Tuesday, June 13, 2006

Pluralisme

Semalam mStar Online melaporkan berita ini [Fahaman liberalisme dan pluralisme barah umat Islam]; The Star pula melaporkan kenyataan yang sama hari ini [Mufti: Beware of pluralism and liberalism].

Susulan pertemuan golongan agamawan ini, muncullah idea mengharamkan 'kongsi raya' dan majlis rumah terbuka sewaktu menyambut perayaan [Ulama gesa 'kongsi raya' dan rumah terbuka dikaji semula]

Sementara seorang teman telah menerbitkan sebuah buku yang tepat mengupas persoalan ini, Islam dan Pluralisme (belum di pasaran).

Saya sudah bosan mendengar celoteh puak-puak agama ini; baik mufti, parti pembangkang, NGO Muslim atau penulis media mereka -- tidak berminat berhujah tetapi suka menggempar-gemparkan orang ramai, "gertak sosial", kata saya tahun lepas [Islam liberal gertak sosial takutkan umat Islam].

Atau, untuk lebih lengkap lagi, ikuti beberapa artikel saya berikut [kolum Pub di Ummah Online, edisi awal]:

‘Islam Liberal’ wacana terdesak
Ancaman pembiusan agama
‘Kritik agama’ cabang reformasi
Agama boleh ‘ancam’ Melayu
Kegagalan mentor agama

Jawapan dan sikap saya terkandung lebih banyakdi sini, sila ke kolum Pub

16 comments:

Andin Salleh said...

Saya kadang-kadang merujuk website Jaringan Islam Liberal di Indonesia (http://www.islamlib.com). Walaupun saya kadang-kadang tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah penulis, tetapi saya selalu tertarik dengan pandangan mereka yang canggih, memikat dan menyegarkan. Alangkah menariknya wacana pemikiran Islam dalam website itu.

Akan tetapi, keadaan di Malaysia agaknya berbeza. Di sini yang berkuasa ialah ulama fikah yang konservatif dan antipembaharuan. Oleh itu, wacana Islam di negara ini terus "berjalan di tempat", tidak ada perubahan dan pembaharuan; hanya satu bunga dan bukan seratus bunga yang boleh berkembang!

Khalid Jaafar said...

Itulah salahnya sekularis macam kau ni. Cepat bosan. Sekularis pun kena belajar istiqamah. Liberal pun kena istiqamah dan sentiasa perlu perbaharui hujah. Sekularis dan liberalis ini selalu guna hujah-hujah lapuk, kena tepis sikit dah masuk longkang. Sekularis dan liberalis perlu muhasabah diri. Tengok Islamis kena bunuh, penjara mereka tetap istiqamah. Ini golongan liberal baru kena kata dan gempak sikit dah gubra. Nyampah lah aku dengan liberalis macam ni!

Anonymous said...

Ini bukan kerana bosan atau tidak istiqomah, Pak Khalid.

Baca betul-betul, "bosan dengar".

Saya ulang: Saya sudah bosan mendengar celoteh puak-puak agama ini; baik mufti, parti pembangkang, NGO Muslim atau penulis media mereka ...

sebab apa yang mereka bicarakan ini telah disampaikan, ditulis, beberapa bulan yang lepas lagi.

Tepatnya, tahun lepas. Sama sahaja kaedah serangannya.

Saya bukan seperti sesetengah pemimpin pembangkang atau aktivis sekular, Pak Khalid, yang tidak mahu baca surat khabar (kerana kononnya suka baca buku), saya tahu kerana saya baca setiap hari lah! Hehehe...

Aqil Fithri said...

asyik2, pluralisme = semua agama sama! ini semua hujah orang yang ngaji tak habis! :-)

Aqil

Khalid Jaafar said...

Tak payah baca surat kabar, tengok cukup. Tapi hujah orang sekularis kat Malaysia pun sama je. Hujah tradisionalis (bukan konservatif atau fundamendalis) lagi canggih. Aku masih tercari-cari sekularis yang otentik.

Anonymous said...

PK memanglah sekularis; saya tidak.

Ramai yang lain pun tidak menganut ideologi sekularisme walau menggayakan hidup seumpama itu.

Sekularisme ini tidak perlu hujah panjang2 PK, hanya perlu kefahaman agama seperti pengalaman sekularisme yang sedia ada.

Di titik pergeserannya, barulah kita cari jalan penyelesaiannya (atau, mekanisme menangani konflik).

Walau tidak mendalam hujah teorinya, buku ini menjelaskan pengalaman sekularisme, Kristianiti dan arus baru dunia sekarang...

Saya suka membaca update terbaru Kristianiti di buku ini ...

Church, State & Civil Society (2004) oleh David Fergusson (terbitan Cambridge Uni Press)

http://www.cambridge.org/uk/catalogue/catalogue.asp?isbn=052152959X&ss=fro

Memikirkan rumusan "terbaik" Islam dalam kerangka sekularisme (teori/filsafat, agama, gaya hidup, budaya, politik) samalah sulit berdepan dengan fundamentalis seperti ustaz Harussani ...

Anonymous said...

"otentik"? Semua tu 'perangkap' khalid! Macam perangkap kaum Islamis yang nak cari "Islam tulin", atau kaum kiri yang nak cari "kiri tulin" atau "otentik"! Semua tu karut belaka... Yang tersirat di situ ialah hujah kena jelas dan seiringan. Mana mungkin nak buat negara Sekular atau Liberal yang otentik! mana Mungkin, sebab di dalam semua negara itu duduk semua jenis idealogi dan manusia. itulah perlunya demokrasi, atau nak kekal bermain kata sehingga kezaliman dan otokrasi seperti Pas kena diamkan sahaja. Tak cukup!!!!!!!

Anonymous said...

Peluang Sukma Darmawan Bersihkan Nama di Mahkamah

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) Selepas lapan tahun, ahli perniagaan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja diberikan satu lagi peluang oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk membersihkan namanya daripada tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara membatalkan sabitan ke atas Sukma Darmawan dan hukuman penjara enam bulan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas dia mengaku bersalah pada 1998.

Korum itu membenarkan rayuan Sukma Darmawan untuk meremit kes itu semula ke Mahkamah Sesyen bagi diadakan perbicaraan semula selepas mengekalkan bahawa pengakuan bersalahnya nyata tidak selamat kerana terdapat fakta penting yang tidak dinyatakan yang menunjukkan dia tidak bersalah.

Mahkamah memerintahkan kes itu disebut semula di Mahkamah Sesyen esok.

Sukma Darmawan, adik angkat Anwar, sudahpun menjalani hukuman penjara dua setengah bulan dan masih mempunyai dua minggu lagi untuk melengkapkan tempoh hukuman penjara itu. Ketika ini dia dibebaskan dengan jaminan RM10,000 beserta seorang penjamin.

"Saya agak lega dengan keputusan mahkamah. Namun begitu, walau apapun yang terjadi, kita perlu menunggu sehingga esok (apabila kes itu disebut di Mahkamah Sesyen). Ia menjadi trauma bagi saya memandangkan kes ini tertangguh begitu lama. Harapharap ada berita gembira esok," kata Sukma Darmawan.

Bersidang bersama Sri Ram adalah HakimHakim Datuk Hashim Yusoff dan Datuk James Foong.

Pada 19 Sept 1998, Sukma Darmawan dan bekas penulis ucapan Anwar, Dr Munawar Ahmad Anees, masingmasing dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau bersama Anwar dengan membenarkan bekas timbalan perdana menteri itu meliwat mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Anwar di Jalan Damansara pada April 1998. Rayuan Munawar masih tertangguh di Mahkamah Rayuan.

Selepas itu, pihak pendakwa mengajukan tuduhan liwat dan subahat terhadap Sukma Darmawan dan tuduhan rasuah selain liwat ke atas Anwar. Mereka masingmasing disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara.

Tahun lepas, Anwar dan Sukma Darmawan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan yang membatalkan sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara (Anwar dikenakan hukuman penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan enam tahun serta empat kali sebatan).

Peguam Sukma Darmawan, Gobind Singh Deo, berkata laporan perubatan (oleh Dr Zahari Noor yang memeriksa Sukma Darmawan) menunjukkan tidak ada sebarang penembusan tetapi pihak pendakwaan tidak mengemukakan fakta itu kepada mahkamah.

Berhujah mengenai pengakuan bersalah Sukma Darmawan secara sukarela, beliau berkata anak guamnya itu mendakwa dia berada di bawah tekanan yang serius semasa mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

"Kami meminta mahkamah mengetepikan sabitan kesalahan itu. Kami bukannya meminta pembebasan. Kami minta diadakan perbicaraan semula. Jika mahkamah mendapatinya bersalah, tak apalah," kata Gobind Singh.

Sri Ram mencelah dengan mangatakan sekiranya Sukma Darmawan memohon pembebasan, mahkamah tidak akan membenarkannya.

Gobind Singh berkata terdapat keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak pengakuan Sukma Darmawan sebagai tidak dibuat secara sukarela dan pengakuan itu dikemukakan oleh peguam Sukma Darmawan untuk menyokong rayuan bagi meringankan hukuman.

Sri Ram berkata agak luar biasa bagi peguam Sukma Darmawan untuk mengemukakan pengakuan itu kepada hakim Mahkamah Sesyen dan ia seharusnya memberi amaran kepada hakim Mahkamah Sesyen supaya bersikap sangsi.

"Hakim Mahkamah Sesyen sepatutnya bertanya kenapa anda mengemukakan pengakuan sekiranya pendakwaan tidak mengemukakannya. Ini membangkitkan kesangsian," kata Sri Ram, sambil menambah jika pengakuan itu disifatkan bukan secara sukarela, begitu juga dengan pengakuan bersalah harus disifatkan sebagai bukan secara sukarela.

Hakim itu mempersoalkan sama ada pengakuan bersalah Sukma Darmawan ditafsirkan tidak selamat memandangkan Mahkamah Persekutuan mendapati pengakuannya bukan secara sukarela kerana pendakwaan bergantung kepada fakta yang sama untuk mengekalkan pengakuan bersalahnya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor bersetuju dengan hakim tetapi berkata pendakwaan perlu mencabar pengakuan itu memandangkan Sukma Darmawan menukar fikirannya kemudian.

"Anda meminta kami menutup mata kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan? Kita sedang memperkatakan tentang kebebasan seseorang individu. Bagaimana kami boleh menutup mata dan berpeluk tubuh serta membiarkan ketidakadilan berlalu. Begini, penghakiman Mahkamah Persekutuan sedang merenung ke muka kita. Jika mereka mendapatinya sangsi jadi kenapa tidak hakim Mahkamah Tinggi mendapatinya luar biasa," kata Sri Ram.

Nurul Huda membantah percubaan Sukma Darmawan supaya diadakan perbicaraan semula dengan menegaskan bukanlah satu keperluan bagi pihak pendakwaan membuktikan berlakunya penembusan untuk memperoleh sabitan dalam kes kelucahan melampau. Laporan perubatan itu dibuat lima bulan selepas insiden yang didakwa itu, katanya.

Beliau berkata pensabitan Sukma Darmawan bukanlah luar biasa tetapi sejajar dengan undangundang.

Selepas keputusan itu, Anwar yang hadir di mahkamah, memberitahu pemberita pihak pembelaan bercadang memanggil bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Peguam Negara sebagai saksi dalam perbicaraan itu. BERNAMA

Pak Cik Satu Dua said...

aduh, letih laaa...
Jom pergi solat Zuhur kat masjid kg baru...

Anonymous said...

saya setuju dengan aqil fithri.begitulah kefahaman yang 'tak lawas' dalam masyarakat kita termasuk kebanyakan golongan cerdik pandai, celik agama dan mereka yang kononnya ingin berdakwah.

Khalid Jaafar said...

Benarkan tidak ada sekularis yang otentik? Ini sungguh mengecewakan. Bagaimanapun aku kan terus mencari. Mana tahu terjumpa. Aku tahu kau orang semua memang prejudis!

Anonymous said...

Tajuk-tajuk penerbitan yang diharamkan ialah:

1. The Bargaining for Israel: In the Shadow of Armageddon
2. Islam
3. Lifting the Veil
4. A Fundamental Fear Eurocentrism and the Emergence of Islamism
5. Islam Revealed A Christian Arab's View of Islam
6. What Everyone Needs to Know About Islam
7. Mini Skirts Mothers & Muslims
8. The Battle for God Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam (by Karen Armstrong -- good book!)
9. Kundalini For Beginners
10. Sacred Books of the East
11. Sharing Your Faith with A Muslim
12. Cults, World Religions and The Occult
13. Petua dan Doa Pendinding, Penawar, Penyembuh Penyakit
14. Hakikat & Hikmah 7 Hari Dalam Seminggu
15. Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi
16. Kontroversi Hukum Hudud
17. Risalah No.2 Dilema Umat IslamAntara Hadis dan Quran
18. Siri 7 AmalanAmalan Bid'ah Pada Bulan Syaban

Anonymous said...

selamat mencari,pak khalid.kalau jumpa bagitau.(kalau jumpa!:p) Kami nak juga dengar dia punya idea

Anonymous said...

SEMUA ORANG ASYIK TUNDING KAT ORANG LAIN JEE? IDEA MANA,? kita perlu tahu apa tujuan hidup, kemana arah hidup,itu akan memudahkan perjalanan.jangan asyik beridealogikan akal sendiri,,takut nanti kena tipu iblis

Anonymous said...

Kalau nak carik, carik kat Jalan Telawi, jalan carik kat Bukit Katil. Kat sana, tilam adalah...

Anonymous said...

Pak khalid,
Amat malang umat ini, mereka terkiyal-kiyal mencari jalan keluar. Berlumba-lumba mengaku jaguh. Akulah sekularis ontentik, liberalis, moderat Islam.
Kenapa kita tidak tunjulkan Islamis, bukan yg konservatif dan yg fundamentalis. Gunakan kepandaian, keilmuan, kebijaksanaan mencari penyelesaian sosial bedasarkan wahyu dan agama Allah. Nescaya umat ini ada kehebatan & dihormati.
Jgn kita meraba-raba di dalam kegelapan sedangkan ditangan kita terdapat lampu yg terang.