Friday, December 15, 2006

Soros

Hampir 10 tahun, Dr Mahathir menyedari dan mengakui secara terbuka serangannya pada jutawan dan dermawan George Soros tidak benar.

Soros tidak terlibat, kata Dr Mahathir (baca: Soros tidak terlibat, kata Dr Mahathir, mStar Online, 15 Dec)

Tidak cukup dengan mengganyang spekulator mata wang ini, Dr Mahathir mengganyang pula Malaysiakini.com selama beberapa minggu pada awal 2001, dengan menyifatkan kumpulan wartawan bersama media dalam talian (online) ini sebagai "pengkhianat negara"!

Ia berpunca daripada sumbangan (lebih tepat, pinjaman) Tabung Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) yang dikaitkan dengan Soros.

Dengan kenyataan bekas perdana menteri itu, semua tuduhan terhadap Malaysiakini.com dan wartawannya (termasuk bekas wartawannya) menjadi basi dan tidak relevan.

Ada orang mungkin marah pada pengakuan Dr Mahathir ini, tetapi setidak-tidaknya dia berani berterus-terang walau terlalu lambat!

>>> Berita lama pertemuan kami dengan Zainuddin Maidin berhubung isu Malaysiakini-Soros.

5 comments:

Najwan Halimi said...

dulu marah kat nik aziz...kononnya org tua tu sanggup bersekongkol dgn syaitan...

hari ni dia pulak yg bersekongkol dgn org yg dia sendiri tuduh "penyangak".

agaknya lepas ni dia laga pipi dgn john howard pulak kot..takpun tolong melobi untuk Al-Gore jadi presiden Amerika pulak...haha!

Anonymous said...

Tun Mahathir sebutir permata di dalam pecahan kaca.

Mereka yang dungu sahaja yang tidak dapat menilai sumbangannya.

Manusia bijak lazimnya dibenci oleh sibebal bertaraf Agung.

Anonymous said...

Dulu lain sekarang lain. Slogan "Dulu, Kini dan Selamanya" perlu diberi nafas baru....

Najwan Halimi said...

anonymous..perkenalkan diri anda!

taksub sungguh! yg bebal itu selalunya yg mengekor!

Anonymous said...

mereka yang mencerca tanpa tahu juga sewajarnya digelar bebal. mengekor yang bijak rasanya tidak mengapa.