Saturday, December 30, 2006

Dangling train, ding-dong commitment

Khabarnya (ulang: khabarnya) laporan kemalangan LRT Star tidak lama selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah siap.

Dan ... orang ramai, khususnya pengguna perkhidmatan ini, wajar mengetahui bagaimana dan kenapa gerabak LRT itu boleh terjulur keluar dan tergantung di hujung landasannya?

Lee Lam Thye (pengerusi NIOSH) menggesa laporan itu diumumkan kepada orang ramai.

Tetapi sekarang belum lagi ada sebarang susulan tentang isu tersebut di media massa kita.

Apa sudah jadi pada sistem LRT kita?

Dan untuk apa laporan ini (yang sudah disiapkan --- khabarnya) disembunyikan atau "digantung"?

Yang tergantung hanya gerabaknya sahaja --- laporannya tidak perlu "digantung" !!!

[ii]

Tuesday October 31, 2006 The Star
LRT report to go public

RAWANG: The findings on the three light rail transit (LRT) train incidents in the past three months will be made public.

The Railway Department and an independent engineer are investigating the incidents.

Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy said the Government would rely on local experts first before bringing in foreign consultants to investigate the incidents.

He said this was decided at his meeting with the department here yesterday.

On Aug 23, about 5,000 Putra LRT commuters were stranded for one hour at the Masjid Jamek station when water seeped onto the main train.

On Oct 6, the track between Gombak and Ampang was closed for 10 hours when an LRT train stalled between the Datuk Keramat and Damai stations, leaving hundreds of commuters stranded.

In the latest incident on Friday, a Star LRT coach overshot the track at about 7am at the Sentul Timur station stabling area, forcing the track to be closed for more than 20 minutes.

Two heavy-duty cranes were used to pull it back up.

There were no passengers onboard but the incident caused part of a coach to dangle precariously 25m above ground.

Chan said he would make public the findings involving this and the other two incidents.

“We will not hide anything. I am not happy that three train incidents had occurred within three months,” Chan, who is also Selayang MP, told reporters after opening the Desa Kuala Garing housing project for 124 former squatter families here.

“We have to investigate down to the root as to why the incidents occurred over such a short time.

“We view this very seriously and if someone is found to be responsible, action will be taken according to the Railway Act 1991.”

Chan said he had received a preliminary report on Friday's LRT incident but had yet to look at it as he had been inspecting the Rawang-Ipoh double-tracking project.

“A thorough investigation will be conducted on the system, especially on the safety aspect. We will take into account the report’s findings and suggestions when we start the LRT extension plan, which will go on as planned,” he added.

Chan said people should not jump to conclusions or speculate on what caused the latest incident or blame it on the train driver or a technical error.

“The driver has been suspended pending the findings, which is standard procedure. It is not fair to speculate whether or not he was responsible,” he added.

The families were relocated to the Desa Kuala Garing housing project from the Sungai Rawang riverbank to facilitate a river widening and diversion project to prevent occurrence of flash floods.

The housing estate is a project by Lafarge Malayan Cement Bhd. President and chief executive officer Alain Crouy was also present at yesterday's event.

Object on track causes LRT delay [24-Dec-2006] latest incident

Driver of hanging LRT train fully qualified for the job, says CEO [1-Nov-2006]
Foreign expert to help solve LRT service woes [30-Oct-2006]
Lam Thye: Make public LRT mishap report [29-Oct-2006]
Train overshoots LRT terminal and is left dangling [28-Oct-2006]

Tuesday, December 26, 2006

Presiden

Gara-gara "banjir murtad", kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kota Bharu yang disiarkan pada Sabtu lalu ditarik balik oleh Harakahdaily.net selepas disiarkan beberapa jam.

Klik di sini untuk mengetahui berita yang ditarik balik (kill) di Harakahdaily.net.

Penarikan balik berita ini dikesan oleh seorang ahli forum web di Mykmu.net pada Ahad selepas kenyataan ini dijadikan satu isu perbahasan.

Selain itu, isu ini turut berbangkit di laman forum tapak web milik Pemuda PAS Dungun, Tranungkite.net.

Rata-rata ahli forum web yang pro-Umno itu mengecam kenyataan Hadi yang dianggap tidak sensitif. Tetapi tidak dapat dijelaskan sama ada penarikan berita kenyataan Hadi di Harakahdaily.net berpunca daripada kecaman di Mykmu.net.

Yang lebih lucu, setakat pagi ini (Rabu), forum web di Tranungkite turut mengunci (locked) diskusi tajuk ini "Bukti Ulama PAS penuh dengan retorika" selepas mula-mula dibincangkan pada Ahad.

Tidak dapat dipastikan kenapa isu ini dilarang dibincangkan oleh laman web Pemuda PAS Dungun.

Berita kontroversi itu antaranya berbunyi begini:

'Banjir murtad' lebih bahaya – Presiden PAS
Maslan Yusoh
Sat Dec 23, 06 08:26:39 AM

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan mengapa media lebih mengutamakan berita puluhan ribu penduduk berpindah kerana banjir, sedangkan ribuan mangsa murtad didiamkan.

Katanya, ratusan ribu menjadi mangsa murtad, dadah dan kemungkaran dibiarkan dibawa arus tanpa didedah kepada rakyat secara meluas.

“Seramai 60,000 orang yang dilaporkan menjadi mangsa banjir hanya bersifat sementara, sedangkan banjir kesesatan seperti gejala murtad dan keruntuhan moral terus berlaku tanpa hak masa,” katanya pada Himpunan 15,000 Pemuda PAS 2006 di sni petang ini.

Berita ini lebih panjang tetapi hanya sebahagian (yang awal) dipetik di forum web Mykmu, yang kemudiannya salinan yang sama dipindahkan ke forum web Tranungkite.net.

Jelas semua media PAS ini tidak sanggup menahan backlash akibat kenyataan Presidennya sendiri!!!

Nota: Hadi,... relaxed lah, walau orang Johor tak sokong PAS pun, janganlah marah-marah. Tak baik marah-marah, nanti cepat tua!

Monday, December 25, 2006

Taun

Ada atau tidak kes taun di kawasan banjir di Johor?

mStar Online (23 Dis) melaporkan terdapat tiga kes taun di Segamat, memetik berita Bernama pada hari itu yang mendapat sumber daripada seorang pegawai kanan kesihatan.

Tetapi isu ini seolah-olah tidak diberikan perhatian berat, malah seolah-olah tidak wujud.

Semalam (24 Dis), Bernama memetik kenyataan wakil rakyat Segamat seperti berikut:

Tiada risiko taun di Segamat

SEGAMAT, 24 Dis (Bernama) -- Anggota Parlimen Segamat Datuk Dr S. Subramaniam hari Ahad menafikan khabar angin terdapat tiga kes taun di Segamat, menyatakan penduduk bandar itu tidak terdedah kepada risiko penyakit itu.

Beliau berkata walaupun bekalan air paip terputus, ia hanya bersifat sementara.

"Bekalan air dan sistem sanitasi di sini adalah baik. Orang ramai tidak perlu panik," katanya.

Hari ini (25 Dis) New Straits Times (muka 6, "Concern over disease outbreak", para 3), memetik kenyataan Menteri Kesihatan, melaporkan seperti berikut:

Although there are no reports of typhoid and cholera at the moment, he said government medical team members would give food handlers a jab of vaccine as a preventive measure.

The Star (muka 4, "Enough vaccines for typhoid and cholera"), juga memetik kenyataan Chua Soi Lek, hanya menyebut dua para paling atas seperti berikut:

There are enough vaccines for typhoid and cholera in Johor, said Health Minister Datuk Seri Chua Soi Lek.

He said typhoid jabs would only be given to food handlers at flood relief centres while cholera vaccinations were not normally given.

Untuk rujukan semua, diterbitkan kembali sepenuhnya di sini berita asal Bernama yang mengambil kenyataan pegawai kanan kesihatan Segamat:

SEGAMAT, 23 Dis (Bernama) -- Jabatan Kesihatan dalam keadaan berjaga-jaga bagi kemungkinan merebaknya wabak penyakit seperti denggi dan taun di Segamat, daerah yang paling teruk dilanda banjir di Johor.

Pegawai Kanan Kesihatan Segamat Dr Zaharah Mohd Salleh berkata sejak lima hari lepas, tiga kes taun dikesan dan jabatan itu bersiap sedia menghadapi merebaknya wabak tersebut.

"Sejak lima hari lepas (sejak banjir mula) jabatan itu telah merawat 156 pesakit yang mengalami pelbagai penyakit. Kita ada 10 klinik kesihatan di daerah ini. Kita juga telah memasukkan 30 orang ke hospital untuk rawatan sebelum bersalin, jaundis dan penyakit berjangkit lain," katanya memberitahu Bernama.

Beliau berkata tiga kes taun dikesan di Sekolah Menengah Tinggi Segamat, yang kini digunakan sebagai pusat pemindahan banjir.

Menurutnya sesetengah mangsa itu terpaksa diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Segamat dari Sekolah Menengah Tinggi Segamat, yang jaraknya hanya lima kilometer, kerana air banjir menyebabkan jalan yang menghubungkan sekolah itu dan hospital tersebut tidak dapat dilalui.

Dr Zaharah berkata selepas menemubual mangsa taun itu, jabatan tersebut mendapati bahawa mereka dijangkiti penyakit tersebut selepas minum air yang tidak dirawat.

"Kita juga menguji sampel darah daripada mangsa banjir itu di pusat pemindahan bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit. Kita menasihati bahawa sesiapa yang demam, terus mendapatkan rawatan dari klinik yang berhampiran," tambah beliau.

Jabatan itu juga telah menubuhkan 60 pasukan bagi memastikan tidak ada wabak denggi selepas air banjir surut.

"Semasa banjir, denggi yang dibawa nyamuk mungkin telah menetaskan telurnya selepas air surut, telur ini boleh menetas. Apa yang kita kehendaki ialah menyembur semua kawasan yang dilanda banjir selepas air surut.

"Kita juga telah memberitahu majlis tempatan utnuk memulakan langkah pengasapan selepas air surut. Kita tidak mengambil ringan bagi sebarang perkara. Kita mahu mengambil semua langkah tindakan berjaga-jaga bagi memastikan tidak ada wabak penyakit itu semasa dan selepas banjir," tambah beliau.

(huruf tebal atau bold oleh saya)

Sekarang, isunya: Siapa bercakap benar? Siapa yang mendapat maklumat terkini? Dan ... laporan media manakah yang lebih tepat?

Saturday, December 23, 2006

Bah

Kepada yang suka melihat foto (maklumlah, sekeping foto boleh menyampaikan mesej lebih baik daripada 1,000 kata) banjir di Johor dan beberapa negeri sejak awal minggu ini, klik di sini:

Koleksi 4 mStar Online terbaru
Koleksi 3 mStar Online
Koleksi 2 mStar Online
Koleksi 1 mStar Online
Koleksi The Star Online

Friday, December 15, 2006

Soros

Hampir 10 tahun, Dr Mahathir menyedari dan mengakui secara terbuka serangannya pada jutawan dan dermawan George Soros tidak benar.

Soros tidak terlibat, kata Dr Mahathir (baca: Soros tidak terlibat, kata Dr Mahathir, mStar Online, 15 Dec)

Tidak cukup dengan mengganyang spekulator mata wang ini, Dr Mahathir mengganyang pula Malaysiakini.com selama beberapa minggu pada awal 2001, dengan menyifatkan kumpulan wartawan bersama media dalam talian (online) ini sebagai "pengkhianat negara"!

Ia berpunca daripada sumbangan (lebih tepat, pinjaman) Tabung Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) yang dikaitkan dengan Soros.

Dengan kenyataan bekas perdana menteri itu, semua tuduhan terhadap Malaysiakini.com dan wartawannya (termasuk bekas wartawannya) menjadi basi dan tidak relevan.

Ada orang mungkin marah pada pengakuan Dr Mahathir ini, tetapi setidak-tidaknya dia berani berterus-terang walau terlalu lambat!

>>> Berita lama pertemuan kami dengan Zainuddin Maidin berhubung isu Malaysiakini-Soros.

Friday, December 08, 2006

Kota Bharu

Pada mulanya Kuantan*, kemudian Kota Bharu.

Latest update: Please go to mStar Online, Pengguna Internet Pantai Timur gemar cari bahan seks (8 Dec).

Dua bandar ini, atau sebut sahaja pekan, paling suka memilih dan mencari perkataan-perkataan berikut: bogel, Melayu bogel, gambar bogel dan seks Melayu.

Empat perkataan atau ungkapan ini popular dicari di enjin pengesan Google.com.my Dan begitulah disabdakan oleh Google Trends.

Dua bandar ini mengatasi bandar-bandar lain di Malaysia! Hebat juga orang Pantai Timur, saya boleh berbangga! Hehehe

Dalam senarai 10 teratas yang dikesan enjin pencari ini, bandar-bandar lain bersilih ganti menduduki tangga masing-masing.

Bagi perkataan "bogel", tempat ketiga jatuhnya kepada Alor Star, dan diikuti (menurut yang teratas dulu): Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Untuk perkataan "Melayu bogel", tempat ketiga dikuasai oleh Batu Pahat, dan urutan selanjutnya: Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.

"Gambar bogel" diminati (mengikut urutan teratas) di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Sementara "seks Melayu" digemari (paling atas dulu) di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.

>>> klik atas gambar untuk melihat statistik ini dengan lebih jelas.

Dan perkataan "rempit" dan "mat rempit" mula menguasai pencarian kita sejak isu ini mendapat perhatian meluas media, beberapa bulan kebelakangan. Kota-kota yang suka mencari perkataan ini: Batu Pahat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Sementara istilah-istilah yang membawa konotasi seksual seperti "jilat" dan "tetek" dikuasai oleh empat bandar sahaja (tidak mengikut urutan teratas): Batu Pahat, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Malaysiakini.com dan Jeff Ooi? Carilah di Google Trends.

NOTA: Jangan cari "fathi aris" atau "patah balek", confirm tidak ada!

*meminjam frasa yang selalu disebut oleh Goenawan Mohamad, "pada mulanya kata", satu ekspresi yang dipercayai diambil daripada kitab Bible.

Monday, December 04, 2006

Benjolan

Dan celakalah mereka yang beragama -- mereka yang beriman pada pada makna yang membenjolkan. Makna yang menjerut khayalan dan kesedaran sehingga semua yang cair ini membeku seperti pejalnya air apabila singgah di kutub.

Semua orang yang pejal selalu bermain di wilayah kutub -- bayangkan air yang boleh menelan kita hidup-hidup menjadi dataran keras yang membina kehidupan. Di sini kebebasan dan kejamakan menjadi sempit atau semput.

Pegangan, akidah dan kepercayaan -- yang asalnya bagian dunia khayalan dan simbolisme; dunia yang cair tanpa bentuk dan meruap-ruap -- tercampak ke dunia pejal. Ia menjadi iconoclasm -- ada waktu-waktunya semua ikon, sementara ada masa-masanya ikon-ikon terpilih sahaja dikekalkan, khususnya ikon yang menyenangkan.

>>> teks lengkap di sini 'Salib di biskut: Faith, plurality and freedom'