Pada mulanya Kuantan*, kemudian Kota Bharu.
Latest update: Please go to mStar Online, Pengguna Internet Pantai Timur gemar cari bahan seks (8 Dec).
Dua bandar ini, atau sebut sahaja pekan, paling suka memilih dan mencari perkataan-perkataan berikut: bogel, Melayu bogel, gambar bogel dan seks Melayu.
Empat perkataan atau ungkapan ini popular dicari di enjin pengesan Google.com.my Dan begitulah disabdakan oleh Google Trends.
Dua bandar ini mengatasi bandar-bandar lain di Malaysia! Hebat juga orang Pantai Timur, saya boleh berbangga! Hehehe
Dalam senarai 10 teratas yang dikesan enjin pencari ini, bandar-bandar lain bersilih ganti menduduki tangga masing-masing.
Bagi perkataan "bogel", tempat ketiga jatuhnya kepada Alor Star, dan diikuti (menurut yang teratas dulu): Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.
Untuk perkataan "Melayu bogel", tempat ketiga dikuasai oleh Batu Pahat, dan urutan selanjutnya: Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.
"Gambar bogel" diminati (mengikut urutan teratas) di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.
Sementara "seks Melayu" digemari (paling atas dulu) di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.
>>> klik atas gambar untuk melihat statistik ini dengan lebih jelas.
Dan perkataan "rempit" dan "mat rempit" mula menguasai pencarian kita sejak isu ini mendapat perhatian meluas media, beberapa bulan kebelakangan. Kota-kota yang suka mencari perkataan ini: Batu Pahat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Sementara istilah-istilah yang membawa konotasi seksual seperti "jilat" dan "tetek" dikuasai oleh empat bandar sahaja (tidak mengikut urutan teratas): Batu Pahat, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Malaysiakini.com dan Jeff Ooi? Carilah di Google Trends.
NOTA: Jangan cari "fathi aris" atau "patah balek", confirm tidak ada!
*meminjam frasa yang selalu disebut oleh Goenawan Mohamad, "pada mulanya kata", satu ekspresi yang dipercayai diambil daripada kitab Bible.
Friday, December 08, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Tapi ada penurunan dari search volume, mengapa ya? Mungkin bosan kot? Dok cari benda tue aja.
Tapi apa rumusan yang boleh kita buat? Mungkinkah:
1) penduduk negeri yang dikatakan sebagai malay conservatives belt ini "suppressed" dlm hal seksual? Bolehkah ini dikatakan sebgai perversion?
2) Tapi mungkin saja keterbukaan sebenarnya, hanya kerana wadahnya internet dan enjin pencari terbaik adalah google?
Fathi..dan org2 Semarang, Indonesia boleh berbangga dengan carian "reformasi".
Mari saya ajar sikit kalian 'falsafah statistik' supaya angka-angka itu tidak dilacurkan secara semberono.
Angka dan peratusan yang ditunjukkan oleh Google itu hanya berdasarkan kepada 'angka/ukuran mutlak' (absolute measure). Ya, memang ia di'normalise' -- tapi bukan berdasarkan kepada nisbah pengguna internet di setiap bandar; tetapi berdasarkan jumlah pengguna internet secara keseluruhan semua bandar.
Itu bukan cara normalisasi yang betul. Dan, sebarang paparan data berdasarkan 'statitisk mutlak' adalah misleading, kalau pun bukan hipokrit. Ia patut dipaparkan secara 'normalisasi bernisbah'.
Contoh mudah:
Kes bunuh dan kemalangan di KL lebih tinggi daripada Kota Kinabalu, katakan bezanya 35% (KL) dan 10% untuk KK. [Contoh saja, not the exact measure!]
Adakah itu menunjukkan bahawa 'kadar jenayah' KL lebih tinggi daripada KK? Secara 'absolute' ya. But that's meaningless. Kenapa? Sebab jumlah penduduk KL berkali ganda lebih banyak daripada penduduk KK. So, memanglah pengguna jalanraya dan mobiliti penduduk lebih tinggi. Jadi, tentulah satu yang natural jika 'kebarangkalian' berlaku kemalangan dan pembunuhan di KL adalah lebih tinggi daripada KK.
Kalau mahu dapat gambaran sebenar, ukuran mutlak itu harus dinisbah kepada kapita dua-dua bandar. Baru ada timbangtara yang adil. Dalam kes analisis google ini: bandingan normalisasi itu harus dinisbah kepada jumlah pengguna internet di setiap bandar.
Sebab itu untuk membandingkan kadar pertumbuhan ekonomi antara negara, ukuran yang dipakai adalah KDNK berasaskan kepada per-kapita; bukan main suka-suka hati pakai nilai kasarnya.
Alamak, macam marah pula bunyinya. Ha ha ha ha! (Tak la... saja nak berkongsi).
Sdr BLOK BATU:
Ada beberapa hal yang menarik boleh ditanyakan hasil penemuan ini.
TETAPI, asas perkiraan kita selanjutnya ialah, penemuan Google Trends ini kita andaikan sebagai hasil terkumpul carian perkataan di Google.com
(Tanpa perlu mempertikaikan teknik atau kemahiran Google Trends, seperti penggunaan ceteris paribus dalam ilmu ekonomi)
Menurut maklumat biasa (dulu, kira-kira tahun 2000 atau 2001), kumpulan pengguna Internet terbesar ialah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Jadi, kenapa kekerapannya muncul di Kuantan, Kota Baru dan beberapa bandar tersebut?
Dan kenapa Pulau Pinang, Kuala Lumpur atau Johor Bahru selalunya berada di senarai lebih bawah atau rendah?
Jika pengguna Internet di Kuantan dan Kota Bharu tidak sebesar jumlah di tiga bandar besar ini (JB, KL, P. Pinang), ini menunjukkan beberapa perkara:
(1) peratusan pengguna di KB, Kuantan lebih tinggi mencari bahan-bahan seks (jumlah terkumpul carian dibahagikan dengan jumlah pengguna);
(2) seseorang pengguna di KB, Kuantan mencari beberapa kali perkataan yang sama --- pada tempoh sekali melayari Internet atau pada waktu2 yang berbeza.
(3) bandar-bandar yang tidak menunjukkan kekerapan mencari perkataan-perkataan berbau seks itu, kemungkinannya:
(a) tidak menggunakan Internet dengan aktif atau rendah tahap penetrasi Internet di bandarnya;
(b) tidak mencari perkataan-perkataan tersebut, tetapi memilih perkataan-perkataan lain;
(c) tidak menggunakan enjin pencari Google.com, tetapi enjin-enjin pencari lain;
Itulah dulu beberapa "tafsiran" saya tentang hal ini.
Macam mana Blok Batu, boleh setuju?
"Menurut maklumat biasa (dulu, kira-kira tahun 2000 atau 2001), kumpulan pengguna Internet terbesar ialah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Jadi, kenapa kekerapannya muncul di Kuantan, Kota Baru dan beberapa bandar tersebut?"
Mungkin orang di JB, KL dan PP gunakan enjin carian lain untuk cari bahan porno (MSN, misalnya)? Jadi, tentulah carian mereka tidak muncul dalam trend google.
Satu lagi sebab, pengguna internet di JB, KL dan PP mempunyai tahap sofistikated yang lebih tinggi. Kenapa? Kerana secara relatifnya kawasan ini lebih dahulu terdedah kepada teknologi ini. So, apa implikasinya?
Pertama, bahan-bahan porno ini sangat trendy. Bila sampai satu ketika, ia akan membosankan dan maha mencuakkan. Pada ketika ini, mereka akan cari alternatif lain. Maksudnya, hanya orang-orang yang 'masih baru' akan tergedik-gedik dengan satu-satu bentuk elemen porno.
OK, barangkali pengguna di KL, JB dan PP sudah puas dengan 'carian seks' berbentuk cerita. Mungkin trend ini diorang dah kuasai sepenuhnya sejak 10 tahun dulu. So, diorang dah bosan dan muak. Mereka mahukan porno alternatif baru. So, apa mereka buat? Mereka cari video dan gambar-gambar. Biasanya ini tak banyak boleh dicari dengan enjin carian konvensional seperti google. Apa mereka guna? Tentulah teknologi file sharing P2P. Pakai Kazaa, pakai Shareaza atau terus masuk dalam X-Tube.
Jadi, kalau pengguna-pengguna internet di kota metropolitan ini lebih terdedah kepada teknologi porno yang lebih canggih begini (sebab diorang dah pakai internet selama bertahun-tahun): kenapa perlu guna google sekadar nak cari cerita seks? Seriously, saya pun dah bertahun-tahun tak pernah pakai enjin carian konvensional ini untuk cari bahan lucah. Bukankah ada metod yang lebih canggih?
Teknik konvensional ini hanya sesuai untuk orang-orang yang baru berjinak-jinak dengan internet (ala tempat-tempat ulu seperti yang disebut itu!) sebab diorang ini baru belajar 'merasa nikmat' itu!
So, analisis trend di google tak membuktikan apa-apa tentang pola distribusi 'imaginasi seks' kalangan pengguna internet di Malaysia (secara empirik).
Saya setuju dengan Sdr Rem...
Jangan mudah terpesona dengan statistik, langsung buat kesimpulan. Mana saya belajar....terperanjat tak kalau saya kata dari one of the cerpen dalam mingguan wanita haHHHH!!!! tahun 2002 kalau tak silapla.
Saya suka sangat cerpen itu...ia menyedarkan saya ada kapitalis jahat sengaja memutar belitkan data statistik untuk mengkembungkan lagi poket mereka.
Mardhiah
Agak pada tahun 90-an bila internet mula dikenal. bandar mana yg tingi???...badrul, Kulim
Kuala Terengganu tak tersenarai. Tak berminat atau tiada kemudahan.
Post a Comment