Tuesday, June 06, 2006

Muktamar

Saya tidak kisah jika ada orang bermimpi. Sesiapa sahaja boleh menyimpan impian.

Tetapi kepada sesiapa yang bermimpi PAS akan melakukan reformasi, menyederhanakan tuntutan politiknya, membina wajah dan lagak demokratik -- lupakanlah.

PAS tidak akan, dan tidak mungkin, demokratik. Ia tidak dilahirkan untuk tugas dan idealisme itu. Semua kata-katanya tentang demokrasi atau hak asasi seperti orang tua memujuk budak-budak yang sedang kemaruk barang mainan. Tidak lebih daripada ini!

Tokoh seperti Anwar Ibrahim menyimpan angan-angan yang besar. Tetapi dia sendiri gagal dalam mendekatkan dua parti besar yang diharapkan mampu membentuk kelompok pembangkang -- PAS dan DAP.

Khabarnya, Tengku Razaleigh menyifatkan dirinya sebagai "posmen" dalam rundingannya (waktu itu Parti Melayu Semangat 46) untuk merapatkan tiga buah parti tradisi, PAS, DAP dan juga PRM.

Sebabnya, PAS tidak dapat melayan kehendak politik Anwar; sementara Anwar tidak boleh berdiri sendiri.

Seharusnya, parti Keadilan memisahkan dirinya daripada PAS ... Tetapi sanggupkah Anwar?!

16 comments:

Andin Salleh said...

Salam,

Sebagai pendukung "Islam fundamentalis", PAS agaknya memang ditugaskan oleh sejarah untuk melawan dan mengubah sistem sosial borjuis yang ada sekarang.

Memang mimpi, tapi agaknya mimpi yang indah!

Anonymous said...

Fundamentalis tak borjuis ke? Atau anti-borjouis dan pro-sosialistik?

Seingat saya fundamentalisme tidak berhubungan dengan sistem sosial borjuis-isme atau pro-sosialisme.

Yang saya tahu fundamentalisme (agama) di sini cenderungan rasis (racist) atau berbau rasisme dan propemodal.

Yang satu lagi, kecenderungannya mengekalkan nilai-nilai Asia -- kolektivisme!

Andin Salleh said...

Barangkali agak mengelirukan, atau kurang tepat, kalau di sini saya gunakan istilah "masyarakat borjuis".

Jadi saya nak buat pembetulan begini.

Saya rasa PAS tidak mahu menerima, dan mahu mengubah masyarakat yang ada sekarang (Barangkali mereka istilahkan masyarakat sekular-moden(?).

Secara simplistik, model masyarakat yang mahu diwujudkan oleh PAS ialah masyarakat Islam zaman Nabi, dengan segala hukum hakamnya.

Kalau di Indonesia gerakan ini sekarang didukung oleh "gerombolan Islam radikal" seperti Front Pembela Islam, Majlis Mujahidin Idonesia, Forum Umat Islam, dan Hisbut Tahrir.

Sudah tentu mereka menganggap mereka sedang berjuang "menegakkan Islam" ; bukan bermimpi.

Anonymous said...

Setuju dengan penjelasan baru ini. "Menegakkan Islam" bukan sejenis "mimpi" politik?

Soal, jika ada orang yakin "mimpi" ini, mendapat pahala atau ganjaran syurga di kemudian hari -- itu soal lain (walau mungkin berdekatan).

Semua idealisme politik, pada dasarnya, sejenis mimpi atau impian. Walau termasuk mimpi di siang hari.

Jangan igauan ngeri di malam hari, sudahlah! Hehehe...

Anonymous said...

Bermimpi dunia bersatu di bawah satu panji.

Mungkin FIFA World Cup Germany 2006 mampu berbuat demikian...

PROVOLUTION said...

Sanggupkah Anwar?

Unlikely...

Anonymous said...

Lebih sebulan aku di 'bawah'. Ada ngeri bila jauh di lubok hati beberapa orang Pas itu menganggap Keadilan sama dengan Semangat 46. Aku bangkah, dan bangkang. Dasar parti ini lain... aku perlu mempertahan Keadilan. Secara prinsipnya, aku menolak semua Parti yang "assabiyah" dan perkauman, dan, tidak kira samaada Parti itu guna label apa sekalipun. Oleh itu, selagi Parti itu "menerima" maksud "Islam" dalam Perlembagaan Negara, iaitu, Melayu-adalah-Islam, maka, selagi itulah parti itu Assabiyah. Aku tidak bersetuju, dan karena itu, aku menganggap, parti yang paling dapat lari daripada perjuangan perkauman adalah Keadilan dan ia perlu didokong secara waras. Soalnya bukan hanya Anwar, tetapi suara-suara yang tidak sanggup berdepan dengan kejumudan orang-orang Pas, yang tidak kurang ramai, bahawa, Pas adalah parti Assabiyah secara ciri-cirinya, walaupun, Parti itu menjadi 'Islam' sebagai dasarnya ~ sedangkan di sudut objektifnya, Islam menolak Assabiyah. Ini persoalan penting, dan karena itulah, Keadilan bukan Semangat 46, yang, dasarnya sangat jelas sebagai Parti Assabiyah.

Aku seru, ke bawah, kita perlu jelaskan prinsip ini setegas-tegasnya. Dan, hujah ini, tentu sahaja seiring dengan konsep universal yang memakai nama demokrasi ~ dan kalau pun sungguh Islam itu lebih tinggi daripada segala-gala.

Aku lihat, di bawah sana, atau tidak mustahil di peringkat atas, nama "Islam," diguna dan diguna, sedangkan secara terterinci, prinsipnya juga bergeser dengan Islam. Oleh itu, bersuaralah, agar, yang benar dalam ugama, dan benar dalam "tafsir sekular" menjadi benar-benar corak berfikir dan paradigma baru.

Dalam perkara ini, tidak ada dolak dalik lagi.

HASMI HASHIM,
Batu Pahat, Johor.

Anonymous said...

Sebenarnya begini,tanggapan orang-orang PAS ialah 'siapa-siapa yang ingin bersama menegakkan 'syariat islam' wajib bersama PAS. Selain parti ini, tiada yang komited dalam perkara ini.
KeADILan? ini bukan parti Islam!buat apa masuk?kalau nak perjuangkan Islam, masuk la dalam grup Islam.
Sebagai orang 'pas-pasan'(perkataan indonesia) yang tak pernah masuk PAS (tapi pernah dekat dengan penyokong PAS),parti ini hanya mengalaskan demokrasi sebagai agenda mereka. Jangan kata parti ini, badan-badan 'dakwah' lain pun sama juga.demokrasi hanya 'alat'.

Anonymous said...

Greets to the webmaster of this wonderful site! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous said...

O.. pas-pasan

Anda nampaknya jujur "demokrasi hanya sebagai alat" pemimpin Pas jarangjarang mahu cakap begitu kecuali kepada penyokongnya.Sebab itu masih ada sarana jangan Double standard dalam pelaksanaan AUKU, ISA malahan OSA dari lidah org-org Pas. Ini bahaya gunakan kebebasan untuk menindas gunakan demokrasi untuk memerintah secara autokrasi. Sumpah-sumpah lah...Org Pas ramai anti syiah, walau ada cebis-cebis di dalamnya. Tapi dalam takiyyah (pura-pura, menipu ataupun hipokrit) nampaknya semua dalam Pas konsesus. mari kita gunakan demokrasi untuk autokrasi

Anonymous said...

Saya tak hairan nanti ISA,AUKU,OSA dimansuhkan oleh PAS (itupun kalau PAS memerintah) dan diwujudkan akta seumpamanya yang tidak bernama ISA,AUKU,OSA

Anonymous said...

PAS bukan parti islam,meletakkan islam sebagai parti politik adalah satu tindakan silap. Islam adalah agama,kepercayaan dan lebih dr itu sebagai cara hidup.Kalau kamu islam,tak perlu berjubah untuk beritahu kamu islam. Soal budaya adalah persoalan lain. Nilai baik itu tetap baik,tak perlu kamu islamkan lagi benda yg baik,ia sudah memadai. Orang bukan islam akan merasa bimbang dan takut (menjauh diri) jika orang ramai berpandangan begini. Ini sifat2 racism dalam bentuk baru(bentuk PAS). Maka,kematangan berfikir akan tumpul langsung demokrasi itu hanya menjadi mimpi. Maka benarlah tulisan fathi bahawa PAS juga saling tak tumpah seperti UMNO yg menggunakan MELAYU sebagai asas mimpi perjuangannya.

Anonymous said...

KALAU SEMUA TAK BETUL MANA YG BETUL? BELUM JUMPA ATAU MENYOROK?JGN LIHAT KPD SESETENGAH PENDUKUNG LIHATLAH SECARA OVERALL LIHATLAH KEPADA PERLEMBAGAAN PAS DAN UMNO ITU SENDIRI AMAT JAUH BERBEZA..TAK SAMA DAN TAK SERUPA LANGSUNG.SEMASA ZAMAN NABI PUN ADA ORG MUNAFIK SOLAT KAT BELAKANG NABI!ADAKAH INI MENGAMBARKAN ISLAM ITU TAK BETUL.SIAPA DOUBLE AGEN PARTI KOMUNIS MALAYA?TEKA TEKI YG TELAH LAMA TERJAWAB

Pak Cik Satu Dua said...

apa pun... masih ada yang sanggup berjuang...

Anonymous said...

BERJUANG? Semua org fikir mereka berjuang tak kira pas ke umno ke hatta dap,mic ,mca atau parti bangsa dayak, semuanya kata mereka berjuang,itulah kenyataanya tapi kebenaranya untuk apa perjuangan,kepada siapa perjuangan?begitu jugalah iman dari segi bahasanya semua manusia ini beriman tapi yg membezakan hanyalah betul ke apa yg dia percayai dan yakin itu.(IMAN = percaya dan yakin)

Anonymous said...

I love your website. It has a lot of great pictures and is very informative.
»