Tuesday, December 26, 2006

Presiden

Gara-gara "banjir murtad", kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kota Bharu yang disiarkan pada Sabtu lalu ditarik balik oleh Harakahdaily.net selepas disiarkan beberapa jam.

Klik di sini untuk mengetahui berita yang ditarik balik (kill) di Harakahdaily.net.

Penarikan balik berita ini dikesan oleh seorang ahli forum web di Mykmu.net pada Ahad selepas kenyataan ini dijadikan satu isu perbahasan.

Selain itu, isu ini turut berbangkit di laman forum tapak web milik Pemuda PAS Dungun, Tranungkite.net.

Rata-rata ahli forum web yang pro-Umno itu mengecam kenyataan Hadi yang dianggap tidak sensitif. Tetapi tidak dapat dijelaskan sama ada penarikan berita kenyataan Hadi di Harakahdaily.net berpunca daripada kecaman di Mykmu.net.

Yang lebih lucu, setakat pagi ini (Rabu), forum web di Tranungkite turut mengunci (locked) diskusi tajuk ini "Bukti Ulama PAS penuh dengan retorika" selepas mula-mula dibincangkan pada Ahad.

Tidak dapat dipastikan kenapa isu ini dilarang dibincangkan oleh laman web Pemuda PAS Dungun.

Berita kontroversi itu antaranya berbunyi begini:

'Banjir murtad' lebih bahaya – Presiden PAS
Maslan Yusoh
Sat Dec 23, 06 08:26:39 AM

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan mengapa media lebih mengutamakan berita puluhan ribu penduduk berpindah kerana banjir, sedangkan ribuan mangsa murtad didiamkan.

Katanya, ratusan ribu menjadi mangsa murtad, dadah dan kemungkaran dibiarkan dibawa arus tanpa didedah kepada rakyat secara meluas.

“Seramai 60,000 orang yang dilaporkan menjadi mangsa banjir hanya bersifat sementara, sedangkan banjir kesesatan seperti gejala murtad dan keruntuhan moral terus berlaku tanpa hak masa,” katanya pada Himpunan 15,000 Pemuda PAS 2006 di sni petang ini.

Berita ini lebih panjang tetapi hanya sebahagian (yang awal) dipetik di forum web Mykmu, yang kemudiannya salinan yang sama dipindahkan ke forum web Tranungkite.net.

Jelas semua media PAS ini tidak sanggup menahan backlash akibat kenyataan Presidennya sendiri!!!

Nota: Hadi,... relaxed lah, walau orang Johor tak sokong PAS pun, janganlah marah-marah. Tak baik marah-marah, nanti cepat tua!

3 comments:

Anonymous said...

(Ini teks yg aku dpt dari kawan2 PAS)

'Banjir murtad' lebih bahaya – Presiden PAS
Oleh Maslan Yusoh
Sat | Dec 23, 06 | 08:26:39 AM

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan mengapa media lebih mengutamakan berita puluhan ribu penduduk berpindah kerana banjir, sedangkan ribuan mangsa murtad didiamkan.

Katanya, ratusan ribu menjadi mangsa murtad, dadah dan kemungkaran dibiarkan dibawa arus tanpa didedah kepada rakyat secara meluas.

“Seramai 60,000 orang yang dilaporkan menjadi mangsa banjir hanya bersifat sementara, sedangkan banjir kesesatan seperti gejala murtad dan keruntuhan moral terus berlaku tanpa hak masa,” katanya pada Himpunan 15,000 Pemuda PAS 2006 di sini, petang ini.


Menurutnya, situasi itu dapat digambarkan, media kita sekarang tidak cakno terhadap isu yang lebih penting bagi membolehkan rakyat membuat perubahan minda.

Kata beliau, banjir pemikiran yang menyesatkan umat Islam adalah lebih berbahaya berbanding banjir yang melanda penduduk di beberapa negeri sekarang.

Beliau juga berkata, kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu pada penggal lalu juga dikepung habis-habisan oleh media kerana semata-mata mahu mendaulatkan kerajaan Islam.

“Mereka mengepung kita tidak lain lagi kerana kita memperjuangkan agama Allah dengan meletakkan Islam pada tempat yang tinggi. Namun Alhamdulillah kita berjaya mengatasinya. Tidak ada pemimpin yang ditahan kerana rasuah,” ujarnya.

Oleh itu katanya, hanya Islam yang menjadi penyelamat daripada gejala tersebut dan kini diteruskan oleh PAS selepas ditubuh pada 1951.

Kata beliau PAS dilahirkan bagi meneruskan perjuangan Islam yang dibawa Hizbul Muslimin setelah parti itu diharamkan penjajah pada 1948.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, parti Islam ditubuh lebih awal kerana kesedaran ulama bagi menentang penjajah Barat antaranya Portugis, Belanda dan Inggeris.

Oleh itu beliau mengajak golongan muda memahami sejarah awal perjuangan Islam bagi membolehkan mereka mengetahui latar belakang PAS dalam konteks demokrasi di negara ini.

“Adalah cukup penting bagi saudara-saudara sebagai golongan muda memahami sejarah lama perjuangan Islam,” katanya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, keangkuhan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas menguasai kerajaan dengan majoriti besar pada pilihan raya umum ke-11 lalu, kini sudah mulai dibenci rakyat.

Katanya, sikap sombong yang dipamerkan Abdullah dengan memperalatkan habis-habisan jentera kerajaan bagi meraihkan kemenangan pada pilihan raya sudah terdedah.

“Malah orang bukan Islam pun semakin berani mempertikaikan Islam Hadhari yang dibawa Perdana Menteri sekarang,”katanya.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata, PAS perlu bergerak menemui setiap rakyat bagi menyampaikan mesej perjuangan Islam supaya mereka dapat memahaminya.

Katanya, rakyat bukan Islam perlu diberi kefahaman mengenai perkara tersebut memandangkan sehingga kini hanya sebahagian kecil di kalangan mereka yang memberi sokongan kepada calon PAS.

“Kita sedari hakikat itu. Kurang sokongan bukan Islam kepada calon PAS bukan disebabkan kelemahan agama, sebaliknya ia adalah kelemahan diri kita sendiri.

“Lagi pun kita tahu semasa Islam bertapak di Madinah, penduduk ketika itu juga terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Laungan takbir bergema sekali sekala menggamatkan lagi suasana. Selain bendera PAS, bendera Selangor dan Pulau Pinang turut berkebar megah di padang tempat perhimpunan itu berlangsung.

Tanpa menghirau padang yang masih basah, pancaran terik matahari ribuan pemuda PAS tetap bersila bagi mendengar ucapan pemimpin-pemimpin utama PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik berkata, Islam meletak golongan mereka yang berusia 14 hingga 40 tahun termasuk dalam kumpulan yang berjuang dalam gerakan pemuda.

Beliau berkata, sekiranya semua pemuda bergerak aktif bagi menjelaskan Islam di kawasan masing-masing, masyarakat lambat laun akan memahami perjuangan Islam.

Bekas Ketua Pemuda PAS, Haji Mahfuz Omar menyelarkan sikap retorik Pemuda Umno dengan mencium keris ketika perhimpunan mereka baru-baru ini, sebenarnya berjuang bagi kepentingan peribadi pemimpin dan bukannya untukrakyat.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi rakyat Kelantan yang mengundi PAS pada pilihan raya umum lalu mendapat pahala kerana kerajaan negeri melaksanakan apa yang disuruh agama.

"Saya tidak merasa tersohor sangat dengan projek pembangunan yang dilaksanakan, sebaliknya berasa senang hati apabila dapat mengubah minda rakyat kepada Islam.

"Sebab itulah wakil rakyat kita biar pun cuba disogok musuh politik dengan wang ringgit, namun mereka tetap bersama PAS dan tidak melompat parti," tambahnya.

-Mat UK

Anonymous said...

Ini agaknya dikatakan prihatin kot...

Perlis Hantar Tenaga Penggerak Meskipun Pembangkang Boikot P/raya
http://webevents.bernama.com/events/btalam2006/news.php?id=240650&lang=my

Umno Selangor Hantar Jentera Pilihan Raya Ke Batu Talam
http://webevents.bernama.com/events/btalam2006/news.php?id=240545&lang=my

Wanita Umno Bantu Jentera BN Hadapi Pilihan Raya Batu Talam
http://webevents.bernama.com/events/btalam2006/news.php?id=240315&lang=my


-roy-

Anonymous said...

Pada saya, beliau hanya meluahkan kekewewaan belia. Beliau mmg ada hak untuk mengekspresikan pendapat.

Tapi apa yang pelik, kenapa pula ianya ditarik balik? Satu soalan yg harus dijawab oleh mereka.