyakan pada ramai aktivis kewartawanan.

Maka, saya menyoal, kita buat apa? Kita tu sdr dan sayalah..malah pembaca yang lain.

Terpulang kepada sdr patut sdr care atau tidak. Ia tentang hal sdr. Bila sdr pertikaikan signifikan artikel tu dgn Fathi..maka terjawab la kot apa yang sy jelaskan.

Haha, tapi bukan satu kesalahan untuk saya, jika ada sekalipun wartawan pop nak tulis tentang agama..mungkin Rem tak bersetuju tentang ini, terpulang..

Justeru, saya fikir jawab balas Rem di atas mungkin sedikit tersasar. Tak apa, redakan rasa kurang senang itu..kita di sini bukan mahu bermusuh, tapi melerai kusut..moga begitu ;)

Salam hormat..

Amin Ahmad said...

Lupa pula untuk makluman Rem supaya lebih berhati-hati..

Saya tidak suka menyebut tentang amalan ibadat individu..tapi cukuplah saya mengenali Fathi sebagai bekas aktivis JIM selama beberapa lama sejak zaman dia menjadi aktivis..

Ke aku salah Fathi?

Perlu ke ada metod menjawab hujah ala REM untuk itu?

Anonymous said...

OK Sdra Amin,

Pertama sekali, terima kasih kerana bersusah payah hantar jemputan sampai ke blog saya. Wah, begitu tinggi niat mau berdiskusi di sini! Jadi, saya bersangka baik, dan datang semula di sini. Mahu menjelaskan isunya. Sebetulnya, nun di atas sana.. saya sudah pun memberi komen yang lebih awal! Ya, sebelum anda datang lagi...

Sekali lagi, saya kata.. saya langsung tak ada nafsu mahu mempertikaikan wibawa keagamaan orang lain. Kalau dia pernah belajar agama puluhan tahun sampai ke tingkat sufi pun, itu saya tak peduli. Itu urusan dia dengan hidupnya dan dengan tuhannya. Begitu juga, kalau dia pernah jadi penulis berkurun-kurun pun, sampai dah terjelma reputasi segenap alam raya yang dia ini paling hebat dalam bab-bab membahaskan isu: ini pun saya tidak peduli.

Saya pertikai peribadi dalaman dia. Saya pertikai pendidikan silam dia. Saya tak pertikai ibadat-ibadat personal dia. Itu hubungan dia dengan tuhan.

Yang saya pertikai dalam entri ini hanya gaya penulisan dia yang flamboyan. Retorika berjela-jela. Penuh labuci bertele-tele. Hanya manis dengan ungkapan, tapi cetek pembuktian dan fakta kes. Kalau ini cerpen kreatif yang hanya berteraskan imaginasi dan watak-watak fiksyen, tak apa. Tapi ini soal dia menghukum 'pelbagai golongan' dengan begitu dogmatik dan agak menghina.

Dia kata penulis kreatif ntah apa-apa. Dia kata orang yang melilit serban, baca tasbih dan memetik dalil-dalil Quran/Hadis - segala itu hanya topeng untuk sembunyikan perut duniawai yang buncit. Itu yang saya kata dia hanya penulis retorik mabuk bahasa. Dia melacurkan segala macam terminologi yang flamboyan.

Bukan saya marah dia atas isu keagamaan (kerana dia menuduh pegangan agama orang lain rapuh-rapuh!). Bukan. Kalau dia nak tuduh pun, tuduhlah. Dia kan pernah dapat BIASISWA mengaji agama. Tentu dia belajar banyak ilmu dan salah satunya barangkali adalah untuk mencarut kebatilan orang-orang agamawan. Tak apa. Itu dia punya suka.

Tapi masalah saya (sekali lagi nak kena tegaskan sini - supaya orang tengah mengantuk baca pun boleh faham!): tunjuklah beban pembuktian yang lebih kuat. Gunakan fakta spesifik yang lebih jelas. Jangan hanya berkata-kata 'di atas angin' dengan segala macam bentuk pelacuran terminologi.

Dia kata ada orang jadi seperti anjing menyalak. Kalau 'serangan dikusi pemikiran' boleh diumpamakan sebagai salakan anjing, saya fikir dia Fathilah anjing Malaya yang paling gemuk dan paling nyaring salakannya. Kenapa? Sebab dia bukan membincangkan isu. Dia hanya membincangkan peribadi. Sasarannya bukan kepada 'bentuk budaya tertentu'. Tapi sasarannya khusus untuk individu tertentu. Itu pun main tapuk-tapuk. Macam pelacur tak laku di Lorong Hj Taib. Ibaratnya, nak jual kelentit pun sembunyi-sembunyi. Haiii.. kalau dah gian sangat nak melacur, kenapa asyik duduk di tempat gelap tak berlampu. Tunjukkan apa yang nak dijual dan pilih siapa pelanggan anda. Barulah senang nak runding.

Demikianlah penjelasan saya yang maha kerdil ini. :) Errr.. emosi sangat ka? Ooopsss! Saya memang gitu kalau menulis secara spontan. Kalau disekat-sekat, tak jadi pula. Tapi hakikatnya.. jauh di sudut hati saya, masih tenang dan damai seperti angin penghujung monsun. Tak adalah bergegar-gegar! :)

Amin Ahmad said...

Rem, untuk saya yang telah mengenal Fathi dari jauh dan dekat, saya kira saya jelas siapa kelompok sasarannya.

Saya fikir sdr dan siapa sahaja boleh terus membela mereka yang sengaja dikaburkan imejnya ini dengan apa juga jenis kritik.

Saya tidak punya apa kepentingan sekalipun dalam membela Fathi malah saya fikir dalam hampir semua hal Fathi bukanlah bersetuju pun dengan saya. Cuma mungkin satu hal - sedia mendengar.

Ya, kita sama - tidak minat bicara isu amalan peribadi. Saya tak tahu sama ada saya atau sdr yang mengantuk. sekali lagi saya tegaskan juga bahawa jawab saya bukan kerana sdr menyebut isu keagamaan secara jelas tetapi sdr ada semacam mempersoalkan apa signifikan Fathi, wartawan penjual gossip dan sensasi. Itu yang saya cuba jelaskan.

Tujuan saya ialah supaya dialog yang diharapkan tidak bermula dengan kritik yang tersasar.

Bagi saya, pengalaman Fathi yang saya cuba gariskan mungkin sedikit latar yang mempengaruhi keberanian beliau menulis hal ini dan Fathi memang telah sering sejak dulu mencabar dan dikenali tentang ini. Tak tahulah jika sdr baru tersedar.

Dan saya juga mahu katakan, pengalaman dan apa juga ilmu yang mungkin dia ada bukan syurat khusus. Soal eksplorasi idea, bagi saya terbuka. Soal bersetuju jatuh perkara kemudian.

Tak perlu cepat melatah jika kita tak jumpa ustaz-ustaz cari makan ni, siapa yang pernah terjumpa dia tahulah.

Dan saya pernah terjumpa. Dia seorang yang glamour dan hebat..tapi dia waktu itu juga dipertikai sikapnya oleh rakan panel yang turut saya undang dalam satu majlis di universiti..kerana dia semacam mempertikai bayaran yang diterima..hmm..

Anonymous said...

Amin: "Saya tak tahu sama ada saya atau sdr yang mengantuk. Sekali lagi saya tegaskan juga bahawa jawab saya bukan kerana sdr menyebut isu keagamaan secara jelas tetapi sdr ada semacam mempersoalkan apa signifikan Fathi, wartawan penjual gossip dan sensasi. Itu yang saya cuba jelaskan."

Saya minta maaf. Tapi terpaksa mengatakan bahawa anda yang mengantuk. Saya tidak. Memang jelas dalam komen-komen terawal, yang anda SENGAJA menekankan aspek keagamaan (termasuk dia dapat BIASISWA) dan segala pengalaman dia sebagai 'intimidation factors' kepada saya. Sama ada anda sedar atau tidak, berniat begitu atau tidak, itu soal kedua. Tapi implikasinya jelas memang begitu. Linguistik kadangkala tak penting. Semantik itu yang lebih bermakna, kan?

Untuk pembelaan saya pula, wartawan penjual gossip itu hanya diguna sebagai analogi sinis. Tidak pun saya hurai dalam diskusi. Sikit pun tidak. Ya, saya tau dia bukan mengkhusus dalam arena gossip (walaupun ada juga menulis isu-isu yang seangkatan dengan itu!). Tapi sama ada dia suka 'berita sensasi' atau tidak, itu terpulang pada penilaian masing-masing kerana definisi 'sensasi' itu bergantung pada individu. Saya kata dia memang menggilai sensasi. Mungkin ada yang tak sependapat dengan saya. Tak apa. Itu hak mereka.

OK, selesai isu pasal ngantuk dan tak ngantuk ni. Saya juga kenal Faisal lebih sebagai penulis. Dia sahabat karib saya. Bukan bermakna saya kenal dia luar dan dalam. Tapi sekurang-kurangnya saya faham gagasan dan fikrahnya menerusi diskusi langsung dan personal. Bukan hanya sekadar menerusi 'tulisannya' (reading can be sometimes misleading because some people have problems in reading!) atau 'dengar-dengar cakap orang' (ini pun bahaya kerana dalam banyak situasi, "cakap atas cakap" mungkin hanya serupa sebuah mimpi!).

Pun begitu, seperti anda juga, membela Faisal bukan satu kepentingan peribadi untuk saya: sama ada fizikal, material, rohaniah mahupun populariti. Kami berada dalam dunia berbeza. Barangkali, dalam banyak hal lain pun, kami melihatnya dengan perspektif berbeza.

Saya bukan bela Faisal atas dasar sahabat atau kapasiti personal. Bukan. Tapi saya membela fikrah dan gagasannya. Bukan kerana saya setuju 100% (dalam semua hal dan perkara), tapi kerana saya lihat dia sebagai elemen 'pemantau dan pengimbang' yang berani. Semangat prihatinnya pada bahasa dan sastera Melayu, serta kecintaannya pada budaya Malaysia: itu harus disokong. Bahkan, sehinggalah si Patah Balek ini muncul dengan tulisan berbentuk 'serangan peribadi' ini (ya, saya tau Faisal ada jawab ini secara personal juga!): Faisal sebetulnya hanya berminat membincangkan isu. Bukan menyerang personaliti atau individu secara spesifik!

So, itu dasarnya kenapa saya menyokong fikrah dan gagasan Faisal (ingat ya, BUKAN menyokong Faisal atas justifikasi personal atau sahabat karib!). Pada saya, idealisme dia yang berani itu - amat wajar sebagai pengimbang kepada 'situasi' yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Apa yang Faisal tulis dan perjuangkan, sebetulnya turut menjadi aspirasi ribuan lagi anak muda Malaysia yang lain. Cuma, mereka tidak cukup bertuah untuk mempunyai bakat dan daya ikonisasi seperti Faisal. Mujurlah, Faisal yang dianugerahi peluang begini, telah gunakan kelebihan itu dengan satu keberanian yang demikian.

Ya, barangkali orang masih boleh persoalkan agenda dia. Mungkin ada yang akan kata, alah.. kalau modus operandi saja nampak suci, tapi motif dan niat terpesong: apa gunanya? Tak apa, itu pendapat orang. Bagi saya, kalau apa yang terzahir itu bagus - sokonglah. Persoalan tentang hati dan niat - siapa kita untuk menilainya? Itu kerja tuhan! Sedangkan kita sendiri pun sebenarnya kadang-kadang keliru dengan niat dan motif sendiri. Kenapa kita ada hati dan nafsu nak menghakimi niat orang lain pula?

Fikirlah sendiri dari segi logik material. Apa keuntungan yang Faisal dapat dengan sikapnya yang keras terhadap pembelaan bahasa, budaya dan agama? Yang kadang-kadang idealismenya disertai dengan bermacam kontroversi, serta menyinggung banyak pihak termasuk Bala Tentera Gubra dan orang seperi Fathi Aris? Apa perlunya Faisal buat begitu?

Faisal telahpun menjadi salah seorang penulis besar di Malaysia (relatif kepada usianya). Kalau dia ambil pendirian mahu fokus pada tulisan kreatif dan kerja-kerja sasteranya pun lebih baik. Jauh lebih bermanfaat dari segi pulangan material dan kemahsyuran. Tak payah gaduh dengan pelbagai pihak. Kerana bila gaduh-gaduh, ini tentu akan menjejaskan populariti dia sebagai penulis, sekaligus akan menjejaskan jualan produknya.

Habis, kenapa dia masih betah mengambil risiko untuk 'berperang' dengan teroris budaya, bahasa dan agama? Kerana dia ada pendirian. Kerana dia ada nilai. Kerana menjaga kepentingan perut bukan salah satu prioriti dalam hidupnya. Saya fikir begitu, kerana saya bersangka baik.

Salam diskusi.

Aqil Fithri said...

salaam~

rem, gaya dan bahasa melayu kamu bagus!

Amin Ahmad said...

Sdr Rem,

Saya tidak fikir Fathi menghentam Faisal secara langsung. Dalam komentar ini saya menulis 'bunyi macam blog Faisal Tehrani' itu sebagai memetik komen terdahulu yang menulis tentang apa guna serban sangkut di bahu tapi hati berkarat..saya tidak periksa secara langsung tapi rasanya pernah terbaca ayat begitu di blognya (mungkin saya salah).

Tentang ehwal agama..saya tidak pernah menuduh sdr membangkit ehwal agama tapi sekadar menjawab persoalan sdr APA SIGNIFIKANNYA Fathi menulis isu ini sedangkan dia menurut saudara wartawan gossip dan sensasi. Ya, kita boleh tafsir gossip dan sensasi itu macam-macam. Justeru, signifikan apa yang sdr cuba bangkitkan? Signifikan agama? Atau apa? Nampaknya siapa yang menulis terapung?

Saya kira saya tidaklah mengantuk sangat..saya hanya akan mengantuk dengan orang yang bermain retorik dan kritik retorik..sekurang2nya saya pernah tahu susah payah Fathi, juga susah payah Faisal, justeru saya hormat keduanya..dan menanti wacana segar..

Saya tidak fikir Fathi menghentam mana-mana individu secara personal kerana saya kenal dia. Jika ada isu personal, barulah beliau menulis begitu..

Saya tak kisah sdr tuduh Fathi menggilai sensasi tapi sdr mengkritik bermula dengan argumentum ed hominem.

Saya dan Fathi bukan seperti sdr dan Faisal (berkawan baik). Tapi saya pernah mengikuti usahanya. Ya, sudah tentu kita tak dipaksa pun bersetuju 100%. Tapi saya cukup yakin Fathi jauh lebih teruji berbanding sdr di lapangan yang praktis.

Dalam argumen Fathi dan Faisal, jelas ada debat. Justeru tak perlu kita matikan wacana. Ada sisi baik dan kurang baik yang kita dapat belajar..

Kita bukan Tuhan yang menentukan syurga dan neraka. Ya, kita cuba sebaiknya dari apa yang Allah s.w.t. gariskan.

Anonymous said...

Amin: "Tentang ehwal agama..saya tidak pernah menuduh sdr membangkit ehwal agama tapi sekadar menjawab persoalan sdr APA SIGNIFIKANNYA Fathi menulis isu ini sedangkan dia menurut saudara wartawan gossip dan sensasi."

TIDAK! Saya tak persoalkan apa singinikannya Fathi menulis isu ini. Mana ayat saya yang kata begitu? Saya persoalkan, APA SEBENARNYA yang Fathi mahu tonjolkan dalam ENTRI (diulang, 'ENTRI') yang penuh retorik berbunga ini. Sila baca KOMEN PERTAMA saya di atas sana. Iaitu komen yang saya tulis khusus untuk entri ini sebelum (ya, SEBELUM) anda datang sekonyong-konyong 'cut and paste' komen picisan saya dari Blog Faisal.

Amin: "Ya, sudah tentu kita tak dipaksa pun bersetuju 100%. Tapi saya cukup yakin Fathi jauh lebih teruji berbanding sdr di lapangan yang praktis."

Ya, saya setuju. Ini bukan bidang professional saya. Bukan juga bidang kecenderungan saya. Saya lebih terlibat dalam sastera, linguistik dan seni orator. Itu pun hanya suka-suka.

Ya, saya ulangi lagi. Saya setuju bahawa Fathi lebih teruji daripada saya dalam lapangan ini. Sebab itu saya tak persoalkan pengalaman dia. Sebab itu saya juga tak pertikai fikrah dalaman dia. Saya tak menghakimi dia. Saya cuma mengadili entri ini. Diulangi, saya CUMA pertikai ENTRI ini per se. Yang retoriknya macam kiambang terapung di kolam terbiar. Akar tak jejak dasar, pucuk pun tak reti-reti nak menongkat langit.

Apa yang saya bangkitkan? Saya persoalkan metod penghujahan dan pemilihan pendekatan linguistiknya - kerana kebetulan saya pernah teruji dalam lapangan ini (teknik orator). Itu saja. Itu pun, saya tak adalah nak sekonyong-konyong mahu menyeru sekalian umat sejagat raya supaya bersetuju dengan saya. Tidak.

Salam diskusi.

Anonymous said...

Salam,
Sebagai pembaca umum saya dapat mengagak yang dimaksudkan oleh Saudara Fathi adalah Faisal Tehrani. Seperti rem saya tidak ada apa-apa kepentingan terhadap sahabat baiknya itu. Saya tidak mengenalinya secara peribadi tetapi saya mengikuti karya kreatifnya sejak lama dulu. Saya banyak bersetuju dengan rem seperti katanya Faisal ada pendirian dan dia mempertahankan budaya, bahasa Melayu Islam dsbnya sebagai satu tanggugjawab sebagai seorang Islam untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar itu saja. Islam bukan agama tapi suatu cara hidup. Setiap yang dilakukan tidak terpisah-pisah malah saling berkaitan. Tulisan saudara fathi walau sedikit mengelirukan tetapi serangan secara peribadi itu cukup jelas dan ada menerangkan aspek fizikal jadi mudah lah orang nak kenal pada siapa ia ditujukan...

Anonymous said...

REM,
amat setuju dgn penerangan anda.

Fathi,
Islam itu Ad-deen maka ia tidak boleh dipisahkan dgn kehidupan.
Bertaubatlah kepada Allah.

Amin Ahmad said...

Sdr Rem, persoalan sdr tentang signifikan tu saya ambil dr komentar di blog Faisal Tehrani..

"Tapi saya rasa tujuan dia menulis hanya semata-mata mahu promosikan diri. Menumpang populariti. Saya tak nampak apa signifkannya artikel dia itu dengan kemahiran asasnya sebagai wartawan penjual gossip dan sensasi". Ini saya quote komentar sdr di blog Faisal Tehrani bulat-bulat, fakta kes.

Sdr. Aslina,

Ya, kita berhak meneka-neka siapa. Tapi saya kenal Fathi. Saya tidak fikir dia menujukan tulisan ini kepada Faisal Tehrani, penulisan umum yang siapa makan cili dia terasa pedas. Sdri sebenarnya perlu tahu sedikit sebanyak latar Fathi sebelum cepat menyangka dia menulis untuk Faisal. Tapi kalau Fathi nak jawab dia memang tulis untuk Faisal, saya fikir dia bukan Fathi yang saya kenal..tapi kami biasanya lebih suka mengusik, dah orang nak tuduh..kata saja ya..supaya si penuduh puas hati.

Tentang Tok Guru cari makan ni memang berlaku. Bagi saya ia jadi salah kita juga, sebab kita patutnya jaga Tok Guru..ala-ala sistem pondok, tapi entahlah, realiti zaman dah berubah kot.

Ya, saya juga kenal dan teruja dengan hasil kerja malah peribadi Faisal Tehrani, tidak ada masalah tentang itu..cuma takah-takah penerimaan kita mungkin berbeza..
saya yang tidak alim ni mungkin tidak sama penerimaannya macam sdri aslina..

Amin Ahmad said...

Tentang pengalaman Fathi yang tidak sdr Rem nafikan, kalau baca di atas (komen awal sdr), saya kira bunyi anjing kepada kucing dan istilah takut yg sdr nyatakan cukup aneh dan lucu utk dikaitkan dgn Fathi..

Sdr tidak perlu defensif dgn cubaan berlindung di sebalik premis asal - hanya kritik retorik tulisan Fathi. Justeru, apa sikap sdr sebenar? Hanya kritik retorik bila mengaju signifikan batang tubuh penulis yang sdr label penulis gossip dan sensasi? Tidak terapungkah penyataan 'gossip' dan 'sensasi' dalam khalayak malaysia?

Terus-terang, meski jawab Faisal lebih 'kasar' bunyinya saya lebih menghargainya berbanding omong sdr. Saya percaya sebelum komentar awal sdr lontarkan, sdr tidak pun sedikit cuba memahami latar penulis bernama Fathi Aris ini sblm lekas menuduh. Sekurang2nya Faisal punya asas..dan sokongan buta ini yang Fathi selalu kecam, seperti mana dia sering mengecam aktivis muda, hatta yang cukup rapat dgnnya..bahasanya hanya untuk mereka yang mahu berfikir, bukan mesti bersetuju..

Anonymous said...

Bukan Faisal saja, tapi banyak lagi golongan yang dianggap menyeleweng(walau mereka sebenarnya tulus dan ikhlas) dan saya tidak nafikan memang ada yang mengambil kesempatan dan terpedaya dengan perjuangan mereka kononnya untuk dakwah Islam.

Cuma bila Fathi kata tentang sasterawan itu nampak sangat... Bukan saya sorang yang nampak begitu... Kawan2 saya pun baca juga
Saya tidak mahu komen banyak2 kerana rem sudah menjawabnya.

Saudara Fathi tak nak jawab ke...Mungkin kami tersilap jelaskan supaya tidak kusut

MDM FARAH FAIZURA said...

fathi biasanya x menjawab kerana percaya masing-masin punya akal. tanpa akal , manusia tidak memenuhi syarat sah ibadat.

*aku hanya mahu tumpang popular...hahahaha

MDM FARAH FAIZURA said...

saudari aslina,

apa yang REM jawab? Takkan jawapan Aslina sebijik macam REM?

REM kririk retotik, bukan ISI.

*tulisan aku lucah. hahaha

Anonymous said...

Amin: “Tentang pengalaman Fathi yang tidak sdr Rem nafikan, kalau baca di atas (komen awal sdr), saya kira bunyi anjing kepada kucing dan istilah takut yg sdr nyatakan cukup aneh dan lucu utk dikaitkan dgn Fathi.”

Apa kena mengena pengalaman sejuta dengan rasa takut? Adakah rasa takut hanya milik abadi orang-orang yang dangkal pengalaman? Saya kata tulisan Fathi ni seperti ‘anjing menyalak’ dalam gelap. Penuh dengan rasa takut dan ketakutan. Kenapa? Sebab dia tak spesifikkan fakta kesnya. Sekadar menghukum atas nama menghukum. Siapa yang dihukum, tak jelas. Apa justifikasi hukuman (yang maha berat itu!), tidak pula dihujahkan dengan jelas. Kecuali dengan retorik flamboyan yang bertele-tele. Tapi bukan saya kata Fathi takut pada saya. Ada saya cakap gitu? Saya kata cara dia menulis itu seperti ketakutan. Takut pada saya, ntahlah. Itu bukan isu. Yang pasti dia bukan takutkan saya, sebab masa dia menulis artikel retorik penuh labuci itu – dia tak tau pun kewujudan kerdil saya dalam alam fana ini.

”Sdr tidak perlu defensif dgn cubaan berlindung di sebalik premis asal - hanya kritik retorik tulisan Fathi. Justeru, apa sikap sdr sebenar? Hanya kritik retorik bila mengaju signifikan batang tubuh penulis yang sdr label penulis gossip dan sensasi? Tidak terapungkah penyataan 'gossip' dan 'sensasi' dalam khalayak malaysia?”

Saya pun defensif. Saya cuma mengulangi pendirian dasar saya. Yang anda sendiri susah nak faham. Atau barangkali, sengaja tak mahu faham. Saya mengkritik gaya tulisan artikel ini yang SANGAT TEBAL dengan hukuman, tapi MISKIN MELARAT dengan pembuktian. Tak disebut dengan jelas siapa objek dan apa subjek yang dia mahu bunga-bungakan dengan madah dia yang kembang mekar berjela-jela itu.

Saya cakap tentang gossip dan sensasi – kenapa pula itu satu pernyataan terapung? Apa yang terapung, dan kenapa ia terapung? Sudah jelas lagi bersuluh – hukuman saya itu jatuh kepada Fathi kerana saya sedang membahaskan entri dalam blognya. Jadi, di mana retoriknya kata-kata saya itu kalau objek dan subjeknya sudah dikenalpasti? Saya kata dia wartawan mabuk sensasi kerana dia agak obses dengan personaliti-personaliti politik (misalnya isu tentang ‘betulkah Khairy kahwin dengan Maya’, etc). Cuma seperti yang saya kata, ungkapan ‘wartawan sensasi dan gossip’ itu sekadar analogi sinis daripada saya. Sebab itu saya tak heretnya dengan mendalam dalam diskusi. Cuma anda saja yang ligat tergedik-gedik, asyik nak menguli-uli butir melukut, sedangkan dalam gantangku itu ada banyak lagi beras-beras yang tak serpih.

Saya tak faham bagaimana cara nada definisi istilah ‘retorik’. Tapi suka hatilah. Saya tak masuk campur. Tapi, cara saya definisikan retorik ialah merujuk kepada kata-kata flamboyan. Bahasa yang jargon bunyinya, tetapi abstrak maksudnya. Ungkapan yang berat dan besar natijahnya, tetapi tak menggalas beban pembuktian. Contohnya? Lihat petikan-petikan ini:

Contoh 1: “Lagipun, penulis kreatif atau manusia sastera ini memanglah dikenali sarat dengan kata-kata tetapi kontang kejujuran ilmiahnya atau tidak tekal disiplin ilmiahnya. Sarat propaganda tetapi tidak ada kedalaman akal.”

Siapa penulis kreatif yang begitu? Atau ayat ini maksudnya SEMUA PENULIS KREATIF di dunia memang kontang dengan kejujuran ilmiah. Begitu? Kalau bukan SEMUA, kenapa Fathi amat PENAKUT mahu spesifikasikan fakta kesnya. Barangkali memang maksudnya adalah SEMUA. Kalau begitu, kenapa tak bagi alasan yang sama kuat dengan hukuman? Dia kata orang berdebur-debur main air tapi bukan penyelam mutiara. Dia pula lagilah daif. Berdebur-debur bermain dengan angin yang disangkanya air!

Contoh 2:” Walau bagaimana bodohnya penulis itu atau walau bagaimana buruknya wacana dalam artikelnya, pastilah ada pengikut dan peminatnya sendiri.”

Siapa penulis itu? Memang wajar sangat fakta kes ini dinyatakan dengan terang sebab dalam entri yang relatifnya pendek ini – dia menzikirkan pelbagai kata-kata hukuman yang berat. Sampai mempersoalkan nilai agama, keimanan dan amalan-amalan imfradi si penulis. Seberat itu dia menggoreng dalam artikel penuh retorik ini. Jadi, kalau tak berani buat spesifikasi, memang dia ini sangat pengecut.

Contoh 3:” 'Mudahnya' kegiatan ini seperti menyangkut/melilit serban (atau: kain yang selalunya diserbankan) di bahu ke hulu ke hilir dan menyimpan sejemput janggut.”

Apa kena mengena kegiatan ‘penulisan tak bermoral’ (seperti yang dilabel dan dibebelnya tak henti-henti!) dengan amalan berserban dan menyimpan janggut? Kalau nak guna analogi, jelaskan ia ditujukan pada siapa. Jangan letakkan secara ‘terapung-apung’ begini kerana jika ia satu ‘retorik umum’, maka ayat begitu boleh ditafsirkan sebagai penghinaan kepada sesiapa saja yang melilit serban dan menyimpan janggut.

Contoh 4: “Meletakkan harga, seolah-olah analisa Marxisme dalam hal ini sentiasa benar dan perennial sifatnya!”

Ini permainan analogi paling dangkal dalam seluruh artikel itu. Bukan saja tak relevan. Signifikan pun tidak. Tidak ada satupun bahagian dalam entri itu boleh disabitkan dengan perbandingan ini. Dia taukah analisa Marxisme itu bagaimana? Atau sekadar mahu tunjuk pandai menyebut apa-apa saja teori yang difikirnya pembaca lain tak tau dengan harapan semua orang akan terima seadanya? Ini yang saya kata flamboyan bahasa. Suka menjual sensasi. Mudah mabuk dengan idea-idea jargon tanpa memikirkan korelasinya dengan hujahan.

Sdra Amin, ini adalah contoh-contoh spesifik yang saya katakan retorik. Kata-kata yang terapung dan berselindung – dari segi konteks isu dan sasaran. Kalau anda mahu menuduh saya retorik juga, silakan. Tapi jangan kata sekadar mengata. Tunjukkan ungkapan spesifik saya yang bawa implikasi begitu. Biar saya dapat peluang yang adil untuk pertahankan pendirian.

Amin: “Terus-terang, meski jawab Faisal lebih 'kasar' bunyinya saya lebih menghargainya berbanding omong sdr.”

Tiada masalah. Saya bukan datang sini mahukan penghargaan. Bahkan, saya tak kepingin penghargaan itu daripada sesiapa pun. Bukan daripada anda, bukan daripada penyokong anda mahupun penyokong saya. Niat saya datang sini sekadar mahu memberi pendapat. Itu saja, kerana hanya ini yang berada dalam keterbatasan upaya saya. Memenangi hati orang bukan kuasa dan tugas saya. Ya, perkara-perkara yang di luar kawalan begitu, kenapa saya harus peduli? Anda ingin menggoda saya supaya peduli tentang itu? Maaf, hati saya tidak mudah lut pada godaan. Kalau masih kemaruk mahu mencuba, guna taktik lain. Boleh gitu?

Amin: “Saya percaya sebelum komentar awal sdr lontarkan, sdr tidak pun sedikit cuba memahami latar penulis bernama Fathi Aris ini sblm lekas menuduh.”

Saya tak pernah peduli mahu memahami latar penulis yang saya tak berkenan tulisannya. Saya ini jenis ‘tengok apa yang ditulis’, bukannya kategori ‘tengok siapa yang menulis’. Kalau saya fikir idea itu pincang, maka saya akan berikan kritikan saya sejujurnya. Siapa dia, apa pengalaman dia – itu tak akan mempengaruhi cara saya berfikir tentang produk yang dihasilkan. Kalau kari ayam itu rasa kelat macam bawang merah mentah direndam dengan cuka cair, tak kan saya bangang totok nak menelannya dengan penuh manja – semata-mata kerana ia disediakan oleh seorang tukang masak paling handal di dunia? Begitu juga. Saya datang sini hanya mempertaruhkan idea saya. Bukan mempertaruhkan pengalaman atau kerjaya saya. Pensyarahkah, pendebatkah – itu semua tak relevan. Kalau tak suka dengan idea saya, pertikaikan idea itu. Bukan latarbelakang dan pengalaman saya.

Amin: “Sekurang2nya Faisal punya asas..dan sokongan buta ini yang Fathi selalu kecam, seperti mana dia sering mengecam aktivis muda, hatta yang cukup rapat dgnnya..bahasanya hanya untuk mereka yang mahu berfikir, bukan mesti bersetuju.. “

Tak apalah. Faisal dengan asas dia. Saya pula dengan asas saya yang tersendiri (Perlu saya gulung semula asas-asas yang pakai? Hmm, tak payahlah. Kang bertele-tele pula). Bahasanya hanya untuk mereka yang mahu berfikir? Aduh, cantiknya ayat. Ya, saya sudah baca bahasanya. Saya sudah berfikir tentangnya. Dan kesimpulan akhirnya, saya sangat tak setuju dengan bahasa flamboyan dia itu. Sangat retorik dan tergantung-gantung tanpa dasar dan penghujung. Dalam bahasa mudah, dia melacurkan terminologi-terminologi jargon untuk menggoda orang supaya mabuk dengan idea-ideanya yang tidak disabitkan dengan sebarang pembuktian. Begitu cara saya tidak mahu bersetuju dengan dia. Ada masalah?

Anonymous said...

Sdra Dingin,

Saya memang hanya pertikai retorik Fathi. Tapi pertikaian tentang retorik itu sekaligus membunuh kes-kes yang mahu disampaikan oleh Fathi. Kalau dah Fathi guna pendekatan 'bahasa flamboyan' untuk menyampaikan ideanya, maka dengan sendirinya idea (isi-isi) itu pun hanya sekadar jargon murahan. Kan? :)

Anonymous said...

REM..HA HA HA

MDM FARAH FAIZURA said...

iya iya aku faham

aku sebtulnya hanya mahu cuba mengguna perkatan-perkataan itu sebab aku tidak bisa menggunanya di blog aku

hahaha

Amin Ahmad said...

Rem, saya kira saya telah jelaskan punca asal saya menulis tentang Fathi - menjawab pertikaian signifikan Fathi dalam menulis rencana ini.

Dan saya boleh bersetuju dengan Fathi dan Faisal, malah anda - semuanya dalam konteks tertentu.

Pokoknya, saya telah kemukakan fakta kes untuk membantu pemahaman pertikaian signifikan tu. Terpulang la.

Tentang tengok apa yang ditulis. Ya, ia tidak datang tiba-tiba..itu juga perlu dilihat..

Bukankah Saidina Umar r.a. ada melepaskan pencuri yang mencuri sebab faktor miskin? Betulkan saya jika salah. Untuk saya Saidina Umar r.a. tidak melihat isu curi yang kita setuju salah itu secara umumnya sebagai tiba-tiba..ada sebab lain mendasari.

Anonymous said...

Dua tentang jual, banyak sangat menjual boleh jadi sebab orang fedup. Satu lagi, jangan marah! Nanti kena jual......

Anonymous said...

Che Rem shut up bole tak dah taukan mereka2 ini sibuk menramas%^%** tak cuci atau menggaru*&*&& kurap, lagi mau berdebat. Buat letih otak fikir, letih jari menaip, berzikir dan doa mereka ini diberi at least 0.00001% of ur logic and comman sense lagi ada banyak faedah tau!

Mardhiah