Saturday, October 15, 2005

Seksrangga

Saya cemburu, terus terang sahaja!

Melihat koleksi foto ini, saya cemburu. Saya hanya ada 3 jenis serangga dalam adegan mengghairahkan ini.

Satu daripadanya sumbangan teman Eric, pacar Ayu, sepasang belalang kunyit sedang melampiaskan nafsu sewaktu bertenggek di sebuah ranting.

Satu lagi, sepasang lalat (tanpa malu, sewaktu kami sedang minum teh tarik dan berdiskusi politik, di Bangsar Utama) tiba-tiba singgah menayangkan aksinya di sisi kertas Mingguan Malaysia (tidak silap, 2004).

Dan, terakhir, sejumlah aksi sepasang kekasih kumbang pasir (yang saya ambil fotonya di taman belakang rumah saya di Pasir Panjang) pada 2002.

Mungkin sejenis 'kumbang harimau' [foto yang disediakan di link ini tidak begitu berkualiti, sayang] yang wujud di kawasan berpasir di California, Amerika Syarikat. Wajah dan bentuknya sama, jadi pasti, kumbang pasir di rumah saya itu termasuk dalam keluarga Cicindelidae.

Tetapi satu laman web What's That Bug memiliki koleksi yang jauh lebih menarik, dengan kualiti imej yang (wow!) mengkagumkan.

Lihatlah, saya benar-benar kagum dan sekali gus jealous!!!

Kelmarin, di Plaza Indonesia, saya bertemu Ayu dengan Eric di sebuah restoran masakan Cina. Ayu akan ke Iowa, Amerika Syarikat malam ini.

Saya menyerahkan sebuah buku Insect Lives: Stories of mysteries and romance from a hidden world (1999) tentang serangga yang hidup seperti 'manusia' atau social insects, termasuk babak-babak senggama. Mungkin untuk bahan-bahan penulisan kreatifnya.

Kami sering juga mendiskusikan sifat-sifat senggama, dan sosialisasi, binatang, termasuk serangga-serangga.

Dari dulu lagi (1991), saya tahu binatang kecil yang kita namakan serangga ini memang 'manja'.

Dulu, waktu itu, saya sudah mula jatuh cinta. Atau kini disebut entophile. Maklum, kami ini pelajar entomologi dan harus membuat koleksi 50 species serangga.

Aduh, siapa ada koleksi foto 'seksrangga' atau 'insex'? Boleh serahkan pada saya? :)

Lihat foto kiri, bukan sahaja senggama tetapi pesta seks, orgy! Lima ekor 'kaboi', kata orang Utara dan kami juga, sedang yang keenam agak kelambatan, mungkin akibat traffic jam!

Dalam buku di atas, dijelaskan bentuk-bentuk penderaan (atau keganasan) seks sewaktu pasangan serangga mencapai puncak kenikmatan masing-masing.

Selalunya akan ditemui beberapa lubang (luka) di bahagian kepala. Ada yang memakan kepala jantannya sehingga asmara diteruskan dalam keadaan pasangannya tiada kepala! Sementara itu, didapati serangga (jantan) juga membawa 'hantaran kahwin' untuk memikat pasangannya!

Nota: Semua foto lucah ini dicuri daripada laman web (c) Whatsthatbug.com.

Untuk peminat seksrangga, kumbang atau rama-rama (juga kepada mereka yang geli-geleman melihat serangga, entophobic), sila pelajari lagi di sini atau cuba di sini.

Untuk pemula, sebuah buku dalam bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 1992) Serangga dan Manusia karya Mohd Salleh Mohd Said sangat informatif dan lucu, juga.

Atau, lawat Muzium Serangga tertua di negara kita; ini pula foto kaedah menangkap serangga air (UGM, Jogjakarta)

8 comments:

Anonymous said...

FAO,

Maaf andainya saya ketawa. Benar-benar lucu. Mencuit perasaan.

Selepas bosan dengan jiwang tiba-tiba berbicara tentang seks. Mungkin sebagai menghormati bulan Ramadhan serangga dijadikan sasaran atau tidak keterlaluan dijadikan kambing hitam (maaf kerana kambing bukan serangga).

Cemburu pada foto atau aksinya!!!

Tak sangka seorang penulis besar masih berminat melihat fenomena alam semulajadi. Syabas.

Apa pun bila mahu berbicara tentang tumbuh-tumbuhan?

Anonymous said...

Mat Arau,

Tentang tumbuh-tumbuhan? Di rumah saya (kampung), kami sering membuat eksperimen (dan koleksi) paku pakis, termasuk yang belum dijadikan hiasan.

Saya berjaya membiakkan dan mengembangkan sejenis paku (paku miding yang enak dimasukkan dalam bubur lambuk) tetapi apabila saya di KL dan Jakarta, ibu dan adik saya pula sibuk, paku miding ini mati.

Saya memang sentiasa jatuh hati pada alam, hutan, pokok2 dan bunga2.

Di sini, di Jakarta, saya masih membaca majalah tani Trubus (sudah terkenal lama) dan Flona (baru diterbitkan).

Kalau ke toko buku, tidak lupa singgah membaca & melihat-lihat buku tentang seni taman dan tumbuhan2 ubatan.

Cemburu pada apa? (1) Pada aksi seksrangga, atau (2) Koleksi foto?

Saya memilih yang ke-2. faomar@yahoo.com

Clarissa Lee said...

Hey Fathi,
Fathi patut pasang function anti-spam kat blog Fathi supaya tak diserang seperti yang ada kat sini. Just enable the verification function, macam kat Yahoo.

Tulislah lebih lagi pasal serangga. Ini satu topik yg I kurang dengar Fathi bincangkan. I pun ada minat kat alam fauna ni. (:


cheers!

Anonymous said...

Manusia tidak lagi perlu mimpi untuk menterjemahkan bawah sedarnya.

Entahlah suka pulak au cari macam-macam makna...kadang-kadang penulis dan pengkarya tidak ada makna apa-apa pun. Tapi sepanjang aku kenal fathi nie tak pernah ada makna


amir

Anonymous said...

pembetulan

pembetulan pada baris terakhir....Sepanjang aku kenal fathi tak pernah tak ada makna

Anonymous said...

Amir,

Apa makna di sebalik kata-kata tersirat Fathi?

Atau mungkin Fathi malu-malu untuk berterus terang.

Ya, Fathi sila teruskan episod anda.

Anonymous said...

aku masih ingat di animalplanet astro, tarantula ketika senggama. satu ketika senggama bererti maut. senggama memang satu perjuangan juga perlawanan ataupun kata yang lebih canggih 'jihad'. tetapi perlukah kepada kematian? tarantula kerana kakinya juga punya bisa bisa menusuk lawan pasangannya ketika senggama. akhirnya mungkin 2 kali tewas atau hanya satu kali tewas: untuk selamanya.

juga bagaimana dengan landak, fathi. haha...
kebanyakan bidang mendatangi dari belakang pasangnya(ada yg dari depan seperti manusia juga). landak tajam bulunya. sebelum kerabat harus hati2, pesan dengan si pasangnya supaya dikuncup sikit bulu tu nanti tercucuk tak sempat nak tusuk kecut dan luka berdarah, agh!

Editor said...

ingatkan ada rangga... rupanya seksrangga.. hheheh