Di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), terdapat dua senarai bahan-bahan terlarang yang disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (kini, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri):
Senarai buku dalam bahasa Inggeris yang diharamkan (format PDF)
Senarai buku dalam bahasa Malaysia yang diharamkan (format PDF) <--- termasuk dalam senarai ini buku pemimpin/agamawan PAS tentang jin, Dr Haron Din dan anak muridnya Amran Kasimin (larangan 2001, terbitan 1995)
Bahagian Penyelidikan Jakim terlibat dalam proses larangan ini seperti carta aliran yang terdapat di halaman ini.
Monday, June 19, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam Sdr Fathi
Nampaknya buku-buku Al-Arqam yang paling banyak diharamkan. Al Imam Assyeikhul Al Ustaz Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi(jangan main-main,title penuh ni!) sudah boleh masuk Malaysian Book of Records!
do you know when this book of Harun Din is banned? Last time i heard, it was going to be banned, but Harun Din went to explain his book to the ppl of JAKIM and it wasnt banned.
Is it still banned afterwards?
Sya tertarik dengan komen James Wong yang menganggap pengharaman sesetengah buku itu, sama ada dilakukan dengan sewenang-wenang, tidak rasional atau dipengaruhi oleh pelampau agama yang kecekapan bahasa Inggerisnya pun agaknya setengah masak.
Yang menghairankan ada buku yang terbit pada tahun 2001 baru diharamkan pada tahun ini. Mengapa begitu lambat?
http://www.bicarasufi.com
aku termenung...
kerna aku mau fikir..
siapa yang akan membeli buku itu
dan kenapa mereka harus terpengaruh
hehe
kerna di Malaysia, mereka yang membaca bukan dari kalangan kebanyakkan...
ehehe
Rebel. Read a banned book today.
http://www.shagadelica.net/?p=440
I still don't see why they should ban Ust Haron Din and Dr Amran Kasimin's book. I have adhered to their healing advice and they adhered to what's Sunnah...so far Alhamdulillah...
I think it's a loss to ban a book that benefits the people...
Saya berpendapat satu lagi buku yang patut diharamkan ialah Revolusi Mental(1971) yang disusun oleh Datuk Senu Abdul Rahman, setiausaha agong UMNO ketika itu. Buku ini telah dicetak semula beberapa kali. Buku ini sungguh bersifat malicious kepada orang melayu.
Kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah harus mengharamkan buku ini. Menurut Prof. Syed Hussein Alatas dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun :
Revolusi Mental akan dibaca oleh ribuan orang. Buku ini akan menyesatkan orang tentang konsepsi kepahlawanan, bangsa Melayu yang malas, teori evolusi dan banyak masalah yang lain. Buku ini akan membingungkan banyak orang Malaya yang diberitahu, di masa lampau bangsa Melayu tidak mempunyai daya utama atau daya penemuan kerana kata-kata 'inisiatif' dan 'penemuan'(invention)tidak ada dalam bahasa mereka dan membiakkan pandangan negatif terhadap pemikiran rasional dan koheren.
Lihatlah sungguh marbahaya sekali buku ini. Sungguh ia akan menghalang kita untuk menggapai Wawasan 2020. Kerajaan harus mengambil 'inisiatif' untuk mengharam buku ini. Elok dan kena akan tempat dan masanya jika buku Dr. Mahathir Mohamad seperti Dilema Melayu(1970) dan Menghadapi Cabaran(1976) turut sekali diharamkan.
Ataupun jika dilihat tindakan sebegini tidak menepati dan menyongsangkan Artikel 153 dan 160 di dalam Perlembagaan Malaysia dan prinsip Hak Asasi secara umumnya, maka elok juga disyaratkan supaya buku-buku yang disebut di atas dipindahkan ke bahagian Fiction dalam sub kategori magical realisme atau boleh juga dalam kategori coming of age(coming of a Nation?).
Post a Comment